Monday, December 31, 2007

selamat tahun baru - 2008

Salam...
Esok tahun baru. Kita akan kembali kepada Januari semula. sekali lagi, mengharungi segala macam suka duka yang berlaku dalam hidup kita dan menunggu disember untuk sama-sama menghitung detik ketibaan tahun baru. Nikmat tahun baru telah lama lupus dalam hidup aku semenjak aku menginjak erti dewasa. Kalau dulu, aku dan adik beradik begitu teruja dengan sambutan yang akan berlangsung di Dataran Merdeka ataupun KLCC walaupun hanya mampu menonton di kaca tv sahaja. Tetapi semua itu sudah hilang serinya. berginjak ke tahun baru sama seperti hari ini bertukar kepada hari esok. cuma yang berbeza nombor dihujungnya saja. Aku bersyukur, kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Aku bersyukur kerana masih mampu membina impian sendiri. Namun Sambutan tahun baru sudah hilang ertinya. ianya sekadar pertunjukkan hiburan semata-mata sambil melihat artis pujaan terkinja-kinja di atas pentas. dan muda mudi pula turut terhenjut2 kononnya teruja menanti hari esok yang entah apa dijanjikan untuk mereka. yang tinggal, pekerja DBKL yang bertungkus lumus terpaksa membersihkan kesan kegembiraan insan-insan ini.
Apa yang aku melalut ni. Tahun baru, semua orang pasti bercakap mengenai azam. adakah aku juga mempunyai Azam? Tahun ni aku tak mahu membuat azam. Aku mahu menyambung tekad aku bertahun-tahun dulu. Aku mahu membahagiakan emak dan keluarga. aku mahu berjaya sebagai seorang penulis.
Kenangan 2007. Aku lupa apa yang berlaku. semuanya samar-samar sahaja kecuali 2 perkara. 27hb Mac tarikh ayah pergi buat selama-lamanya dan 2 minggu selepas itu Editor telefon menyatakan mss aku akan diterbitkan.
Aku harapkan tahun ini akan lebih membahagiakan untuk aku, keluarga dan teman-teman. Insyaallah.

Saturday, December 29, 2007

hidup ini satu perjudian...

salam...
Semalam aku menghabiskan masa selama beberapa jam membaca manuskrip terbaru Lynn Dayana. Manuskrip itu belum siap sepenuhnya namun Lynn sudi memberi peluang untuk aku mengintai, menilik, memberi komen karyanya itu.(hahahha...penulis kecil seperti aku ni tidak layak rasanya). Sampai pada ms 50 aku mesej pada Lynn, aku katakan padanya yang mss dia kali ini cukup hebat. cukup suspen dan aku begitu teruja untuk membaca helaian demi helaian. Tidak sampai beberapa minit lepas tu Lynn call. hahha..kalau Lynn call memang terbantut segala aktiviti pembacaan aku. sepuluh minit pertama dikuasai dengan pujian aku kpd dia. Kami sama-sama meluahkan rasa bimbang dan harapan kami.
Selera aku dengan Lynn sama. kami suka cerita thriller, action dan seangkatan dengannya. Dan impian penulis kecil seperti kami ini adalah untuk menghasilkan karya2 menerusi genre di atas. tetapi mampukah kami? Hati kecil berkata; Iya..kami mampu. kalau orang lain boleh buat, masakan kami tak boleh. semuanya bergantung pada azam, disiplin dan kesungguhan. hihih..itu disaat kami positif. Bila negatif datang menjengah, kami terdiam dan bingung. berapa ramai pembaca wanita yang boleh menerima genre seperti ini? seperti yang kita ketahui, majoriti pembaca novel di Malaysia ini adalah kaum wanita. dan majoriti pembaca wanita ini inginkan kisah cinta di dalamnya.
Lynn kata kalau aku mahu teruskan niat dengan cerita begini pastikan aku selitkan bab cinta sama. jangan terlalu serius sehinggakan pembaca boleh menutup buku. Jangan bimbang. aku tidak akan melupakan bab yang satu itu. tema yang begitu dekat dengan jiwa pembaca, jiwa penulis yang juga pembaca seperti aku juga.
Hampir sejam kami bercakap, dan kepala Lynn yang kreatif terus merencanakan novel2 yang akan datang. Aku juga turut bersemangat mendengar keterujaan Lynn. dalam sengal dan dong2 Lynn, dia masih tetap kreatif. Dan malam itu juga aku sudah mencapai keputusan. Aku tahu apa yang aku mahukan. dan aku akan berjuang memastikan keinginan itu tercapai.
Aku dan Lynn dan Laila mengambil risiko sebenarnya. Aku dengan novel ke 2 dan Lynn dengan novel ke 3nya. Laila juga dengan novel ke 3nya. apa pun jawapannya, akan kami ketahui apabila tiba waktunya nanti.
Buat Lynn dan Laila...good luck untuk kita semua. Buat Rose, Lily S, dan Kak Lily H, doa aku juga untuk kalian.

Friday, December 28, 2007

help....

Salam...

Selesai menghantar manuskrip ke 2 aku bercuti sekejap dari mengarang. Bukan berhenti sepenuhnya cuma aku perlu kembali segarkan fikiran supaya rentak penulisan novel pertama dan kedua aku tidak terpengaruh ke dalam novel ke 3. Dalam kepala aku telah tercanai beberapa idea namun aku masih tidak tahu keputusan apa yang perlu diambil. Satu idea berkisar kekeluargaan bercampur dengan action - romance(cewah) dan idea seterusnya masih dengan tema CINTA.

Secara jujurnya aku lebih suka cerita yang menyelitkan unsur2 aksi dan suspen. Kalau lihat pada koleksi buku aku pun lebih kepada genre sebegini. namun sebagai penulis aku sendiri buntu sama ada perlu mengikut minat pembaca ataupun minat aku sendiri. Aku takut kalau aku setia dengan minat, beberapa kerat sahaja yang membacanya. Dan kalau aku teruskan pada permintaan ramai pembaca yang lebih mengemari kisah cinta, aku takut risiko lain pula. Cerita klise, tiru buku lain, tak ada idea baru...balik2 cinta...cinta. argh....takut aku kalau pembaca menggelarkan aku sebegini.

Aku lihat pada blog rakan Penulis yang kreatif, John Norafizan melalui soal selidik yang dijalankan, seramai 62 orang memilih cerita bertemakan cinta dan kekeluargaan dan hanya 3 orang sahaja memilih tema aksi(thriller dan polis)...dan 3 orang itu termasuk aku...bimbang? tentu sekali kalau aku mahu teruskan dengan genre ini.

Apa pun aku perlu menanti komen daripada editor aku terlebih dahulu. sama ada novel action romance aku ini diterima ataupun tidak. pergh....kacau dan payah sekali. walaupun aksi namun aku tetap selitkan unsur-unsur percintaan yang bisa mengetarkan jiwa...hahhahaha( perasan je aku nih).

sebelum tu, dalam menunggu aku menghabiskan masa dengan membaca buku-buku di bawah ini...hahahhaah heaven.....

