Monday, May 31, 2010

Kegilaan baru






Salam...

Saya sedang gila membaca series ini. Kini, saya sedang chapter pertama Eclipse. Saya memang marathon habis membaca novel-novel ini. Ya..saya tahu...agak terlambat untuk saya tiba-tiba gilerkan si vampire Edward Cullen itu sedangkan pembaca lain sudah lama gilakan dia sebelum ini. Sudah ramai yang mengatakan pada saya bahawa novel2 di atas ini begitu best, cuma mungkin saya tidak terpengaruh dengan pendapat mereka. Biasalah...selalunya hanya diri saya yang boleh mempengaruhi saya untuk menyukai sesuatu. Lalu terdetiknya hati saya ingin membaca Twilight bermula apabila saya berada di rumah Ika, minggu lepas. ( Masa saya ke Kl).
Saya memang teruja melihat koleksi-koleksi novel si Ika dan keempat-empat series ini turut berada di atas rak..Cantik saja tersusun. Saya katakan pada Ika, saya nak pinjam twilight...walaupun pada mulanya saya mahu meminjam keseluruhan series tetapi memandangnya ketebalan dan mungkin saya tidak mampu menghabiskan novel itu dalam keadaan segera, saya hanya meminjam satu terlebih dahulu.
Kelmarin saya membaca Twilight..Wah! saya terkelip-kelip kejap memandang covernya berkali-kali. Saya sudah menonton filem ini tetapi apa yang boleh saya katakan..novelnya jauh lebih hebat dari filem yang telah dihasilkan. Saya memang sudah jatuh tangga sama itu Edward Cullen and the rest of Cullen family.
Sebaik sahaja tamat twilight, saya ke popular book store mencari New Moon. Saya mahu membeli kesemua koleksi tetapi kononnya saya mahu berjimat..Beli hanya bila saya ada masa untuk membaca. Tidak perlu membayar beratus ringgit kalau tidak tahu bila masanya saya boleh khatam New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn. Semalam...bermula 5 petang..saya berterusan membaca dan khatam New Moon pada jam 12.30 malam. Saya membaca memang tidak berhenti. Saya memang tidak mampu berhenti kecuali untuk bersolat sahaja.
Sebentar tadi, saya ke popular semula. Kali ini saya beli Eclipse dan BD pula. Saya tahu...saya tidak akan mampu berhenti selagi tidak menamatkan pembacaan mengenai Bella dan Edward ini.
Aduh! Saya memang tengah angau dengan series ini.....(pedulikan kalau kata orang, kenapa baru sekarang nak angau...hahahah...saya memang tak peduli...)...Ok...ok...lepas Maghrib nanti, nak sambung semula Eclipse....

Wednesday, May 26, 2010

Sneak peek JKP

Salam - Sila rajinkan diri anda untuk membaca dan komen ya.....


Masjid Sungai Udang, Melaka

 

“ Afi!” Rif cuba mengejutkannya dari tidur. Dia memanggil sekali lagi namun Afi tetap tidak bergerak.
“ Dia letih agaknya,” balas Eddie sambil menoleh menandang insan yang menjadi topik perbualan. Afi lena berbaring di kerusi belakang. Begitu nyenyak sekali tidurnya sehingga tidak sekali pun terjaga sepanjang perjalanan mereka dari Pulau Pinang hingga ke Melaka ini. Rif membetulkan tubuhnya. Rasa lenguh memandu kian terasa. Dia bertukar ke bahagian memandu ketika berhenti minum di R&R Semanggol. Mereka langsung tidak mengejutkan Afi, cuma memastikan mereka tidak pergi jauh dari kereta.


Apabila kembali semula ke kereta, dia meminta untuk memandu. Dia perlu melakukan sesuatu bagi menghilangkan perasaan yang bercampur aduk dalam hatinya. Kata-kata Afi berterusan menghantui fikirannya. Dia tidak tahu mengapa dia begitu terasa dengan kata-kata itu. Adakah kerana luahan Afi itu benar belaka? Ya...semenjak Najmi tiada. Semenjak kemunculan mereka, semuanya serba tidak kena. Azan subuh mula kedengaran. Rif membuka pintu.


“ Kau kejutlah dia. Aku nak sembahyang dulu,” balasnya mudah.


“ Rif!” Eddie menahan. Langkah Rif terhenti namun dia tidak berpaling. Hanya menunggu Eddie meluahkan apa yang ingin dikatakan.


“ Jangan marahkan Afi. Dia tak berniat nak cakap macam tu. Dia takut sebenarnya. Memang betul cakap dia. Kita ni memang macam chips more. Kau tak rasa, dia takut kalau nanti kita tinggalkan dia macam Jimmy tinggalkan dia?” Rif masih mendiamkan diri namun otaknya laju mencerna segala kata-kata Eddie itu.


“ Aku tahu Ed...aku tahu. Kau ingat aku tak rasa bersalah dengan apa yang berlaku? Kau ingat aku suka-suka lukakan hati dia? Kalau diberi pilihan, aku tak sanggup buat begini pada Afi, Ed. Cukup-cukuplah aku terbeban dengan rasa bersalah yang ada sekarang ni. Aku tak sanggup Ed. Aku tak sampai hati,” luahnya penuh perasaan.


“ Rif...kita kena beritahu Afi perkara yang sebenarnya,” bisik Eddie perlahan. Rif pula bertambah tergamam. Dengan langkah longlai, dia menuju Masjid Sungai Udang, menyerah diri kepada PENCIPTA YANG MAHA ESA.


Afi tersentak apabila terdengar laungan azan begitu kuat di corong telinganya. Dia bingkas bangun dan mengaduh kesakitan apabila kepalanya berlaga dengan kepala Eddie. Eddie turut mengosok kepalanya yang hampir-hampir tidak berambut itu. Bergegar jugalah dirasakan kepalanya saat itu. Entah apa malangnya mahu mengejutkan Afi sembahyang subuh tidak berjaya langsung. Oleh sebab tidak mempunyai pilihan lain, dia mencapai handsetnya dan memutarkan kembali azan yang memang sengaja disimpan dalam memori telefonnya. Ternyata cara itu berkesan namun siapa sangka dia pula yang terkena.


Afi masih lagi mamai, hilang rasa kantuknya mendengar Eddie mengaduh kuat. Barang sesaat jua, dia turut berasa berpinar-pinar.


“ Ish...kau ni tidur macam mana ni Afi? Bom meletup sebelah pun kau tak dengar?” Bangunlah. Subuh nak habis dah ni. Aku nak tinggal karang, kau terkejut pulak. Yang Rif ni pun satu. Buat apa lama sangat ntah?...buat sunat tasbih ke apa?” leter Eddie sambil bercekak pinggang. Sudah hampir sejam dia menunggu Rif selesai menunaikan solat namun sehingga kini kelibat Rif langsung tiada. Dia risau mahu meninggal Afi yang masih lagi tidak sedarkan diri walaupun entah berapa kali sudah dikejut.


“ Aku nak pergi solat jap Afi. Kau nak ikut tak?” soalnya lagi sudah mengangkat seluar sehingga paras betis. Afi hanya menggeleng. Dia cuti sejak 3 hari yang lalu tetapi tidak perlulah dia mengumumkan itu kepada Eddie. Pandai-pandailah dia faham sendiri. Afi tunduk melihat pakaiannya. Windbreaker itu masih tersarung kemas di badan. Dia sudah mula berpeluh. Kalau tidak memikirkan rambut yang terdedah, memang sudah lama dia mencampakkan baju itu.


“ Kau period ke atau kau malu nak turun macam tu?” Afi bungkam. Takjub sekejap dengan keselambaan lelaki bernama Eddie Sufian itu. Kalau yang bertanya itu arwah ayah atau abangnya, tidak mengapalah juga. Ini lelaki yang bukan muhrimnya. Lelaki yang ketika zaman sekolah itu begitu perasan mahu menjadi abang kepadanya walaupun mereka sebaya. Malah...keempat-empat mereka sememangnya suka berkongsi tanggungjawab yang disandang Najmi seorang. Masing-masing mahu menjaga dan melindunginya. Afi sudah berasakan mahu berlari sampai tidak jejak ke tanah. Malunya usah dikata lagi. Dia menjeling Eddie seketika. Muka itu masih kekal selamba. Masih menunggu di tepi tingkapnya. Mungkin menanti jawapan kepada persoalannya tadi. Afi terasa mahu menghantukkan kepalanya. Apalah habuannya mendapat teman-teman yang sebegini perangainya?


