Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru...CIKGU

Salam...

Hari ni hari guru. Semua orang tahu itu. Saya juga tidak mahu melepaskan peluang mengucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua cikgu yang pernah mendidik saya semenjak saya bermula di tadika sehingga saya tamat tingkatan 6 dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti. Jadi entri kali ini saya mahu tributekan kepada insan-insan penting yang berjaya membantu mencorak hidup saya seperti ketika ini.


Tahun 1984

Saya tadika di Bt 4, Port Dickson - Nama gurunya saya tidak ingat lagi tetapi apa yang saya ingat, saya cukup tension dengan kelas tadika saya kerana cikgu ini kerap mengadakan aktiviti yang memerlukan saya memakai baju kurung. Aduhai...saya semasa kecil lebih lelaki dari budak lelaki itu sendiri. Saya pernah ponteng kelas ( tapi kantoi dengan ayah bila dia jumpa saya tengah lepak kat bus stop)..hahahah... - ini sejarah ponteng saya yang pertama..di tadika lagi..bila diingatkan2 semula memang kelakar. Nanti saya ceritakan pada n3 yg lain bagaimana saya boleh ponteng sekolah tadika. Saya juga ingat saya pernah lari dari sekolah sebab tak tahan dengan baju kurung yang saya kena pakai. Saya rasa begitu azab menunggu waktu sekolah habis sehingga tidak sabar menunggu waktu perbarisan balik. Semasa cikgu suruh beratur, saya sudah melarikan diri....
Kalau  saya berpeluang berjumpa cikgu ini semula, saya akan katakan..saya tidak alergik lagi dengan baju kurung.


Tahun 1987-1989 ( Sek. Keb Long Jaafar, Kamunting)

Cikgu Mohd Hadri Hj Gadzali - Cikgu kesayangan saya walaupun saya pernah kena tampar dengan dia sudah terlalu banyak kalau hendak dikira sebenarnya. Dia menjadi guru kelas saya dari darjah 3-6.
Perangai tomboy saya memang kekal sehingga ke sekolah. Saya ingat lagi dengan baju pinafour dengan rambut kontot saya bersama teman baik yang juga membawa gaya yg sama. Kami ini antara dua tomboy yang terkelas dalam kelas..sebab suka cari pasal dengan budak2 lelaki. Cikgu Hadri memang pening nak melayani karenah saya yang suka bergaduh. Kelas selalunya tertangguh sebab cikgu kena selesaikan masalah saya dulu.
Ya...kalau hendak dikira...memang banyak kali saya kena tampar dengan cikgu ini...(bukan tampar kuat...tampar2 sayang aje..hahah)...tetapi walaupun saya kena tampar..sya tetap hormat cikgu ini...dia antara cikgu yang betul2 ambil berat ttg saya. Dia sanggup hantar saya pulang ke rumah semasa kami kena bergotong royong...perkara yang tak pernah dibuat pada pelajar lain. Dia datang kerumah saya waktu malam semata-mata nak memberitahu majlis yang sepatutnya berlangsung lusa dipercepatkan pada keesokkan harinya.


Tahun 1990 ( SRB Mejar Jeneral Dato' Ibrahim, Kuching)

Ist time saya ke Sarawak...darjah 6. Cikgu kelas saya lelaki..tapi saya lupa nama dia. Dan saya tak suka dia. Ist time juga saya kena pakai baju kurung dan tudung ke sekolah. Saya sempat bersekolah sebulan di Long Jaafar masa darjah 6 sebelum berpindah ke sarawak. Tetapi kebanyakkan masa saya memang ponteng sebab saya boikot sekolah sebab pelajar darjah 6, kena pakai baju kurung dan tudung. Aduh..saya dan faridah..memang protes abis-abisan...pakai baju kurung tak apa lagi...nak pakai tudung...mak ai....
Berbalik pasal cikgu lelaki ni...tak taulah kenapa dia mcm anti dengan saya...mungkin sebab saya tak secantik patricia Farrah yang dilukiskan potretnya..atau mungkin juga saya ni kasar dan selalu melawan cakap dia..dia pernah halau saya dari kelas. Dia suruh saya berdiri di luar tapi saya tak nak. dia jerit kat saya suruh saya keluar..tapi saya degil..tetap duduk kt tempat saya..akhirnya dia sendiri pun tak boleh kawal marah dia..terus dia tarik saya dan letak saya kt luar kelas..aduhai...

Cikgu Azmi Ayob
Cikgu Sukan saya yang mana sekarang ini jadi abang ipar kawan baik saya. Masa tu cikgu nilah yang paling hensem sekali kt sekolah. Kawan saya budak sarawakian ni dia memang minat habis dengan cikgu Azmi ni. Aduh..budak darjah 6 syok kat cikgu. Tapi kawan saya ni badan dia macam budak tingkatan 3..memang tinggi dan besar. Pendek kata...mmg orang tak akan percaya kalau cakap dia darjah 6. Jadi..setiap harilah saya terpaksa menemani kawan saya ni  mengintai cikgu Azmi setiap kali dia datang ke sekolah...heheheh...ada ka patut...


