Friday, November 16, 2007

love is cinta...

Salam...
Hari ini aku nak bercakap soal cinta, kasih sayang dan seangkatan dengannya. Aku rasa inilah salah satunya perkara yang paling akrab dengan diri kita dan insan-insan yang berada di sekeliling kita. Dan aku yakin, terlalu banyak sudah yang diperkatakan tentang subjek yang satu ini.
Kata orang, lebih baik kita pernah mencintai dan dilukai daripada tidak pernah merasa cinta langsung. Dan sesetengah berpendapat pula, kalaulah dia tahu betapa luluhnya hati kerana putus cinta, adalah lebih baik dia tidak menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Pendapat anda bagaimana pula? Bagi aku ada dua situasi di sini.
Bagi pendapat pertama, insan ini optimis dan berfikiran positif orangnya. Dia berpendapatan putus cinta itu adalah lumrah kehidupan. Bukan satu masalah yang besar. Iya, aku tetap akui, memang payah untuk melupakan cinta pertama, kedua ketiga...ataupun yang seterusnya. Bila kita serahkan hati pada seseorang, bermakna kita telah memberi seluruh harapan dan kepercayaan kepadanya. Kita tidak lagi berfikir tentang diri 'aku' tetapi 'kami'. Dan sudah pasti hidup ini terasa musnah apabila hubungan itu tidak kesampaian. Mimpi indah yang dibina berkecai macam kaca yang terhempas ke lantai. Kita melihat dunia ini tidak sama lagi. Tapi kesedihan dan kesengsaraan yang kita hadapi itu bukanlah penghalang untuk kita beroleh kebahagian. Hilang satu cinta tidak bermakna kita tidak akan mendapat cinta yang lain. Insyaallah, mungkin lebih hebat dari cinta kita yang sebelumnya.
Dan bagi pendapat kedua pula, dia menggangap cinta adalah segala-galanya. Apabila terputusnya ikatan itu maka musnah kehidupannya. Sengsaralah jiwanya. Dunia ini dirasakan sepi dan tidak indah lagi. Lalu dia menyalahkan takdir. Lalu dia menyalahkan semuanya sedangkan dia tahu cinta sesama manusia itu tidak kekal. cinta boleh mati dan hilang begitu saja. Kalau kita tergolong dalam golongan ini, payahlah kita kerana kita tahu ada lagi cinta yang lebih besar, cinta yang tidak akan padam, cinta yang kekal, iaitu Cinta kita pada Tuhan.
Kepada sesiapa yang pernah putus cinta dan merasakan hidup ini sudah tiada ertinya, bangun dan bangkitlah. ubah tanggapan anda itu. Jangan biarkan hidup kita musnah disebabkan cinta ini kerana insyaallah ada perkara yang lebih baik lagi akan berlaku kepada kita.

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...