Wednesday, October 22, 2008

satu catatan perjalanan

Hari Pertama di Salamanca. Depan Asrama kakak aku.

Sesi Berjalan-jalan di Salamanca yang merupakan bandar yang agak kecil kalau nak dibandingkan dengan Madrid dan Barcelona. Aku sukakan suasana kat sini. best je dengan jarak yang dekat antara asrama dengan pekan. kanan kiri penuh dengan kedai2 macam dalam gambar ni. ala...gaya yang selalu kita tengok dalam filem kat tv tu. lagi satu bangunan kat sini memang cantik. Nak jalan2 pon rasa selamat.


Universiti de Salamanca. Antara Universiti bahasa terbaik dan tertua di dunia.


Permandangan dari bilik Komputer.( Kat sini dipanggil Informatica)


Plaza Mayor yang ada di setiap tempat.



Salam...

Membaca kisah Laila di Jerman mengingatkan aku kembali pada Sepanyol. Ya, sudah agak lama aku meninggalkan catatan mengenai perjalanan aku ke sana. Melihat keindahan Berlin dengan bangunan sejarahnya mula mengamit memori aku.

N3 terakhir dahulu aku berhenti di Barcelona ( parc guiel). Selepas menghabiskan masa selama beberapa jam di Barcelona, aku, kakak dan kawan kembali semula ke Madrid. Kami menaiki bas pada pukul 3.30 petang. Di stesen bas, perjalanan kami teruji apabila menyedari sekeping tiket bas kami hilang. Aku dah mula mengelabah, memikirkan driver bas tidak akan percaya dengan alasan kami. tiket bas ke bracelona berharga 50 euro dan jikalau membeli tiket satu hala sahaja harganya akan berlipat ganda tinggi.


Oh...aku tak sanggup membayar kembali harga tiket yang hilang itu. lalu dengan penuh tawakal, kami bertiga berserah sahaja kepada Allah. Nasib baik kakak aku masih menyimpan tiket pergi yang turut tertera tiket itu untuk perjalanan 2 hala. Tapi, segala kegelisahan kami itu terpadam apabila driver bas itu hanya membiarkan aku naik ke dalam bas tanpa bertanya apa-apa dan tanpa meminta tiket aku untuk diperiksa. Alhamdulillah.

Perjalanan yang sepatutnya memakan masa selama 7 jam itu menjadi bertambah lambat apabila bas berhenti 2 kali di R&R. ( setiap kali berhenti akan mengambil masa setengah jam)Di sini, R&Rnya tidak sama macam di Malaysia. kalau di msia, bermacam kedai2 yang menjadi pilihan n suasananya agak meriah. tetapi di spain ini, hanya sebuah kedai sahaja yang ada dan semua bas akan berhenti di situ. memang tidak pernah nampak kereta yang berhenti di sana.


Dalam bas, aku n kakak kembali mengelisah kerana kami harus sampai di Madrid sebelum pukul 11 mlm kerana hendak mengejar tren ke Salamanca pula. Sememangnya kami tidak membeli tiket lebih awal kerana menjangkakan perkara begini akan terjadi.


Kami sampai Madrid dalam pukul 11 lebih. sekali lagi adegan turun naik tren Metro dilakukan oleh kami. memang kelam kabut mengenangkan kalau tidak sempat naik tren, kami terpaksa menyeludup ke rumah Sabrina sekali lagi. Sampai stesen ketapi, ada perjalanan pukul 11.45 tapi kaunter dah tutup pukul 11 rasanya. Kesimpulan, kami memang tidak dapat ke Salamanca pada malam itu. Kakak aku terpaksa ponteng kelas untuk keesokkan harinya. kerana tiket paling awal ke Salamanca pada jam 8.45 pagi dengan perjalanan selama 2 jam setengah. Dalam hati timbul rasa tak geram. kalau tahulah ini yang akan berlaku, lebih baik stay kat Barcelona lebih lama dan tidak perlulah kelam kabut bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain...tapi apa boleh buat....

sekali lagi kami berlari berpatah balik mengambil tren untuk ke rumah Sabrina pula. jam hampir ke pukul 12.30. kalau kami lambat ada yang terpaksa tidur kat stesen metro. kami bernasib baik apabila sempat mengejar tren. Seperti biasa, aku dan kakak sudah pro dalam bab seludup menyeludup ni. ( Aku sempat masak Spageti untuk sarapan kami.)
esoknya aku dan kakak bertolak ke Salamanca. Kami akan berada di sana untuk 2 hari 1 malam sebelum bertolak ke Valladolid.

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...