Thursday, December 27, 2007

sekitar majlis Nia Azalea



Aku, Laila, kak eka bersama kakaknya dan kakak aku di kenduri Nia Azalea. Aku memang lama nak jumpa dengan si Laila, so bila ada peluang terus aku setkan plan. Dah alang2 semua ada kat AS, apalagi. Sayangnya Laila sekejap saja di kenduri, sibuk nak balik ke KL. Nasib baik ada Kak Eka yang begitu peramah. hihihi..macam dah kenal lama w/pun baru kali kedua kami berjumpa. Aku dengan Kak Eka menunggu dalam bilik pengantin Nia. Ialah nak juga tengok rupa lelaki yang menjadi pilihan hati bakal Dr. kita tu. Gamaknya tetamu lain mesti heran napelah aku n the geng tak reti2 nak balik. Al maklumlah pengantin lelakinya datang nak dekat pukul 3, so begitu lama jugalah kami menunggu. Bila pengantin lelaki dah datang, kami bertambah terkejut bila penyanyi Nora ada bersama dalam rombongan tersebut. apalagi, bila orang lain tangkap gambar pengantin, kami dok sibuk bergambar dengan Nora...hahhaha..dia nampak lebih cantik secara real dari gambarnya. Apapun tahniah untuk Nia dan Faiz. Semoga kebahagian sentiasa mengiringi hidup kalian...

Tuesday, December 18, 2007

minah2 muka seposen


salam...
Inilah satu-satunya gambar yang aku sempat ambil masa taklimat penulis alaf Khamis lalu. Majoriti penulis2 semua datang. Yang sempat masuk dalam gambar si Lynn, Rose(renungan manja kononnya), kak Lily dan aku. hujung sekali yang sipi2 nampak tu penulis baru hezzy Azra(buku dia insyaallah hujung bulan ni keluar). Lily Suriani datang lambat so...melepas. Laila kat Bali...apa pun seronok berjumpa kawan2 yg dah lama tak bersua muka.

lega.....

SALAM...
Saya kembali setelah lama bertapa di hadapan laptop mengejar target sendiri. Alhamdulillah aku berjaya menyiapkannya. Khamis lepas ada perjumpaan dengan penulis2 alaf di Taman seni Islam di Shah Alam dan aku pun ambil peluang yang ada menyerahkan manuskrip tersebut pada editor aku. Aku pun tak pasti mss aku kali ini ok ke tidak...bagi aku ok ler...hahahaha..apa pun ia perlu dinilai dulu dan kalau tiada masalah insyaallah akan diterbitkan. Bila? Aku sendiri tiada jawapaannya. Semua penulis sekarang memang sibuk dengan mss masing-masing. semuanya hendak mengejar pesta buku tahun depan. Peluang aku? Entah...kalau ada tu adalah. kalau tak ada...aku bersyukur juga sebab aku mampu menyiapkannya mengikut target yang aku tentukan. sekarang ni aku boleh menarik nafas lega dan meneruskan projek untuk novel ke 3.
Mengikut kata en. Nord, pastikan setiap novel yang diterbitkan, hasil dan penerimaan pembaca bertambah baik dan bukannya semakin menurun. Dengan persaingan yang semakin sengit ni, pembaca boleh sahaja memilih siapa penulis yang dia mahu. Kalau novel kita tidak sebaik yang diharapkan, mungkin pembaca tidak mahu membaca novel kita lagi. Memang betul kata en. nord. Hendak memuaskan hati semua pihak dan hati sendiri memang payah. apa yang perlu, kita lakukan dengan sebaik mungkin. aku akan melakukannya sebaik mungkin. Insyaallah.

Thursday, December 06, 2007

SELAMAT HARI LAHIR MAK ( 7 DISEMBER 1950)


Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku
Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu
Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

Esok aku akan meeting sepanjang hari, jadi tak akan ada masa nak online, jadi aku nak wish siap-siap untuk mak tersayang.


Selamat hari jadi mak, semoga Allah sentiasa memayungi RahmatNYA ke atas mak dan semoga mak bahagia. Walaupun ayah sudah tiada, moga mak masih mampu bahagia di samping kami semua..amin.

bertapa...

salam...
Maaf semua. Tiada n3 baru untuk anda. aku tengah bertapa untuk menyelesaikan kerja aku yang tak pernah habis-habis ni. sebagai hiburan, sila tonton dan dengar antara lagu yang paling best dan antara yang aku paling suka. kalau korang sedar aku pernah buat n3 tentang penyanyi latin yang bernama David Bisbal ni kan...so...dengarkanlah lagu yang bertajuk esta aucensia ni. n semoga terhibur...aku akan kembali dengan n3 baru..next week maybe...adios...

Wednesday, November 28, 2007

tak sampai lagi


Salam...
Aku betul-betul tengah bengang dengan MPH la ni. Buku yang aku order secara online masih tak sampai-sampai lagi. sepatutnya tarikh yang dihantar 25hb lepas tapi dah 2 hari berlalu masih tak ada apa-apa. Baru tadi call tanya pihak depa...kata akan call me ASAP utk maklumkan tapi sampai la ni habuk pun tarak. Apa masalahnya pun aku tak tahu. sebelum ni tak ada masalah pun coz tak sampai seminggu buku dah dapat. Tension betul...hmmm agaknya sengaja je buku tu lambat pasai nak aku habiskan manuskrip aku cepat2. yelah...kalau dah ada buku baru depan mata memang tak jadi kerja aku...hahhaha...apalah nasib...mak aku bosan je sebab setiap hari aku asyik tanya benda yang sama ' dah sampai dah?" itu baru order kat malaysia tuh...kalau aku order kat amazon ke...abebooks ker...berapa lama agaknya aku kena tunggu?
Aku tukar video baru kat atas...lagu Isabel dari pakwe2 hensem aku IL dIVO. Sesiapa yang tak pernah dengar lagu nih...silakan mendengar kerana aku gerenti bulu roma anda akan meremang mendengar suara2 macho pakwe2 ku ini...hahhahah..layannnnnn...tgk muka depa nih ishh...hilang sikit rasa marah tuh....kat bawah nih lirik dia...kalau tak faham buat2lah faham....

Volar
Caer
Al fondo el dolor
Sonar
Perder
Imperios de ilusion
Hoy no tengo nada
Si no estas
Mi corazon se apaga
Isabel
Si te vas
Tu Dios se enfadara
No dejes que este amor
Muera asi
Llorare Iloraras
Sufriendo en soledad
Vuelve a mi y yo te hare Feliz
Isabel
Buscar Sentir
La gran pasion de amar
Tratar De huir
A ese tiempo que vendra
Escapando del pasado
Tu y yo
Siempre enamorados
Hoy no tengo nada
Si no estas
Mi corazon se apage
Isabel
Yo te amaré
Isabel
A dónde irás sin mí
Yo no sabré vivr
Sin ti
Isabel
Si te vas
Tu Dios se enfadara
No dejes que este amor
Muera asi
Llorare Iloraras
Sufriendo en soledad
Tu vuelve a mi y yo te hare
Feliz
Isabel.

Tuesday, November 27, 2007

new day has come...

Salam...
Aku sudah sihat sepenuhnya. Alhamdulillah. Minggu ni minggu terakhir bulan November. Sepatutnya aku kena berkursus lagi di KL namun mujurlah hanya pembantu aku seorang saja yang kena pergi. Memang seronok...bolehlah aku menyiapkan mss aku minggu ni. tidak banyak lagi cuma perlu di edit dan disusun sana sini. Dan kalau tiada halangan, aku akan menghantar kepada editor bulan 12 nanti. Insyaallah...doakan aku ya...

Friday, November 23, 2007

sakit...

salam,
Sehari dua ni aku hilang dalam dunia memblogging ni. Sebenarnya aku baru baik dari sakit yg menyerang aku....Alhamdulillah aku dah sihat w/pun masih kurang bertenaga. nak buat apa semua serba tak kena. doktor bagi mc 2 hari tapi sampai sekarang badan aku dok rasa lemah2. doktor kata kena food poisoning. Aku pun iya jerla...padahal aku yakin bukan. Apapun aku memang tengah tak ada mood nak menulis...so...nanti2lah aku tulis balik...