“ Aku cutilah,” balasnya begitu perlahan sekali. Tidak tergamak mahu menyebut ayat period itu di depan Eddie. Lelaki itu hanya ketawa. Mungkin pelik kerana melihat Afi seperti malu-malu dengannya. Lupakah Afi, dulu semasa sekolah, kadang-kadang dialah yang membekalkan pil menstrual pain itu untuknya? Emaknya yang bertugas sebagai jururawat itu memang sentiasa lengkap dengan ubat-ubatan di rumah. Dan setiap bulan, bila Afi mengadu sakit, kepada dialah kesemua mereka mendapatkan bantuan. Malah dia sampai hafal jadual bulanan Afi supaya senang dia bersedia lebih awal.


Sebaik sahaja Eddie berlalu, Afi membuka pintu. Angin pagi menderu masuk. Lega sedikit kepanasan yang dirasanya. Namun rasa itu hanya sementara apabila dia melihat Rif menghampirinya. Dia segera mengalihkan pandangan. Berpura-pura tidak melihat kehadiran lelaki itu. Rif tidak segera masuk, sebaliknya dia melabuhkan punggung di atas sebiji batu. Afi mencebik bibir. Dia tahu Rif sengaja buat begitu untuk menambahkan lagi rasa bersalahnya di atas keterlanjuran mulutnya malam semalam. Dia tahu selagi dia tidak menyelesaikan perkara itu, selagi itulah Rif akan mendiamkan diri. Kuat merajuk juga si Rif ni, fikirnya dalam hati.


Dia memerhatikan jam. Sudah lima belas minit berlalu semenjak Eddie meninggalkannya. Seperti Rif, Eddie juga menunaikan solat sunat tasbih, agaknya. Afi menekup mulut apabila terasa mahu ketawa. Namun dia tersilap apabila sedang dia ketawa itu, matanya terarah kepada Rif. Lelaki itu sedang merenungnya. Jantungnya tergelincir beberapa saat. Dia rasa begitu berdebar-debar. Segera dia menunduk. Tiba-tiba dia berasa kuku jarinya begitu indah untuk diteliti. Kenapa dia selalu melihat Rif merenungnya begitu? Renungan yang kadangkala langsung tidak difahami.


Adakah itu renungan yang mempamerkan rasa cinta? Tidak! Dia tidak tahu bagaimana pandangan seorang lelaki terhadap wanita yang dikasihinya? Kalau hendak dibandingkan cara abang atau ayahnya memandang, memang ternyata berbeza sekali. Pandangan mereka terpancar segala-galanya. Dia boleh membaca emosi yang dilontar bersama pandangan tersebut namun dengan Rif...dia jadi keliru. Dia buntu.


Ada masanya, pandangan Rif membuatkan dia berasa seperti melakukan dosa yang sungguh besar. Ada masanya pula, Rif memandangnya seperti seorang abang, teman, sahabat yang begitu mengambil berat. Ada pula masanya...seperti ketika ini, dia seperti wanita yang paling penting dalam hidup lelaki itu. Seperti dia wanita yang paling cantik sekali di matanya. Entah mengapa dibalik pakaiannya yang kurang senonoh itu, dia tetap kelihatan istimewa. Begitukah Rif melihatnya? Atau... dia sahaja yang perasan? Adakah semenjak Rif kembali, dia saja yang angau tidak ketahuan punca? Afi semakin buntu. Sejak bila dia menyukai Rif lebih dari yang sepatutnya?


Memikirkan Eddie yang seperti menghilangkan diri, dia turun. Lebih mudah menyelesaikan segala pertelingkahan tanpa ada mata yang melihat. Lebih mudah begini kerana dia bebas menyuarakan apa yang dirasa dengan lelaki ini. Semasa kakinya memijak permukaan yang berbatu-batu itu, kakinya terasa sakit. Afi tunduk melihat. Patutlah kakinya sakit. Sememangnya selain tidak bertudung, dia juga berkaki ayam. Huh! Darahnya terasa mahu menyirap semula namun memikirkan dia dalam usaha mahu meminta maaf, lalu rasa marah itu dicampak ke tepi.


Dengan berbaju gedoboh dan berkaki ayam itu, dia menghampiri Rif. Dia melihat Rif memandangnya dari atas hingga ke bawah dan ke atas semula. Selepas itu dia melihat Rif cepat-cepat membuang pandang. Dia tahu, bagaimana rupanya ketika itu. Tidak perlulah Rif cuba menyimpan rasa mahu ketawa itu. Dia tahu. Dalam keadaan itu akhirnya dia tersenyum juga. Dia tahu sebaik sahaja dia berani turun dalam keadaan begitu, dengan seluar tidur panjang bercorak kartun popeye, marah Rif terhadap kata-katanya turut lenyap.


“ Aku minta maaf. Apa yang dah aku cakapkan malam tadi, aku tak berniat langsung nak cakap!” Dia memulakan bicara.


“ Tak apa Afi. Aku faham. Eddie pun faham,” balas Rif pendek, tidak mahu memanjangkan cerita. Dia akui sepanjang malam dia diamuk dengan rasa marah dan kecewa. Namun sebaik sahaja sujud kepada ALLAH Yang Maha ESA, segala rasa yang menjeruk hati seakan-akan lenyap. ALLAH itu MAHA PENGAMPUN sebesar-besar dosa hamba-hamba-NYA, sekiranya mereka bertaubat. Kata Rasullullah SAW pula, orang yang paling gagah perkasa antara kita semua adalah orang yang dapat mengalahkan nafsunya ketika sedang marah. Masakan dia terus juga mahu berlagak sombong? Dia cuba meletakkan diri di tempat Afi dan dia yakin, dia akan melakukan tindakan yang serupa.

 
“ Macam mana kau boleh faham? Aku sendiri tak sanggup nak ulang apa yang aku dah cakap. Macam mana kau boleh berlagak biasa Rif? Kalau kau nak, kau boleh marah aku. Aku terima sebab apa yang aku buat memang tak patut langsung,” pintanya berterusan mahu menerima kesalahan itu. Apa kena engkau ni Afi? Kalau Rif tidak mengamuk itu seharusnya kau patut bersyukur. Ini tidak, kenapa engkau beria-ia benar menyuruh Rif marah pada kau?


“ Ya...memang tak patut kau cakap macam tu tapi aku faham. Let it go Afi. Aku dah lama lupakannya.”


“ Apa sebenarnya terjadi Rif? Kenapa tiba-tiba saja kau datang ke sana? Kalau kau duduk di tempat aku, kau tahulah macam mana takutnya aku semalam. Selama ni, tak pernah ada yang tahu aku ke sana. Tak ada siapa yang pernah datang. Aku bertindak mengikut apa yang aku rasa. Aku takut. Aku terkejut. Bila tiba-tiba kau muncul dengan uniform kau tu, siap dengan senjata lagi. Tanpa terangkan apa-apa, kau suruh aku jadi spiderwoman pulak....” Dia berhenti menarik nafas. Rif spontan tersenyum mendengar ayat spiderwoman dari mulutnya.


“ Jangan cuba-cuba nak ketawa!” ugutnya dengan nada bergurau.


“ Aku bukan tentera Rif. Apatahlagi komando macam kau dan yang lain-lain. Jangan sangka aku boleh hadapi semua ni dengan mudah. Jangan sangka aku juga terima latihan seperti korang semua. Mungkin kau lupa yang aku ni perempuan agaknya Rif. Walaupun, aku ni biasa-biasa saja, tapi aku perempuan Rif. Kau jangan lupa tu,” Afi mengingatkan. Separuh merajuk. Mungkin itulah agaknya tanggapan mereka semua. Selama ini dia berada di dalam kelompok mereka sehingga mereka sendiri jadi lupa siapa dia sebenarnya? Tetapi...mana mungkin! Kalaulah benar kesemua mereka ini menganggap dia seperti mereka, memanglah mereka buta, kalau tidak pastinya gila.


“ Afi!” panggil Rif menyedarkan dia dari lamunan.


“ Kau bukan perempuan biasa,” ujarnya membantah persepsi Afi tentang diri sendiri. Dia cuba mencari kata-kata yang lebih bermakna namun yang keluar hanya itu sahaja. Dia sebenarnya keliru apa yang ingin diperkatakan.

“ Kau bukan perempuan biasa...,” tekannya lagi. Afi tersengih. Kelakar melihat wajah Rif yang berkerut-kerut memikirkan kata-katanya. Apa yang susah sangat hendak diluahkan itu?


“ Kalau aku bukan perempuan biasa, maknanya aku ni luar biasalah ya?” dia ketawa.

“ Haha...mengarut kau ni Rif. Macam mana kau nak mengayat awek macam ni? Menuntut tak habis kau ni,” tambahnya lagi yang seronok melihat wajah Rif masam-masam kelat dengan kutukannya.


