NBF siap akhirnya



Kalau tidak kerana ini cinta saya..memang saya dah muntah darah nak
mengedit manuskrip ni 

Salam

Alhamdulillah..seperti yang saya telah uar-uarkan di dalam fb, tepat jam 2029, 25112010 tempoh hari, saya akhirnya berjaya menoktahkan NATURAL BORN FIGHTER  - NBF. Syukur akhirnya setelah 4 bulan 5 hari dan selepas melanggar MOU yang sepatutnya siap pada 20 oktober, manuskrip saya siap juga. Fuh! lega yang tidak boleh dicakap dengan perkataan. Ini juga merupakan manuskrip yang paling pantas dihasilkan saya. Pantas ikut style saya ya...Ya saya tahu ada penulis yang mampu menulis sebuah novel dalam masa 2-3 bulan sahaja. Tak apalah..saya buat ikut kemampuan.
Ramai yang sudah bertanyakan kepada saya bila akan keluarnya NBF ini...hahha...sukar saya nak menjawabnya sebab NBF ini belum lagi diserahkan ke tangan editor. Cadangnya minggu depan baru akan diserahkan. Buat masa ini, saya akan edit mana yang patut dulu..Ya...cara saya kalau boleh jangan terlalu menyusahkan editor walaupun itu memang salah satu rangkupan tugasnya. Saya percaya kerja yang 'kemas' dan kurang kesalahan akan lebih membuatkan editor tak berasa 'gerun' untuk menerima manuskrip kita.
Dan ramai yang bertanyakan kepada saya..kenapa tajuknya inggeris...yup..itu hanya suka-suka sahaja. selepas ini mungkin akan diberikan tajuk lain. sehingga ke saat ini, saya masih lagi tidak mempunyai idea untuk memberikan tajuk alternatif kerana sudah beberapa bulan saya sebati dengan Natural Born Fighter.
Harapan saya..bila mss ini diserahkan kepada editor nanti, harap2 tiada masalah yang timbul. Harap2 NBF akan diterbitkan lebih awal dari kebiasaan novel2 saya yang lain keluar...kalau boleh..andai ada rezeki..biarlah saya tidak perlu menunggu hingga Jun ataupun Julai tahun hadapan..InsyaALLAH...ALLAH yang menentukan segala-galanya. Kalau dapat keluar awal, saya bersyukur..keluar lewat pun saya terima asalkan tahun yang sama..heehhe...
Oklah...saya mahu kembali menyambung untuk mengedit manuskrip...baru 60 muka surat..ada 3++ lagi mukasurat yang perlu saya baca...aduhai..perjuangan untuk melakukan apa yang saya cinta..kepada anda semua..doakan saya ya...

Comments

dieya said…
owh siap juga akhirnya :-)
can't wait to see the book on shelf! tajuk NBF ok apa, i suka, lain dari yg lain. kalau u nak tukar bahasa melayu pilihlaa yg pangkalnya NBF juga ya.. coz i pun dah rasa sebati after dengar NBF ni byk2 kali.
dhiya zafira said…
dieya,

saya pon memang suka tajuk ni...tapi final decision bukan kat tangan saya...kalau diberi pilihan..mmg saya nak tajuk NBF tu...kalau tak lepas jugak..heheeh..mmg kena cari alternatif le..NBF in malay satu cadangan yg baik...
@LiYaNNuaR said…
kagum dgn ksungguhan yg ada pd dirimu, eccehh... semoga bjaya...
ntah kak...best what NBF...NBF...NBF...sedap pulak bunyinya...
Eera Shera said…
we want NBF!hehe..mmg da sebati ngn nme ni.tp kalo tkr len x per la.yg pnting isi dlmnye..go go kak dhiya! hee =)
AJ said…
I'm excited! Can't wait to read NBF ^______^
dhiya zafira said…
Aliya Anuar..hehehehe
terima kasih...


Jahn...akak pon dah mmg sebati dengan NBF dah..kalau boleh mmg tak mau tukar..huhhu

Noor..itulah tu...tapi kalau kena tukar jugak..nak buat mcm mana kan...

AJ, me too...hehehhe
Tie Tinie said…
salam kak..
doa ku sentiasa untuk mu..
jgn pernah lelah kak.. kerna aku sentiasa ada dibelakang mu.. dan akan sentiasa menyokong..

Popular posts from this blog

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

mutiara kata sasterawan negara