Saturday, November 17, 2007

rahsia bulan kelahiran

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


* Oleh kerana aku lahir bulan November, jadi aku highlight bulan kelahiran aku jer la...kalau nak tgk bulan2 lain klik sini...

beautiful song - hurt by Christina Aquilera

Seems like it was yesterday
when I saw your face
You told me how proud you were,
but I walked away
If only I knew what I know today
Ooh, ooh
I would hold you in my arms'
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I wanna call you
But I know you won't be there
Ohh I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you
Some days I feel broken inside
but I won't admit
Sometimes I just wanna hide
'cause it's you I miss
And it's so hard to say goodbye
When it comes to this, oooh
Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes
And see you looking back
Ohh I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't doA
And I've hurt myself, ohh
If I had just one more day
I would tell you how much
that I've missed you
Since you've been away
Ooh, it's dangerous
It's so out of line
To try and turn back time
I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself
by hurting you
* video klipnya ada di atas...berjanggut aku tunggu nak download...last2 letak jer kat atas...enjoylah

Friday, November 16, 2007

love is cinta...

Salam...
Hari ini aku nak bercakap soal cinta, kasih sayang dan seangkatan dengannya. Aku rasa inilah salah satunya perkara yang paling akrab dengan diri kita dan insan-insan yang berada di sekeliling kita. Dan aku yakin, terlalu banyak sudah yang diperkatakan tentang subjek yang satu ini.
Kata orang, lebih baik kita pernah mencintai dan dilukai daripada tidak pernah merasa cinta langsung. Dan sesetengah berpendapat pula, kalaulah dia tahu betapa luluhnya hati kerana putus cinta, adalah lebih baik dia tidak menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Pendapat anda bagaimana pula? Bagi aku ada dua situasi di sini.
Bagi pendapat pertama, insan ini optimis dan berfikiran positif orangnya. Dia berpendapatan putus cinta itu adalah lumrah kehidupan. Bukan satu masalah yang besar. Iya, aku tetap akui, memang payah untuk melupakan cinta pertama, kedua ketiga...ataupun yang seterusnya. Bila kita serahkan hati pada seseorang, bermakna kita telah memberi seluruh harapan dan kepercayaan kepadanya. Kita tidak lagi berfikir tentang diri 'aku' tetapi 'kami'. Dan sudah pasti hidup ini terasa musnah apabila hubungan itu tidak kesampaian. Mimpi indah yang dibina berkecai macam kaca yang terhempas ke lantai. Kita melihat dunia ini tidak sama lagi. Tapi kesedihan dan kesengsaraan yang kita hadapi itu bukanlah penghalang untuk kita beroleh kebahagian. Hilang satu cinta tidak bermakna kita tidak akan mendapat cinta yang lain. Insyaallah, mungkin lebih hebat dari cinta kita yang sebelumnya.
Dan bagi pendapat kedua pula, dia menggangap cinta adalah segala-galanya. Apabila terputusnya ikatan itu maka musnah kehidupannya. Sengsaralah jiwanya. Dunia ini dirasakan sepi dan tidak indah lagi. Lalu dia menyalahkan takdir. Lalu dia menyalahkan semuanya sedangkan dia tahu cinta sesama manusia itu tidak kekal. cinta boleh mati dan hilang begitu saja. Kalau kita tergolong dalam golongan ini, payahlah kita kerana kita tahu ada lagi cinta yang lebih besar, cinta yang tidak akan padam, cinta yang kekal, iaitu Cinta kita pada Tuhan.
Kepada sesiapa yang pernah putus cinta dan merasakan hidup ini sudah tiada ertinya, bangun dan bangkitlah. ubah tanggapan anda itu. Jangan biarkan hidup kita musnah disebabkan cinta ini kerana insyaallah ada perkara yang lebih baik lagi akan berlaku kepada kita.

Thursday, November 15, 2007

scorpio


Untuk suka-suka sahaja. Boleh baca...untuk percaya....Allahualam...

The Scorpio female is an independent soul. She possesses a forbidding, keep-your-distance manner that often hides a secretive and sensitive heart. This is a woman who will risk all for love and not count the cost, but can become bitterly disappointed if her judgment is proved wrong. Undeniably romantic by nature, she demands the near-impossible of those she loves. However, this female is quick to assess personalities and situations, able to put her finger on the crux of a question or circumstance immediately, seeing through all the dross, ignoring the veneer and getting to the truth.

In addition, this woman is often at least a little psychic. She will make a number of good friends, usually keeping them all her life, and her sympathy and understanding are extended to all who come in contact with her. Still, the woman ruled by Scorpio does make for a formidable enemy. She rarely creates animosity willingly, but is sometimes driven into situations that make her the center of some manifestation of jealousy.

The contradiction of the Scorpio female character is rather puzzling to some people and endlessly fascinating to others. Outwardly, this always seems to be a relatively selfish woman who gives the appearance of self-centeredness in her concentration on personal affairs and the affairs of loved ones. Still, she can be capable of incredible self-sacrifice.

In essence, no two acquaintances will ever view this female in the same manner for she will present a different facet of her personality to each one. As a sweetheart, the Scorpio female is exciting. As a life partner, she is appealing in her determination to be the best possible companion. As a mother, she will be both understanding and disciplinary.
Basically an old-fashioned individual, the woman ruled by Scorpio is loyal and courageous. She enjoys responsibility and is very capable. With a great love of luxury, she possesses considerable taste in home furnishings and other aesthetics.

The difference in the atmosphere will very much depend on this female's intensity of feelings. She is a blunt and fearless character, doing everything passionately from the depths of her heart. Her devotion to loved ones is whole-hearted and can almost verge upon idolization at times. Rarely shy by nature, the Scorpio woman has a very healthy appetite for the physical aspect of a romantic relationship.

The Scorpio female is sensible, practical and a loyal friend. However, she is also jealous, passionate and overly-possessive. Subject to flattery, this woman must be shown a great deal of devotion and affection in order for her better nature to emerge. When it does...and when that side of her is appealed to...she can be magnificently generous, kind, considerate and tender.

But, if this female is antagonized and/or deceived, then she will give her victim plenty of cause to regret such an action. Under no circumstances should a relationship be sought with a woman governed by this Sign unless the potential mate is in magnificent health, strong of mind and determination, and willing to change personal opinions about many things. Respect for the female species in general will also be demanded by this woman.

While she always carries an air of mystery and seduction, a potential partner should never make the mistake of thinking she is someone to toy with or simply enjoy for just an evening. The Scorpio female is an absolute powder keg of emotions and passions waiting to be ignited. Still, just because an individual has all the "matches," it does not necessarily make this woman an "easy mark."

Once in a relationship, this female is fiercely loyal, making a cheating partner pay a very high price for any transgression...and though Scorpio may forgive, she will certainly never forget. It should be noted that the Scorpio female positively thrives on her secrets. Thus, if a potential mate tries to find out everything about her and manages, by chance, to succeed, then she will immediately lose interest and put an end to the relationship.

This is because having secrets is as natural to the Scorpio woman as a tree having leaves and her secrets are absolutely vital to her survival. Hence, any mate will simply have to learn to trust her. In order to be happy with this female, she should be given no cause to become suspicious or jealous.

