Salam
Cerita 1
Malam ini bosan sungguh. Hendak menaip menyiapkan kisah Jimmy yang memang liat nak siap tu, tak ada mood pula. Hendak menonton tv, saya rasa malas. Jadi..seperti biasa, kalau bosan malam-malam, bila mengadap pc...saya online sajalah sambil mendownload apa yang boleh didownload. Mood saya berubah-ubah. Hari tu baru lepas layan Grey's Anatomy 1-6. Citer ni ulang 100 kali pun saya boleh tengok lagi. Saya memang gila dengan cerita ni selepas Prison Break dan Alias. Dengar2 cerita, McDreamy tidak mahu menyambung kontrak lagi selepas season 8 nanti. Aduhai...kalau Sheperd tak ada..apa jadi dengan Mer ya? Adakah Mer juga akan mengundurkan diri? Tapi kalau Mer tiada, Grey's Anatomy terpaksa menukar namalah ya. Walaupun ada Lexie yang membawa nama Grey, tetapi karakter Lexie itu bagi saya rasa tidak cukup 'kuat', 'kukuh' dan 'gah' untuk membawa nama yang menjadi tajuk cerita itu. Bila bercakap mengenai Grey's Anatomy...automatik orang akan ingat Meredith dan bukannya Lexie. Saya masih berharap greys akan terus bersambung hingga bila-bila. Rasanya tak best je rasa tak dapat melihat drama kesukaan saya ini. Tapi...apa pun setiap yang bermula pasti akan berakhir kan? Mahu tidak mahu kita terpaksa menerima kenyataan.
Cerita2
Ahad lepas, saya, adik dan emak ke bandai Taiping untuk mencari kain. Itulah kerja saya semenjak dua menjak ini..asal ada masa terluang kami pasti keluar mencari barang keperluan..(faham2 sajalah ya). Selepas mendaapat kain yang kami semua berkenan, saya terus hantar ke tailor. Masa dia minta contact number saya, saya pun berilah. Tiba-tiba dia tegur ' duduk KL ke?" saya kata taklah..duduk sini. "oh..sebab nombor tu nombor kl' saya angguk ajelah. dan terus cakap ' itu nombor masa saya belajar dulu..sampai sekarang mmg tak tukar2.." dan muka tailor tu ala2 terkesima kejap..hehhehe...
Yang betulnya..sememangnya nombor itu nombor yang saya gunakan semenjak dari tahun 2000 lagi. Wah setianya saya sehingga 11 tahun masih kekal nombor yang sama. Handset pertama saya adalah pada tahun 1999 part 3. Itupun selepas tokwan saya yang meninggal dunia tanpa saya ketahui. Kalau tidak kerana kejadian itu, memang saya tak nampak apa pentingnya membeli handset itu. nombor pertama yang saya guna ialah 0162981900. Saya pakai nombor ni sekejap je sebelum bertukar ke nombor sekarang. Jadi..atas dasar itu, poyokah saya kalau saya anggap diri saya ni seorang yang setia? ahaks...Digi patut beri anugerah pelanggan setia pada saya kan..?
Cerita 3
Kejap tadi saya kena leter dengan adik saya sebab baju-baju saya bersepah ( dalam erti kata lain tak berlipat). Saya diam ajelah sebab memang betul leteran dia pun. Saya memang tak suka lipat baju. Saya boleh basuh ( itupun pakai mesin) dan sidai baju sahaja. lepas pada itu saya surrender. Memang tak suka dan MALAS hendak melipat baju lebih2 baju kurung yang memang jadi pakaian harian pergi kerja itu. Kalau ada maid yang boleh menguruskan baju2 saya alangkah baiknya. Saya mengemas baju memang beberapa bulan sekali. Selebihnya saya masukkan ke dalam 2 kotak saya. satu baju kurung. satu baju selain baju kurung. kotak ni bertutup jadi tidaklah nampak bersepahnya. Kira kotak ini sebagai perhentian sementara(iya ke sementara) sebelum ia berjaya sampai ke tingkat atas beberapa bulan kemudian.hhahhahaha.... Iya..saya tahu apa dalam fikiran anda semua. sangat teruk dan pemalas ya rabbi kan...ya..saya akuinya...saya mmg tak suka lipat baju.
Cerita 4
Setiap kali saya tutup pc, adik yang sama akan bertanya..sampai mana hang menulis malam ni. bila saya jawab banyak itu dan itu, dia akan merungut. Berjam2 aku tengok hang dok mengadap benda tu, bilanya jimmy nak siap ni? dan bila aku boleh baca dengan lengkap ni?" soal dia dengan suara yang turun naik. Iya...memanglah Jimmy itu tidak akan siap kalau setiap malam saya seperti ini. huwaaaaa... Buka mss sekadar buka tapi lain yang saya buat. yang sebenarnya saya takde idea mahu menulis apa...(actually ideanya apa tapi semuanya berlegar dalam kepala sahaja dan bila hendak diterjemahkan daam bentuk tulisan, ianya tidak menjadi seperti yang saya harapkan)...sudahlah..saya mahu berhenti menulis. Lebih baik saya sambung menulis mss. Ada jugak faedahnya....ciao....
eh...Oh ya...saya sudah tambah satu blog baharu..Kief's Story. Ini projek yang akan saya tulis selepas Jimmy. Iya..jangan harap untuk baca apa-apa lagi sebab saya tidak menulis lagi..again..di dalam kepala ni surah sarat mahu memuntahkan segala-galanya mengenai kisah baharu ini. Ya...mungkin ada yang mengatakan..eleh..Jimmy pon tak siap2 kecoh je dengan citer lain..hehehhe..saya peduli apa kan..suka hati sayalah...sya sebenarnya tidak suka bekerja dengan tekanan (dlm penulisan)..tapi sebenarnya kadang kala tekanan itulah yang lebih baik buat saya...hmmmm....

5 comments:
kak aya senyum je baca entry ni.....
esok2 dah kawin tak boleh la lagi nak main masuk kotak je..hehe.
Hehehehhe...
Senyum ke ketawa kak Aya?...aduhai saya mmg sengal dlm bab2 melipat ni. itulah tu lepas ni kalau malas2 lagi alamat kena pelangkunglah jawabnya..ahaks
Saya pun x suka lipat baju.. lepas basuh sumbat je dalam bakul.. nak pakai amik kat situ je.. (^_^)v
hheheheh...rupanya ada juga orang yang sama dengan saya...
chill lah kak... hahaha... saya faham... hahaha, trust me, I do...
Post a Comment