Saturday, August 14, 2010

scene fav saya

PERgghhh....panjangnya. Inilah scene Favourite saja semasa menulis kesemua buku2 saya. Sebenarnya banyak lagi yg saya suka..tapi nanti berjela pula. Saya ambil dari setiap buku. Hmmmm....masihkah anda ingat semua dimana scene ini berlangsung? heheheh..dan scene mana yang menjadi fav anda? jom..kita share sama-sama....(^_^)






1. KUDAMBA BAHAGIA ; m/s 363-366



" Lia nampak siapa?" Ulang Taufik bersama getaran di dada. Bilakah masanya Alia terserempak dengan dia bersama Erin? Selama 7 tahun ini hanya 2 kali sahaja dia bertemu Erin. Selain dari perjumpaan mereka di Berjaya Holdings beberapa hari lalu, dia pernah berjumpa Erin di...Ya ALLAH!




" Lia datang?" Taufik menyoal perlahan.
" Entahlah. Lia kecewa sebenarnya melihat abang masih mampu bergelak tawa. Lia bukan tak mahu abang bahagia...bukan. Lia sentiasa doakan abang tapi bila lihat abang bersama Erin waktu tu, Lia rasa abang telah lupakan Lia. Lia rasa abang benar-benar bencikan Lia. Memang tak patut Lia buat macam tu, tapi...Lia tak ada alasan sebab apa Lia buat begitu."
" Patutlah selama ini..." Bisik Taufik tanpa menghabiskan ayatnya.
Alia bungkam melihat setitis air mata membasahi pipi Taufik. Lama dia di situ. Entah mengapa hatinya semakin rawan.






2. RINDU BELUM BERHENTI ms 380 & 442



" Mungkin awak dah lupa, tapi peristiwa dulu masih segar dalam ingatan saya. Seumur hidup saya, saya tak sangka akan jatuh cinta pada awak. Pada orang macam awak, tapi saya tewas dengan perasaan saya sendiri.
Kita berjumpa sekejap saja. Awak porak perandakan hidup saya tapi saya pilih awak. Saya pilih awak pada saat awak sanggup pertarungkan nyawa awak untuk selamatkan saya. Awak sanggup terima peluru itu untuk saya.
Saya pilih awak sebab saya rasa tiada lelaki lain yang buat saya rasa selamat seperti awak. Saya pilih awak sebab awak berjanji akan menjaga saya selama-lamanya. Saya pilih awak walaupun seluruh keluarga menentang saya. Tak seperti awak Izz, saya masih ingat janji-janji itu." Adni menghela nafas seketika. Rasanya inilah ucapan paling panjang yang pernah dituturkannya. Namun dia masih belum habis. Izz harus mendengar semuanya.
" Saya tak tahu kenapa awak ambil tindakan ini. Saya tak tahu kenapa awak berubah fikiran. Mungkin ada sesuatu...tapi saya takkan tahu kalau awak masih nak rahsiakannya.
Tapi Izz, kalau awak nak keluarkan saya dari sini, mungkin awak terpaksa gunakan peluru yang pernah awak selamatkan untuk saya. Sama ada awak suka atau tak, awak terpaksa terima. Awak dah buat keputusan dan sekarang awak dengar keputusan saya pulak.
Saya bersumpah tak akan keluar dari tempat ini selagi saya tak dapat buat awak tarik balik keputusan tu. Faham?





" Maafkan saya." Bisiknya berkali-kali. Adni berpaling semula.
" Maaf...semudah itukah? Saya tak mahu dengar perkataan maaf dari mulut awak Izz. Tahu tak apa yang sangat saya harapkan? Saya harap saya tidak pernah mencintai awak. Saya menyesal kerana awaklah cinta pertama saya. Saya harap awak tak pernah kata yang awak mencintai saya.
Kalau boleh masa berputar semula, saya tak mahu bertemu awak. Untuk apa saya melalui semua ini? Untuk dilukai sekali lagi? Jangan ucap kata maaf lagi. Tolonglah. Maaf bila kita terlanggar seseorang bila berjalan. Maaf bila kita terlupa sampai tepat pada masanya. Maaf bukan alasan bila awak nak putuskan hubungan dengan seseorang. Dan maaf bukan alasan untuk awak lukakan hati saya.
Saya tak akan maafkan awak Izz. Saya tak akan lepaskan awak begitu mudah. Saya takkan kata saya faham keadaan awak sekarang. Awak tahu tak apa yang saya rasa sekarang? Say...saya rasa teruk sangat. Saya rasa macam nyawa saya nak tercabut dari badan. Saya rasa nak mati. Jerit Adni tertahan-tahan dengan suara yang diselang seli dengan esak tangis. Jiwanya benar-benar dipagut rasa sayu.
"...Bukan sebab saya akan kehilangan awak tapi jika sayalah berada di tempat awak sekarang, saya tak akan putus asa macam ni. Saya tak akan putus harap semudah ini. Dan...sekarang, saya benar-benar tahu mana kedudukan saya selama ini."
"Izz, kita tak boleh mengubah masa lepas. Tapi kita boleh musnahkan diri kita pada saat ini kalau terlalu fikirkan masa depan. Betulkan kalau saya silap, tapi manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, Izz. Kenapa pula memilih untuk merangkak sepanjang hayat?"





