Tuesday, November 09, 2010

Ulasan KDB

Salam...menerima komen dari Airina. Kali ini mengenai novel pertama saya iaitu KDB...Thanks kepada Airina yang sudi membaca dan mengulas novel saya...

~ Rasaku… ~

Ini novel pertama DZ. Walaupun aku kira ia novel yang baru diterbitkan, boleh tahan juga nak mencarinya. Dekat kedai buku yang selalu aku pergi tu hanya tinggal senaskah je. Ha, cepat-cepat aku capai. Takut nanti langsung tak dapat hik3 lalala5 :))

KDB mengisahkan tentang cinta pandang pertama yang berputik di antara Adnan Taufik [Taufik] dan Alia. Namun begitu percintaan mereka mendapat halangan dan tentangan daripada bapa Alia kerana perbezaan darjat dan ketidakyakinan Dato Ariffin terhadap keupayaan Taufik untuk membahagiakan anaknya.
Walaupun mendapat tentangan daripada bapa Alia, Taufik berjaya juga merealisasikan impiannya untuk mengahwini Alia. Itu pun setelah Taufik bersetuju dengan menerima syarat yang dikemukakan oleh Dato Ariffin demi membuktikan bahawa beliau mampu membahagiakan Alia dengan caranya sendiri.
Walau bagaimanapun, perkahwinan di antara Taufik dan Alia mengalami pergolakan ekoran daripada campur tangan Dato Ariffin dalam rumah tangga mereka. Selain daripada itu, sikap Taufik yang menyembunyikan perkara sebenar tentang syarat yang dikenakan oleh Dato Ariffin dan siapa dirinya turut menyumbang kepada keretakan rumahtangga mereka. Alia tersepit di antara kasih sayang serta tanggungjawab seorang anak untuk menjaga bapanya yang sakit dengan kebencian seorang suami terhadap bapanya.
Demi memulihkan keadaan, Alia telah bersetuju untuk mengikut Taufik ke luar negara setelah mendapat keizinan daripada bapanya yang mulai insaf akan kesalahannya. Namun, Alia gagal muncul di lapangan terbang pada hari yang dijanjikan dan itu menyebabkan Taufik penuh dengan syak wasangka. Egonya yang tinggi menyebabkan dia bertindak pergi meninggalkan Alia bersama-sama permata hati mereka Sarah, yang berusia lima bulan pada ketika itu.
Pertemuan semula selepas tujuh tahun telah menyingkap kisah sebenar. Demi perasaan cinta yang masih bersisa dan demi seorang anak yang merindukan belaian kasih sayang seorang ibu, Taufik cuba menebus kembali kesilapannya. Kelukaan dan kesedihan yang dialami oleh Alia dalam tempoh tujuh tahun itu menyebabkan ianya begitu sukar untuk dirawat walaupun berbagai-bagai cara telah digunakan oleh Taufik untuk menyembuhkan luka di hati. Apa kesudahan kisah mereka? Ha, sila dapatkan novel ini ya!
Buah tangan pertama ini memang tidak menghampakan dan ia merupakan pembelian yang berbaloi. Walaupun tema dan persoalan yang disampaikan agak sterotaip dengan novel-novel Alaf sebelum ini, namun Kak Dhiya berjaya mengolah plot cerita supaya ianya mempunyai keistimewaan tersendiri dan tidak membosankan.

Ps: Walaupun Taufik lelaki yang romantik tetapi Rif masih lagi pujaan hati hik3 lalala5 :P


No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...