JKP No. 4...MPH



Salam...

Baru semalam saja saya masukkan kedudukan carta JKP dalam MPH...Tetiba tadi, saya tergerak mahu melihat semula kedudukan walaupun saya tahu selalunya MPH akan update website setiap hari rabu. Tapi bila saya buka sahaja, wah! sudah update list untuk bestsellers minggu lepas...ALHAMDULILLAH...kedudukan JKP bertambah baik....daripada kedudukan asalnya no.13 naik ke no. 9 dan kini ditangga ke 4 pula. Adakah JKP akan berjaya mencecah no 1? Saya tidak tahu...dan saya tidak berani memasang angan-angan yang begitu tinggi....Apa yang berlaku sekarang ini pun sudah buat saya rasa bersyukur sangat-sangat....
Seperti apa yang dikatakan oleh kakak saya semalam, kalaulah KDB, RBB dan RUD tu boleh bercakap, mesti mereka kecil hati diatas tumpuan penuh terhadap JKP ketika ini.
Ya..masa zaman mereka, saya tak mengenali facebook lagi...saya tak berminat untuk membuka akaun sekalipun, namun kini saya akui..fb adalah medium terpantas dan terbaik untuk saya mempromosi karya2 saya...dan feedback yang saya terima amat menggalakkan...syukur ALHAMDULILLAH...rezeki yang ALLAH kurniakan kepada saya....

Comments

Nowwa Fitri said…
Kan..kan..kan..

Mmmmm....masih mencari ruang tenang untuk mencuri baca JKP yang ada di atas rak ni!
dhiya zafira said…
Nora...

Lah..tak baca lagi ek...hehehe...so Juya pon aku tak taulah dah baca ke belum..heheheh
Gyll said…
JKP mmg best.. karya kali ini mmg lain dr yg lain... pgolahan crta sgt mnrik... like it... congrts..
dhiya zafira said…
Gyll,

Thank u sebab membaca JKP..n tq jugak sebab sukakannya..heheheh...ALHAMDULLLAH...

Popular posts from this blog

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

mutiara kata sasterawan negara