Wednesday, August 18, 2010

My New Hero - Mr.S

Hospital Kuala Lumpur




" Jangan degil, Sid! Kaki kau tak baik lagi. Kau nak tengok sampai kaki kau kena potong, baru kau nak dengar cakap aku?" tegur Fauzan apabila melihat teman sejawatnya beria-ia benar mengemas pakaiannya ke dalam beg sedangkan kakinya masih lagi belum sembuh. Doktor juga belum mengizinkan dia keluar dari wad. Jadi atas alasan apa lelaki yang bernama Ziyad Sidqi itu menjadi begitu degil?



Sid mengeluh perlahan. Pergerakan yang begitu pantas, menjadi semakin perlahan dan langsung terhenti. Dia melabuhkan tubuh tingginya ke atas katil. Bagaimana hendak diterangkan kepada Fauzan bahawa dia tidak boleh tinggal di hospital lama-lama? Dia tidak mampu. Dalam banyak-banyak tempat, dia cukup tidak tahan dengan hospital. Hospital meresahkannya.



" Kaki aku ni rehat sehari dua dah ok. Kau jangan risau...aku tak apa-apa," terangnya cuba menyedapkan hati teman.



" Sid, kaki kau tu bukannya terseliuh. Bukannya terkehel. Kena tembak tahu tak? Doktor dah cakap, rehatkan kaki kau...tapi macam biasa..kau memang degil. Kalau kau ni adik aku..memang aku ikat kat katil ni," leter Fauzan sambil bercekak pinggang. Sid hanya ketawa. Dia tidak pernah mengambil hati akan kata-kata Fauzan yang kadangkala lebih pedas dari cili. Dia sudah lama mengenali Fauzan. Semenjak mereka sama-sama memasuki Akademi Polis sepuluh tahun yang lalu.

Sedang dia ketawa itu, pintu biliknya dibuka lagi luar. Tawanya terhenti apabila matanya menjamah wajah milik Tuan Bakri, ketua mereka. Sid memperkemaskan kedudukannya. Kaki yang masih cedera perlahan diletakkan ke lantai. Dalam hati dia melihat rapat ke wajah ketuanya. Ada sesuatu pada wajah itu. Ada berita yang hendak disampaikannya.



" Seorang lagi mangsa ditemui!" tanpa berdolak-dalik, Tuan Bakri memberitahu. Tubuh Sid dan Fauzan semakin tegak. Wajahnya keduanya menjadi serius. Apa yang dibicarakan sebentar tadi semakin jauh dari fikiran. Ternyata berita yang satu ini lebih menarik perhatian mereka.




************************************

" Tak masuk dulu, Jan?" laungnya apabila melihat Fauzan hanya menunggu di dalam kereta. Dari jauh dia melihat Fauzan menggeleng dan menunjukkan jam di pergelangan tangannya. Sid mengangkat tangan tanda memahami signal tersebut. Dengan sedikit gopoh dia menyarung stoking pada kaki. Dia mengerang perlahan dan mencuba sekali lagi. Namun, tiba-tiba stokingnya dirampas. Sid mengangkat wajah dan menjeling pada adiknya.



" Ni, orang tolong sekali je. Lepas ni jangan harap orang nak tolong lagi," terang Zarin sambil membongkok menyarungkan stoking pada kaki abangnya.



" Eh..eh, nak tolong orang, tapi nak marah-marah...period ke apa? Sawan pagi-pagi buta ni?" tempelaknya sambil menyuakan kaki ke muka Zarin. Zarin mengelak dan jatuh terduduk. Sid hanya ketawa melihat wajah adiknya yang berkerut. Padan muka. Buat kerja tak ikhlas, ALLAH balas sekelip mata.



" Bang chik ni pengotor tau. Ada ke kaki sua kat muka orang," bising Zarin sambil membuat muka konon-kononnya loya mencium kaki abangnya. Sid yang sedar Fauzan sudah tidak sabar menanti hanya ketawa. Auta saja lebih adik bongsunya ini. Dalam rumah ini, tak ada orang yang lebih pembersih lebih daripada dia.



" Cepatlah! Abang Jan dah tunggu tu," gesanya apabila melihat Zarin masih lagi berlengah-lengah. Muncung Zarin semakin panjang. Ala...kalau sebab dia, abang Fauzan tak akan marah punya. Abang Fauzan pasti sanggup menanti berapa lama pun. Zarin menahan senyum dalam hati. Mati dia kalau abangnya tahu bahawa dia selalu bermain mata dengan teman sekerja abangnya itu.

Apabila Sid bangun dan mula melangkah, tiba-tiba dia mendengar Zarin mula menyanyi. Mulanya perlahan namun makin lama semakin kuat sehingga langkahnya terhenti dan dia berpaling ke belakang. Zarin berhenti menyanyi serta-merta. Tangannya pantas menutup mulut yang berbunyi sebentar tadi. Dan dengan selamba dia membelek-belek bunga orkid kesayangan ibu mereka seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sid tidak berkata apa-apa. Dia hanya memandang Zarin penuh makna.



" Sid! Cepatlah wei..." dari dalam kereta Fauzan sudah menjerit. Sid mengangkat tangan dan mula melangkah semula. Apabila dia melabuhkan punggung ke dalam kereta, suara Zarin kedengaran lagi. Sid hanya ketawa apabila mendengar lagu SI CAPIK itu. Memang nak kena Zarin ni...tunggulah kaki aku dah baik nanti...bisiknya perlahan.



" Zarin tu kenapa?" soal Fauzan setelah mengerakkan keretanya. Sid hanya menggeleng. Tawanya masih belum berakhir.
" Entah! Biasalah dia. Hujung-hujung bulan ni sawan dia datang," balasnya selamba.

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...