“ Tak dapat ayat perempuan lain tak apa. Kau kan ada Afi. Aku susah apa. Aku pinang kau eh? Nanti aku pakai seluar panjang Olive. Boleh matching dengan seluar popeye kau tu,” sindir Rif mengenakan Afi kembali. Senyumannya semakin lebar apabila melihat Afi seperti terpegun mendengar kata-katanya. Baru Afi tahu. Ingat dia seorang ada bakat hendak kenakan orang?


“ Okayyyyyyy....berbalik pada topik kita...” Afi pantas menukar tajuk. Balik-balik dia sahaja yang terkena. Dia tahu walau macam mana sekalipun, dia tidak akan menang kalau berlawan cakap dengan lelaki ini. Mana-mana pun Rif pasti menemui cara untuk mengenakannya semula. Pada asalnya dia hanya ingin mengetahui kejadian malam semalam, namun bagaimana tiba-tiba boleh berubah kepada seluar panjang popeyenya pula?

“ Berbalik pada topik, kita akan bincangkan bila semuanya sudah berkumpul. Sebelum tu Afi....tolonglah...azab aku tengok kau ni. Lepas ni aku bawa kau ke kedai.” Afi hanya menjuih bibir. Azab konon. Salah siapa yang buat dia jadi begini?

JKP!!!!!!....

Salam....

Alhamdulillah...tajuk novel ke 4 saya sudah disahkan. Tajuknya seperti yang saya duga dan apabila editor saya menyatakan bahawa dia suka tajuk JKP itu di antara tajuk2 yang saya cadangkan, saya seharusnya sudah maklum. Namun...bila tidak mendapat kata putus...saya sendiri jadi ragu-ragu. Tetapi pagi tadi..panggilan daripada editor saya mengesahkan perkara ini. Dalam hati saya sudah berbunga-bunga. Walaupun bukan tajuk pertama yang saya cadangkan tetapi sekurang-kurangnya masih tajuk saya jugakan...hahahah...Bila diulang berkali-kali memang rasa sedap dan menarik...Fuh! Bila sudah dapat tajuk, saya jadi tidak sabar pula mahu melihat cover novel saya. Bagaimana nanti ya? Adakah ianya seperti yang dibincangkan antara saya dan editor dahulu?
Apapun saya sendiri tidak sabar menanti. Saya sememangnya kurang sabar sedikit dalam bab menunggu ini namun saya tahu saya terpaksa menanti juga..menanti giliran novel saya dicetak dan seterusnya dipasarkan....Adakah dalam masa terdekat atau tidak? Saya tidak tahu...namun doakan segala-galanya menjadi mudah....

Tuesday, May 25, 2010

Cerita saya 3 hari ini

Salam...

Sejak petang ahad dan sehingga hari ini saya masih lagi batuk dan selesama. Badan pun rasa seperti hendak demam tapi tidaklah terlalu panas. Hari Sabtu, jam 7.30 pagi saya bertolak ke Bandar Seri Putera. Saya ikut highway Guthrie ( Atas nasihat kak Eka yang mengatakan laluan itu mudah)..dan ternyata memang benar apa yang dikatakan kak eka itu. Selalunya saya menggunakan laluan itu jika hendak ke Shah Alam sahaja...Tapi sekarang ini...Guthrie mmg pilihan saya kalau mahu ke arah selatan...mudah dan tak banyak kereta...
Saya tiba di tol Bandar Seri Putera n tunggu Damya yg sudah otw. 5 minit kemudian..Damya sampai dan kami terus bergerak ke rumah Laila Kamilia. Di sana, Lynn Dayana sudah tiba. Hidangan nasi lemak juga sudah memenuhi meja.
Hampir setahun lebih tak berjumpa Laila, memang banyak cerita kami...sambil makan..bercerita dan menunggu kak eka yang tak kunjung tiba walaupun rumahnya cukup dekat dengan rumah Laila...hehehe..(kak eka siap pesan yg dia mmg lewat sedikit)
Hana yang bari keluar hospital nampak susut sedikit tetapi kecomelannya tetap tak lari...Aduh mmg geram tgk pipi dia yang tembam tu..tangan dan kaki pun berketul2 saja..hahahah..
Hari itu perjumpaan kami tidak lama..menjelang tengahari..kami mengundur diri. Maing-masing ada komitment lain selepas itu. saya terus ke rumah Shanika. Mujurlah Damya sudi menghantar saya ke sana sebab aku sendiri dah pening nak memahami jalan mana yang perlu saya ikut ke Bandar Tasik Permaisuri ( ke apa ke....).
Lega..akhirnya saya sampai juga di rumah ika. Petang tu kami keluar nak survey tempat yang kami akan kursus. Maklumlah takut salah jalan dan lebih penting takut sesat menjadi bangunan yang tak jumpa2...Namun mujurlah...Kg Pandan itu dekat saja jaraknya dari rumah ika. Dan bangunan ANDALUSIA itu mudah saja kami jumpa walaupun tersilap jalan sekali.
Memikirkan kekangan tempat parking, saya bercadang mahu menumpang kereta ika sahaja, sedangkan sebelum ini saya memang bercadang memandu sendiri kerana mahu terus pulang.
Oleh kerana mahu berebut tempat parking, kami keluar awal dari rumah. pukul 7.30 kami dah keluar sedangkan kursus bermula pada jam 9 pagi. Ketika kami sampai...memang ada beberapa orang sudah menunggu. Dan semakin merapati masa kursus, orang semakin ramai sehingga ruang itu penuh. Mujurlah kami tiba awal.
Sedang saya bersembang dengan ika, saya terlihat wajah seseorang. saya katakan pada ika " aku macam kenal je makcik tu. macam muka tok saudara aku.( ada ke patut tak kenal muka tok saudara sendiri)...Ya...saya ada tok lang ( adik tok saya) yang menetap di Kg Pandan. Tetapi saya rasa was-was takut saya silap orang. Dia duduk memang betul2 berhadapan dengan saya. Saya terus pandang dia. Dalam kepala dok terfikir sama ada mahu tegur ataupun tidak. Saya call emak saya, bertanyakan nama sebenar toklang perempuan itu. Masa itu pulak line connection emak saya tak berapa baik..tengah saya dok berhelo dengan emak, saya nampak tok lang lelaki memanjat tangga. SAH!..memang betul. Terus saya bergerak ke tok lang perempuan dan memperkenalkan diri. Rupa-rupanya dia juga tengah mengusha..(cewah) saya. Dia pun terfikir sebab bila tgk saya dia kata ada iras muka arwah ayah saya.
Jadi..ibarat berjejak kasih pula di situ. Saya jarang bertemu dengan toklang P ( merujuk pd perempuan) kerana yang kerap saya jumpa adalah toklang L. toklang tanya bila turn saya. saya cakaplah InsyaALLAH 3 julai nanti. Dia pula 12 Julai...dia tanya lagi siapa mahram...saya kata saya tumpang mahram sebab pergi dengan kawan. terus dia kata..awat tak habaq awai2..boleh p dengan toklang..tak payah tumpang2 lagi dah...hmmm...nak buat macam mana ya...saya pun tak terfikir nak call toklang walaupun dulu dia pernah cakap dengan saya kalau nak p, habaq kat dia. Saya pun fikirkan mungkin tahun ni toklang tak pi sebab rasanya hampir setiap tahun tok lang pergi ke sana.
Masa rehat utk minum, saya turut bawah. Tok lang L siap tunggu saya. Soalan yang sama juga diutarakan. Saya beri jawapan yang sama juga. heheehe..lepas minum sambung kursus sampai pukul 1.30( sepatutnya habis pukul satu..tapi memandangkan banyak sangat soalan...ustaz terpaksa melayani kesemua soalan itu)..
Badan saya masa tu dah rasa seram sejuk....malam sebelumnya saya dah mula selesema. Masa kursus saya rasa mcm nak demam. Kepala pun dah sakit. Dengan ramainya orang dan cuaca yg panas..mmg tak membantu. Toklang ajak saya singgah rumah. Sebelum tu saya juga dah cakap pada ika...kalau toklang ajak p rumah, saya mmg mahu singgah sebentar sebab dah lama sangat saya tak kerumahnya.
Tahun lepas masa saya ke pesta buku, emak dan kakak saya ikut menghantar kononnya mahu terus ke Kg pandan menjenguk toklang tapi dalam perjalanan kakak saya patah balik sebab mereka dah sesat. hhahahah....kali ini saya rasa saya perlu singgah untuk membayar hutang tahun lepas sebab tak jadi singgah.
Toklang suruh tunggu untuk makan tengahari tetapi saya menolak sebab saya perlu pulang ke Taiping hari itu juga. Yang selebihnya saya kasihan pula pada ika yang terpaksa mengikut saya sedangkan dia ada hal juga selepas itu. dan bertambah pula saya mmg sakit kepala sangat.
Saya harap toklang tak kecik hati bila saya beria-ia menolak untuk makan tengahari di rumah dia. Lain kali kalau ada masa dan kelapangan, saya akan singgah untuk makan dirumah dia.
Semasa dalam  kereta ika, saya muntah. Nasib baik ada plastik...niat saya nak terus balik mmg tak kesampaian. Saya mmg tak larat nak drive dlm keadaan macam tu. Saya naik rumah ika balik. Dalam lif..saya dah mula bukak brooch tudung..sampai di rumah dia terus saya serang bilik air dia...bila air kena kepala....LEGAAAAAAA.....hahaha..bil air ika mesti naik bulan tu..
Bila lepas mandi..saya rasa lega....dan dibantu dengan minyak cak kapak.....saya balik ke tg Malim...mujurlah ika mmg mahu keluar jadi dia tunjukkan jalan. beberapa minit kemudian, kami berpisah jalan. Saya ke utara dan ika ke arah gombak.
Sampai Tg. Malim..saya terus tidur sampai 6.30. Bila bangun...rasa pening kurang tetapi demam pula datang...Adik saya offer nak memandu, tetapi saya kurang percaya pada dia untuk memandu waktu malam. Jadi..saya yang drive sampai ke Taiping. Sampai ke rumah, lepas salam n cium emak, saya terus tidur sampai pagi. Mujur dah jamak kt R&R Sg Perak.
Dan kini...mujur saya tak perlu MC hari ni walaupun badan masih rasa tak sedap....