The female governed by this Sign is exceedingly possessive by nature and cannot bear to have her affection and trust trifled with. She will stop at nothing to avenge a wrong...whether it be real or imagined. If the Scorpio woman shows a tendency to extremes, then her partner must be firm but gentle in admonishment. She must also be made to realize that moderation is the greatest virtue she can possess.

mencetus semangat

If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes.
St. Clement of Alexandra

We are all inventors, each sailing out on a voyage of discovery, guided each by a private chart, of which there is no duplicate. The world is all gates, all opportunities.
Ralph Waldo Emerson

Seek the lofty by reading, hearing and seeing great work at some moment every day.
Thornton Wilder

The only way of finding the limits of the possible is by going beyond them into the impossible.
Arthur C. Clarke

We are what we repeatedly do. Excellence, therefore,
is not an act but a habit.
Aristotle

Work spares us from three evils: boredom, vice, and need.
Voltaire

Experience is the child of thought, and thought is the child of action.
Benjamin Disraeli

You cannot plough a field by
turning it over in your mind.
Author Unknown

The best way out is always through.
Robert Frost

Do not wait to strike till the iron is hot; but make it hot by striking.
William B. Sprague

Nothing will ever be attempted if all possible objections must first be overcome.
Samuel Johnson

Fortune favors the brave.
Publius Terence

He who hesitates is lost.
Proverb

Our greatest glory is not in never falling but in rising every time we fall.
Confucius

Great spirits have always encountered violent opposition from mediocre minds.
Albert Einstein

Knowing is not enough; we must apply.
Willing is not enough; we must do.
Johann Wolfgang von Goethe

We are still masters of our fate.
We are still captains of our souls.
Winston Churchill

Nothing great was ever achieved without enthusiasm.
Ralph Waldo Emerson

For hope is but the dream
of those that wake.
Matthew Prior

Constant dripping hollows out a stone.
Lucretius

Nothing contributes so much to tranquilize the mind as a steady purpose--
a point on which the soul may fix its intellectual eye.
Mary Shelley

We are all motivated by a keen desire for praise, and the better a man is, the more he is inspired to glory.
Cicero

Along with success comes a reputation for wisdom.Euripides
They can because they think they can.
Virgil

aku boleh buat


Salam...
Alhamdulillah, semangat aku makin hari makin kuat. Semalam hampir 6 jam aku depan laptop. Selalunya waktu idea aku mencurah-curah selepas sembahyang maghrib. Kalau tiada hal yang menganggu Insyaallah kerja aku memang produktif. dan kalau terganggu pun selalunya disebabkan TV. Semalam aku tidak bermula dari kebiasaan. Aku bermula lebih awal dari itu. Lepas balik kerja, aku rehat sekejap. lepas asar, aku mulakan kerja dengan azam yang kuat. semasa menekan button on pada laptop, aku motivasikan diri sendiri. tak kisahlah kalau aku tidak dapat menaip walau satu baris pun, tapi apa yang pasti aku mesti buat sesuatu pada manuskrip itu.
Dan semasa aku menutup laptop tepat jam 12 malam, aku senyum sendirian. Aku bangga dengan diri aku sendiri. untuk hari itu aku berjaya menewaskan halangkan terbesar dalam diri aku iaitu malas. yeah...aku mampu lakukannya.
Semasa menulis aku akan hadkan masa aku paling lewat pun sampai pukul 1 pagi. Aku tidak mahu oleh kerana terlalu menumpukan pada penulisan, tanggungjawab aku yang utama di tempat kerja terabai pula. Apa pun aku akan pastikan minat dan tanggungjawab aku berjalan seiring.

Wednesday, November 14, 2007

kelemahan diri

salam...
Hari ini aku rasa segar setelah bercuti selama 2 hari. Apa yang menyeronokkan aku mood untuk berkarya semakin memuncak setelah mood tersebut shutdown beberapa minggu yang lepas. Manuskrip ke 2 masih belum siap walaupun aku pernah tetapkan target untuk menyiapkannya penghujung oktober ini. Harapan aku untuk menyiapkannya walaupun tengah berkursus tidak tercapai nampaknya. Malah laptop yang aku bawa bersama tidak langsung dibuka kecuali pada malam terakhir. Mana tidaknya waktu senggang hanya digunakan sepenuhnya untuk mengosok pakaian dan menggantikan tidur yang tidak pernah lena saban malam. Aku kecewa sebenarnya. Aku menghampakan diri sendiri. Aku tidak berjaya memenuhi tekad aku sendiri. Tiada siapa yang harus aku salahkan kecuali diri aku sendiri. Apa yang berlaku sampai manuskrip yang hanya tinggal beberapa helai sahaja lagi itu tidak mampu aku habiskan?
Mendengar cerita Lynn, rose, kak lily, lily yong membuatkan semangat aku kembali terbakar. Terutamanya Lynn yang selalu mencabar aku supaya berlumba dengannya. Selalunya selepas bertanya khabar, ayat pertama yang akan keluar dari mulutnya ialah " dah berapa page?" Kalau ada peningkatan dengan bangganya aku bercerita, kalau tidak selalunya kami akan saling memotivasikan diri. hahaha...selalunya akulah yang kena dengan leteran Lynn. Agaknya itulah kelemahan terbesar dalam diri aku. Tiada motivasi dan kurennng semangat...

Friday, November 09, 2007

gambar kursus

Gambar ramai2 pada hari terakhir kursus....muka masing2 naik lenguh sebab kameranya dah berapa buah...pastu dalam fikiran dah sampai ke mana-mana ntah...apa pun seronok dapat kenal dengan member pahang...dan salah seorangnya classmate aku masa kt Uitm shah alam dulu..


Ni gambar masa tgh break kejap...dapek member yg suka bergambar so...aku tumpang sekakilah...kt tangan aku ada sebuah novel...kursus2 jugak...buku takleh tinggal...ihihiih



Aku, sinasuriatie, iffa, n lela naik 'eye on Malaysia'. Masa ni kitaorang tgh free. kelas xdak...so kerana ingin menunaikan hasrat lela yang teringin sangat nak naik...so...kami meredah saja jalan yang ada. masing2 tak pernah sampai. masing2 xbawak transport sendiri...so apalagi...jalan kaki...hahah...kira turunlah 5kg mencari destinasi.hihihii

Wednesday, November 07, 2007

bayar hutang

salam...
Aku ingin membayar hutang pada adhan yang telah men'tagged' aku sebelum ari raya ari tuh...so adhan...inilah 8 perkara tentang aku ;
1. Suka suka tgk tv, dengar lagu, dengar radio yang berbahasa inggeris. selalunya mix / hits / light n easy yang menjadi pilihan. kalau naik keta ngan adik aku lagu jer tangan dia menukar channel. selalunya kami akan bergaduh menegakkan minat masing2.hihihi..bukannya aku tak dengar / tgk citer melayu tapi....adakalanya keinginannya tu tak ada...aku hanya akan tgk kalau species eman manan, nasir bilal khan, rosham yang berlakon...
2. Berkaitan dengan tv jugak...aku tak pernah tengok cerita2 samarinda yang selalu bermain kat tv3 tuh. walaupun pelakon hebat mana sekalipun berlakon...aku tak pernah tgk...sebabnya....1. balik2 cerita asyik sama. ( tgk masa iklan - itupun sebab adik aku) 2. Aku tak suka tgk citer pendek2. setengah jam...aku memang malas nak melayan kecuali citer komedi. 3) godaan citer grey's anatomy, csi, ncis, prison break lebih hebat.
3. Aku sukakan buku. ntahlah tak dapat baca pun asalkan dapat belek pun jadilah. so, maknanya memang sudah termaktublah hidup aku dapat kerja di perpustakaan ni.
4. aku teringin nak bungee jumping, river rafting, scuba diving, naik roller coaster yang paling laju n tinggi. masa form 6 aku ngan member pergi sunway lagoon. pakai baju kurung lagi.. hahahha...tapi itu tetap tak menghalang kami naik semua benda2 yang bisa meluruhkan jantung....mat saleh pandang kami semacam jer...hahah ntah dari kampong mana bebudak ni datang ntah....
5. Aku dapat lesen tahun 2002. tapi baru tahun ni aku berani n boleh memandu. 5 tahun aku gantung lesen sebab aku menyebabkan kereta ayah aku becium dengan tiang elektrik. semenjak tuh...sapa pun tak berani kasi aku pinjam keta. tapi sekarang....hihihii dah terer dah....
6. aku tak suka coklat. terutamanya ais krim ataupun kek coklat. selalunya pilihan aku vanilla, strawberry, rasberi...dan bermacam beri lagi asalkan bukan coklat. bukan tak boleh makan...boleh tapi kalau boleh elak...tu memang aku elak...
7. Aku suka beli handbag yang besar2. salah satunya senang nak bawak buku. pastu senang nak membuang sampah. kalaulah korang tengok apa dalam handbag aku......hai...(mengeluh). kertas2 memang banyak...esp kalau idea datang mendadak....
8. Aku suka keta suv.....nampak macho n independent pulak w/pun pompuan yang bawak....hmmmm agaknya bilalah aku dapat naik CRV ku....huargh.......
* OK...dah abis...dahlah...jangan nak tag aku dengan soalan yang sama. aku tak larat nak pikiaq dah....adhan harap berpuas hati....

