Tuesday, September 02, 2014

Umrah part 1

SALAM...


Rasanya setiap n3 yang ditulis oleh saya bermula dengan keluhan betapa blog ini ditinggalkan sehingga bersawang. Wish I had a better reason... tapi kenyataannya adalah MALAS. Dan kalau dah namanya malas, memang tak boleh nak buat apa dah kan. Entahnya makin lama makin hilang rasa hendak bercerita, namun masih belum sanggup untuk mengucapkan selamat tinggal kepada alam blogging...
Jadi... silalah baca kisah perjalanan saya menunaikan umrah pada tahun 2013 tempoh hari.  Hahahahaa... sudah setahun lebih baru nak cerita ya. 

Dulu masa baru balik umrah memang niat nak tulis namun tak berjaya2 sehingga kini. Semua ni berpunca daripada enche suami sendiri. ceritanya begini...cewah..ye ye je kan.

Minggu lepas kami keluar dan singgah di Masjid kampung Jambu untuk solat Asar. Kebetulan ada sebuah bas di situ dan perkarangan masjid penuh dengan orang ramai. Automatik saya teringat..mungkin ada rombongan mahu melakukan umrah kerana saya pernah menghantar ibu saudara di tempat yang sama. Dan masjid ini memang kerap kali menjadi pengumpulan semua tetamu2 ALLAH. 
Namun tetiba enche suami bersuara. Bukan umrah. Haji. Ya lah kan. Musim haji sudah tiba. 

Automatik saya cakap..seronoknya. Teringin nak ke sana kembali. enche suami hanya mengiakan. Dan entah mengapa selepas hari itu enche suami kerap melayan youtube mencari video Ust. Abdullah Khairi. Topiknya sentiasa sama walaupun ceramah yang berlainan. Menunaikan Haji. Setiap malam tanpa gagal dia mendengar ceramah ust tersebut. 

Saya tidak tahu bilakah tiba masanya saya dapat menunaikan Haji bersama suami. Saya tidak tahu adakah peluang tersebut untuk kami namun tidak pernah saya putus berdoa agar kami dijemput ke sana lagi. Bukan setakat kami, malah untuk semua ahli keluarga yang masih belum ada peluang dan kesempatan untuk ke sana. 

Kalau tidak pun Haji dalam masa terdekat ini, kami berdoa agar dikurniakan rezeki untuk menunaikan umrah lagi. Dan sehingga detik itu, hanya kenangan inilah yang menemani diri kami berdua. Oklah..jom cerita....



Umrah 14 Jun 2014 - 25 Jun 2014


Alhamdulillah saya, enche suami dan ibu bapa mentua saya berpeluang menunaikan umrah pada tarikh berkenaan. 
Rancangan asalnya hanya saya, suami dan adik perempuan saya. Namun undang-undang baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi menyebabkan rancangan kami terpaksa berubah. Adik perempuan saya tidak boleh pergi kerana masih bujang dan tidak ada mahram. Sehingga ke saat-saat akhir kami masih berharap agar keputusan itu berubah namun akhirnya terpaksa akur yang Sarah tidak boleh pergi. Kasihan dia kerana kursus umrah dah banyak kali diikuti. Tiba-tiba tidak boleh pula. Memang tak boleh nak buat apa dah.  Terpaksa pihak agensi pulangkan deposit. 

Jadi... tinggal kami berdua sahaja. Entah mengapa saya bincang dengan suami supaya mengajak ibu bapanya sekali. 1ST sebab mereka memang tidak pernah ke sana. dan keduanya saya fikir lebih mudah jika pergi bersama sebab boleh jaga antara satu sama lain. Suami setuju dengan saya. Mulanya FIL keberatan dan menyuruh MIL yang ikut tapi selepas tu masing-masing setuju pula nak ikut. Alhamdulillah. 

