kelemahan diri

salam...
Hari ini aku rasa segar setelah bercuti selama 2 hari. Apa yang menyeronokkan aku mood untuk berkarya semakin memuncak setelah mood tersebut shutdown beberapa minggu yang lepas. Manuskrip ke 2 masih belum siap walaupun aku pernah tetapkan target untuk menyiapkannya penghujung oktober ini. Harapan aku untuk menyiapkannya walaupun tengah berkursus tidak tercapai nampaknya. Malah laptop yang aku bawa bersama tidak langsung dibuka kecuali pada malam terakhir. Mana tidaknya waktu senggang hanya digunakan sepenuhnya untuk mengosok pakaian dan menggantikan tidur yang tidak pernah lena saban malam. Aku kecewa sebenarnya. Aku menghampakan diri sendiri. Aku tidak berjaya memenuhi tekad aku sendiri. Tiada siapa yang harus aku salahkan kecuali diri aku sendiri. Apa yang berlaku sampai manuskrip yang hanya tinggal beberapa helai sahaja lagi itu tidak mampu aku habiskan?
Mendengar cerita Lynn, rose, kak lily, lily yong membuatkan semangat aku kembali terbakar. Terutamanya Lynn yang selalu mencabar aku supaya berlumba dengannya. Selalunya selepas bertanya khabar, ayat pertama yang akan keluar dari mulutnya ialah " dah berapa page?" Kalau ada peningkatan dengan bangganya aku bercerita, kalau tidak selalunya kami akan saling memotivasikan diri. hahaha...selalunya akulah yang kena dengan leteran Lynn. Agaknya itulah kelemahan terbesar dalam diri aku. Tiada motivasi dan kurennng semangat...

Comments

Lynn Dayana said…
Alahai.... aku pun kdg2 dong2 jugak. Ada masanya lalai... Pd kwn2 kita berkongsi cerita, keluh kesah...
Tak sempat buat hari ini, esok kena buat dua kali ganda. Byr hutang!
laila kamilia said…
aku pun nampaknya serupa ko juga. tapi apakan daya aku masih belajar.
dhiya zafira said…
Lynn...
tu yang aku dok pulun tuh...bulab 12 nak menjenguk dah....


laila...
belajar2 pun ko dah ada 2...aku masih struggle tau...hihiihih
Anonymous said…
ala dhiya...ko jgn dgr ckp lynn tu, dia memang tak blh tgk org goyang kaki. nvl ko baru klr, rileks aa dulu hehehee*sambil urut2 blkg dhiya dgn senyum meleret, kat atas kepala ada tanduk dua* huahahaha- lily-s
dhiya zafira said…
hahahahhahha....tanduk warna merah..pakai cape hitam merah...mata berapi yekk....

lily s, aku menjawab urutan ko tu dengan tangan menadah ke langit dan berdoa agar diberi kekuatan...hihiihihi
Lynn Dayana said…
Hey petualang lily s! hehehe... jgn sampai ketinggalan. Dlm keluh kesah aku msh melangkah ke hadapan!
dhiya zafira said…
lynn...
derita kita hari ini,bahagia kita masa depan....memang kedengaran klise tapi ada benarnya...chayok chayok...

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

mutiara kata sasterawan negara