coretan 3

Salam...
Seminggu dua ini emak tidak berapa sihat. Hampir setiap malam emak mengaduh sakit perut. Bila makan perut emak akan sakit, tak makan apatah lagi. Emak menghadapi gastrik yang teruk, jadi tidak mahu makan itu bukanlah satu option. Sakit perut emak begitu teruk sehingga perut emak reject segala macam makanan dan ubat yang harus dimakan. Setiap kali mengaduh sakit, aku memujuk emak mahu membawanya ke hospital namun emak enggan. Aku tahu...adik-adik pun tahu, emak memang fobia dengan hospital. sedangkan makan ubat sahaja kami perlu memujuk emak seperti memujuk anak-anak kecil inikan pula ditakdirkan emak terpaksa menyarung baju berwarna hijau itu.
Emak ada penyakit jantung, darah tinggi, dan gastrik. ubat yang sepatutnya dimakan oleh emak cukup banyak tetapi setiap kali menerima bekalan ubat daripada farmasi emak hanya menelan ubat darah tinggi sahaja. Itupun kerana hanya ubat itu yang serasi dengan tubuh emak. Aku pernah membangkitkan perkara ini kepada doktor berkenaan tubuh emak yang akan automatik akan reject segala ubat. Selalunya orang lain akan sembuh kalau makan ubat tetapi emak akan bertambah sakit kalau makan ubat. Memahami keadaan emak menyebabkan aku dan adik beradik yang lain tidak terlalu memaksa. bila ditanya pada doktor, tidak pernah dapat jawapan yang amat memuaskan.
Hari khamis aritu, adik mesej aku ditempat kerja kerana emak sakit perut lagi. Aku buat keputusan. Aku akan bawa emak ke pusat perubatan hari ni jugak. emak bersetuju. mungkin dia sudah tidak dapat menahan sakit lagi. Aku membawa emak ke Taiping medical centre (TMC). emak diperiksa dengan teliti. diambil darah, di x-ray, diperiksa tekanan darah dan akhir sekali doktor mahu menjalankan scoop(memasukkan kamera kecil ke dalam badan melalui mulut) ke atas emak. dengar sahaja perkataan scoop emak sudah sedikit pucat. emak meminta ditangguh proses itu sehingga selesai kenduri kakak aku tapi itu bermakna bulan depan. dapatkah emak menahan sakit selama itu?
Aku tanya doktor lamakah prosedur yang perlu dijalankan...doktor kata tidak lama, dalam setengah jam. Aku apalagi...terus buat appointment dengan doktor itu pada hari sabtu. Malam jumaat, emak resah. Pukul 4 pagi emak bangun baca yaasin, sembahyang hajat dan terus tidak tidur. Emak pujuk aku suruh tundakan prosedur tu tapi aku tetap yakinkan emak bahawa tiada apa2 yang akan berlaku.
Appointment pukul 8.45 pagi. Aku sampai sepuluh minit awal. Aku lihat emak sudah pucat lesi. emak menggigil dalam kereta. Beria-ia emak suruh aku berpatah balik ke rumah. Aku tahu emak takut. Emak memang mudah panik. emak memang wanita yang cekal. emak kuat semangat tetapi kalau melibatkan ubat dan hospital emak berubah watak. emak terpaksa dipujuk dan diyakinkan. Kadang-kadang mahu ketawa juga melihat emak gelabah tak tentu pasal. Aku menemani emak masuk ke wad. Mendengar dia akan dibius dan dipengsankan menyebabkan tangan emak semakin mengeletar.aku pegang tangan emak. aku tenangkan perasaan emak.
sejam kemudian emak ditolak ke dalam wad. Emak masih mamai kerana kesan bius masih ada dan aku terpaksa menunggu lebih 2 jam sebelum emak kembali sedar. Syukur Alhamdulillah kerana hasil daripada scoop yang dijalankan perut emak hanya ada luka kecil dan sejenis kuman yang menyebabkan emak sakit perut. Emak diberi ubat yang mana ubat itu akan melawan kuman tersebut. sungguhpun begitu ubat tersebut tetap akan membuatkan emak sakit perut sebelum kuman itu terhapus terus.
Ya...emak memang sakit perut. tiap kali makan ubat emak akan cuba mengelak namun kali ini aku akan tetap memujuk dan menunggu emak. mudah-mudahan emak lekas2 sembuh. Amin.

Comments

laila kamilia said…
kirim salam utk makcik...smg dia cepat sembuh
Eka Fahara said…
Semoga emak Dhiya cepat sembuh.....
© Opah De said…
Salam Dhiya...
Semoga bonda Dhiya cepat sembuh. Opah doakan dari sini.
The Informist said…
Jagang terusan guna ubat kimia hospital. Cuba guna homeopathy. Reaksi ubatan homeopathy lebih sesuai untuk tubuh manusia. Emak saya pengidap darah tinggi hinggakan doktor diagnos buah pinggang mak saya rosak. Selepas gunakan ubat homeopathy, emak saya beransur baik, x de pun buah pinggang rosak. Ubat darah tinggi hospital yang menyebabkan hormon dan kelenjar tidak dapat berfungsi dengan baik.
dhiya zafira said…
Salam Laila...

Aku dah sampaikan n mak cakap terima kasih
dhiya zafira said…
Kak eka...

Aminn..terima kasih kerana sudi mendoakan.
dhiya zafira said…
OD...

salam dari kejauhan.mungkin doa orang yang jauh akan menjadi lebih makbul..insyaallah...
dhiya zafira said…
Informist...

terima kasih atas maklumat tersebut. insyaallah saya akan memujuk emak mencuba kaedah seperti itu juga.

p/s- er ni en. zaid kan? kan? kan? heheheh

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

mutiara kata sasterawan negara

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI