Tuesday, August 31, 2010

~RINDU SAYA MASIH DI SANA~


Perkarangan Masjid Nabawi

Selepas Subuh...Jemaah berpusu-pusu melakukan tawaf

Perkarangan Masjidl Haram

Perkarangan Masjidl Haram ~ Selepas subuh

Kubah Hijau Masjid Nabawi ~ Hanya boleh melihat dari kejauhan. Begitu juga pintu Babul Salam. Ketika ini, untungnya menjadi lelaki

Saturday, August 28, 2010

single n hepi

Salam...

Beberapa hari lepas, seorang kawan saya menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ke 14. Bila saya baca kenyataan itu di wall FBnya, saya terkedu sekejap. 14 tahun? 14 tahun? benarkah? selama itukah tempoh perkahwinannya? Aduhai..saya tahu tidak mustahil. tempoh itu menunjukkan beliau langsung berkahwin sebaik sahaja tamat SPM iaitu tahun 1995. 14 tahun lepas apa yang saya lakukan? Hmmm..apa yang saya ingat sebaik saja tamat kertas akhir SPM, saya bungkus kain baju dan menuju kampung saya di Pulau Pinang. Ketika ini saya masih menetap di Kem Garisson, PD...( Ya..kalau siapa baca JKP..scene afi mengali lubang itu rumah sayalah tu).
Masa ini saya tidak sabar mahu bekerja. Selama ini mana pernah menyimpan duit sendiri. Selalunya kalau nak apa-apa minta pada PAMA sajalah. Jadi...saya bertekad mahu bekerja. Infact saya baru lepas operatian kaki n tanpa menunggu peluang kaki saya itu sembuh, saya balik kampung. Di kampung saya kerja kilang, buat mesin kira. Hmmm..hari pertama kerja...yakni 5 jam selepas saya membuat mesin itu, saya bertekad. saya katakan pada diri saya sendiri yang..saya mesti masuk U. saya tak mahu kerja kilang selama-lamanya. Saya bukan menghina orang yang bekerja di kilang, tetapi saya tahu saya tidak akan dapat bertahan lama dengan kerja begini. Tak sampai sebulan, saya lari balik P. Dickson balik..melepak duduk rumah sahaja tunggu result. Tapi..nasib saya tak berapa baik, saya gagal masuk U. Jadi, cara lain...ambil form 6.
2 tahun di form 6, adalah saat n kenangan persekolahan yang paling saya suka dan kenang sekali. Saya mula minat dengan penulisan. Saya mula serius menulis cerpen2. Habis STPM, saya kerja kedai kek. Disitu saya semakin aktif menulis. Masa ini, saya tak tahu langsung menggunakan komputer. Malah nak onkan pc tu pun tak pandai. Jadi..cara saya menulis adalah cara yang paling konvensional sekali iaitu menggunakan tangan. Tulisan saya buruk. Saya akui itu. Saya ngeri melihat tulisan saya sendiri. Selalu cerpen saya itu perlu ditulis berkali2 sebab ada masanya saya sendiri tidak dapat membaca tulisan saya. hahaha..kelakarkan...
Alhamdulillah..tekad saya nak masuk U, akhirnya berjaya juga. Belajar 3 tahun, saya grad. Saya bertukar 3 tempat kerja sebelum saya kekal dengan kerja sekarang. Dan 3 bulan lagi, saya akan berumur 32 tahun. Ya..itu sedikit dan secebis kisah saya sepanjang 14 tahun ini. Kalau kawan saya itu sudah mempunyai 4 anak. Malah kebanyakkan teman-teman saya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri sedangkan saya masih lagi kekal bujang.
Kenapa saya masih belum berkahwin?
Hahaha..satu soalan yang sampai hari ini saya tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya. Jawapan klise, tak ada jodoh lagi. Ya..kedengaran memang amat2lah klise namun itulah sebenarnya. Jodoh saya masih belum sampai. Dan jangan ada yang menambah pula dengan mengatakan saya terlalu memilih ataupun kenapa tak mencari. Saya malas menjawab soalan yang agak kurang cerdik itu.
Sedihkah saya dengan keadaan ini? Ya...kalau orang lain boleh berkongsi cerita ttg suami n anak2 masing2..saya tidak mampu berbuat demikian. Nak bercerita ttg anak kucing pon tak boleh sebab saya tak suka bela kucing..hahaha
Kalau mahu difikirkan..ya sudah tentu saya sedih dan sdikit terasa. Kalau seandainya sampai ajal saya nanti, saya masih sendiri, saya sudah hilang satu antara 3 bekalan nikmat yang boleh saya bawa iaitu doa anak2 saya.
Namun semenjak 5 tahun lepas, saya sudah menerima kenyataan. Saya tidak mahu bersedih...saya tidak mahu mempersoalkan kenapa saya tak dapat itu, kenapa saya tidak dapat ini. Saya tawakal. Saya reda bahawa semuanya ketentuan ALLAH. Segala-galanya tidak akan berlaku tanpa izin ALLAH..malah setiap nafas yang saya tarik dan hembus ini tak akan berlaku kalau ALLAH tidak mengizinkan. Jadi, siapa saya untuk mempersoalkan setiap yang berlaku? Saya ini bukanlah siapa-siapa.
Ini bukan berkaitan dengan jodoh sahaja. Ini berkaitan pada semua perkara yang berlaku dalam perjalanan hidup saya. Kalau dulu saya sering mempersoalkan apa sahaja..kenapa orang tu dapat, saya tak dapat. kenapa saya berusaha teruk, tapi dia yng dapat nama? kenapa mudahnya hidup orang itu sedangkan saya payah? kenapa buku dia keluar dulu sedangkan saya yang hantar dulu? kenapa dia boleh dapat RM50,000 sedangkan saya nak sebut apa yang pernah saya dapat pun malu dan ya..kenapa saya belum mendapat jodoh lagi. Banyakkan persoalan?
Makin saya berumur, saya semakin matang..dan saya melihat keadaan dengan pandangan yang berbeza. Saya cuba membetulkan diri saya. Mungkin apa yang berlaku..silapnya pada diri saya juga. Mungkin ibadat saya selama ini tak betul. Mungkin keikhlasan saya selama ini hanya dibuat-buat. Mungkin walaupun hati berkata reda, tapi saya masih tetap mahu merungut. Mungkin juga, saya tidak cukup berdoa...saya manusia..khilaf saya melata-lata banyaknya.
Kini...saya faham erti reda dan tawakal yang sebenar-benarnya. Saya cuba memperbaiki diri saya sedikit demi sedikit. dan saya mulai berasa kesannya. Apa yang berlaku kepada saya, ALHAMDULILAH saya boleh menahannya...saya masih kekal sabar..saya jadi tabah..saya reda. Saya tidak mahu menghabiskan hayat saya dengan berasa sedih dan menyimpan dendam pada semua orang. saya mahu mencari bahagia saya sendiri.
Adakah dengan berkahwin itu saya akan bahagia? Anda yakinkah? Kadang2 orang yang berkahwin pun lebih banyak derita dan dugaannya. Jadi...tanggapan bahawa kalau kita berkahwin dan mempunyai keluarga itu, hidup kita lebih bermakna dan lengkap sudah pastinya tidak benar bukan? Mungkin ada betulnya tetapi bukan itu konklusinya.
 Dan  Adakah hidup saya akan berterusan derita kalau saya terus kekal bujang? Siapa yang boleh memberi jaminan saya tidak boleh bahagia? Tak ada siapa bukan. Kerana kita bukan TUHAN. bukan kita yang mencorak bahagia deritanya hidup seseorang itu.
Saya tidak menolak institusi perkahwinan itu walaupun saya sedikit gerun untuk berkahwin dengan segala macam permasalahan yang berlaku dalam masyaralat kita hari ini. Kalau ada jodoh, saya tetap mahu berkahwin dan mempunyai anak sendiri. Kalau pun tiada...kalaupun sebenarnya jodoh saya bukan di dunia ini..kalau ditakdirkan saya hanya sendiri, saya reda. Jika itu takdir hidup saya, saya terima. Saya tetap masih mahu bahagia. Saya tetap gembira. Saya masih ada keluarga. yang penting saya tetap ada ALLAH. saya serahkan segala-galanya padaNYA. Saya tidak akan memenatkan diri saya dengan memikirkan benda yang bukan-bukan. Saya tidak mahu melihat dunia ini dengan warna hitam dan gelap sedangkan saya tahu ada warna yang lebih menarik di dunia ini. Saya mahu bersikap positif. Jadi..kenapa siapa yang kerap bertanyakan soalan ini kepada saya...hentikan soalan tersebut. Jangan tanya saya. Saya tiada jawapannya, okay???