RINDU UNTUK DIA ms 254-255 & 305



Amie." dia memanggil lembut. Entah apa yang dimenung Amie dengan reaksi sebegitu. Amie menoleh dan pandangan mereka bertaup rapat.
" Saya bukan hanya kehilangan cinta. saya hilang sesuatu yang lebih bermakna. Lebih penting dari segala-galanya. I loss you. Somehow...someway I lost you that night too. I loss more than I can ever think about. And my life have never been the same." Amie terpaku mendengar pengakuan Jad itu.




" Jad bahagia?" soalnya tidak dapat menahan perasaan. Dia ingin tahu adakah lelaki yang dikasihinya ini bahagia bersama wanita lain. Dia perlu tahu. Jad pantas menggeleng. Wajahnya yang sememangnya muram bertambah keruh. Kenapa Amie masih terus mahu bercakap perkara-perkara yang melukakan? Kenapa masih mahu mengungkit kisah yang hanya akan membuatkan mereka semakin menderita.
" Jad bahagia dengan Suraya?" Amie bertanya sekali lagi.
" Don't do this to yourself Amie. Don't do this to us." rayu Jad bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu terus menambah luka. Dia tahu apa maksud sebenar pertanyaan Amie itu namun dia tidak mampu menjawabnya. Dia tidak sanggup memberikan jawapan. Amie sudah tidak bersuara lagi. Diam Jad seribu bahasa. Diam Jad membawa sejuta makna. Buat kesekian kali, air matanya laju mengalir.





JAUH KAU PERGI



Maafkan abang!" Afi menggeleng. Untuk apa Rif mahu meminta maaf? Rif tidak bersalah apa-apa padanya. Dalam hal ini, hanya dia seorang sahaja yang boleh dipersalahkan. Sudah tahu Rif mencintai wanita lain, namun masih juga dia menyimpan perasaan.
" Abang tak salah apa-apa. Jangan salahkan diri sendiri. Abang pun tak minta perkara ni berlaku. Mungkin kita sangka tindakan kita dulu adalah yang terbaik tapi...abang jangan risau. Afi tak akan salahkan abang. Afi sayangkan abang, jadi sebab itulah Afi terpaksa lepaskan abang. Bukan niat Afi nak terus menyiksa hati abang. Afi tahu abang menderita terpaksa....,"
" Afi...abang tak pernah rasa derita bersama Afi," luahnya telus. Bibir Afi dilihat bergetar mendengar kata-katanya. Adakah itu bermakna, Afi akan mengubah keputusannya?
" Jangan halang Afi bang. Benarkan Afi pergi. Afi cuba berikan jalan keluar untuk abang. Jangan kusutkan lagi keadaan kita. Lepaskan Afi sebelum luka kita lebih parah lagi."
" Abang tak boleh. Abang tak boleh lepaskan Afi. Abang tak sanggup lepaskan Afi," bisiknya perlahan. Penuh lara. Afi yang mendengar terasa dunianya yang malap kembali bercahaya. Pengakuan Rif itu ternyata memberinya satu harapan baru. Mungkin Rif juga mencintainya? Benarkah begitu? Cakaplah abang. Sebutlah ayat keramat itu. Katakanlah, dan Afi akan terus kekal di sini. Rayunya perlahan menghantar mesej melalui fikiran kepada Rif.




" Abang akan pulang. Afi sanggup tunggu abang?" Afi mengeluh sekali lagi. Dia menjeling ke arah bilik itu semula. Jawapan Afi tetap sama. Afi masih di sini. Afi masih menunggu abang...cuma abang yang masih belum mahu pulang.




Afi merenung wajah suaminya. Senyumannya penuh hiba. Mengucapkan selamat tinggal dalam diam. Cuba memberitahu bahawa dia tidak menyalahkan Rif dengan apa yang berlaku. Ya ALLAH! Andainya aku tiada...pulihkan semangatnya Ya ALLAH...Jangan biarkan dia menderita seperti mana dia menderita dahulu. Ya ALLAH...Permudahkan semua ini untuk suamiku. Andai ini suratan, jangan bebani dia dengan rasa bersalah. Jangan biarkan dia terhukum dengan keadaan yang sama. Bantulah dia YA ALLAH. Doanya tidak putus-putus di dalam hati. Pandangan mereka masih bersatu. Afi sayangkan abang..selama-lamanya," bisik Afi ketika pipinya dibasahi air.
Rif melihat semuanya. Dia membaca mesej yang cukup jelas melalui mata Afi. Ya ALLAH...jangan biar dia pergi. Selamatkan dia. Aku tidak sanggup kehilangannya. Dia melihat Tengku Azhar mengangkat pistolnya. Menarik picu perlahan-lahan dan Rif tahu dia harus bertindak sekarang. Dia sudah memberikan isyaratnya. Sekarang ini terserah kepada Najmi untuk menyelamatkan mereka

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...