p/s - Ceramah yang diberikan oleh ustaz Daud Che Ngah itu tersangat-sangatlah best..Tak sangka beliau kelakar orangnya....

Friday, May 21, 2010

Countdown

Salam...


Esok saya cuti. Dan saya akan ke KL kerana pada hari AHad nanti saya akan mengikuti satu kursus di Kg Pandan. Petang ini saya seperti biasa akan bertolak ke Tg. Malim dahulu. Persinggahan utama saya setiap kali saya ke KL. Esok pagi-pagi selepas subuh, saya akan ke Bandar Seri Putera untuk menziarahi sahabat saya yang sudah lama tidak ketemu. Siapa lagi kalau bukan Laila Kamilia. Semenjak dia pulang dari Berlin 2 bulan lepas, dan Hana yang dmasukkan ke Hospital, saya tiada kesempatan untuk menjengah dia sekeluarga. Dan esok juga, Lynn..kak Eka..dan Damya Insyaallah akan turun sekali. Yang lain tak dapat bersama sebab ada komitmen lain.
Wah...seronoknya...kali terakhir bertemu mereka ini semasa pesta buku hari itu. Saya perlukan mereka untuk beri saya semangat untuk kembali menulis..hahaha...Almaklumlah semenjak dua menjak ini, mood menulis saya tak berapa nak ada. Bukan malas..cuma 'rasa' itu belum datang lagi. Aduhai...alasankah itu? Mungkin andainya buku ke 4 saya sudah dipasaran akan membuatkan mood saya mencanak-canak naik? Mungkin kalau selagi buku itu belum keluar, saya tidak ada feel untuk menulis..hmmmm..mungkin juga.
Beberapa minggu lepas, ber-ym dengan lynn dan ika..masing 2 bertanyakan progress penulisan masing2. Saya jawab.." aku dah start menulis...dapat 6 huruf aje...P.R.O.L.OG. hahaha..gelak guling2 ika dengar cakap saya.
Iya...setiap mukadimah buku saya akan bermula dengan PROLOG dan akan berakhir dengan EPILOG.
Lepas gelak ika habis saya sambung lagi...." lepas ni aku nak masukkan mukasurat lak..." Lepas itu BAB 1...alahai..kami ni kalau masa tiada idea..tidak bersemangat...jiwa dong2..buat lawak sajalah utk mengubat jiwa...huhuhu

Semalam..setelah beberapa kali mencuba dan saya hampir putus asa, saya berjaya juga menembusi free Seat AA...tidaklah jauh mana..dalam Malaysia juga. Saja nak membawa emak berjalan. Semalam bersembang dengan emak lagi apabila saya memberitahu mengenai perkara ini...saya kata saya serius nak pergi Korea bulan Mac tahun depan...Lepas balik tu..saya kata saya akan mula menyimpan duit seperti yg emak suruh. (Haahah...Ya..simpan duit lepas tu mulalah teringin ke tempat lain lagi. )
Kali ini emak pun diam saja. Mungkin dia termakan hujahan saya sedikit. Saya call sarah berbincang pasal plan saya ini...Sarah dah runsing sebab dia kata mungkin tak sempat dia nak kumpul duit dia..lepas tu ayat dia mcm ni " lainlah kalau hang nak support aku dulu..nanti aku bayar bulan2 kt hang..." Er..er...er..er..saya kata ok...asalkan niat saya ni tercapai..lepas tu saya paling pada adik saya yg sorang lagi...dia juga mendesak mahu ikut sama...
Sebenarnya..kami dulu pernah plan nak pergi 4 beradik...saya, sarah, adik n metty...Metty dah kahwin..bakal ibu pulak..so...dia terkeluar dari senarai..hahaha...Iyalah bila adik bersungguh2 nak ikut tu..rasa tak sampai hatilah pulak...sebab plan bersama tp yang Insyaallah pergi saya dan sarah saja. Macam mana nak buat..dia belajar lagi...lalu dia beri cadangan yang menyebabkan uban kt kepala ni bertambah banyak..." adik pakai duit hang dulu...nanti adik bayar slow2) wah!..sama aje dia dengan Sarah.
Mulai hari ini...er er..er..tak..mulai bulan Julai..setelah saya uruskan perkara yang satu itu,  saya akan mula belajar berjimat cermat...Aduh...mudah2han hasrat saya n adik2 tercapai...Ini boleh buat countdown ni...macam countdown berapa hari nak pmr..spm..stpm dulu2..hehhehe..kali ini countdown ke Korea lak...doakan kami berjaya...hehehhehe

p/s - ini bermakna...Nikon saya itu secara rasminya ditangguhkan sehingga ke suatu masa nanti...huwaaaaa....

Thursday, May 20, 2010

Review RBB & RUD

Salam...

Membaca mesej Fauzan dalam comment post membuat saya teruja. Jarang sebenarnya lelaki yang mahu mengulas hasil penulisan saya ini. Walaupan hanya mengenali Fauzan secara alam maya, tetapi saya benar-benar berasa terharu kerana mengenali dengan seorang pembaca yang begitu mengukai RBB (betul kan)..sampai sanggup baca berulang kali..sampai sanggup melukis grafik untuk watak hero n heroinnya. Apabila menulis RBB dan RUD, saya tahu saya mengambil risiko kerana kebanyakkan pembaca masih mengharapkan sebuah novel cinta 100%. Dan bila ada pembaca yang menyukainya...saya rasa lega...saya rasa seronok..saya rasa begitu tersentuh hati. dan saya tahu...saya tidak melakukan kesilapan mempertahankan genre yang saya minati ini...Apa2 pun...silalah baca komennya.....


Haaa...aku baru habis mengulang-kaji dua buah novel dari novelis kesukaan aku Dhiya Zafira...buat sesiapa yang tak tau tu...RBB is "Rindu Belum Berhenti"...and RUD is "Rindu Untuk Dia" yer...hehehe...





Okay la...dulu waktu aku mula-mula baca RBB, waktu sekitar part 5, waktu Diploma in Insurance lagi...dah lama dah, almost 2 years gitu kot. lantaklah tu...yang aku nak cakap here is that that is the first novel yang buat aku rasa macam,"oh no!!! i like this novel very much...", this is b'cuz most novel i read before bukan dari genre sebegini...sejujurnya, genre inilah yang aku suka sangat-sangat. in a love story i think the guy should be someone yang macho yang boleh diharapkan untuk menyelamatkan si pujaan hatinya. benda ni normal kot. Citer english pun banyak evolve around benda-benda yang macam ni...sebab tulah dorang punya fairytale sumer pasal prince selamatkan princess dorang..kan..kan..kan?? hehehe..Enough about that let get down to the review...