Monday, August 23, 2010

JKP ~ komen lagi

Salam...
Komen dari Tie Tinie yang sekarang tengah gila dengan Rif....sampai sanggup nak bertunggu tangga kat kem sungai udang tu...hmmmm...silakan baca ya....

Assalamualaikum....
Salam Ramadhan... hari nie dah hari ke 13 umat islam berpuasa... Semoga segala yg kita lakukan akan diterima Allah s.w.t.
Hari nie nak review Jauh Kau Pergi.... Baru jer selesai membacanya semalam...

Ternyata Buah tangan Ke 4 Dhiya Zafira, tidak mengecewakan... Cerita yang menarik... sama seperti novel2 beliau yang sebelum nya.
Kali ini berkisar kan cerita tentang Komando @ Grup Gerak Khas.. Saya percaya ramai yg kurang pasti apa tugas komando sebenarnya... So sapa2 nak tau kena la baca novel JKP ini... sedikit sebanyak kita dapat tau apa tugas mereka...
Pada awal2 bab sudah mengundang air mata..bukan sedikit2 boleh kata tahap banjir la bila baca awal2 bab JKP. hehehee... mungkin saya yg terlebih emosi... :)
Kisah Seorang Afikah Najwa yang kehilangan hampir keseluruhan ahli keluarganya... Ibu, ayah & abang..
Hidupnya tersisih dari datuk & nenek hanya kerana mereka marahkan ayah afi kerana berkahwin dengan ibu afi yang berlainan bangsa.
Disaat Afi merasa kehilangang sahabat2 abang nya hadir... Lukman,Hakim,Helmi & Haiyan Rifqi...
Rif ditugaskan untuk menjaga Afi... Demi menjaga keselamatan Afi.. Rif & Afi berkahwin atas dasar tanggungjawab... Afi jatuh cinta dengan suaminya... tapi Rif masih dibayangi kisah silam.. dimana tunang nya mati dihadapan mata.. Rif meletakkan kesalahan itu pada dirinya...
Jimmy yang disangkan mati rupa2nya masih hidup tetepi telah hilang ingatan.... dan dia sebenarnya telah ditugaskan untuk membunuh Afi adiknya sendiri...
Yang pastinya Rif akan mempertaruhkan nyawa nya untuk memastikan keselamatan Afi terjamin...
Cinta pasti hadir... Rif sebenarnya telah lama mencintai Afi...
Jauh Kau Pergi Sebuah cerita yang sangat menarik untuk dibaca... kisah kekeluargaan, kasih sayang, pengorbanan semuanya ada... Sesuai dibaca dalam bulan kemerdekaan ini... semangat patriotik...
Tahniah Buat Dhiya Zafir dengan buah tangan yang sangat menarik...
Sejauh mana pun Kau Pergi.. aku pasti menghampiri.... Kepada semua yg belum baca.. sila lah dapatkan dan baca lah... x rugi memiliki dan membacanya...
Ternyata bukan sahaja Afi, tapi saya telah jatuh cinta dengan Haiyan Rifqi... hehhehehe.... Betapa hebatnya Haiyan Rifqi...

Sunday, August 22, 2010

Komen RINDU UNTUK DIA

Rindu Untuk Dia



SUDAH lama sebenarnya saya dapatkan novel Rindu Untuk Dia nukilan Dhiya Zafira dan sudah saya habis membacanya sebaik saja novel itu berada dalam tangan. Tetapi dek kerana tiba-tiba saja masa saya dituntut oleh perkembangan yang tidak dapat dielakkan, saya pun terlupa hendak membuat ulasan mengenai novel tersebut di blog seperti yang saya janjikan kepada Dhiya. Sorry, ya Dhiya. Akak terlupa tau.


Ulasan Ringkas Elee:

Membaca Rindu Untuk Dia membuatkan saya terpaksa memerah otak meneka kaitan setiap watak di dalam novel tersebut. Setiap kali saya meneka, saya pasti akan sakit jiwa kerana tekaan saya yang pada mulanya nampak betul, berakhir dengan jawapan yang tidak terjangkau dek akal. Bijak, Dhiya Zafira. Bijak!!! Dan Dhiya Zafira juga bagi saya telah membuat research yang mendalam tentang orang yang mengalami Retrograde Amnesia dan Post Traumatic Stress Disorder. Simptom yang Dhiya Zafira berikan terutamanya tentang pengidap PTSD sungguh benar kerana suami saya pun mengalami masalah tersebut.


Tabik spring saya berikan kepada Dhiya Zafira kerana mempersembahkan novel yang cukup mantap. Sebagai penulis, jujur saya katakan menulis sebuah naskhah seperti yang disiapkan oleh Dhiya Zafira ini bukanlah mudah. Sungguh payah. Dhiya Zafira, saya yakin, telah melengkapkan kekuatan mental dan fizikalnya sebelum memulakan penulisan novel ini kerana percayalah, tanpa kesabaran dan ketelitian Dhiya Zafira, novel ini tidak akan mampu menggenggam perhatian pembaca sehingga ke noktah terakhir. Syabas, Dhiya. Akak berharap suatu hari nanti akak akan menjadi sehebat Dhiya.


Jalan Cerita Dari Mata Elee:
Rindu Untuk Dia berkisar tentang kisah Amie Najla yang melarikan diri ke Spain seminggu sebelum majlis perkahwinannya dengan Jad Imran berlangsung. Pemergian Amie Najla membuatkan Jad Imran marah, malu, merana dan kecewa kerana Amie pergi tanpa menjelaskan sebabnya. Namun, di awal cerita penulis sudah memberikan gambaran bahawa Amie Najla telah dirogol dan rentetan peristiwa malang itulah, saya teka telah menyebabkan Amie Najla melarikan diri. Amie Najla tidak sanggup menikahi Jad Imran kerana dirinya telah ditebuk tupai.


Penulis juga telah memberikan gambaran yang jelas siapa Zahim sebenarnya. Dialah lelaki yang telah merogol Amie Najla. Tetapi, yessss... ada tetapinya, saya tertanya-tanya mengapa watak Zahim ini dikembangkan oleh penulis. Apa pentingnya perogol seperti Zahim diberikan kepentingan dalam novel ini. Sesungguhnya saya tidak dapat meneka kaitan di antara Zahim dengan Amie Najla, kecuali dalam bab rogol tadi.


Rupa-rupanya Zahim dan Amie Najla pernah bertunang dan Amie Najla yang melihat kecurangan Zahim telah memutuskan pertunangan. Dasar lelaki ego, Zahim berdendam dengan Amie Najla, terutamanya setelah dia mendapat tahu Amie Najla hendak melangsungkan pernikahan dengan Jad Imran, lelaki yang dilihatnya setia menemani Amie Najla semasa gadis itu melawat Spain 7 tahun sebelumnya. Zahim menculik Amie Najla dan merogol Amie Najla. Dan selepas dirogol, orang suruhan bapa Zahim telah mengugut akan mencederakan Amie Najla dan orang-orang yang Amie Najla sayangi jika dia tidak lari dari Malaysia. Niat pengugut adalah supaya Amie Najla tidak membuka mulut.


Ketakutan, Amie Najla lari tetapi lima tahun kemudian dia kembali ke Malaysia. Dia tidak berharap apa-apa daripada Jad, biarpun perasaan itu masih kuat. Sementelah Jad juga sudah beristeri. Kemalangan jalan raya telah menyebabkan Amie Najla hilang ingatan. Perlahan-lahan memorinya kembali dan malangnya, ia turut membangkitkan semula ingatan terhadap insiden semasa dia dirogol dulu sehingga menyebabkan Amie Najla mengalami igauan setiap kali dia tidur. Setiap malam Amie Najla akan menjerit dan menangis. Kemudian, apabila dia terjaga dari tidur, Amie Najla akan mandi untuk membasuh kotoran yang telah Zahim palitkan pada tubuhnya.


