NEW MANUSCRIPT - HRS


Taiping, Perak

            “ Kalau dia ada dengan kau, baik kau lepaskan dia sekarang. Aku sumpah Rais, kalau aku dapat kau...”
            “ Dia bukan hak kau lagi. Kau sendiri tahukan,” Rahang Kief bergetap mendengar jawapan di seberang sana. Segala telahannya benar-benar berlaku. Emma bukan sengaja melarikan diri daripadanya. Emma diculik oleh lelaki laknat itu.
            “Rais...” Dia dengan suara yang dalam. Cuba menahan amarah yang membuak-buak di dalam dada.
            “Aku bagi kau masa 4 jam untuk kau lepaskan Emma. Empat jam tepat. Kalau kau lewat even satu saat pun aku tak akan bertanggungjawab atas apa yang aku akan lakukan pada kau. Kau tak akan tahu apa yang menyerang kau sampai kau rasa menyesal kau dilahirkan. Empat jam Rais.” cetusnya sebelum mencampakkan gagang telefon itu ke dinding. Jimmy dan Eddie hanya berpandangan tanpa suara. Sesunguhnya mereka faham mengapa Kief begitu. 
Jimmy merenung wajah Kief yang kusut. Mana tidaknya insan kesayangannya hilang tanpa berita. Termasuk hari ini sudah hampir 12 jam Emma menghilangkan diri atau lebih tepat diculik oleh manusia bernama Rais itu. Sejam yang lalu mereka berdua sudah mendengar cerita daripada Kief dan tepat jam tiga, mereka semua akan memulakan pergerakan untuk mencari Emma.
Jimmy juga sudah menghubungi konteknya di setiap sempadan negara takut-takut Emma cuba dibawa lari keluar negara. Walaupun Kief sudah memberi masa selama empat jam untuk Emma dipulangkan tetapi mereka tidak akan menunggu selama itu untuk bertindak. Kedudukan Rais telahpun berjaya dikesan oleh mereka. Malah dia dan Eddie telah membuat tinjauan rapat ke kawasan terbabit dan kembali untuk melaporkan perkara itu kepada Kief.
“Jangan risau Kief. Emma tak apa-apa. Rais tak akan lakukan apa-apa pada Emma. Dia pun tahu dia tak berani nak berkasar dengan Emma,” Eddie memujuk abangnya yang hanya tua beberapa bulan daripadanya.
“Aku tak takut dia apakan Emma, Eddie. Aku tahu dia tak sebodoh tu. Aku cuma takut dia rampas Emma daripada aku. Dia ada hak. Dia ada hak untuk dapatkan Emma. Macam mana kalau lepas ni Emma...” Kata-katanya terhenti tiba-tiba. Jimmy melarikan pandangan. Tidak sanggup melihat atau mendengar Kief yang sedang berusaha keras menahan air matanya.
Ah...lelaki seperti Kief juga tahu mengalirkan air mata apabila insan kesayangan dimamah derita. Jimmy merenung wajah Emma yang ditunjukkan kepadanya. Tiba-tiba hatinya terasa pedih. Dia dapat rasakan apa yang sedang dilalui Kief ketika ini. Kalaulah Afi yang hilang begitu, dia tahu dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia dapat menemui Afi kembali. Apa sahaja.
“Emma sayangkan kau Kief. Dia tak akan buat begitu pada kau,” pujuk Eddie cuba menenangkan jiwa abangnya. Mendengarkan itu Kief hanya ketawa kecil.
“Lisa pun sayangkan aku Ed. Tapi pernah kau fikir dia sanggup buat aku macam tu?” Eddie diam seketika untuk beristighfar. Fikiran Kief kacau bilau sehingga dia tidak sedar apa yang dicakapkannya. Dia cuba berdiplomasi walaupun ketika ini dia tahu abangnya itu tidak mahu mendengar tentang betul ataupun salah.
            “Lisa dah tak ada untuk pertahankan diri dia sendiri, Kief. Kau pernah sayangkan dia. Patutkah kau ragui dia macam ni sekali?” Kief hanya menggeleng.
            “Aku sendiri dah tak tahu nak fikir apa. Aku tak boleh hilang Emma, Ed. Aku boleh mati kalau aku hilang dia,” balas Kief bersungguh-sungguh. Di saat dan ketika ini dia di dalam keadaan yang terdesak amat.
            “Tak ada siapa akan hilang siapa.” Akhirnya Jimmy menyampuk percakapan dua beradik itu. Tidak boleh jadi jika mereka berdua berterusan begini. Salah seorang daripada mereka perlu rasional untuk memulakan tindakan dan membuat keputusan. Memandangkan Kief dan Eddie berada di dalam kondisi yang tidak stabil, lebih mudah dia mengambil alih operasi menyelamat ini. Operasi yang dilakukan tanpa pengetahuan daripada sesiapa melainkan mereka yang berkenaan sahaja.
            “Yang penting sekarang, kita dapatkan Emma dulu. Lepas tu kita boleh risau apa yang perlu kita risau. Buat masa sekarang, selamatkan Emma jadi keutamaan kita. It’s already fifteen hundred. Kita kena bertolak sekarang.” Tambahnya lagi. Dia bangun dan terus keluar membawa segala kelengkapan. Dia tidak menunggu sama ada Kief ataupun Eddie menuruti langkahnya. 
“Jimmy?” Kief memanggil namanya. Langkah Jimmy terhenti dan dia berpaling perlahan. 
Thanks...for being here...” ujar Kief lagi. Jimmy hanya mengangguk. Sememangnya dia memilih untuk berada di sini.




Comments

jahn abas said…
Yeah! This is how we do it!
~ Cik Azz ~ said…
HRS..?

Jimmy...??
Yeaaa.... Rindu la kat hero sorang ni.. hehe..

Kief..??
Siyes lupa kat dia ni.. huuu..

As usual, nak tunggu versi buku sebab tak sanggup nak baca cerita yang sekerat2 ni..

p/s: Take your time DZ.. Tetap tunggu HRS ni even tak tau apa itu HRS.. hehe..

Popular posts from this blog

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

mutiara kata sasterawan negara