Okeylah...perbandingan antara RBB and RUD, camner nak mula ni...okey, similarity-nya adalah both bergenre action-romance (memetik kata-kata penulis sendiri), ada gaduh-gaduh sikit...ada orang jahat yang bukan just disebabkan persaingan dalam cinta. kak Dhiya pandai bermain dengan emosi pembaca bila sampai pada part-part yang tertentu, contohnya, prolog untuk RBB, first baca jer aku dah suspen...ni citer hantu ker?? dah baca baru tau yang ni bukan citer hantu...haha, aku pun gelak sendiri sebab ingatkan citer ni cerita hantu pulak...
Dalam RBB, penulis mengajak pembaca menyelami perasaan seorang lelaki yang jauh tersasar hanya disebabkan kecewa dalam bercinta, walaupun cinta itu tak pernah secara jelasnya, wujud. Izz Karami berubah menjadi Zack, si algojo yang tiada belas dengan musuh-musuhnya. camtu la yang dapat aku simpulkan sikit sebanyak. penulis secara sikit demi sedikit menukar watak itu menjadi seorang lelaki yang sangat sempurna sifatnya, bila cinta yang, kononnya kecewa itu tidak dapat dia lupakan...Izz with unquestionable determination telah mengambil keputusan drastik untuk menentang kawan-kawan sendiri setelah tahu mangsa adalah masa silamnya yang paling dalam dalam hatinya, in other word, awek pujaan hatinya lah, Adni Zuhayra.

 
So kita skip jer la...yer...korang nak tau lebih lanjut apa kata korang baca jer the novel itself...skang dah murah dah...RM18.00 jer...sila rembat di mana-mana kedai buku yer.
Adni Zuhayra?? Izz lebih memanggilnya dengan nama Dinie, nama manjalah ni kiranya. kita tahu direct translation dari bahasa Arab, Dinie derived from the word ad-Din@Din bermaksud 'pegangan'. ini memberi maksud yang penulis cuba memberitahu pembaca perasaan sebenar Izz terhadap Dinie...bukanlah berpegang sebagai agama, tapi menandakan betapa dia sangat menghargai gadis itu.
Adni/Dinie, adalah seorang perempuan yang sangat sempurna jika dilihat dari pandangan saya yang telah membaca novel ini, cuma dia jer yang 'kesian' sebab dah mak bapak dia meninggal, balak yang tak berapa nak balak pulak 'mati'. selepas tulah hidup dia jadi sangat kosong. ini tidak dijelaskan sangat dalam novel tapi, bila pembaca yang dah baca novel ni dengan bersungguh-sungguh, mereka akan rasa apa yang watak rasa, kadang-kadang apa yang penulis tak meant to feel about watak pun pembaca boleh rasa, tau. hebat kita ni semua wahai pembaca-pembaca novel sekalian...dah! kita sambung balik.
Novel ni walaupun berelemenkan (bak kata kak Dhiya lagi) kill kill, die die; tak meninggalkan tema kemanusiaan yang lain, contohnya tema kekeluargaan. sebagai contoh, salah faham antara ayah dah anak, pakcik Hisham dan anaknya, Izz Karami. Ke-tidak-ngam-an antara adik beradik, Izz Karami dan Khairy Hashimi...kasih ibu yang tak percaya anaknya sudah mati selagi tak jumpa mayat anaknya, Puan Zurina dan Izz Karami. semua ini menjadi rencah yang menambah perisa dalam novel RBB ini supaya ia tudak terarah kepada satu benda sahaja, pembaca melayu sekarang sudah cerdik dan mereka nak berfikir dengan lebih ligat lagi semasa membaca. tak nak cepat bosan katanya. hehe...
Antara scene yang paling saya suka ialah malam selepas Hadiff datang ke kediaman Izz. waktu Izz meluahkan "I love you" kepada Dinie. so romantic. lagi satu sebelum tu, kat dalam hutan, Dinie jatuh sebab kaki dia sakit, dia ingat Izz takkan datang tolong dia tapi tak. Izz ada kat depan dia waktu dia mendongak.
For action scene pulak, waktu mereka kena serang dekat rumah yang ada Tony sekali tu. Yang Tony kena tembak kat lengan tu...waktu Izz tolak Adni and jadikan diri dia sebagai perisai. I can picture that scene clearly. Hebat, seriously hebat!

Senang citer, novel ni best. Habis. Full stop.





RUD...hmm, takde yang gagalnya novel ni...cuma ianya less-action tapi more-romance dari RBB. Jad Imran memanglah tak semacho Izz tapi still macho, sebab dorang satu family..Izz dan Jad ni ada sedikit persamaan tapi banyak perbezaan, sanggup lakukan apa sahaja untuk orabg tersayang masing-masing..bezanya, Jad ni cepat sangat, ikut kepala dia jer dan pendek akal jugaklah kalau boleh dikatakan. tapi saya still picture Jad ni lelaki melayu yang normal, tak macam Izz, dia ni bukan typical malay guy...entah, tak tau kenapa..mungkin sebab ada sesuatu dalam mata dia...yang bahaya, sangat bahaya...chewah...





Beralih kepada heroinnya pula, Amie Najla', (sebutan dia A-mi Naj-la, yer...dah confimkan dengan penulis hari tu...), seorang perempuan yang...well, kesian...sebab jadi mangsa kepada manusia berhati binatang...dalam RUD, penulis nak bangkitkan kembali tema keganasan terhadap wanita (perkara tipikal yang akan berlaku dalam novel melayu). tapi story diolah dengan baik sekali... Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) (cambest jer kan nama!), ini adalah satu masalah mental yang membabitkan gangguan terhadap seseorang yang telah mengalami suatu pengalaman yang sangat buruk,teruk sehingga meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri mereka, personaliti boleh berubah disebabkan masalah ni. Serious jer bunyinya, tapi di Malaysia, takdenya ramai yang give a damn pasal benda ni...so, penulis berjaya meng-educate pembaca tentang perkara ini yer...sila berikan tepukan.

Apabila seorang perempuan itu (minta maaf, yer..) dirogol, dia akan merasakan diri mereka itu kotor, keji, hina, tak layak untuk sesiapa. Mereka jadi takut nak mengadu kepada sesiapa. Malu? Of course malu, korang tak kena kat batang hidung korang senanglah citer...cuba kena. Taulah korang. Tapi itulah silapnya, dengan rasa malu tulah si perogol tu masih bebas. Tapi tak boleh nak salahkan mangsa juga sebab, kita yang tak tahu apa yang berlaku kat dia, camner dia tanggung benda itu sendirian memang kita tak pernah fikir. Masyarakat pulak kadang-kadang bukan jenis yang supportive, yang kena rogol tu...kadang-kadang bukannya ditolong, dikejinya lagi ada. Inilah masyarakat kita yer, bukan orang lain. Dikatanya perempuan itu tak tau jaga diri, pakai terdedah sana sini. Tapi,kan...besar sangat ke dosa tidak menutup aurat secara sempurna tu kalau nak dibalas dengan dirogol...korang fikirlah sendiri...eh, membebel pulak aku...hehehe
Scene yang paling aku suka, at the ending of chapter 4...waktu Amie kena langgar tu...aku cuba bayangkan kenapa reaksi Amie sampai camtu sekali...dia macam kena pukau...bila nampak Jad...so aku tengok balik cover novel tu...

RINDU UNTUK DIA...dalam hatiku ada ingatan yang tak pernah mati terhadapnya...

Make sense!!! definitely make sense...dia jalan tu sebab itu minda di bawah sedar dia yang nak mendapatkan Jad...sama macam kenapa dia tiba-tiba beli banyak Campbell soup yang dia paling tak suka tu (makanan kesukaan Jad Imran)...dan Amie ada kata kat Hani, di akhir chapter 3, dia sendiri tak faham tindakan dia membeli soup tu semua...jadi dapat saya simpulkan di sini, Amie ada masalah jiwa selain PTSD...hahaha...dia terlampau sayangkan Jad sampai dia tak boleh berfikir dengan waras dan boleh mengelamun buat benda yang tak logik...
Hmm, memang dah jadi tabiat saya semasa membaca novel akan membayangkan camnerlah rupa mereka...kalu di buat filem or drama, saya rasa mereka ni sesuai kot menjadi pelakon-pelakonnya...

Izz Karami...tadi ada cakap yang dia ni bukan typical malay guy kan...so saya membayangkan Izz sebagai...jeng3...
 
Piolo Jose Nonato Pascual/Piolo Pascual…hensem ,kan?? Masa ni tengah obses giler ngan mamat ni... citer She-Wolf kat tv3 tu la... hahaha, sekali tengok hebat betul mamat ni. Sesuai ngan Izz...macho, badan tegap...sesuailah ngan Izz kesimpulannya…

Haa...meriah tak bila Adni Zuhayra tu dibayangkan sebagai Nur Fazura Sharifudin/Fazura...takleh nak cakap apa-apa, kan?? Memang Fazura lawa pun...dah heronya hensem...heroinnya mestilah lawa dalam kepala aku... yang sebenarnya aku yang suka Fazura...hehehe...