Jad dan sahabat baik Amie Najla yang bernama Hani, membantu memulihkan semula Amie Najla. Dan dengan bantuan mereka, Amie Najla memberanikan diri membawa Zahim ke muka pengadilan. Usaha mereka itu diuji apabila Suraya, isteri Jad pula menjadi mangsa culik Zahim. Dan di sini kita dikejutkan lagi dengan satu kaitan di antara watak Suraya dengan Zahim, dan apa role Suraya sehingga membuatkan Amie Najla memutuskan pertunangan dengan Zahim. Isy isy isy... memang tak ku sangka, buah cempedak jadi nangka. Nak tahu apa kaitannya, bacalah sendiri. Ha ha ha... sabor aje aku.


Untuk menyelamatkan Suraya, Amie Najla cuba menarik semula dakwaan yang dibuatnya terhadap Zahim. Amie pergi berjumpa dengan Zahim untuk melepaskan Suraya. Jad muncul dan sejurus selepas terungkai segala rahsia, pihak polis yang telah mengepung bangunan di mana Suraya disembunyikan melancarkan serangan. Of course, Zahim menemui ajal dengan cara yang amat mengerikan. Padan muka kau! Malangnya, Suraya juga turut terkorban. Dan kini, Amie dan Jad bebas untuk menyambung semula cinta mereka.

Terima kasih buat Kak ELEE MARDIANA aka OPAH DE, kerana sudi mengulas buku ketiga saya, RUD. hehehhe..walaupun RUD sudah lebih setahun dipasaran, namun saya tetap rasa terharu kerana kak Elee masih sudi membaca dan mengulasnya...TQ KAK...kepada pembaca yang masih belum berpeluang mendapatkan RUD ini, mungkin ulasan ini boleh membantu anda...

Thursday, August 19, 2010

Komen jihan ( dunia-novel)

Salam...

Pagi-pagi lagi saya sudah disapa oleh jihan aka adhan (dunia-novel), mengatakan dia selesai membuat komen mengenai JKP. Jadi, kepada jihan, terima kasih ya kerana tidak jemu-jemu membuat ulasan tentang novel-novel saya ni. Dari RBB, RUD dan kini JKP mendapat giliran. Cuma KDB sahaja yang tidak diulas kerana KDB ini telah diulas secara bersemuka apabila saya dan jihan bertemu di McD Taiping beberapa tahun lepas. Semoga masih mahu membaca hasil tulisan saya..tq sekali lagi...


Jauh Kau Pergi - Dhiya Zafira - Alaf21
` Suka cite ni…rasa dalam 4 novel DZ, aku paling suka Jauh Kau Pergi…kenapa ek? Erm..ntah la tapi aku rasa cerita ni memang best dan lain dari novel2 DZ yg 3 lagi tu…Dalam JKP, suka sangat Afi ngan Rif…walaupun masa mula Rif macam nak menjauhkan diri dari Afi tapi sikap caring Rif tu buat aku suka sangat..memang padan la diaorang tu….



` Cerita ni memang buat air mata aku mengalir la especially bila Afi tau dia dah tinggal sorang je kat dunia ni walaupun hakikatnya dia ada kaum keluarga lain. Memang sedih…boleh bayangkan macam mana perasaan dia bila orang yang kita tunggu tu tak balik, yang balik hanya jenazah. Aku juga rasa teruja dengan ikatan persahabatan derang tu…kawan-kawan abang dia sanggup nak jaga dia, tolong dia yang dalam kesusahan…memang orang kata kawan masa suka duka la bukan kawan masa suka je..memang sahabat sejati..lagi satu, kagum dengan semangat cintakan Negara yang ditunjukkan Najmi dan kawan-kawan tapi Najmi la paling best..memang berkorban untuk Negara…



` Pengajaran..
(1) Walau apa terjadi kita kena lah terima keluarga kita seadanya..jangan bila dah takde baru nak menyesal-menyesal..
(2) Jadilah kawan/sahabat di saat susah dan senang bukan hanya ketika senang je, bila susah langsung kawan/sahabat tak Nampak muka..
(3) Kalau ada perasaan baik luahkan sebelum terlambat..



` Tahniah DZ..semoga lepas ni novel awak makin mantap…tapi antara 4 novel awak saya memang suka yang ni…suka sangat-sangat…rasa lain dari novel awak yang sebelum ni..teruskan menulis.

Wednesday, August 18, 2010

NBF

Salam

Saya sedang menulis manuskrip ke 5 saya. Hmmm...bukan makna ketika ini...tetapi hampir setiap malam jugalah saya mengadap lappy saya. Kalau tak menulis sekalipun, mmg setiap malam juga saya on9..hahahaha...Perkembangan mss saya agak slow. Kalau saat saya produktif, dalam sehari saya boleh dapat 10-12 page.( Ya..saya tahu ada yang boleh dapat 30 page semalam...ini saya. bukan penulis yg lain..rate saya 10 page itu sudah cukup cemerlang..hehehehe)...tapi oleh kerana kurangnya motivasi dan disertai dengan penyakit yg mmg selalu melanda iaitu MALAS...jadi sehari saya hanya berjaya menulis 2-3 muka surat sahaja. Aduhai...kalau begini bila mahu siapnya. Dan dengan phase sebegini slow, berjayakah MOU saya bersama Lynn n Hezzy yang mahu menyiapkan sebelum atau pada 20 Oktober ini. Ya ALLAH...dua bulan sahaja lagi..tidakkkkkkkkkkk.....
Untuk meningkatkan semangat mahu menulis, saya sengaja post sedutan daripada mss saya yag belum siap itu. Bukannya apa, bila mendengar kata-kata perangsang dan semangat dr pembaca supaya mss ini disiapkan cepat, saya turut sama berasa teruja. Turut sama tidak sabat mahu menjadikan NBF ini tiba ke titik noktahnya. Panjang lagi masanya. Ya saya tahu itu.
Untuk kali ini saya gunakan tajuk NATURAL BORN FIGHTER (NBF)...hahahah...feeling2 omputih pula saya ni..hahahaa...ala saja suka suki saya nak dapatkan mood dengan tajuk yg bg saya best itu. Saya tahu, tajuk ini tak akan lepas punya..tapi hmmmmm..mana tahukan..tetiba rezeki saya pula...hahahaha...apa pun berharap dan berdoa sahajalah ya...
Novel ke lima ini, Heroinnya masih bernama pangkal A. Selepas ini saya mahu menggunakan huruf lain pula...Ya..cukuplah 5 sahaja heroinnya bermula dengan huruf A..Kali ini saya menggunakan nama Arisa Nur Adalia (Ari)...ya..itu style saya..nama asal panjang..dan panggilnya kontot sahaja. Nur Adalia itu saya cilok nama anak saudara saya yg baru berusia 2 bulan yang mana namanya iru saya yang beri..hehehehe....so..saya bukan mencilok rasanya...
Heronya pula...Ziyad Sidqi (Sid). Ya..kontot jugak. Untuk hero, saya gemar nama yang sebutannya satu suku kata sahaja. bila disebut menampakkan ketegasannya..bunyinya seperti ada 'punch' di situ...Hero saya tidak saya tetapkan huruf apa pangkalnya...jadi..saya tetap akan meneruskan nama panggilan satu suku kata sehinggalah sudah tidak ada nama yang sedap untuk saya beri lagi nanti..hahahaha...Hmmm...saya beri bukan sebarang nama ya..saya belek buku nama-nama indah dalam ISLAM lagi..hahahahah...so..ramai jugaklah yang nak booking nama hero saya untuk anak2 mereka. silakan...nama itu bukan milik saya sepenuhnya.
Bagaimana orangnya SID ini? Sudah tentu jangan samakan dia dengan hero saya yang paling popular ketika ini iaitu, RIF. Mereka sesungguhnya berbeza. Jauh panggang dari api. Dan jangan berharap juga Sid ini seperti Rif. Jangan expect SID macho ala ala komando. Kisah mereka berbeza. Pembawakan dan perwatakan mereka juga berbeza. Persekitaran mereka juga tidak sama. Jadi, jangan berharap saya akan menyamakan hero2 saya ya...
Ari pula...masalahnya tidak sama seperti Alia, Amie dan Afi. Namun percaturan hidupnya bukannya lebih mudah. Saya akan cuba memperkembangkan watak Ari ini dnegan sebaiknya...mungkin apabila pembaca bercerita mengenai SID, mereka akan ingat juga kepada ARI. InsyaALLAH...
Doakan saya ya..agar mss ini berjalan lancar...Kepala saya sebenarnya ligat mencorak perjalanan cerita namun hendak menterjemahkannya di dalam bentuk penulisa..saya masih merudum lagi...hendak mencari 'feel' yang melayang entah ke mana...

The 1st time...

"Sid? Kau nampak tak perempuan tu?" Langkah Sid mati. Dia menoleh memandang Izam yang sedang memandang gadis yang menganggu fikirannya semenjak seminggu yang lalu. Gadis itu masih dalam kedudukan yang sama. Aduhai! Tidak lenguh dan bosankah menunggu begitu? Dia tidak menjawab pertanyaan Izam itu. Dia melihat jam di tangan. Masih ada sejam sebelum kelas Prof. William bermula. Tanpa berkata sepatah pun dia membuat keputusan. Kakinya laju melangkah ke arah subjek yang diperkatakan semenjak minggu lalu dan hari ini.



" Wei Sid? Kau gila ke? Nak tegur dia ke?" Sid tetap tidak menjawab. Dia hanya mengangkat tangan melambai Izam supaya pergi dahulu. Mulut Izam melopong sesaat. Biar betul ni Sid.



********************************

Ari terpana sedikit apabila mata tertangkap kelibat seorang lelaki melabuhkan punggung di sisinya. Namun dia tidak berani memandang kerana sesungguhnya dia tidak mahu diganggu. Jangan perasan Ari. Bangku ini bukan engkau yang punya. Dan tak ada siapa pun kata, kalau kau duduk di sini, tiada orang lain yang boleh duduk sama. Ya...dia tahu itu. Cuma sebelum ini, hanya dia seorang yang berada di situ. Tak ada sesiapa pun yang berminat untuk duduk bersamanya di bangku batu itu. Jadi...dia hanya berbuat tidak peduli sahaja walaupun dia tahu insan yang baharu sahaja duduk ini, memerhatikannya.



" Tolonglah! Pergi dari sini. Jangan ganggu aku. Biarkan aku sendiri," gesanya di dalam hati. Mengharapkan agar sesiapa sahaja pun yang berniat mahu menganggu membatalkan hasrat mereka.
" Assalamualaikum!" Mata Ari terpejam sesaat apabila insan itu memberi salam. Dan sesungguhnya apa yang dimahunya tidak menjadi kenyataan. Bolehkah jika dia berpura-pura tidak mendengar salam yang diberikan? Mungkin dia boleh menyamar sebagai seorang yang pekak mungkin. Jadi, tiada lagi alasan untuk insan ini berterusan menganggunya. Ya...itu yang patut dilakukannya. Oleh sebab tidak mahu menanggung dosa, salam itu dijawabnya di dalam hati.



" Saya tahu awak dengar salam saya." Ari berpaling dan pandangan mereka bertemu. Dia berpaling semula. Kembali merenung bangunan di hadapannya. Dalam sekelip mata, dia tenggelam dalam dunianya sendiri. Insan yang masih menunggu responnya ternyata tidak dipedulikan langsung. Kalau lelaki ini bijak, tentu dia faham dengan tindakannya.



" Ari?" Sid memanggil namanya. Mata Ari terbelalak apabila mendengar lelaki ini memanggil namanya. Bagaimana dia...? Sedangkan dia sendiri seumur hidup ini tidak pernah langsung bertemu dengan lelaki ini. Jadi, bagaimana...?

" Keychain awak," jawab Sid sambil menunjuk kepada keychain yang dilekatkan pada zip beg sandangnya. Air muka Ari berubah. Patutlah. Dan dia sendiri terlupa keychain yang terukir namanya itu mudah sahaja dilihat oleh sesiapa.



" Maaf! Saya tak berniat nak ganggu pun, tapi awak ok ke?" Sid menunggu respon daripada insan yang ditanya tetapi gadis itu hanya berterusan memandangnya. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Hendak kata tidak faham apa yang dikatakan, dia sangat pasti gadis ini berbangsa melayu. Mungkin sememangnya gadis ini tidak mahu diganggu. Namun dia tidak akan mengalah begitu sahaja.



" Dari minggu lepas saya dah nampak awak duduk seorang kat sini. Betulkan kalau saya silap, tapi awak seperti menunggu seseorang. Kalau betul, saya boleh tolong carikan," ringan sahaja mulutnya bercakap. Sedangkan selama ini hendak berbual dengan orang cukup susah dirasakannya. Tetapi dengan gadis bermata sedih ini, dia tiba-tiba seperti juara pemidato terbaik dunia.

" Saya Sid. Ziyad Sidqi." Diam lagi. Dia mengambil peluang merenung gadis di sisinya ini. Matanya memerhatikan segala-galanya. Dia tahu gadis yang mungkin bernama Ari ini tidak senang akan kehadirannya di situ. Dan melalui cara dia menggenggam erat tali beg sandangnya, Sid yakin gadis ini seakan mahu terbang sahaja dari situ jika diberi peluang. Dia memerhati lagi.



" Miss Arisa? Professor Annuar Smith ready to see you now." Sid mendongak apabila tiba-tiba satu suara menganggu mereka. Dia melihat Ari tersentak setika sebelum menutup rasa gemuruhnya. Gadis itu mengangguk sedikit dan bingkas bangun. Sid hanya memerhati. Adakah gadis ini mahu bertemu Prof. Lydia Annuar Smith? Seorang rakyat Malaysia yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan bermaustatin dan mengajar di Universiti ini lebih kurang 20 tahun yang lalu? Adakah mereka bercakap tentang Lydia yang sama? Tetapi siapa lagi yang bergelar Annuar Smith kalau tidak wanita yang seorang itu. Ada apa ya? Tiba-tiba dia diserang dengan rasa penuh ingin tahu.



Ari melangkah perlahan. Perasaan tenang yang dirasakan selama ini berganti rasa. Dia menggenggam erat kedua belah jemarinya. Mahu menyembunyikan segala rasa yang berkecamuk di dalam jiwa. Lelaki yang mengiringinya itu hanya senyum menunggu langkahnya yang tiba-tiba sahaja lembap seperti siput. Tiba-tiba dia teringatkan lelaki bernama Sid itu. Kejamkah dia kerana tidak memberi respon? Kurang sopankah dia kerana berlalu begitu sahaja? Perlahan Ari berpaling. Lelaki itu masih duduk di kerusi itu. Memerhatikannya dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Dia mengangguk sedikit. Terima kasih. Ucapnya tanpa mengeluarkan suara. Lelaki bernama Sid itu mengangguk senang. Entah mengapa jiwa Ari berkocak sedikit melihat cahaya pada wajah itu.

My New Hero - Mr.S

Hospital Kuala Lumpur




" Jangan degil, Sid! Kaki kau tak baik lagi. Kau nak tengok sampai kaki kau kena potong, baru kau nak dengar cakap aku?" tegur Fauzan apabila melihat teman sejawatnya beria-ia benar mengemas pakaiannya ke dalam beg sedangkan kakinya masih lagi belum sembuh. Doktor juga belum mengizinkan dia keluar dari wad. Jadi atas alasan apa lelaki yang bernama Ziyad Sidqi itu menjadi begitu degil?



Sid mengeluh perlahan. Pergerakan yang begitu pantas, menjadi semakin perlahan dan langsung terhenti. Dia melabuhkan tubuh tingginya ke atas katil. Bagaimana hendak diterangkan kepada Fauzan bahawa dia tidak boleh tinggal di hospital lama-lama? Dia tidak mampu. Dalam banyak-banyak tempat, dia cukup tidak tahan dengan hospital. Hospital meresahkannya.



" Kaki aku ni rehat sehari dua dah ok. Kau jangan risau...aku tak apa-apa," terangnya cuba menyedapkan hati teman.



" Sid, kaki kau tu bukannya terseliuh. Bukannya terkehel. Kena tembak tahu tak? Doktor dah cakap, rehatkan kaki kau...tapi macam biasa..kau memang degil. Kalau kau ni adik aku..memang aku ikat kat katil ni," leter Fauzan sambil bercekak pinggang. Sid hanya ketawa. Dia tidak pernah mengambil hati akan kata-kata Fauzan yang kadangkala lebih pedas dari cili. Dia sudah lama mengenali Fauzan. Semenjak mereka sama-sama memasuki Akademi Polis sepuluh tahun yang lalu.

