Salam
Saya sedang menulis manuskrip ke 5 saya. Hmmm...bukan makna ketika ini...tetapi hampir setiap malam jugalah saya mengadap lappy saya. Kalau tak menulis sekalipun, mmg setiap malam juga saya on9..hahahaha...Perkembangan mss saya agak slow. Kalau saat saya produktif, dalam sehari saya boleh dapat 10-12 page.( Ya..saya tahu ada yang boleh dapat 30 page semalam...ini saya. bukan penulis yg lain..rate saya 10 page itu sudah cukup cemerlang..hehehehe)...tapi oleh kerana kurangnya motivasi dan disertai dengan penyakit yg mmg selalu melanda iaitu MALAS...jadi sehari saya hanya berjaya menulis 2-3 muka surat sahaja. Aduhai...kalau begini bila mahu siapnya. Dan dengan phase sebegini slow, berjayakah MOU saya bersama Lynn n Hezzy yang mahu menyiapkan sebelum atau pada 20 Oktober ini. Ya ALLAH...dua bulan sahaja lagi..tidakkkkkkkkkkk.....
Untuk meningkatkan semangat mahu menulis, saya sengaja post sedutan daripada mss saya yag belum siap itu. Bukannya apa, bila mendengar kata-kata perangsang dan semangat dr pembaca supaya mss ini disiapkan cepat, saya turut sama berasa teruja. Turut sama tidak sabat mahu menjadikan NBF ini tiba ke titik noktahnya. Panjang lagi masanya. Ya saya tahu itu.
Untuk kali ini saya gunakan tajuk NATURAL BORN FIGHTER (NBF)...hahahah...feeling2 omputih pula saya ni..hahahaa...ala saja suka suki saya nak dapatkan mood dengan tajuk yg bg saya best itu. Saya tahu, tajuk ini tak akan lepas punya..tapi hmmmmm..mana tahukan..tetiba rezeki saya pula...hahahaha...apa pun berharap dan berdoa sahajalah ya...
Novel ke lima ini, Heroinnya masih bernama pangkal A. Selepas ini saya mahu menggunakan huruf lain pula...Ya..cukuplah 5 sahaja heroinnya bermula dengan huruf A..Kali ini saya menggunakan nama Arisa Nur Adalia (Ari)...ya..itu style saya..nama asal panjang..dan panggilnya kontot sahaja. Nur Adalia itu saya cilok nama anak saudara saya yg baru berusia 2 bulan yang mana namanya iru saya yang beri..hehehehe....so..saya bukan mencilok rasanya...
Heronya pula...Ziyad Sidqi (Sid). Ya..kontot jugak. Untuk hero, saya gemar nama yang sebutannya satu suku kata sahaja. bila disebut menampakkan ketegasannya..bunyinya seperti ada 'punch' di situ...Hero saya tidak saya tetapkan huruf apa pangkalnya...jadi..saya tetap akan meneruskan nama panggilan satu suku kata sehinggalah sudah tidak ada nama yang sedap untuk saya beri lagi nanti..hahahaha...Hmmm...saya beri bukan sebarang nama ya..saya belek buku nama-nama indah dalam ISLAM lagi..hahahahah...so..ramai jugaklah yang nak booking nama hero saya untuk anak2 mereka. silakan...nama itu bukan milik saya sepenuhnya.
Bagaimana orangnya SID ini? Sudah tentu jangan samakan dia dengan hero saya yang paling popular ketika ini iaitu, RIF. Mereka sesungguhnya berbeza. Jauh panggang dari api. Dan jangan berharap juga Sid ini seperti Rif. Jangan expect SID macho ala ala komando. Kisah mereka berbeza. Pembawakan dan perwatakan mereka juga berbeza. Persekitaran mereka juga tidak sama. Jadi, jangan berharap saya akan menyamakan hero2 saya ya...
Ari pula...masalahnya tidak sama seperti Alia, Amie dan Afi. Namun percaturan hidupnya bukannya lebih mudah. Saya akan cuba memperkembangkan watak Ari ini dnegan sebaiknya...mungkin apabila pembaca bercerita mengenai SID, mereka akan ingat juga kepada ARI. InsyaALLAH...
Doakan saya ya..agar mss ini berjalan lancar...Kepala saya sebenarnya ligat mencorak perjalanan cerita namun hendak menterjemahkannya di dalam bentuk penulisa..saya masih merudum lagi...hendak mencari 'feel' yang melayang entah ke mana...
2 comments:
harap2 novel yg bakal menyusul akan meninggalkan kesan mendalam seperti mana JKP juga ye...
Kak Aya..
InsyaALLAH...saya akan cuba ya..teruskan menyokong saya...TQ
Post a Comment