Tuesday, November 06, 2007

Selamat Hari Lahir Mardhiyah


Hepi birthday 2 u
this is ur day
only day 4 u
we gonna luv u in every way,
this is ur day....ur day....
hepi birthday...2 u...2...u
hepi besday 2 u
ur still young....age is just a number (hmmmm..ye ke...?)
dont u stop having fun...
this is ur day...ur day...
hepi besday...2u...
this day only come...once every year
becoz ur so wonderful
with every little thing u do....yeah....

ulang c/o

hahah...hepi besday utk aku...setahun n makin bertambah usia aku...Syukurlah aku masih mampu bernafas di bumi ALLAH SWT ini...dan semoga kehidupan aku terus bahagia dan mendamaikan...lagu kat atas lagu dari kumpulan peberet aku masa muda2 dulu...new kids on the block....sapa tahu bolehlah nyanyi...sapa tak tahu...pandai2lah bikin melodi sendiri....

Friday, November 02, 2007

here i come to save the day.....

Assalamualaikum...
Akhirnya...aku kembali setelah 12 hari berkursus....buat masa sekarang, aku masih belum ada mood untuk menceritakan apa-apa...cuma hari ni aku agak gila melompat dari satu blog ke blog yang lain....12 hari...rasanya tempoh tu terlalu lama untuk aku berpisah dengan blog aku n kawan2 yang lain...so.....hasta manana....
Kepadamu kukirimkan salam terindah,
salam sejahtera para penghuni syurga,
salam yang harumnya melebihi kesturi,
sejuknya melebihi embun pagi,
salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha,
salam suci sesuci air telaga Kautsar
yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya,
salam penghormatan, kasih dan cinta yang tiada pernah pudar
dan berubah dalam segala musim dan peristiwa.

~ Ayat-ayat cinta - Habiburrahman El Shirazy

Thursday, October 11, 2007

its hard 2 say goodbye


salam...
Bermula dari hari esok sehingga 1 November, aku tak akan online kerana 22 oktbober - 1 Nov, aku akan menghadiri kursus di Kuala Lumpur...andai ditakdirkan aku boleh online kat sana, insyaallah aku tak akan membiarkan umah ni bersawang. kepada pengunjung yang rajin ke sini...janganlah segan-segan untuk datang lagi....

salam lebaran



SALAM AIDILFITRI UNTUK ANDA SEMUA. SEGALA APA YANG TERTULIS, TERLAWAK, TERKASAR DAN TERSINGGUNG HARAPLAH DIMAAFKAN. SEMOGA KEMENANGAN KITA MENGHADAPI SEGALA DUGAAN DI BULAN RAMADHAN INI MENDAPAT RAHMAT & GANJARAN YANG LEBIH BESAR DARI ALLAH SWT. CERIA-CERIA SELALU

Wednesday, October 10, 2007

kad raya

Khas untuk Alaf 21, Alaf 21fc & Laila Kamilia
terima kasih atas kunjugan kad raya dari anda semua.

Bersyukur

MIMPI SEORANG HAMBA ALLAH YANG INSAF
HAYATILAH KERANA IA SEMATA-MATA UNTUK KEBAIKAN

Aku bermimpi suatu hari aku pergi ke syurga dan seorang malaikat menemaniku serta menunjukkan keadaan di surga.
Kami berjalanmemasuki suatu ruang kerja yang penuh dengan para malaikat.
Malaikat yang mengantarku berhenti di depanruang kerja pertama dan berkata," Ini adalah Seksyen Penerimaan. Disini, semua permintaan yang ditujukan pada Allah, diterima".
Aku melihat-lihat sekeliling tempat ini dan aku dapati tempat ini begitu sibuk dengan begitu banyak malaikat yang mengamati seluruh permohonan yang tertulis pada kertas dari manusia di seluruh dunia.
Kemudian,...aku dan malaikat tersebut berjalan lagi melalui koridor yang panjang. lalu sampailah kami pada ruang kerja kedua.
Malaikat-ku berkata, "Ini adalah Seksyen Pembungkusan dan Pengiriman. Disini, kemuliaan dan rahmat yang diminta manusia diproses dan dikirim kemanusia-manusia yang masih hidup yang memintanya".
Aku perhatikan lagi betapa sibuknya ruang kerja itu.Ada banyak malaikat yang bekerja begitu keras karena ada begitu banyaknya permohonan yang dimintakan dan sedang dipaketkan untuk dikirim ke bumi.
Kami melanjutkan perjalanan lagi hingga sampai pada hujung terjauh koridor panjang tersebut dan berhenti pada sebuah pintu ruang kerja yang sangat kecil.
Yang sangat mengejutkan aku, hanya ada satu malaikat yang duduk di sana, hampir tidak melakukan apapun.
"Ini adalah Seksyen Penerimaan Pernyataan Terima Kasih", kata Malaikat perlahan. Dia tampak malu.
"Bagaimana ini? Mengapa hampir tidak ada pekerjaandisini?" tanyaku.
"Menyedihkan", Malaikat menghela nafas.
"Setelah manusia menerima rahmat yang mereka minta, sangat sedikit manusia yang mengirimkan pernyataan terima kasih".
"Bagaimana manusia menyatakan terima kasih atas rahmat Tuhan?", tanyaku.
"Sederhana sekali", jawab Malaikat.