Sedang dia ketawa itu, pintu biliknya dibuka lagi luar. Tawanya terhenti apabila matanya menjamah wajah milik Tuan Bakri, ketua mereka. Sid memperkemaskan kedudukannya. Kaki yang masih cedera perlahan diletakkan ke lantai. Dalam hati dia melihat rapat ke wajah ketuanya. Ada sesuatu pada wajah itu. Ada berita yang hendak disampaikannya.



" Seorang lagi mangsa ditemui!" tanpa berdolak-dalik, Tuan Bakri memberitahu. Tubuh Sid dan Fauzan semakin tegak. Wajahnya keduanya menjadi serius. Apa yang dibicarakan sebentar tadi semakin jauh dari fikiran. Ternyata berita yang satu ini lebih menarik perhatian mereka.




************************************

" Tak masuk dulu, Jan?" laungnya apabila melihat Fauzan hanya menunggu di dalam kereta. Dari jauh dia melihat Fauzan menggeleng dan menunjukkan jam di pergelangan tangannya. Sid mengangkat tangan tanda memahami signal tersebut. Dengan sedikit gopoh dia menyarung stoking pada kaki. Dia mengerang perlahan dan mencuba sekali lagi. Namun, tiba-tiba stokingnya dirampas. Sid mengangkat wajah dan menjeling pada adiknya.



" Ni, orang tolong sekali je. Lepas ni jangan harap orang nak tolong lagi," terang Zarin sambil membongkok menyarungkan stoking pada kaki abangnya.



" Eh..eh, nak tolong orang, tapi nak marah-marah...period ke apa? Sawan pagi-pagi buta ni?" tempelaknya sambil menyuakan kaki ke muka Zarin. Zarin mengelak dan jatuh terduduk. Sid hanya ketawa melihat wajah adiknya yang berkerut. Padan muka. Buat kerja tak ikhlas, ALLAH balas sekelip mata.



" Bang chik ni pengotor tau. Ada ke kaki sua kat muka orang," bising Zarin sambil membuat muka konon-kononnya loya mencium kaki abangnya. Sid yang sedar Fauzan sudah tidak sabar menanti hanya ketawa. Auta saja lebih adik bongsunya ini. Dalam rumah ini, tak ada orang yang lebih pembersih lebih daripada dia.



" Cepatlah! Abang Jan dah tunggu tu," gesanya apabila melihat Zarin masih lagi berlengah-lengah. Muncung Zarin semakin panjang. Ala...kalau sebab dia, abang Fauzan tak akan marah punya. Abang Fauzan pasti sanggup menanti berapa lama pun. Zarin menahan senyum dalam hati. Mati dia kalau abangnya tahu bahawa dia selalu bermain mata dengan teman sekerja abangnya itu.

Apabila Sid bangun dan mula melangkah, tiba-tiba dia mendengar Zarin mula menyanyi. Mulanya perlahan namun makin lama semakin kuat sehingga langkahnya terhenti dan dia berpaling ke belakang. Zarin berhenti menyanyi serta-merta. Tangannya pantas menutup mulut yang berbunyi sebentar tadi. Dan dengan selamba dia membelek-belek bunga orkid kesayangan ibu mereka seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sid tidak berkata apa-apa. Dia hanya memandang Zarin penuh makna.



" Sid! Cepatlah wei..." dari dalam kereta Fauzan sudah menjerit. Sid mengangkat tangan dan mula melangkah semula. Apabila dia melabuhkan punggung ke dalam kereta, suara Zarin kedengaran lagi. Sid hanya ketawa apabila mendengar lagu SI CAPIK itu. Memang nak kena Zarin ni...tunggulah kaki aku dah baik nanti...bisiknya perlahan.



" Zarin tu kenapa?" soal Fauzan setelah mengerakkan keretanya. Sid hanya menggeleng. Tawanya masih belum berakhir.
" Entah! Biasalah dia. Hujung-hujung bulan ni sawan dia datang," balasnya selamba.

Monday, August 16, 2010

Bookmark JKP


Salam....

Rasanya semua sudah maklum bahawa Alaf 21 tidak lagi memberikan bookmark untuk setiap novelnya. Malah RINDU BELUM BERHENTI merupakan novel terakhir ALAF 21 yang mempunyai bookmark. Sungguhpun begitu, Alaf 21 juga sudah membuat e-bookmarknya sendiri, di mana anda semua boleh print mana-mana bookmark yang anda mahukan.
Ya...Kalau saya sebagai pembaca, saya memang tak rajin nak print bookmark sendiri...apatahlagi nak membazirkan ink semata-mata mahukan bookmark tersebut. Jadi, sebagai alternatif..mana-mana kad esp kad top up ke..kertas ke...bolehlah digunakan sebagai penganti. hendak melipat buku, rasa sayang pula kan...
Jadi...untuk pembaca JKP...anda tak payah susah-susah. Saya akan sediakan bookmark JKP sendiri. Tak perlu risau...kertas glossy dan ink warna yang perlu disediakan kerana saya yang akan printkan untuk anda..hahah..apamacam...?
Mahukan bookmark tersebut? Silakah order JKP melalui saya. Malah novel saya RUD juga mempunyai bookmarknya sendiri. Jadi...tunggu apa lagi..jomlah order JKP...

Paper lagi??

Salam...

Ya...ya...saya tahu...dah agak lambat nak post benda alah ni....tapi oleh kerana ini blog saya, jadi suka suki hati sayalah nak post bila kan? haahahahhaha.....

Wah! masa benda alah ni keluar, berpusu-pusulah kawan2 yang cam muka saya ni text cakap muka saya kuar paper. Hehehe...rasa glamer kejap tapi bila tgk gambar kat bawah tu..huwaaaa...gambar lama...

Actually gambar itu gambar yang saya ambil untuk digunakan dalam berita akhbar yang keluar semasa novel saya RINDU UNTUK DIA direview pada 12 Feb awal tahun ini. Ayark...sudah 6 bulan. hmmm..alangkah baiknya kalau saat saya memegang RUD itu digantikan dengan novel terbaru saya JAUH KAU PERGI. Walaupun kisah yang tertera pada berita kali ini tiada kaitan langsung dengan novel, sekurang-kurangnya..saya dapat mempromosikan JKP ini kepada semua pembaca akhbar BERITA HARIAN.

sebenarnya, kisah 'Tiada pantun dan syair' ini merupakan kisah / kenangan yang tidak dapat saya lupakan dibulan ramdhan/syawal. N3 ini pernah saya tulis beberapa tahun lepas tak silap saya...jadi..untuk siaran akhbar, bahasan dan ayatnya tentulah perlu diedit dengan lebih cantik dan kemas. Maklumlah, menulis di dalam blog ini, kadang kala kesalahan bahasa n typo dipandang sebelah masa saja..hahahaha...oklah..itu saja saya nak cerita...hmmm...kepada wartawan BH ruangan SASTERA itu, hmmmm..ada harapan tak JKP akan direview nanti? (^_^)

Sunday, August 15, 2010

another comment...spoiler alert

Saya jumpa review ini semasa mengoogle nama sendiri ( mmg takde keja saya ni)..tup2 jumpa blog beliau. Thank u Hmy_bcuk kerana sudi membaca JKP..n thank u juga sukakan JKP..(^_^)

Baru lepas menghabiskan novel nie... Novel ke-4 karya DZ..aku tak pernah baca novel2 beliau sebelum ni, tp slps survey kat internet novel2 beliau boleh tahan gak..

Kalau sapa2 yg meminati genre romance-triller leh ler beli novel ni..


Selepas membaca aku boleh kasi 4 bintang arr sbb jalan cerita nyer lain dr yg slalu aku baca.


Jauh Kau Pergi (JKP) mengisahkan kisah cinta antara Afi-Rif..(nama depa sedap2 belaka,malas aku nk tulis pjg2)..


Rif: Kapten Haiyan Rifqi seorang anak yatim piatu( sebatang kara) seorang komando ATM merupakan sahabat baik pada Afi,Jimmy,Eddie,Lukman dan Helmi..kenal semenjak berumur 9tahun.. Tapi disebabkan satu insiden yg menyebabkan kematian tunangnya Nadia menyebabkan Rif menyepikan diri dari Afi.Seorang yg sensitive, tegas, bertanggungjawab dan amanah..


Afi: Afiqah Najwa seorang pustakawan adik kepada Kapten Najmi Hariri (jimmy),seorang wanita yg baik,cantik dan kematian kedua2 ibubapanya dan abgnya menyebabkan dia sedih sgt..sensitive,caring,loving person..pernah ada hati pada Rif watu sekolah dulu..


