Saturday, August 28, 2010

single n hepi

Salam...

Beberapa hari lepas, seorang kawan saya menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ke 14. Bila saya baca kenyataan itu di wall FBnya, saya terkedu sekejap. 14 tahun? 14 tahun? benarkah? selama itukah tempoh perkahwinannya? Aduhai..saya tahu tidak mustahil. tempoh itu menunjukkan beliau langsung berkahwin sebaik sahaja tamat SPM iaitu tahun 1995. 14 tahun lepas apa yang saya lakukan? Hmmm..apa yang saya ingat sebaik saja tamat kertas akhir SPM, saya bungkus kain baju dan menuju kampung saya di Pulau Pinang. Ketika ini saya masih menetap di Kem Garisson, PD...( Ya..kalau siapa baca JKP..scene afi mengali lubang itu rumah sayalah tu).
Masa ini saya tidak sabar mahu bekerja. Selama ini mana pernah menyimpan duit sendiri. Selalunya kalau nak apa-apa minta pada PAMA sajalah. Jadi...saya bertekad mahu bekerja. Infact saya baru lepas operatian kaki n tanpa menunggu peluang kaki saya itu sembuh, saya balik kampung. Di kampung saya kerja kilang, buat mesin kira. Hmmm..hari pertama kerja...yakni 5 jam selepas saya membuat mesin itu, saya bertekad. saya katakan pada diri saya sendiri yang..saya mesti masuk U. saya tak mahu kerja kilang selama-lamanya. Saya bukan menghina orang yang bekerja di kilang, tetapi saya tahu saya tidak akan dapat bertahan lama dengan kerja begini. Tak sampai sebulan, saya lari balik P. Dickson balik..melepak duduk rumah sahaja tunggu result. Tapi..nasib saya tak berapa baik, saya gagal masuk U. Jadi, cara lain...ambil form 6.
2 tahun di form 6, adalah saat n kenangan persekolahan yang paling saya suka dan kenang sekali. Saya mula minat dengan penulisan. Saya mula serius menulis cerpen2. Habis STPM, saya kerja kedai kek. Disitu saya semakin aktif menulis. Masa ini, saya tak tahu langsung menggunakan komputer. Malah nak onkan pc tu pun tak pandai. Jadi..cara saya menulis adalah cara yang paling konvensional sekali iaitu menggunakan tangan. Tulisan saya buruk. Saya akui itu. Saya ngeri melihat tulisan saya sendiri. Selalu cerpen saya itu perlu ditulis berkali2 sebab ada masanya saya sendiri tidak dapat membaca tulisan saya. hahaha..kelakarkan...
Alhamdulillah..tekad saya nak masuk U, akhirnya berjaya juga. Belajar 3 tahun, saya grad. Saya bertukar 3 tempat kerja sebelum saya kekal dengan kerja sekarang. Dan 3 bulan lagi, saya akan berumur 32 tahun. Ya..itu sedikit dan secebis kisah saya sepanjang 14 tahun ini. Kalau kawan saya itu sudah mempunyai 4 anak. Malah kebanyakkan teman-teman saya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri sedangkan saya masih lagi kekal bujang.
Kenapa saya masih belum berkahwin?
Hahaha..satu soalan yang sampai hari ini saya tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya. Jawapan klise, tak ada jodoh lagi. Ya..kedengaran memang amat2lah klise namun itulah sebenarnya. Jodoh saya masih belum sampai. Dan jangan ada yang menambah pula dengan mengatakan saya terlalu memilih ataupun kenapa tak mencari. Saya malas menjawab soalan yang agak kurang cerdik itu.
Sedihkah saya dengan keadaan ini? Ya...kalau orang lain boleh berkongsi cerita ttg suami n anak2 masing2..saya tidak mampu berbuat demikian. Nak bercerita ttg anak kucing pon tak boleh sebab saya tak suka bela kucing..hahaha
Kalau mahu difikirkan..ya sudah tentu saya sedih dan sdikit terasa. Kalau seandainya sampai ajal saya nanti, saya masih sendiri, saya sudah hilang satu antara 3 bekalan nikmat yang boleh saya bawa iaitu doa anak2 saya.
Namun semenjak 5 tahun lepas, saya sudah menerima kenyataan. Saya tidak mahu bersedih...saya tidak mahu mempersoalkan kenapa saya tak dapat itu, kenapa saya tidak dapat ini. Saya tawakal. Saya reda bahawa semuanya ketentuan ALLAH. Segala-galanya tidak akan berlaku tanpa izin ALLAH..malah setiap nafas yang saya tarik dan hembus ini tak akan berlaku kalau ALLAH tidak mengizinkan. Jadi, siapa saya untuk mempersoalkan setiap yang berlaku? Saya ini bukanlah siapa-siapa.
Ini bukan berkaitan dengan jodoh sahaja. Ini berkaitan pada semua perkara yang berlaku dalam perjalanan hidup saya. Kalau dulu saya sering mempersoalkan apa sahaja..kenapa orang tu dapat, saya tak dapat. kenapa saya berusaha teruk, tapi dia yng dapat nama? kenapa mudahnya hidup orang itu sedangkan saya payah? kenapa buku dia keluar dulu sedangkan saya yang hantar dulu? kenapa dia boleh dapat RM50,000 sedangkan saya nak sebut apa yang pernah saya dapat pun malu dan ya..kenapa saya belum mendapat jodoh lagi. Banyakkan persoalan?
Makin saya berumur, saya semakin matang..dan saya melihat keadaan dengan pandangan yang berbeza. Saya cuba membetulkan diri saya. Mungkin apa yang berlaku..silapnya pada diri saya juga. Mungkin ibadat saya selama ini tak betul. Mungkin keikhlasan saya selama ini hanya dibuat-buat. Mungkin walaupun hati berkata reda, tapi saya masih tetap mahu merungut. Mungkin juga, saya tidak cukup berdoa...saya manusia..khilaf saya melata-lata banyaknya.
Kini...saya faham erti reda dan tawakal yang sebenar-benarnya. Saya cuba memperbaiki diri saya sedikit demi sedikit. dan saya mulai berasa kesannya. Apa yang berlaku kepada saya, ALHAMDULILAH saya boleh menahannya...saya masih kekal sabar..saya jadi tabah..saya reda. Saya tidak mahu menghabiskan hayat saya dengan berasa sedih dan menyimpan dendam pada semua orang. saya mahu mencari bahagia saya sendiri.
Adakah dengan berkahwin itu saya akan bahagia? Anda yakinkah? Kadang2 orang yang berkahwin pun lebih banyak derita dan dugaannya. Jadi...tanggapan bahawa kalau kita berkahwin dan mempunyai keluarga itu, hidup kita lebih bermakna dan lengkap sudah pastinya tidak benar bukan? Mungkin ada betulnya tetapi bukan itu konklusinya.
 Dan  Adakah hidup saya akan berterusan derita kalau saya terus kekal bujang? Siapa yang boleh memberi jaminan saya tidak boleh bahagia? Tak ada siapa bukan. Kerana kita bukan TUHAN. bukan kita yang mencorak bahagia deritanya hidup seseorang itu.
Saya tidak menolak institusi perkahwinan itu walaupun saya sedikit gerun untuk berkahwin dengan segala macam permasalahan yang berlaku dalam masyaralat kita hari ini. Kalau ada jodoh, saya tetap mahu berkahwin dan mempunyai anak sendiri. Kalau pun tiada...kalaupun sebenarnya jodoh saya bukan di dunia ini..kalau ditakdirkan saya hanya sendiri, saya reda. Jika itu takdir hidup saya, saya terima. Saya tetap masih mahu bahagia. Saya tetap gembira. Saya masih ada keluarga. yang penting saya tetap ada ALLAH. saya serahkan segala-galanya padaNYA. Saya tidak akan memenatkan diri saya dengan memikirkan benda yang bukan-bukan. Saya tidak mahu melihat dunia ini dengan warna hitam dan gelap sedangkan saya tahu ada warna yang lebih menarik di dunia ini. Saya mahu bersikap positif. Jadi..kenapa siapa yang kerap bertanyakan soalan ini kepada saya...hentikan soalan tersebut. Jangan tanya saya. Saya tiada jawapannya, okay???