"Cukup berkata,'ALHAMDULILLAHI RABBIL AALAMIIN,
Terima kasih, ALLAH' ".
"Lalu,
rahmat apa saja yang perlu kita syukuri?” tanyaku. Malaikat menjawab,
"Jika engkau mempunyai makanan di peti sejukmu, Pakaian yang menutup tubuhmu,
atap di atas kepalamu dan tempat untuk tidur, Maka engkau lebih kaya dari 75% penduduk dunia ini.
"Jika engkau memiliki wang di bank, di dompetmu, dan wang baki, maka engkau berada diantara 8% kesejahteraan dunia.
"Dan jika engkau mendapatkan pesan ini di komputermu, engkau adalah bahagian dari 1% di dunia yang memiliki kesempatan itu.
Juga.... "Jika engkau bangun pagi ini dengan lebih banyak kesihatan daripada kesakitan ...
engkau lebih dirahmati daripada begitu banyak orang di dunia ini yang tidak dapat bertahan hidup hingga hari ini.
"Jika engkau tidak pernah mengalami ketakutan dalam perang, kesepian dalam penjara, kesengsaraan penyiksaan, atau kelaparan yang amat sangat, Maka, engkau lebih beruntung dari 700 juta orang di dunia".
"Jika,........
engkau dapat menghadiri Masjid atau pertemuan keagamaan tanpa ada ketakutan akan penyerangan, penangkapan, penyiksaan, atau kematian, maka engkau lebih dirahmati daripada 3 juta orang di dunia.
"Jika,.... orangtuamu masih hidup dan masih berada dalam ikatan pernikahan ...
Maka,..... engkau termasuk orang yang sangat jarang menerima keuntungan itu dari ALLAH.
"Jika engkau dapat menegakkan kepala dan tersenyum, maka...engkau bukanlah seperti orang kebanyakan, engkau unik dibandingkan semua mereka yang berada dalam keraguan dan keputus asaan.
"Jika,...engkau dapat membaca pesan ini, maka engkau menerima rahmat ganda
iaitu bahwa seseorang yang mengirimkan ini padamu, berpikir bahwa engkau orang yang sangat istimewa baginya, dan bahwa, engkau lebih dirahmati
daripada lebih dari 2 juta orang di dunia yang bahkan tidak dapat membaca sama sekali".
Nikmatilah hari-harimu, hitunglah rahmat yang telah Allah anugerahkan kepadamu.
Dan jika engkau berkenan, kirimkan pesan ini ke semua teman-temanmu untuk mengingatkan mereka betapa dirahmatiNya kita semua.
"Dan ingatlah tatkala Tuhanmu menyatakan bahwa, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambahkan lebih banyak nikmat kepadamu' ". (QS:Ibrahim (14) :7 )
Ditujukan pada :
Seksyen Pernyataan Terima Kasih: "Terima kasih, Allah!
Terima kasih, Allah, atas anugerahmu berupa kemampuan untuk menerjemahkan dan membagi pesan ini dan memberikan aku begitu banyak teman-teman yang istimewa untuk saling berbagi".
Ingatan Ikhlas dari Saudaramu,

Saturday, October 06, 2007

bagaimana menyayangi seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta,dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat.
Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun

Wednesday, October 03, 2007

paku di dinding hatimu



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.

Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya . Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan muke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang didinding hati anda."

Tuesday, October 02, 2007

oh laila...

salam...
Menjenguk ke blog Laila Kamilia sekejap untuk mencari berita terbaru tapi hampeh...rupanya dia tagged aku...wah2 siap cakap aku yang suka menyepikan diri..hahahha...
oklah...8 perkara tentang diri aku...
1. Mood tak pernah stabil. entahlah benda ni rasanya sejak azali lagi aku macam ni. ada masanya aku peramah macam nak rak...ada masanya aku diam, sediamnya. so laila..bila aku menyepi tu faham-fahamlah ya...
2. kuat berangan. dulu masa kecik2 aku selalu bayangkan kalau aku duduk di angkasa mcm mana space ship aku, macam mana aku nak perang lawan musuh.hiihih bila tengok a girl from tomorrow teringin nak jadi Alana. bila tgk kartun toriton, aku teringin hidup dalam laut lak. berangan jadi ariel pun selalu gak..ahaks...bila tgk voltron, aku teringin jadi macam depa. bila tgk wolverine, aku teringin jadi makwe dia..hahaha sekarang ni kalau berangan pun mengenangkan hero n heroin novel aku...dengan beranganlah aku dapat membina karekter mereka.
3. Aku cepat naik darah. kalau tak kena gaya aku boleh mengamuk. kalau aku tgh marah jangan cuba bercakap dengan aku. kena bagi aku cool down dulu..kalau aku bercakap tu maknanya aku tak berapa marah. tapi kalau dah diam tu...hihihi AWAS. tapi aku cepat sejuk. besar macam mana pun salah orang pada aku, bila dia minta maaf aku boleh maafkan. kalau tak aku jadi pendendam. hmmm....buruk2 betul perangai aku ni.
4. Pendengar yang baik...dulu kawan2 yang bermasalah selalu jumpa aku minta nasihat. hahaha..yang kelakar tu selalu minta nasihat bila gaduh ngan pakwe sedangkan masa tu aku bercinta pun tak pernah.
5. cakap direct - setengah kata mulut laser tapi bagi aku lebih baik berterus terang daripada makan dalam...tapi aku direct pun ikut keadaan juga. tak adalah sampai ke tahap mulut celopar.
6. Aku sanggup berhabis duit dengan benda yang aku suka esp buku n cd. Kakak aku pernah sound aku, kalau selagi kasut aku tak koyak n rosak jangan harap nak ganti. kalau buku tuh...anytime .hahaha nak buat mcam mana. aku memang tak suka beli kasut n abiskan duit dekat kasut....baju...barang mekap...apa2 lagi. perempuan normalkah aku ni?
7. Aku suka belanja family aku makan. tapi bila dengan kawan2 aku yang akan dibelanja..hahaha..selalunya Lynn Dayana yang rajin keluar duit...ahaks...
8. Aku sensitif orangnya. di balik perawakan yang serius n garang aku ni penyedih sket. kalau kena gaya sedih aku senang menangis tapi dalam family air mata aku yg paling liat nak keluar. so dapatkah anda bayangkan betapa sensitifnya ahli keluarga aku yang lain.

Friday, September 28, 2007

apa2 jelah




salam...

2 hari lepas staff Perpustakaan Negara Malaysia(PNM) hantar 2 kotak buku ke library. aku apatah lagi terus saja menyerang n menyelongkar kotak2 itu yang aku ketahui ada buku2 baru untuk diletakkan di library. gaya aku tu macamlah buku2 tu dikhaskan untuk aku sorang aje. hmmmm...ini yang bestnya kerja kat library. banyak buku. hihihi bosan kerja capai buku..
So, kerja aku sehari dua ni dok memproses buku2 itulah. sebelum naik ke rak mesti kena tampal poket n masukkan data dalam sistem dulu. haha..oklah tu. kalau dulu dekat library UPSI aku bahagian perkhidmatan pelanggan, tak ada peluang buat kerja belakang tabir ni tapi sekarang aku boleh menambah pengalaman.

bercakap tentang kerja ni aku teringat ex-boss aku. dia selalu pesan kalau kerja yang selalu berhadapan dengan pelanggan kena manis2 muka. kena senyum selalu walaupun adakalanya rasa macam nak baling buku pada pelanggan. kerja di fontliner ni membawa imej jabatan. walau cemerlang mana unit katalog, unit perolehan, unit sistem maklumat tapi kalau service hampeh, tetap orang pandang buruk. dan kami pula bila orang penting belakang tabir ni buat silap, muka2 kami yang tak berapa nak ceria inilah yang terpaksa berdepan dengan pelanggan. So, bila jadi benda yang sepatutnya terjadilah adegan menunding jari pada orang lain. hihiihi..biasalah manusia. silap sendiri tak pernah nampak.

ada setengah orang memang suka kerja yang deal dengan manusia ni. aku pulak ikut mood. tapi selalunya mood aku lebih terarah pada kerja sendiri. Aku jenis tak kisah kalau seharian terpaksa mengadap pc atau proses buku. hihihi...buku2 tak pandai buat aku cepat naik darah. buku2 tu tak kisah kalau aku tengah bad mood. dia tak akan kutuk aku kalau muka aku muncung 14 inci selama 8 jam sehari.

hihihi..satu lagi kelemahan yang perlu aku hadapi tentang diri sendiri. communication skill aku memang hampeh.


p/s : kalaulah senyuman aku macam si minah alias ni...hmmmmmm...