Starting citer ni dah wat aku meleleh-leleh...gheezzzzzzz..,tp biler dah start aku tak leh stop..aku baca start kul 12mn dan sampai time nak Imsak pun aku still pegang novel ni..hehehe tp lps tu kene stop la kejap, pastu ptg td sambung balik sampai abis


Disebabkan kematian Jimmy (abg kembar Afi), mengakibatkan Afi diancam bahaya..Rif dan 3 sahabatnya berusaha melindungi Afi..rupa2nya melindungi Afi merupakan tugasan Rif, dan disebabkan mereka bukan mahram maka Rif mengambil keputusan menikahi Afi..Kelihatan mereka mcm confius dgn perkahwinan mereka sbb tiada cinta antara mereka masa tu,lebih kepada terpaksa dan tanggungjawab..Insiden2 berlaku dimana org2 Tengku Azhar sentiasa memburu Afi tanpa Afi tahu sebabnya..Muncul Cougar utk membunuh Afi tp Cougar taksanggup melakukannya stlh memandang wajah polos Afi..Rupa2nya Cougar adalah Jimmy (yg tlh di brainwash dan diberi memori baru)..Rif yg telah mensyaki dr awal Cougar adalah Jimmy menjejak Cougar dan Cougar mendapatkan rawatan hipnosis semula utk pulihkan memorinya..


Klimaks citer ni dimana Rif dan Afi berpisah buat sementara kerana memberi peluang pd Rif utk memikirkan perasaan cintanya pada Afi kerana Rif masih tidak dapat membuang ingatannya pd Nadia..setelah Rif benar2 pasti dgn perasaannya Rif kembali pada Afi malangnya Afi telah dilarikan oleh Tengku Azhar dan konco2nya..Nasib baik Rif nampak dan mereka berdua menjadi tahanan Tengku Azhar..Disaat2 menjadi tahanan Tengku Azhar Rif meluahkan persaannya pada Afi, dan rupa2nya Afi sedang mengandungkan anaknya..


Pergelutan berlaku diatas kapal itu antara pihak penjenayah dan pasukan komando menyebabkan Afi terjatuh ke dalam laut dan lemas dan Rif cedera ditembak.Surenya pihak komando menang dlm game nih..tp Afi keguguran..


Endingnyer sure yg baik2 belaka, Afi dan Rif hidup bahagia dan pregnant lagi..Scene kelam-kabut sahabat2 baik mereka semasa Afi mahu melahirkan lucu sekali terutamanya si Helmi yg pitam di hospital sedangkan dia doktor tentera..hehehehehe.. (dia bayangkan kalau tunang dia yg nak bersalin nanti tu yg dia panik!.) dan akhirnya Rif dan Afi dpat twin baby girl!


*novel ni ditulis dgn cantik sekali, ttg kisah hidup seorang tentera komando, byk term2 askar yg digunakan dan aksi2 lasak diceritakan dgn baik..bagaimana jimmy yg bertugas sbg deep undercover utk mendapatkan maklumat pada pengkhianat negara.Nak detail baca sendiri la..


ni pun sbb aku boring sbb tader mende nk buat tu yg aku tulis bebanyak!..Cuma aku takleh terima nape Rif terlalu ikutkan perasaan bersalahnya pada kematian Nadia..Dia lelaki,komando lak tu, dia kena la kuat!! sentimental sgt..Kalau aku la dah berperang dah, tk kuasa nk bertahan ngan mamat sengal yg payah nk lupakan kisah lama..sbb tu aku brutal!


-try nk cari novel DZ yg terdahulu lak,..kalau sempat daa


ni pulak aku jumpa dalam facebook PENA WARISAN ENTERPRISE...

WAH... cite ni aku bace mmg x bley benti ah... bkn ape...ssh la nk dpt cari novel yg kaw2 best nowadays...slalu dpt yg xcapai tahap ku jek...hehe



dhiya zafira ni mmg ske buat pembace tertanye2 la... dy buat cite tergantung, pastu dy explen after that... mmg byk ah dy buat cmtu....cite ni stok2 cite love+thriller ah... mmg seswai utk zmn skrg pnye taste...

cite ni mengenai spsg anak yatim piatu kembar lelaki n perempuan name najmi n afi... najmi ni askar n jadi perisik utk angkatan tentera malaysia yg nk siasat kes cubaan menggulingkan sistem beraja 1 negeri ni... tapi kantoi... passtu dy di seksa dgn kejam smpai dy hilang ingatan supaya ape yg dy spy slame ni dy lupe...n pastu dy di set kan utk bunuh adik dy sndiri (afi) sbb afi ade sikit maklumat mengenai kes tu...


utk menyelamatkan afi, besfren si najmi ni (komando jugak) name rif, ditugaskan utk mengawal afi 24 jam... mmg byk kali la cubaan nk bunuh afi ni... kesian pon ade gak... dah le sebatang kare... pastu kne guard 24 jam...ade org nk bunuh lagi...huhu... tmbh parah lagi sbb jiran2 dok kol jabatan pencegah maksiat sbb si rif ni slalu msk umah dy....


so, nk sng... derang pon terpakse kawen....n biase la... cite2 org kawen ni mmg best pon utk dibace... hahaha.... tros trang... puas hati beb bace cite ni... tmbh2 la dgn imaginasi aku ni yg kuat... dok terbayang2 time rif dgn gaya komandonye utk selesaikan misi menyelamatkan afi dlm ms 2 minit, bwk afi terjun apartment 10 tingkat dgn care rappelling mlm2 bute....fuh.. mcm mission impossible pon ade..... n ayat yg paling xbley blah dr rif bile si afi ni melawan2..


"Afi, kalau tgn ko bgrk skali lagi, kau kna ngn aku. ade 2 pilihan skrg ni. sama ada ko pakai body harnes ni dan turun dgn aku atau aku campak ko ke bwh. Mana 1 ko nak?"

gelak guling2 aku bile afi kne terjun dlm keadaan pakai seluar tido gmbr Popeye byk2 ...hahaha....

so, aku bagi cite ni 4.5 out of 5 star lah!!!! haha

Saturday, August 14, 2010

scene fav saya

PERgghhh....panjangnya. Inilah scene Favourite saja semasa menulis kesemua buku2 saya. Sebenarnya banyak lagi yg saya suka..tapi nanti berjela pula. Saya ambil dari setiap buku. Hmmmm....masihkah anda ingat semua dimana scene ini berlangsung? heheheh..dan scene mana yang menjadi fav anda? jom..kita share sama-sama....(^_^)






1. KUDAMBA BAHAGIA ; m/s 363-366



" Lia nampak siapa?" Ulang Taufik bersama getaran di dada. Bilakah masanya Alia terserempak dengan dia bersama Erin? Selama 7 tahun ini hanya 2 kali sahaja dia bertemu Erin. Selain dari perjumpaan mereka di Berjaya Holdings beberapa hari lalu, dia pernah berjumpa Erin di...Ya ALLAH!




" Lia datang?" Taufik menyoal perlahan.
" Entahlah. Lia kecewa sebenarnya melihat abang masih mampu bergelak tawa. Lia bukan tak mahu abang bahagia...bukan. Lia sentiasa doakan abang tapi bila lihat abang bersama Erin waktu tu, Lia rasa abang telah lupakan Lia. Lia rasa abang benar-benar bencikan Lia. Memang tak patut Lia buat macam tu, tapi...Lia tak ada alasan sebab apa Lia buat begitu."
" Patutlah selama ini..." Bisik Taufik tanpa menghabiskan ayatnya.
Alia bungkam melihat setitis air mata membasahi pipi Taufik. Lama dia di situ. Entah mengapa hatinya semakin rawan.