Apa korang nak kata bila Tiz Zaqyah aku bayangkan sebagai Amie Najla', memanglah hot... hahaha... Well, semua nak kena lawa...

Hari tu tengok Adamaya, episod akhir..tengok punya tengok. Eh, kalau Maya ni baik sikit orangnya sesuai pulak dengan Suraya. Muka sweet, bersih jer... sebenarnya aku memang suka kat Lisa, pun...hehe

 
Jad Imran, susah, payah nak cari siapa yang layak aku gambarkan sebagai mamat ni..dia sepatutnya hensem, tinggi, muka kena baik tapi kalau marah orang boleh takut instantly...siapa yer???aku tak dapat nak bayangkan siapa dia ni sampailah...

Zaquan Adha, tiba-tiba aku teringatkan mamat ni...so, what do you think???


 
itulah sahaja bebelan aku buat masa ni...kepada sesiapa yang belum baca RBB and RUD... sila baca sebab kedua-dua novel itu best...sekian, terima kasih...


p/s - Buat Fauzan...wah berimaginasi sampai mcm ni sekali ek....buat pengetahuan Fauzan..akak mmg tak pernah imagine muka2 orang melayu ni dalam mengambarkan watak..lebih2 artis Malaysia ni..hahah..tak tau kenapa...mcm tak best gitu..heheh..tapi sesiapa pun bebas mengambarkan siapa sahaja yang dia mahu bukan...jadi akak nak tunjukkan siapa yang akak bayangkan sebagai IZZ KARAMI ini..jeng jeng jeng...



Tuesday, May 18, 2010

KA & QA

Salam...


Tadi sementara jemari saya mahu berlari-lari berkejaran manja di atas keyboard, saya terasa bulu roma saya naik. Darah saya terasa berderau. Tiba-tiba jantung saya berdegup  kencang. Saya tidak mahu mengakuinya...saya takut hendak mengakuinya, tapi saya tahu..ada seseorang dibelakang saya. Seseorang yang sedang memerhatikan saya dan saya tidak perasaan akan kehadirannya itu.
Duduk saya semakin kaku. Saya tidak berani langsung mahu berpaling. Saya tiada kekuatan mahu melihat walau siapa pun dia yang berada begitu hampir dengan saya ini. Dari ekor mata, saya lihat dia menegakkan tubuhnya. Tinggi dan sasa. Itulah yang dapat saya bayangkan. Namun saya masih belum mampu bergerak. Tanpa sedar manik-manik peluh membasahi tubuh saya. Saya benar-benar ketakutan kini.
Dia yang bertubuh tinggi sasa itu mula melangkah. Derap kakinya sungguh perlahan, seolah-olah dia berjalan di atas karpet yang tebal. Langkahnya hampir2 sahaja tidak kedengaran, namun saya tahu dia semakin menghampiri saya. Saya memejamkan mata rapat-rapat. Saya beristifgfar di dalam hati. Ya ALLAH...siapakah dia ini? Apa mahunya dia daripada saya?

" Buat apa ni?" Saya segera membuka mata apabila mendengar dia bersuara. Saya tergamam. Saya terpaku. Lalu untuk beberapa saat itu, saya tidak ubah seperti patung sahaja layaknya.
" Takutkan siapa?" Soal dia lagi. Saya masih tidak mampu bersuara. perlahan tangan saya mengurut dada. Aduh..dia hampir sahaja menyebabkan saya mendapat serangan jantung...saya melihat dia membelek buku-buku nota saya di atas meja. Dengan pantas saya menepis tangannya yang berjari runcing itu. cantik jarinya. Saya sendiri terkesima memandangnya.
Dia hanya ketawa dengan reaksi saya. Saya menutup mata...aduhai..merdu sekali suaranya.
" Takkan tak boleh tengok?" dia bersuara lagi. Nampaknya dia tetap tidak putus asa apabila saya tidak langsung menjawab segala pertanyaannya.

" Mana boleh! tak siap lagi." Jawab saya sambil melarikan jauh buku2 nota saya daripadanya.
" Ala..sekurang-kurangnya beritahulah siapa heroinnya. Sampai bila nak berahsia ni?" Dia terus memujuk dan saya terus menjeling. Mana boleh beritahu. Belum masanya lagi.
" Dhiya...make sure ya saya dapat teman yang saya inginkan....saya mahukan gadis yang lembut tetapi lasak. Yang berwajah sedih tetapi teguh pendiriannya. Dia yang tahu apa yang dimahukannya. Dia yang tak takut berjuang untuk mendapatkan apa yang dimahukannya. Er..Dhiya..kalau boleh..biarlah ada tahi lalat kecil pada bibir kirinya...bolehkan?"

" Amboi, demand nampak?" keluh saya kepada dia. Suka hati sayalah mahu mencorak temannya yang bagaimana. pandai2 sahaja nak tetapkan kriteria ya. Kalau saya bagi yang kontras terus..naya saja..hahahahha...

" KA...pergilah! jangan ganggu saya. kalau awak ada..macam mana saya nak tulis ni?" rayu saya pada dia. Dia berterusan ketawa. Tanpa saya sedar dia meletakkan tangannya di atas kepala saya. Perlahan dan mesra. Tiba-tiba saya rasa diri saya amat disayanginya. Tiba-tiba saya terasa tidak kisahlah kalau KA mahu terus menganggu saya.

" KA..." panggil saya apabila saya melihat dia seakan mahu beredar pergi...KA memandang saya. renungannya cukup redup.

" Jangan lukakan hati QA...dia sudah lama menderita. Jangan hampakan dia lagi setelah apa yang berlaku dulu..." pesan saya satu persatu. Tidak mahu KA salah anggap dengan pesanan saya itu...untuk seketika, saya melihat KA menunduk. Wajahnya muram seperti memikirkan sesuatu. Kemudian dia mengangkat wajah dan memandang saya...

" Saya tahu." balasnya hampir2 tidak kedengaran. Penuh sarat dengan penderitaan. Saya terpaku namun  bayang KA sudah lenyap...hilang ....

" KA...." saya seru namanya perlahan....




p/s - Itulah dialog yang berlangsung secara telepati antara saya dan KA (hero novel ke 5 saya)..apamacam...? pandai ya KA demand nak heroin yang macam dia mahu...huh! tak semudah itu...Sebelum mereka bahagia...saya akan deritakan mereka habis-habisan..wah! kejamnya saya....Macam mana nanti ya QA?

SUDAH TIBA!!!

Salam..

ALHAMDULILLAH!!!...Syukur saya kerana manuskrip saya sudah tiba di tangan editor. Leganya saya sukar nak diucapkan. Pagi tadi saya hampir-hampir meninggikan suara pada seorang staf di pej pos itu kerana masalah saya masih belum selesai, namun mujurlah...SABAR saya masih meninggi. Setelah mss saya berjaya dikesan, staf tersebut menelefon memaklumkan bahawa ianya akan dihantar pada esok hari.
WTH??? jam masih pukul 10 pagi tetapi mss akan dihantar esok? kenapa tidak hari ini? kenapa masih mahu ditangguhkan sedangkan sudah hampir seminggu ianya tertangguh? Namun mujurlah...saya meminta tolong..dengan suara sedikit memujuk...saya meminta mereka menghantar hari ini. Kata kunci saya..." Kesalahan ini pihak pos yang mulakan..kenapa saya yang perlu menanggungnya? hahahha...selepas itu terus staf berjanji akan menghantar hari ini juga.
Dan sms dari editor semakin membuatkan saya menarik nafas lega...ALHAMDULILLAH....

Monday, May 17, 2010

bolehkah saya bakar pej pos Shah Alam pula???

Salam....

Geram saya masih belum berakhir. Manuskrip saya masih belum tiba di tangan editor. Pagi tadi saya berurusan dengan pej pos Shah Alam pula. Mujurlah..manuskrip saya sudah tiba di sana tetapi ditahan seketika kerana alamat salah...memanglah salah...sebab salah mereka juga. Sekarang ini...salah seorang staf mereka sedang mengesan posmen yang menguruskan manuskrip saya. Hmmm...Mengesan? MIAkah posmen itu? Sukar sangatkah untuk dihubungi? Tiada telefonkah? Saya tak rasa posmen itu tiada telefon...Saya tengah bengang sekarang ini...Sudah dekat tetapi seakan jauh. Kalaulah saya dekat..memang sudah sampai agaknya saya ke pej pos itu. Biar saya cari sendiri..Aduhai....Kenapa payah sangat ni? SABAR...SABAR....SABAR....

