Salam...
Sudah seminggu lebih rasanya aku tidak memblogging. Baru hari ini aku masuk kerja kerana semalam aku EL kerana salah seorang saudara aku koma kerana pendarahan dalam otak. namun syukurlah dia kini mulai sedar. Mudah-mudahan dia akan sembuh. Aku bukan apa, pergi ke hospital semalam kembali membangkitkan memori yang aku tidak mampu lupa sampai sekarang. bunyi mesin, tub IV, baju hijau dan semua keadaan mengembalikan ingatan aku pada arwah ayah.
Sesungguhnya hidup ini seperti roda. sekejap kita sihat, sekejap pula dia terlantar di katil. kadangkala sekelip mata sahaja ia berubah sedangkan kita tidak lagi bersedia menghadapi keadaan itu. Melihat air mata yang cuba ditahan oleh isterinya, aku faham. melihat ketabahan yang cuba ditunjukkan, aku juga faham kerana aku dan keluarga turut pernah mengalami keadaan itu. Aku turut merasai betapa peritnya melihat insan tersayang menderita. Tetapi aku yakin, ada rahmat sebalik dugaan ini.
No comments:
Post a Comment