2. RINDU BELUM BERHENTI ms 380 & 442



" Mungkin awak dah lupa, tapi peristiwa dulu masih segar dalam ingatan saya. Seumur hidup saya, saya tak sangka akan jatuh cinta pada awak. Pada orang macam awak, tapi saya tewas dengan perasaan saya sendiri.
Kita berjumpa sekejap saja. Awak porak perandakan hidup saya tapi saya pilih awak. Saya pilih awak pada saat awak sanggup pertarungkan nyawa awak untuk selamatkan saya. Awak sanggup terima peluru itu untuk saya.
Saya pilih awak sebab saya rasa tiada lelaki lain yang buat saya rasa selamat seperti awak. Saya pilih awak sebab awak berjanji akan menjaga saya selama-lamanya. Saya pilih awak walaupun seluruh keluarga menentang saya. Tak seperti awak Izz, saya masih ingat janji-janji itu." Adni menghela nafas seketika. Rasanya inilah ucapan paling panjang yang pernah dituturkannya. Namun dia masih belum habis. Izz harus mendengar semuanya.
" Saya tak tahu kenapa awak ambil tindakan ini. Saya tak tahu kenapa awak berubah fikiran. Mungkin ada sesuatu...tapi saya takkan tahu kalau awak masih nak rahsiakannya.
Tapi Izz, kalau awak nak keluarkan saya dari sini, mungkin awak terpaksa gunakan peluru yang pernah awak selamatkan untuk saya. Sama ada awak suka atau tak, awak terpaksa terima. Awak dah buat keputusan dan sekarang awak dengar keputusan saya pulak.
Saya bersumpah tak akan keluar dari tempat ini selagi saya tak dapat buat awak tarik balik keputusan tu. Faham?





" Maafkan saya." Bisiknya berkali-kali. Adni berpaling semula.
" Maaf...semudah itukah? Saya tak mahu dengar perkataan maaf dari mulut awak Izz. Tahu tak apa yang sangat saya harapkan? Saya harap saya tidak pernah mencintai awak. Saya menyesal kerana awaklah cinta pertama saya. Saya harap awak tak pernah kata yang awak mencintai saya.
Kalau boleh masa berputar semula, saya tak mahu bertemu awak. Untuk apa saya melalui semua ini? Untuk dilukai sekali lagi? Jangan ucap kata maaf lagi. Tolonglah. Maaf bila kita terlanggar seseorang bila berjalan. Maaf bila kita terlupa sampai tepat pada masanya. Maaf bukan alasan bila awak nak putuskan hubungan dengan seseorang. Dan maaf bukan alasan untuk awak lukakan hati saya.
Saya tak akan maafkan awak Izz. Saya tak akan lepaskan awak begitu mudah. Saya takkan kata saya faham keadaan awak sekarang. Awak tahu tak apa yang saya rasa sekarang? Say...saya rasa teruk sangat. Saya rasa macam nyawa saya nak tercabut dari badan. Saya rasa nak mati. Jerit Adni tertahan-tahan dengan suara yang diselang seli dengan esak tangis. Jiwanya benar-benar dipagut rasa sayu.
"...Bukan sebab saya akan kehilangan awak tapi jika sayalah berada di tempat awak sekarang, saya tak akan putus asa macam ni. Saya tak akan putus harap semudah ini. Dan...sekarang, saya benar-benar tahu mana kedudukan saya selama ini."
"Izz, kita tak boleh mengubah masa lepas. Tapi kita boleh musnahkan diri kita pada saat ini kalau terlalu fikirkan masa depan. Betulkan kalau saya silap, tapi manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, Izz. Kenapa pula memilih untuk merangkak sepanjang hayat?"





RINDU UNTUK DIA ms 254-255 & 305



Amie." dia memanggil lembut. Entah apa yang dimenung Amie dengan reaksi sebegitu. Amie menoleh dan pandangan mereka bertaup rapat.
" Saya bukan hanya kehilangan cinta. saya hilang sesuatu yang lebih bermakna. Lebih penting dari segala-galanya. I loss you. Somehow...someway I lost you that night too. I loss more than I can ever think about. And my life have never been the same." Amie terpaku mendengar pengakuan Jad itu.




" Jad bahagia?" soalnya tidak dapat menahan perasaan. Dia ingin tahu adakah lelaki yang dikasihinya ini bahagia bersama wanita lain. Dia perlu tahu. Jad pantas menggeleng. Wajahnya yang sememangnya muram bertambah keruh. Kenapa Amie masih terus mahu bercakap perkara-perkara yang melukakan? Kenapa masih mahu mengungkit kisah yang hanya akan membuatkan mereka semakin menderita.
" Jad bahagia dengan Suraya?" Amie bertanya sekali lagi.
" Don't do this to yourself Amie. Don't do this to us." rayu Jad bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu terus menambah luka. Dia tahu apa maksud sebenar pertanyaan Amie itu namun dia tidak mampu menjawabnya. Dia tidak sanggup memberikan jawapan. Amie sudah tidak bersuara lagi. Diam Jad seribu bahasa. Diam Jad membawa sejuta makna. Buat kesekian kali, air matanya laju mengalir.





JAUH KAU PERGI



Maafkan abang!" Afi menggeleng. Untuk apa Rif mahu meminta maaf? Rif tidak bersalah apa-apa padanya. Dalam hal ini, hanya dia seorang sahaja yang boleh dipersalahkan. Sudah tahu Rif mencintai wanita lain, namun masih juga dia menyimpan perasaan.
" Abang tak salah apa-apa. Jangan salahkan diri sendiri. Abang pun tak minta perkara ni berlaku. Mungkin kita sangka tindakan kita dulu adalah yang terbaik tapi...abang jangan risau. Afi tak akan salahkan abang. Afi sayangkan abang, jadi sebab itulah Afi terpaksa lepaskan abang. Bukan niat Afi nak terus menyiksa hati abang. Afi tahu abang menderita terpaksa....,"
" Afi...abang tak pernah rasa derita bersama Afi," luahnya telus. Bibir Afi dilihat bergetar mendengar kata-katanya. Adakah itu bermakna, Afi akan mengubah keputusannya?
" Jangan halang Afi bang. Benarkan Afi pergi. Afi cuba berikan jalan keluar untuk abang. Jangan kusutkan lagi keadaan kita. Lepaskan Afi sebelum luka kita lebih parah lagi."
" Abang tak boleh. Abang tak boleh lepaskan Afi. Abang tak sanggup lepaskan Afi," bisiknya perlahan. Penuh lara. Afi yang mendengar terasa dunianya yang malap kembali bercahaya. Pengakuan Rif itu ternyata memberinya satu harapan baru. Mungkin Rif juga mencintainya? Benarkah begitu? Cakaplah abang. Sebutlah ayat keramat itu. Katakanlah, dan Afi akan terus kekal di sini. Rayunya perlahan menghantar mesej melalui fikiran kepada Rif.




" Abang akan pulang. Afi sanggup tunggu abang?" Afi mengeluh sekali lagi. Dia menjeling ke arah bilik itu semula. Jawapan Afi tetap sama. Afi masih di sini. Afi masih menunggu abang...cuma abang yang masih belum mahu pulang.




Afi merenung wajah suaminya. Senyumannya penuh hiba. Mengucapkan selamat tinggal dalam diam. Cuba memberitahu bahawa dia tidak menyalahkan Rif dengan apa yang berlaku. Ya ALLAH! Andainya aku tiada...pulihkan semangatnya Ya ALLAH...Jangan biarkan dia menderita seperti mana dia menderita dahulu. Ya ALLAH...Permudahkan semua ini untuk suamiku. Andai ini suratan, jangan bebani dia dengan rasa bersalah. Jangan biarkan dia terhukum dengan keadaan yang sama. Bantulah dia YA ALLAH. Doanya tidak putus-putus di dalam hati. Pandangan mereka masih bersatu. Afi sayangkan abang..selama-lamanya," bisik Afi ketika pipinya dibasahi air.
Rif melihat semuanya. Dia membaca mesej yang cukup jelas melalui mata Afi. Ya ALLAH...jangan biar dia pergi. Selamatkan dia. Aku tidak sanggup kehilangannya. Dia melihat Tengku Azhar mengangkat pistolnya. Menarik picu perlahan-lahan dan Rif tahu dia harus bertindak sekarang. Dia sudah memberikan isyaratnya. Sekarang ini terserah kepada Najmi untuk menyelamatkan mereka

Thursday, August 12, 2010

Beli Online Karya DZ

Salam...

Oleh kerana ramai yang mengatakan kesukaran mahu mendapatkan novel-novel lama saya, spt KDB, RBB n RUD ( macamlah lama sangat ya)..hahaha, jadi dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kedai online DZ dibuka sekarang..hehehe...dah buka lama dah...cuma mungkin ada yang tidak perasan. Jadi kepada sesiapa yang ingin mendapatkan novel-novel saya ini, sila berbuat demikian dengan kadar segera. Penghantaran akan terus dibuat sekiranya wang sudah dibank in kan ke dalam akaun saya. Keutamaan, akan diberikan kepada pembaca yang membayar terlebih dahulu...