Wednesday, September 26, 2007

cuti2 malaysia

isalam...
2 hari bercuti aku balik kampung di Bt. Mertajam dan terus ke umah kakak sulung aku di Alor Setar. seronok pi AS, teman akak aku beli baju raya utuk anak dia. 2 hari tu memang pulun abis berjalan. sekarang ni barulah aku merasa akibatnya sampai sahur pun terjaga pukul 5.20pagi. kelam kabut kita orang bangun. nak buat apa memang tak sempat. last2 kakak aku panaskan bubur lambuk n aku makan 2 biji pisang. dahlah asalkan dapat pahala sahur ya tak?hihiihih. hmmm nak hilangkan ngantuk terpaksalah mendengar2 lagu raya sambil membuat kerja...baru semangat sket.
p/s aku semalam sempat sambar dvd korea my girl....hahaha...citer jang geum pun tak abis lagi...

Saturday, September 22, 2007

belajar bahasa korea


Salam

Sekarang ni aku tengah tengok cerita ni jewel in the palace. jenuh nak menghabiskan 50 kpg cd. walaupun citer nih aku dah tengok melalui tv namun baru ari tu aku berjaya mendapatkan vcd nya...bukan apa...mahal...nak tunggu harga turun...macam tuh jugak.... aku ni start giler citer korea ni sejak Winter sonata lah..pastu memang tak boleh tinggal. namun segila2 aku tak adalah aku segila fanatik lain yang sanggup membeli segala cerita korea ni...aku jenis kena tengok dulu kalau puas hati baru aku beli...citer2 ni jugak menyebabkan aku teringin sekali nak menjejakkan kaki ke bumi korea ni..bila...entahlah...tapi aku nak sampai jugak...Insyaallah...so..kat bawah ni beberapa perkataan korea yang boleh dipelajari...

yeh
Yes.


kwen-chah-nah-yo
It's okay. That's alright.

ahn-nyong-ha-se-yo
How are you? How do you do? [also in reply]

kahm-sa-hahm-ni-da
Thank you. [formal]

koh-mahp-soom-ni-da
Thank you. [less formal]

che-sohng-hahm-ni-da
I am sorry. [intense]

mi-ahn-hahm-ni-da
I am sorry. [less intense]

oh-nool
today

neh-il
tomorrow

chu-mah-reh
on the weekend

issuh-yo
Is there ...? Is ... there? Do you have ...? Have you got ...?

up-suh-yo
Is there not ...? Is ... not there? Do you not have ...?

hahn-jahn
a glass; a cup

hahn-byung
a bottle

chu-se-yo
Give me ...

mah-shil-gah-yo
Shall we drink ... ?

hah-shih-geh-suh-yo
Would you like to do/eat/drink ....?

kwen-chah-nah-yo
It's okay. (More likely, 'I am okay. No, thanks.')

cho-ah-yo
Okay. Good.

mohm-mah-shuh-yo
I cannot drink.

ahn-mah-shuh-yo
I don't drink.

example of making a question
ne-il shee-gahn issuh-yodo
Do you have time tomorrow?

Friday, September 21, 2007

buku n cinta


Salam

Aku pernah terbaca satu petikan dalam buku( tajuk tak ingat) yang menyatakan untuk mencari/memilih cinta ni seperti membaca buku.

1. Ada yang melihat covernya sahaja. bila cantik terus capai dan bayar. tapi bila dibelek2 isinya tidaklah secantik cover di luar.

2. Ada yang Cover cantik dan isi pun memang menarik. beruntunglah kepada siapa yang membeli.

3. Ada yang cover sedang2 sahaja malah menakutkan sampai nak beli pun ragu2 tapi bila mula membaca, kita tidak boleh letak. kita sentiasa ingin tahu. dan selalunya ayat begini akan keluar " tak sangka ya......."

4. dan Yang paling haru cover tak cantik dan isinya pun hampeh...hmmm.....


Untuk mengenali seseorang juga seperti membaca buku, cuma bagaimana caranya anda membaca.

-Ada yang baca dari muka depan sampai habis. tidak skip walau satu muka surat. setelah habis baru buat kesimpulan sama ada cerita itu best atau sebaliknya.

-Ada yang membaca dari awal namun sampai satu detik,dia merasa bosan kerana cerita itu tidak seperti yang diharapkan lalu memilih buku yang lain.

-Ada yang bermula dari tengah dan belakang dan menyatakan " mungkin cerita ini best..." lalu dia akan bermula dari awal.

*Apa pun buku yang paling best ialah buku yang bila kita baca kita tidak mampu untuk meletaknya. dan apabila sudah habis dibaca kita akan merasa kepuasan yang amat sangat.....hiihihi

Tuesday, September 18, 2007

personaliti ikut kalendar Islam

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan- kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu
selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagimenghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnyabertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

Wallahua'alam.

Thursday, September 13, 2007

Rindu...

salam...
Semalam aku bersama adik menempuh solat terawih pertama. Kami pergi awal kerana biasanya malam pertama surau akan membuak-buak dengan manusia yang begitu teruja dengan kedatangan Ramadhan. Tiba di sana aku lihat wajah-wajah yang aku kenali. Kawan-kawan emak. kawan-kawan ayah. Mengenangkan ayah...aku jadi pilu tiba-tiba. malam ini tidak sama seperti tahun-tahun lepas. malam ini aku sembahyang terawih tanpa ayah. tanpa dapat melihat kelibat ayah di balik tirai yang sedikit jarang. tidak lagi mampu mendengar suara ayah bergema mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran ketika mengimamkan solat isyak dan Terawih. aku sedaya upaya menahan air mata. ternyata aku gagal. Ingatan terhadap ayah begitu kuat ketika itu. Aku jadi rindu tiba-tiba. aku terlalu ingin mendengar suara ayah. terlalu ingin melihat wajah ayah walaupun untuk seketika. Aku tahu itu mustahil. aku harus menerima kenyataan yang aku tidak akan melihat wajah ayah lagi. aku tak dapat mendengar suaranya lagi.
Aku berpaling ke belakang melihat adik. dia juga berperasaan seperti aku. dia juga merasai apa yang aku rasa. aku menggeleng perlahan, memujuknya supaya bersabar. " Adik ingatkan ayah." itu saja jawapannya sebelum aku melarikan wajah. Bagaimana aku hendak memujuknya sedangkan hati aku sendiri tidak terpujuk.
Ah...Alangkah payahnya menghadapi Ramadhan tanpa ayah.

Wednesday, September 12, 2007

Kehadiran yang dinanti-nantikan


Semoga Kita menjadi lebih tabah dalam menyucikan segala kesilapan dan kealpaan yang pernah kita lakukan...Rebutlah peluang ini dengan sebaiknya kerana mungkin inilah ramadan terakhir kita..

Sunday, September 09, 2007

kemaafan

salam...