China vs Malaysia


Salam...

Akhirnya kita tahu milik siapa Piala Thomas kali ini. Ya..pemiliknya masih sama. Tetap tidak berubah sejak beberapa tahun yang lalu. China terlalu hebat untuk dikejar oleh pasukan Indonesia..apatahlagi..Malaysia yang begitu beria-ia mahu merampas kembali setelah kehilangan piala itu selama 18 tahun.
Saya bukan tidak patriotik dan bukan saya mahu memperlekehkan kemampuan pasukan Malaysia, namun tak payahlah memdabik dada mencanang satu Malaya, bahawa Piala Thomas itu akan dirampas semula kalau corak permainan semuanya menjadi sebegitu rupa. Melihat corak permainan Indonesia semalam lebih-lebih lagi pasukan beregu mereka...Setiawan dan Kido..ternyata bukan lawan kita. Tahap permainan pemain kita begitu jauh ketinggalan.  
Kalaulah kita masih menggekalkan corak yang sama...saya yakin sampai bila-bila pun Piala itu tidak akan tiba ke tangan Malaysia.
Melihat perlawanan semalam..saya terfikir..apa yang dilakukan oleh jurulatih China dan Indonesia sehingga pemain mereka menjadi begitu hebat sekali? Apa yang mereka lakukan? Latihan apa yang mereka jalankan? Jati diri bagaimana yang mereka terapkan sehingga menjadikan semangat juang mereka begitu tinggi.
Ada apa dengan pasukan kita? Apa yang berlaku sebenarnya? Saya melihat sepanjang perlawanan...apa yang boleh saya simpulkan...pemain kita manja...mudah putus asa...kalah dengan tekanan dan apa yang paling penting istilah BERJUANG HABIS-HABISAN itu tiada dalam diri mereka.
Mereka kalah sebelum berjuang..malah semasa baru memasuki gelanggang, mereka sudah tewas sebenarnya...
Apa pun berbalik pada diri kita. dalam hati kita. corak pemikiran kita. Orang boleh kata kita lemah..orang boleh kata kita bodoh..orang boleh kata kita apa saja tetapi bagaimana kita menerima segala kata-kata orang itu yang penting. Orang hanya boleh tewaskan kita andai kita membenarkan mereka menewaskan diri kita sendiri.
Berbalik kepada kekuatan pasukan China semalam....mereka boleh tewas sebenarnya. Terbukti pasukan Uber mereka tewas pada korea selatan. Tetapi...kalau awal-awal lagi kita sudah meniup mantera tembok besar China sukar ditewas...jadi kita tewas.
Namun...walaupun berat untuk saya katakan..China membina tembok besar itu sebagai kubu untuk berlindung serangan daripada puak Mongol. Pembinaan pada masa 200 SM itu masih kekal sehingga kini. China bukan sekadar membina tembok yang sukar ditawan secara nyata..namun mereka juga membina pertahanan yang cukup tinggi dalam jiwa rakyat-rakyat mereka. Pertahanan yang cukup sukar digugat oleh mana-mana negara. Tengok sahajalah penguasaan China di pentas sukan dunia...
Kalau kita tidak mampu menjadi seperti pemain China..cukuplah kalau kita juga mempunyai semangat juang seperti mereka.
Tahniah China..anda memang layak untuk bergelar juara. Untuk Malaysia...Kita perlu BERUBAH....

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru...CIKGU

Salam...

Hari ni hari guru. Semua orang tahu itu. Saya juga tidak mahu melepaskan peluang mengucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua cikgu yang pernah mendidik saya semenjak saya bermula di tadika sehingga saya tamat tingkatan 6 dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti. Jadi entri kali ini saya mahu tributekan kepada insan-insan penting yang berjaya membantu mencorak hidup saya seperti ketika ini.


Tahun 1984

Saya tadika di Bt 4, Port Dickson - Nama gurunya saya tidak ingat lagi tetapi apa yang saya ingat, saya cukup tension dengan kelas tadika saya kerana cikgu ini kerap mengadakan aktiviti yang memerlukan saya memakai baju kurung. Aduhai...saya semasa kecil lebih lelaki dari budak lelaki itu sendiri. Saya pernah ponteng kelas ( tapi kantoi dengan ayah bila dia jumpa saya tengah lepak kat bus stop)..hahahah... - ini sejarah ponteng saya yang pertama..di tadika lagi..bila diingatkan2 semula memang kelakar. Nanti saya ceritakan pada n3 yg lain bagaimana saya boleh ponteng sekolah tadika. Saya juga ingat saya pernah lari dari sekolah sebab tak tahan dengan baju kurung yang saya kena pakai. Saya rasa begitu azab menunggu waktu sekolah habis sehingga tidak sabar menunggu waktu perbarisan balik. Semasa cikgu suruh beratur, saya sudah melarikan diri....
Kalau  saya berpeluang berjumpa cikgu ini semula, saya akan katakan..saya tidak alergik lagi dengan baju kurung.


Tahun 1987-1989 ( Sek. Keb Long Jaafar, Kamunting)

Cikgu Mohd Hadri Hj Gadzali - Cikgu kesayangan saya walaupun saya pernah kena tampar dengan dia sudah terlalu banyak kalau hendak dikira sebenarnya. Dia menjadi guru kelas saya dari darjah 3-6.
Perangai tomboy saya memang kekal sehingga ke sekolah. Saya ingat lagi dengan baju pinafour dengan rambut kontot saya bersama teman baik yang juga membawa gaya yg sama. Kami ini antara dua tomboy yang terkelas dalam kelas..sebab suka cari pasal dengan budak2 lelaki. Cikgu Hadri memang pening nak melayani karenah saya yang suka bergaduh. Kelas selalunya tertangguh sebab cikgu kena selesaikan masalah saya dulu.
Ya...kalau hendak dikira...memang banyak kali saya kena tampar dengan cikgu ini...(bukan tampar kuat...tampar2 sayang aje..hahah)...tetapi walaupun saya kena tampar..sya tetap hormat cikgu ini...dia antara cikgu yang betul2 ambil berat ttg saya. Dia sanggup hantar saya pulang ke rumah semasa kami kena bergotong royong...perkara yang tak pernah dibuat pada pelajar lain. Dia datang kerumah saya waktu malam semata-mata nak memberitahu majlis yang sepatutnya berlangsung lusa dipercepatkan pada keesokkan harinya.


Tahun 1990 ( SRB Mejar Jeneral Dato' Ibrahim, Kuching)

Ist time saya ke Sarawak...darjah 6. Cikgu kelas saya lelaki..tapi saya lupa nama dia. Dan saya tak suka dia. Ist time juga saya kena pakai baju kurung dan tudung ke sekolah. Saya sempat bersekolah sebulan di Long Jaafar masa darjah 6 sebelum berpindah ke sarawak. Tetapi kebanyakkan masa saya memang ponteng sebab saya boikot sekolah sebab pelajar darjah 6, kena pakai baju kurung dan tudung. Aduh..saya dan faridah..memang protes abis-abisan...pakai baju kurung tak apa lagi...nak pakai tudung...mak ai....
Berbalik pasal cikgu lelaki ni...tak taulah kenapa dia mcm anti dengan saya...mungkin sebab saya tak secantik patricia Farrah yang dilukiskan potretnya..atau mungkin juga saya ni kasar dan selalu melawan cakap dia..dia pernah halau saya dari kelas. Dia suruh saya berdiri di luar tapi saya tak nak. dia jerit kat saya suruh saya keluar..tapi saya degil..tetap duduk kt tempat saya..akhirnya dia sendiri pun tak boleh kawal marah dia..terus dia tarik saya dan letak saya kt luar kelas..aduhai...

Cikgu Azmi Ayob
Cikgu Sukan saya yang mana sekarang ini jadi abang ipar kawan baik saya. Masa tu cikgu nilah yang paling hensem sekali kt sekolah. Kawan saya budak sarawakian ni dia memang minat habis dengan cikgu Azmi ni. Aduh..budak darjah 6 syok kat cikgu. Tapi kawan saya ni badan dia macam budak tingkatan 3..memang tinggi dan besar. Pendek kata...mmg orang tak akan percaya kalau cakap dia darjah 6. Jadi..setiap harilah saya terpaksa menemani kawan saya ni  mengintai cikgu Azmi setiap kali dia datang ke sekolah...heheheh...ada ka patut...