Oleh kerana tarif pos sudah nak mencanak-canak sekarang ini, jadi saya nasihatkan kepada pembeli yang mahu membeli sebuah buku sahaja, agar anda mengunakan khidmat pos laju. Iaitu penambahan RM5 akan dikenakan.

Bagi pembelian 2 buah buku, caj penghantaran adalah sebanyak RM8 untuk pos laju dan RM 6 bagi pos daftar.

Untuk pembelian 3 buah buku ke atas, kos penghantaran adalah percuma.


Untuk Sabah dan Sarawak

Sila ;

Tambah RM 3 untuk setiap buku.
Kos Penghantaran 1 buah buku adalah RM 5.60 ( POS LAJU)
Kos Penghantaran bagi 2 buah buku adalah RM 6 ( POS DAFTAR)
Kos Penghantaran   3 - 4 buah buku adalah sebanyak RM8.( POS DAFTAR)

Sila bank in pada akaun Maybank saya = 158305210032 ( Mardhiyah Mohd Nor)

Sila emelkan butiran pembayaran, nama, emel, alamat, no. telefon ke dhiya_zafira@yahoo.com

Wednesday, August 11, 2010

KOMEN DR NOWWA...

Salam,
Ini pula komen yang saya terima dari rakan sekolah masa saya form 3.....komen asal boleh anda lihat pada blog beliau nowwa . tulisan italic tu..komen saya ya...so...nowwa yang juga tokey nowwachoc ini...terima kasih banyak2 atas komen yang diberikan....


Saya telah berjanji dengan penulis untuk menulis review tentang buku terbaru beliau.Saya bukan penulis hebat,atau sesiapa.Tetapi atas dasar kawan sekolah lama,saya dipanggil secara paksa rela,untuk menulis review tentang buku terbaru beliau.Hasil tulisan beliau yang ke-4.Ko jangan marah aku Mar! ( Tak..aku tak marah de..hehehhe)

Saya pernah membaca buku-buku beliau yang terdahulu malah memilikinya.Ini tanda sokongan saya terhadap seorang sahabat walaupun pada dasarnya,dia bukan rapat dengan saya.Tapi buat yang mengenali saya yang main lunggah atau terjah sahaja dalam bab berkawan,kira Mar ni pernah juga di tegur oleh saya sewaktu kami sama sekolah.Hihih...kalau aku tulis kat sini aku panggil ko Tok Batin agak-agak ko marah tak Mar? ( Tak apa..aku pasrah aje dgn gelaran masa sekolah dulu)

JKP

Jangan Kau Pergi kalau hendak dibandingkan dengan karya beliau yang terdahulu,saya terpaksa meletakkan JKP paling dekat di hati saya.Almaklum,saya ni bini askar.Ala-ala bila sebut je banyak terms askar yang digunakan dalam novel tu rasa macam dah masuk dalam citer tu. (^_^)

Ok kita nak mula dari mana?

Kita jangan harapkan sebuah naskhah ala-ala Habiburahman El-Shirazy dalam penulisan Mar atau mana-mana penulis Malaysia.Jangan samakan dengan Danielle Steel,Nora Roberts,John Grisham atau sapa-sapa lagi yang korang suka. (Ya...aku mmg tak boleh jadi depa..n depa pun takleh jadi aku..hahahahahaha...aku berkarya ikut kemampuan...aku pon tak harap tulisan aku memenangi hadiah Sastera atau anugerah prestij yg lain...aku menulis sebab aku minat...dan mahu berkongsi minat dengan pembaca yg suka dengan hasil karya aku..hehehe)


Bagi saya,karya kita cara kita.

Bagi Mar atau dikenali sebagai Dhiya Zhafira,menulis mungkin memberi kepuasan bagi diri beliau terutama bila kita fokuskan terhadap penekanan tentang romantic thriller yang menjadi signature beliau.

Tapi bagi saya karya beliau yang terdahulu,agak kurang rasa,plain,seolah hilang arah tetiba baca dah habis?Eh..ini aja? ( Aduh...tersentap..hahahahha...it's ok...sebagai pembaca, aku terima segala komen yang diberikan..insyaALLAH...akan cuba perbaiki di masa akan datang...)


Tapi JKP ada kelainannya
JKP ada jiwa tersendiri[sementelah anak bekas askar macam Dhiya,ditambah tugasnya sebagai Pustakawan]saya rasa kali ini Dhiya berjaya mengadaptasi pengalaman & imaginasi beliau sendiri.Ditambah dengan momen-momen "sweet" antara Rif & Afi,yang begitu terasa pengaruh citer siti Korea nya,saya rasa Mar sendiri hanyut dalam penulisan beliau kali ini. ( ada unsur citer korea ek..part mana? hahahahha...almaklumlah aku kan minat citer2 tu..hehehhehe)

Hero atau watak?

Jangan tanya saya sesungguhnya Rif tetap menang di hati saya sebab dia abang askar okeh.Sebelum ini watak-watak hero ciptaan Dhiya agak keliru dengan perwatakan sendiri,agak kurang "jiwanya",tapi bagi saya watak Rif berjaya dihidupkan dengan jayanya.Dhiya sudah matang dalam menjiwai watak hero ciptaan beliau.

[Anak askar kalau bayang abang askar...mestilah lain sikitkan?Hari-hari dok tengok dalam kem dulu..hahahaha] - (Mat terap dihatiku..hikhihkihk)

Afi,bagi saya wajar wataknya dikembangkan sedikit kerana Dhiya selalu menumpukan pengembangan watak terhadap hero sahaja.Haih taulah ramai pembaca perempuan,yang gila bayang dengan Rif,tapi watak Afi sepatutnya patut lebih digambarkan secara mendalam.Lebih jiwanya...
( Ya..terima kasih atas teguran ini...aku pun mmg perasan aku melakukan benda ni..ahahhha....mungkin sebab aku ni perempuan, so..almaklumlah..perempuan mesti dengan lelaki....dengan perempuan ni mcm rasa elergik sket..hahahah....so...lepas ni...InsyaALLAH..penambahbaikan akan berlaku...hahaha)


Secara peribadi,buat pertama kali saya rasa suka dengan karya Dhiya.Sebab sebelumnysaya belum rasa jiwa dalam penulisan beliau.Kali ini Dhiya sudah matang dan tahu apa yang diingini oleh pembaca.

Untuk yang tidak pernah membaca,atau dulu baca karya penulis tempatan,kemudian sekarang baru nak berjinak kembali,anda perlu tahu, kalau kita baca buku masa umur kita 17 tahun manakan sama bila kita mula membaca semula apabila umur kita umur 32tahun,42 tahun atau seterusnya.

Ini kerana pengalaman hidup kita mungkin lebih hebat dari imaginasi penulis.

Izinkan mereka berkarya.Masih ada lagi yang mengharapkan naskhah bacaan ringan,atau masih ramai yang ingin lari dari kemelut masalah sendiri & turut hanyut di dalam imaginasi penulis.Jadi karya sebegini masih diperlukan. (ya...tapi aku nak membela karya sendiri jugak kat sini. hehehe.. atleast karya aku ni takdela seringan karya tangkap leleh yg ada kt pasaran skrang ni...hahahha)

Maka kalau kita suka,kita terus membeli karya tempatan.Kalau tak suka,takpe takde siapa yang paksa.



Ok Dhiya ini pendapat ikhlas aku.Kau pun tau aku very selective terhadap hasil karya tempatan sekarang.Malah aku ada senarai pendek penulis yang masih aku baca karyanya.Aku harap di masa hadapan kau turut masuk dalam list aku tu yea!!! ( teruskan masukkan nama aku dlm senarai ko...tak baca pon..asal beli sudah..hhahaha..boleh gitu?)


Ehm..ni bini askar nak komen sikit ni..ada typo..CO [pegawai memerintah Lt Kol]yea bukan OC[pegawai pemerintah -level Kapt/Mejar je ni]..ada sedikit kesalahan sewaktu di muka awal tu.Nanti pesan kalau di ulang cetak betulkan yea....

(Ya..aku ambil maklum perkara ni...kesilapan di permulaan awal...mmg dah perasan....aduhai..abang2 tentera jgn marah saya ye...pejamkan mata hingga pembetulan dibuat utk next cetakan...hmmmmm...kalau direprintlah ya....)
Sekian ( terima kasih)


OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...