Kata Dr. Fadzillah Kamsah, setiap malam sebelum tidur, kita mesti berdoa dan memaafkan semua insan yang bersalah terhadap kita. Tak kira walau betapa besar sekalipun kesalahan itu, kita harus memaafkan. Berapa orang dari kita yang berbuat begini setiap malam? Berapa ramai dari anda yang boleh memaafkan seseorang walaupun kadang kala kesalahannya memang tidak masuk akal dan tidak boleh diterima? berapa ramai yang benar-benar ikhlas. Ya 'aku maafkan kau'. memang mudah sangat untuk dilafazkan tetapi adakah anda benar2 maksudkannya?
Maaf antara perkataan paling sukar untuk diluahkan. begitu juga dengan aku sayang padamu dan aku memerlukan bantuanmu. Ya, 3 perkataan ini merupakan antara ayat yang paling sukar diluahkan. Adakah anda setuju? mungkin ada yang menyatakan apa yang payahnya untuk mengucapkan kata-kata di atas. memang tidak dapat dinafikan cakap memang senang. pokok pangkalnya berbalik kepada perkara di atas, adakah anda benar-benar maksudkannya?
Aku ada berbuat salah pada seorang rakan 2 tahun dulu. Kesalahan apa aku sendiri tidak pasti kerana satu hari dia tiba-tiba berhenti bercakap dengan aku. kami masih keluar minum dan makan tengah hari bersama. masih pergi sembahyang bersama tetapi kami tidak bercakap. Aku yang kenal sangat dengan perangainya hanya buat tidak tahu kerana aku anggap itu perkara biasa.
perangainya agak pelik bagi pendapat aku. bila dia tidak menyukai seseorang, bila dia marah dengan seseorang dia tidak akan bercakap dengan orang itu. Bagi kami yang kenal perangainya cuba tidak menaikkan darahnya selalu. aku n kawan2 lain menjadi begitu berhati agar dia tidak marah. kadang kdang perangainya memang melelahkan tetapi mengenangkan dia kawan...aku hanya bersabar. secara realitinya dia sudah tidak bertegur sapa dengan abangnya sendiri. hampir 12 tahun tidak bercakap walaupun serumah. Dia tidak bercakap dengan ayahnya kecuali benr-benar perlu sahaja. dia berhenti bercakap dengan 2 orang kawan yang amat rapat dengannya hanya kerana mereka tersalah gurau. peristiwa berlaku tahun 2003 dan sehingga sekrang dia masih tidak bertegur sapa.
kuat benar dendam insan ini. Aku sendiri tidak tahu kenapa begitu keras hatinya. Bila dia berhenti bercakap dengan aku...aku jadi marah. aku tak puas hati. apa yang menyebabkan dia buat begini pada aku. aku bersemuka dengan dia. aku tanya apa salah aku. dia dengan muka selamba diam sahaja. dia singkirkan aku macam tu saja. bertahun kawan just like that...sekelip mata....Aku paksa dia cakap juga apa salah aku n at last dia cakap. dia kecil hati dengan sesuatu yang aku cakap. ok..aku akui mulut aku ni kadang kala memang suka mendatangkan masalah pada tuannya tapi....entahlah. Aku minta maaf. tapi dia diam. aku tanya tak akan nak terus macam ni? kau tak cakap dengan aku sampai bila2? dia cebik bibir. hahha..aku pun ada ego sendiri. dah minta maaf tapi orang tak nak maafkan...lantaklah..
Aku cerita dengan kakak aku...dia pun sama terkejut. iyalah dia tahu aku berkawan rapat dengan insan ini. secara automatik dia backing aku...dia kata kalau dengan family dia pun dia boleh buat, apatah lagi dengan aku ni.
pergaduhan kami turut memberi kesan pada kawan2. pergi kerja pun dah tak seronok lagi. masing2 serba salah mcm mana nak pulihkan keadaan. aku pernah cakap...kau tak cakap dengan aku ok..tak kawan dengan aku ok..tapi bab kerja kau jangan main2. aku dengan dia satu unit so..bayangkan betapa sukarnya kena berdepan dengan dia setiap hari...
beberapa bulan tu aku memang marah. Aku rasa aku tak berhak diperlakukan begini. aku rasa betul2 tak adil. aku rasa tak tenang. tiba-tiba masa aku dengar ceramah Dr. Fazilah ni aku macam tersentap sikit. kata-kata dia memang menusuk. aku macam baru tersedar. kenapa aku perlu kisahkan dia lagi. kenapa ku perlu nak marah2. kalau aku tak maafkan dia, sampai bila2 pun fikiran aku tak akan tenang. sampai bila2 pun aku akan teringat. Jadi, malam itu, atas katil, sebelum tidur aku kata..."...., aku maafkan kau. aku benar2 maafkan apa yang kau dah buat apa aku." Malam itu aku tidur lena.
Sehingga kini aku dengan dia masih tidak bercakap tetapi aku jadi tenang. Aku boleh bercakap tentang dia tanpa rasa marah. Aku boleh pandang dia tanpa rasa benci. Aku boleh segala-galanya kerana aku dah maafkan dia. aku maafkan dia dengan sepenuh hati aku.

Wednesday, August 29, 2007

book fair MERDEKA

JANGAN LEPASKAN PELUANG MENEMUI BARISAN
PENULIS ALAF 21 DI PWTC


SEMPENA menyambut 50 tahun merdeka, Alaf 21 turut mengambil bahagian dalam jualan buku di PWTC pada 30 Ogos - 2 September 2007. Untuk kali ini, Alaf 21 dengan bangganya membawa barisan penulis yang akan menemui para peminat mereka di sana.Jadi, untuk memeriahkan gerai Alaf 21 nanti, apa kata anda beli buku atau bawa buku yang sedia ada dan kamera untuk mengabadikan kenangan bersama mereka. Minta tandatangan pada buku masing-masing... pastinya akan berasa seronok. Berbual mesralah dengan mereka. Untuk menemui mereka, sila lihat jadual di bawah.Oh, ya... pastikan anda mendapatkan buku-buku Alaf 21 yang terkini. Semua buku yang dijual akan diberi diskaun yang berpatutan. Gerai kami akan dibuka dari jam 10.00 pagi - 10.00 malam. Jumpa anda di sana!

JUMAAT
Anis Ayuni, Lily Haslina Nasir

SABTU
Lily Haslina Nasir, Maria Alina, Dhiya Zafira, Ilani Mysara

AHAD
Ramlee Awang Murshid, Dhiya Zafira, Haiza Najwa, Lily Haslina Nasir, Sharifah Abu Salem, Ilani Mysara

Saturday, August 25, 2007

Komen

" Karya sulung Dhiya Zafira. kira bagus la sebab macam orang yg dah biasa buat novel jer.
tak macam karya pertama. sesetengah tu kita baca hasil karya kedua, ketiga, belum tentu sebaik ini. Tahniah buat Dhiya Zafira.. errr tengah buat 2nd novel ke? :)
Bagi saya citer ni cukup ramuan utk menjadikan sesuatu novel menarik.Ada cinta, ada chemistry antara watak utama (especially hero ngn heroin la), ada cemburu, ada konflik, ada misteri masa lampau, ada perselisihan dan isu utama pergolakan citer ni agak stereotype la dgnkisah2 lain iaitu salah faham, miscommunication. the key word is *loudwhisper* CAAAKAAAAP.. hehe..
tapi kalau cakap, nanti tak jadi citerla pulak ek? Bila alia nak citer taufik tak nak dengar. bila taufiknak dengar alia pulak tak nak citer.. nak kena luku alia ngan taufik ni.
cara penceritaan masa mula tu yg membiarkan pembaca tertanya tanya kedudukan cerita tu memang baik kerana itu akan menjadi kan pembaca curious dan akan terus membaca hingga satu persatu persoalan terjawab.serba sedikit tentang kisah ini, tentang suka duka perjalanan cinta Alia dan Taufik kerana cinta diorang terhalang....."
* Ini merupakan antara komen yang diberikan oleh seorang pembaca yang begitu aktif sekali mengulas novel-novel yang telah dibacanya. Kepada Rinn, TERIMA KASIH kerana anda sudi mengulas novel KDB ini. Insyaallah, saya akan cuba menghasilkan karya yang lebih baik di masa akan datang.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...