1991-1992 ( SMKA MATANG 2)

Siapa sangka saya bersekolah agama? Hmmm..masa lepas keluar result upsr..cikgu pun mengedarkan borang2 kemasukkan ke asrama penuh dan sekolah agama. Saya memang tak berniat pun nak masuk asrama. Tak pernah pun terfikir kat kepala ni nak duduk asrama. Jadi saya tak pedulikan langsung kata2 cikgu. Saya tak cakap dengan ayah sebab saya tahu kalau saya cakap, saya akan suruh saya mohon. Jadi baik saya diamkan saja. Tapi...anak buah ayah saya di kem yang memberitahu ; " anak tuan tak minta sekolah agama  ke...borang dia dah lama keluar...nak lepas pun tarikh tutupnya..anak saya minta juga..." Balik rumah..ayah marah saya sebab tak cakap...terus ayah pergi jabatan pelajaran nak mengambil borang. Walaupun permohonan dah ditutup tapi borang saya diterima juga...dan beberapa minggu lepas tu, anak buah yang sama cakap pada ayah saya..." tuan, saya dah check..anak tuan dgn anak saya dpt sekolah tu..." Duh...saya dah panik...dahlah asrama..sekolah agama plak tu...
Kat sekolah ni..saya dengan guru biasa2 saja. Tak adalah yang begitu rapat sangat. Cuma saya rapat dengan isteri ustaz saya. Masa tu saya form 2..isteri ustaz baru 19 tahun...cantik sangat...setiap petang jumaat saya lepak umah dia sebab nak tgk hindustan...hahahha. Dia pun mmg sentiasa tunggu kedatangan saya...


1993 (SMKA SHEIKH HJ MOHD SAID, SEREMBAN)
Saya hanya setahun sahaja di sekolah ini. Tetapi saya masih ingat uztazah Mahaya yang mengajar saya bahasa Arab. Saya bila time subjek ni memang saya cukup takut. 1. sebab saya lemah Arab. 2. Sebab ustazah Mahaya suka panggil nama saya. Memang tak sah kalau nama saya tak dipanggil untuk menjawab atau menulis di papan hitam. Saya ingat lagi selain nama saya, nama kawan baik saya( yg abang iparnya cikgu azmi itu), Noory Saadah memang selalu saja disebut. Kalau tak nama dia, nama saya yg akan disebut dulu. Pendek kata..tak sah kalau ustazah Mahaya ni tak sebut nama kami berdua.
Yang kedua..Cikgu Karthigesu - beliau ini coach bola tampar saya. Saya ingat dia sebab dia tak reti nak menyebut nama saya. Sudahnya dia panggil saya Mars...(mcm coklat tu).hahaha..

1994-1997 - STPD
Saya lama ni disini...dari fom4 - form 6. Akhirnya berjaya juga saya mengeluarkan diri dari sekolah asrama.
Cikgu Rabiah :  Cikgu BM. Yang mula-mula sekali mengesan kebolehan saya dalam penulisan. Dia pernah membantu saya memasuki pertandingan penulisan mengenai negara Korea Selatan peringkat kebangsaan masa saya di lower six. Dia yang menyuruh saya masuk..Walaupun tak menang, tapi di situ...saya tahu mana minat saya mengalir sebenarnya.

Cikgu Abdul Rahim : Cikgu yang meninggalkan efek yang paling dalam bagi saya. Cikgu yang paling saya sayang. Mengajar saya kesusasteraan Melayu dan Sejarah Islam di form 6. Saya jatuh cinta dengan sastera dan penulisan dengan lebih mendalam apabila berjumpa dengan cikgu ini. Cikgu ini juga mempunyai nama pena sebagai PAK TAM...dia juga seorang sasterawan sekolah...selalu menghasillkan puisi yang mengisi majalah sekolah...saya suka membaca karya2nya....Saya katakan pada kawan saya..kalaulah saya tahu beginilah dia mengajar, saya sanggup meninggalkan kelas sastera inggeris saya untuk masuk ke kelas sastera melayunya semasa form4-5. Saya cuba mencarinya namun dengar kata dia sudah berpindah sekolah...sayangnya..bila saya ke PD...bila lalu di STPD ini...terus saya jadi terkenang pada dia..pada kesungguhan dia memberi ilmu pada kami semua...


1999-2001 ( UITM SHAH ALAM)
En. Norman Masrek mengajar kelas System analyst.  Dia, saya lihat seperti LIN DAN...angkuh..kerek...bangga...tapi saya tetap suka pada dia. Pertama kali saya berjumpa dengan dia...memang meninggalkan kesan. Dia menunggu kami di kelas. Dia lecturer tiba dahulu dari kami studentnya...dengan wajah yang sedikit sombong..dia menerangkan kejayaannya menjadi pelajar diploma, degree dan master terbaik di kelasnya. Pertama kali..memang saya terkejut..amboi berlagak nak mampus laki ni..tetapi semakin hari..kelas dialah yang paling saya tunggu2. Saya tahu kenapa dia begitu. Dia mahu mencabar kami semua untuk menjadi seperti dia...dia mahu kami mendapatkan apa yang kami mahukan...heheh...untuk projek final year...saya dan 2 orang grup saya membuat sistem untuk kedai cermin mata di Plaza Alam Sentral. untuk Projek ini kami semua mendapat A...wah bangganya saya. sebab memang susah nak dapat A untuk kelas dia..tapi apapun..walaupun ramai yang tidak suka dengan dia..tapi masa tu saya ada rasa sikit angau pada dia..hahahaha


Itulah sedikit sebanyak tentang mereka yang bergelar pendidik yang masih saya kenang sehingga kini. Walau apa pun saya tetap menyanjung tinggi arwah ayah dan emak saya yang saya rasa PENDIDIK yang paling hebat yang pernah saya temui. Tiada siapa pun yang mampu menyaingi apa yang telah ayah dan emak lakukan kepada saya dan adik beradik yang lain....



( GURU OH GURU - USMAN AWANG)

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

1 comment:

Mr Norm said...

Saya guna google utk mencari samada article saya di cite, kemudian terjumpa blog you yang ada menyebut nama saya, terima kasih kerana masih ingat kepada saya yang garang ni.

all the best:

Mohamad Noorman Masrek

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...