Tuesday, November 02, 2010

Rinn komen JKP

Salam...

Ini merupakan komen dari Rinn pengulas tegar novel-novel melayu. Terima kasih kepada Rinn yang sudi membaca dan mengulas JKP walaupun seperti kata Rinn pada saya dulu, mood membacanya agak merudum. Tetapi tak apa...Alhamdulillah...kesemua buku2 saya masih diulas oleh Rinn...so..to rinn hane koma...arigato gozaimasu...hehehheeh

Daerah paling sepi di dunia adalah hati tanpa cinta"



Aku rasa ni antara buku yg ramai pembaca yg ada blog suka baca sebab sangat mudah mencari review novel ni di internet dan kesemuanya adalah review yg sangat positif. Bagi aku Dhiya Zafira sudah berjaya meletakkan namanya di kelas yg tersendiri dalam penulisan novel action thriller.



Dhiya Zafira meneruskan kecemerlangannya dlm melagukan cerita melayu berentak romantis-thriller. Memang menyediakan perisa berbeza dalam penghasilan novel melayu Malaysia. Dalam timbunan cerita2 cinta yg mendayu-dayu, Jauh Kau Pergi memberi denyutan berbeza kepada pembaca. Kadang2 kalau cerita cinta semendang pun buat kita bosan juga, sekali sekala terselit cerita sebegini, memang membangkitkan mood utk membaca.
Hero yg diangkat dalam novel ini adalah seorg askar komando. Seperti melengkapkan pulak koleksi hero melayu beruniform di laut, udara dan darat :p Kalau Jemari Seni ada Mazni Darwisya's Amru si mat selam, KarnaDya pulak ada Aina Emir's Arash si wira angkasa dan terbaru Alaf's Dhiya Zafira mengangkat Rif, si mat teyrap sbg hero;) Bagi aku ketiga-tiga hero beruniform ini mempunyai perwatakan yg menarik dan terserlah aura 'heroism'nya.
Di sebalik perwatakan macho, Rif sebenarnya adalah seorg lelaki yg sensitif dan penuh emosi. Afi menjadi buruan setelah kematian abgnya, seorg komando yg menjalankan operasi sulit. Rif dan kawan2nya cuba menghulurkan bantuan sebaik mungkin utk Afi yg sebatang kara gara2 dibuang keluarga sejak ayahnya berkahwin dgn ibunya, seorg omputeh. Mulanya aku heran naper Rif spent too much time dgn Afi sedangkan dia ada tugas rasmi yg tersendiri, rupa2nya Afi tu adalah sebahagian dari tugasnya. Bagi yg pernah baca karya Dhiya Zafira, watak yg disangka mati tapi masih hidup bukanlah sesuatu yg baru kerana beliau pernah menggunakannya dalam novel sebelum ini. Ini mengurangkan sedikit elemen kejutan semasa membaca kisah ini.
Cerita yg penuh aksi ini terasa tidak susah utk membayangkan aksi lasaknya mungkin kerana aku selalu jugak tengok cerita2 action packed dan penulis menggunakan bait2 kata yg terbaik utk membayangkannya dgn mudah kepada pembaca.
Kenapa ya Jimmy meninggalkan klue kepada AFi utk disampaikan kepada Rif? Itu sudah terang-terangan akan meletakkan Afi dalam bahaya. Nasib baik nenek diorang tak kena pulak sebab dialah org pertama yg memegang amanat Jimmy. hmm ni kena tanya penulisnya nih. ( Actually Jimmy tak harapkan pon Afi akan jumpa klue tersebut. Sebab dia memang dah buat back up awal2 lagi...tapi dia sengaja bagi kat nenek n suruh Afi cari sebab inilah..nak rapatkan hubungan Afi n tok depa incase something happened to him) Dgn kepakaran Jimmy dan Rif, mereka tentu boleh mengelakkan Afi dari terlibat dalam semua ni. TApi kalau tak disebabkan semua tu, tak merasa la Afi lari turun bangunan dgn menggunakan tali atau shopping baju baru dlm keadaan memakai seluar bercetak gambar popeye. hehe...
Alamak ai..bintang2 ni nak menegak pulak...tak boleh nak melintang pulak...

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback đŸ”™  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...