Pengalaman pertama saya ke umrah, saya menggunakan khidmat Andalusia. Kali ini saya menggunakan agensi Fayrooz Travel pula memandangkan dekat dengan rumah dan kursusnya pun dekat Taiping sahaja. Tidak seperti Andalusia yang saya terpaksa turun ke KL untuk mengikuti kursus. Sebenarnya, pada awalnya saya sudah membuat tempahan dengan pihak Andalusia, namun ada sesuatu yang berlaku menyebabkan saya membatalkan tempahan tersebut. Nantilah saya ceritakan kemudian. Dan saya akan buat perbandingan pro dan kontra kedua2 agendsi ini menurut pengalaman dan pandangan saya semata-mata. 


Ini adalah umrah ke dua saya dan pertama bagi suami dan mentua. Kira memang banyak persedian yang perlu dilakukan terutama dari segi persediaan umrah mental dan fizikal. Saya walaupun ada pengalaman namun pengalaman yang ada sangatlah kecil. Masih banyak yang perlu saya pelajari. 

Perjalanan kali ini belum bermula namun sudah ada ujian diawalnya. Tarikh penerbangan kami terpaksa diubah sebanyak 3 kali sebelum ditetapkan pada 14 Jun 2014. Bermula dari tarikh asal 28 Mei, ia berubah sehingga dua minggu selepas itu. Nak merugut pun rasa was-was mengenangkan mungkin ini salah satu bentuk ujian buat kami sekeluarga. Sya yang payahnya terpaksa menukar cuti berkali-kali sedangkan borang keizinan ke luar negara perlu diisi sebulan lebih awal. Namun syukurlah apabila selepas 3 kali penukaran, tarikh yang tetap diputuskan. 


Kenderaan (van) untuk KLIA disediakan oleh pihak pengurusan namun memikirkan kami perlu bertukar dan berhenti di Ipoh terlebih dahulu, saya memutuskan untuk pergi dengan kenderaan sendiri sahaja. Seperti biasa, Metty menghantar saya ke Klia. kali ini Ijat juga terpaksa mengambil cuti menghantar kami kerana tidak muat kami semua naik satu kereta. Beg masing-masing pun dah penuh kereta. 

Sampai kat airport seperti biasa, berkumpul di tempat yang diminta. Kami diberi sedikit penerangan dan diberikan tag untuk bag dan id sepanjang berada di sana. check in beg dan menunggu sehingga gate dibuka. 

Setelah bererapa lama, akhirnya saya berpeluang menaiki MAS. Kali terakhir saya naik MAS masa saya berumur 14 tahun. bayangkan betapa lamanya tak jejak kaki naik MAS..hahahah...

Satu yang saya kesal, agensi tak susun kedudukan keluarga dengan betul. semuanya duduk merata-rata. Sepatutnya masa check in tu depa dan asingkan mana yang kelaurga dan mana yang tidak. Sudahlah mentua saya pertama kali naik kapal dan mak mentua jenis cepat panik dan kurang sihat jadi saya fikir masalah tempat duduk ni takkan berlaku. Tapi mujurlah bila semua dah settle, saya berjaya tukar tempat dan duduk dengan MIL. Suami dan FIL masing-masing terpisah. Tak apalah..sekurang2nya saya dapat jaga MIL sepanjang penerbangan. 

Dan Alhamdulillah penerbangan ini terus masuk ke Madinah dan tidak di Jeddah. Kerana kalau turun ke Jeddah terpaksa naik bas ke Madinah pula. 7 jam perjalanan dalam bas tu. Tapi Alhamdulillah kali ni rezeki kami turun di Madinah. 

Kesian Adni dan Qisya kena bangun awal pagi sampai pakai baju tido je pi airport

Ijat, Husna dan Daiful..Muka yang sama hantar saya masa umrah 2010 dulu

Dengan mentua sebelum nak board

Suami n parent. MIL tak habis-habis bercakap dengan anak yang ditinggalkan

Jemaah yang turut serta


Bersambung....



No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...