10 comments:

Dessert Queen said...

Alahai...kenapa?Sedih ke nak raya ni?

Tapi satu aku belajar tentang hidup ini,bila kita content dengan apa yang kita ada,Insya Allah..kita akan bahagia walaupun kita tidak punya apa2..

So cheer up...

dhiya zafira said...

Nora...tak ada apa2...masa aku menulis n3 ni pon aku tak rasa apa2..hahaha...
Sedih nak raya..sebab ingatkan arwah ayah saja...lebih dr tu aku tak ambil port...
Ya...cakap ko mmg betul. itu yg aku cuba tekankan di sini...
Kalau kita faham konsep reda n bersyukur, hidup kita akan ok..insyaALLAH....

Tie Tinie said...

salam kak..
entri akak membuatkan tie terfikir perkara yang x pernah tie peduli... iaitu berkahwin... tie masih menganggap jodoh tie belum sampai... dan jodoh tie yang terbaik itu masih melum mahu menonjolkan dirinya..
tapi bila teringat kata2 terakhir awrah ayah tie pada januari yg lalu.. hati tiba2 menjadi sayu... kata papa..
" Noni papa x sempat nak menjadi wali kamu.. satu2 tanggungjawab yang x sempat papa tunaikan.. maafkan papa.."
Tiada sipa yng mampu melawan takdir tuhan... semoga jodoh yg di tetapkan untuk kita adalah yang terbaik...
kak insyallah jodoh kita akan sampai jua... tapi tiada siapa yang tahu... insyallah...

dhiya zafira said...

Tie..Ya..kita mmg tidak mampu melawan takdir..segala-galanya ALLAH tentukan bagi perjalanan hidup kita ini..
Ya..InsyaALLAH..kalau ada jodoh..kita berjahwin..kalau tiada...tidak mengapa Tie..seperti yang akak tekankan..tidak berkahwin bukan bermakna kita tidak boleh mengecapi bahagia...

Anum Shukri said...

salam..kaka dhiya..rupa2nya kita ni hampir sebaya ya...sy spm 1996..hehehe...InsyaAllah...kalau kita ikhlas dan sabar dalam setiap dugaan yang Allah beri..akan ada ganjarannya nanti.InsyaAllah..

dhiya zafira said...

Anum...Aminnnnnn...hehehe

Hezzy Azra... said...

Dhiya,
Sungguh matang, positif & berisi entry kau ni... buat org mcm aku pun mula terfikir byk perkara yg sebelum ni mungkin terlepas pandang...

Eny Yusof said...

Hey same ship here. All well said.

dhiya zafira said...

Hezzy...

Tq atas compliments..hehehe.

dhiya zafira said...

Eny...

tat's rite..we're in a same ship...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...