1991-1992 ( SMKA MATANG 2)

Siapa sangka saya bersekolah agama? Hmmm..masa lepas keluar result upsr..cikgu pun mengedarkan borang2 kemasukkan ke asrama penuh dan sekolah agama. Saya memang tak berniat pun nak masuk asrama. Tak pernah pun terfikir kat kepala ni nak duduk asrama. Jadi saya tak pedulikan langsung kata2 cikgu. Saya tak cakap dengan ayah sebab saya tahu kalau saya cakap, saya akan suruh saya mohon. Jadi baik saya diamkan saja. Tapi...anak buah ayah saya di kem yang memberitahu ; " anak tuan tak minta sekolah agama  ke...borang dia dah lama keluar...nak lepas pun tarikh tutupnya..anak saya minta juga..." Balik rumah..ayah marah saya sebab tak cakap...terus ayah pergi jabatan pelajaran nak mengambil borang. Walaupun permohonan dah ditutup tapi borang saya diterima juga...dan beberapa minggu lepas tu, anak buah yang sama cakap pada ayah saya..." tuan, saya dah check..anak tuan dgn anak saya dpt sekolah tu..." Duh...saya dah panik...dahlah asrama..sekolah agama plak tu...
Kat sekolah ni..saya dengan guru biasa2 saja. Tak adalah yang begitu rapat sangat. Cuma saya rapat dengan isteri ustaz saya. Masa tu saya form 2..isteri ustaz baru 19 tahun...cantik sangat...setiap petang jumaat saya lepak umah dia sebab nak tgk hindustan...hahahha. Dia pun mmg sentiasa tunggu kedatangan saya...


1993 (SMKA SHEIKH HJ MOHD SAID, SEREMBAN)
Saya hanya setahun sahaja di sekolah ini. Tetapi saya masih ingat uztazah Mahaya yang mengajar saya bahasa Arab. Saya bila time subjek ni memang saya cukup takut. 1. sebab saya lemah Arab. 2. Sebab ustazah Mahaya suka panggil nama saya. Memang tak sah kalau nama saya tak dipanggil untuk menjawab atau menulis di papan hitam. Saya ingat lagi selain nama saya, nama kawan baik saya( yg abang iparnya cikgu azmi itu), Noory Saadah memang selalu saja disebut. Kalau tak nama dia, nama saya yg akan disebut dulu. Pendek kata..tak sah kalau ustazah Mahaya ni tak sebut nama kami berdua.
Yang kedua..Cikgu Karthigesu - beliau ini coach bola tampar saya. Saya ingat dia sebab dia tak reti nak menyebut nama saya. Sudahnya dia panggil saya Mars...(mcm coklat tu).hahaha..

1994-1997 - STPD
Saya lama ni disini...dari fom4 - form 6. Akhirnya berjaya juga saya mengeluarkan diri dari sekolah asrama.
Cikgu Rabiah :  Cikgu BM. Yang mula-mula sekali mengesan kebolehan saya dalam penulisan. Dia pernah membantu saya memasuki pertandingan penulisan mengenai negara Korea Selatan peringkat kebangsaan masa saya di lower six. Dia yang menyuruh saya masuk..Walaupun tak menang, tapi di situ...saya tahu mana minat saya mengalir sebenarnya.

Cikgu Abdul Rahim : Cikgu yang meninggalkan efek yang paling dalam bagi saya. Cikgu yang paling saya sayang. Mengajar saya kesusasteraan Melayu dan Sejarah Islam di form 6. Saya jatuh cinta dengan sastera dan penulisan dengan lebih mendalam apabila berjumpa dengan cikgu ini. Cikgu ini juga mempunyai nama pena sebagai PAK TAM...dia juga seorang sasterawan sekolah...selalu menghasillkan puisi yang mengisi majalah sekolah...saya suka membaca karya2nya....Saya katakan pada kawan saya..kalaulah saya tahu beginilah dia mengajar, saya sanggup meninggalkan kelas sastera inggeris saya untuk masuk ke kelas sastera melayunya semasa form4-5. Saya cuba mencarinya namun dengar kata dia sudah berpindah sekolah...sayangnya..bila saya ke PD...bila lalu di STPD ini...terus saya jadi terkenang pada dia..pada kesungguhan dia memberi ilmu pada kami semua...


1999-2001 ( UITM SHAH ALAM)
En. Norman Masrek mengajar kelas System analyst.  Dia, saya lihat seperti LIN DAN...angkuh..kerek...bangga...tapi saya tetap suka pada dia. Pertama kali saya berjumpa dengan dia...memang meninggalkan kesan. Dia menunggu kami di kelas. Dia lecturer tiba dahulu dari kami studentnya...dengan wajah yang sedikit sombong..dia menerangkan kejayaannya menjadi pelajar diploma, degree dan master terbaik di kelasnya. Pertama kali..memang saya terkejut..amboi berlagak nak mampus laki ni..tetapi semakin hari..kelas dialah yang paling saya tunggu2. Saya tahu kenapa dia begitu. Dia mahu mencabar kami semua untuk menjadi seperti dia...dia mahu kami mendapatkan apa yang kami mahukan...heheh...untuk projek final year...saya dan 2 orang grup saya membuat sistem untuk kedai cermin mata di Plaza Alam Sentral. untuk Projek ini kami semua mendapat A...wah bangganya saya. sebab memang susah nak dapat A untuk kelas dia..tapi apapun..walaupun ramai yang tidak suka dengan dia..tapi masa tu saya ada rasa sikit angau pada dia..hahahaha


Itulah sedikit sebanyak tentang mereka yang bergelar pendidik yang masih saya kenang sehingga kini. Walau apa pun saya tetap menyanjung tinggi arwah ayah dan emak saya yang saya rasa PENDIDIK yang paling hebat yang pernah saya temui. Tiada siapa pun yang mampu menyaingi apa yang telah ayah dan emak lakukan kepada saya dan adik beradik yang lain....



( GURU OH GURU - USMAN AWANG)

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Rurouni Kenshin - SAMURAI X



Cerita yang saya tengah layan sekarang ini. Susah sangat nak tengok kat tv. Dulu-dulu pernah ditayangkan kt tv 2 tak silap saya...tengah best2 saya ikuti siri ni, tiba-tiba lenyap tanpa berita. RTM ni kadang-kadang memang menyakitkan hati. Sudah banyak kali cerita bersiri yang saya tengok sometimes hilang macam itu saja. Lepas tu baru-baru ni, saya lihat cerita ini ditayangkan di saluran ANIMAX astro 715. Setiap pukul 6.30 petang. Alahai bertembung dengan siri ADAMAYA lah pulak. Tetapi oleh kerana saya sedikit sakit hati dengan watak MAYA berselingkuh dengan DANI...jadi saya menonton cerita samurai x ini. Sampai emak saya kata..cerita ADAMAYA ni setengah jam ke..hahahhah..( saya hanya buka pada pukul 7).
Oleh kerana cerita ini diulang kembali pada 9.30 malam, saya beralah dengan emak...(hahahha). Tapi saya tetap tidak berpuas hati. Cerita ini tak pernahnya saya dapat tengok dari siri pertama hingga akhir. Selalunya sudah sampai pertengahan. Jadi...minggu lepas, saya ke kedai cd di Taiping Sentral...tak berniat pun mahu membeli dvd ini tetapi bagaikan tersurat pula...tiba-tiba dvd ini memang betul-betul berada di hadapan saya..jadi..nak tak nak, saya terpaksa beli...hahaha...
Mak saya kata..tak sangka pula saya ni minat kartun...hahahah...saya ini bukanlah semua kartun pun saya rembat. Macam cerita korea dan jepun ataupun apa sahaja ceritalah. Saya tidak tangkap muat..Apa yang saya suka memang saya suka betul-betul....
Menonton Kenshin Himura dalam samurai x ini, seperti biasa saya akan imagine macam manalah nanti saya hendak melukis watak hero saya yang akan datang. Kalau Kenshin ini digelar Battosai the Menslayer dengan pedang mata terbaliknya...hero saya mahu pegang apa? hahahaha.....

Friday, May 14, 2010

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

Salam...

Hari ini Hari Jumaat. Hari yang penuh keberkatan. Hari yang dimana kalau boleh...saya mahu apa yang berlaku hanya baik-baik sahaja. Tetapi hari ini bermula dengan panggilan editor saya yang mengatakan manuskrip yang sudah saya edit masih belum sampai ke tangannya. Saya pelik kerana saya menjangkakan hari Khamis sudah seharusnya tiba di pejabat Alaf 21.
Saya telefon bahagian pos laju di pejabat pos Taiping, untuk bertanyakan status penghantaran. Pada hari selasa..saya membuat penghantaran kepada 2 tempat. satu di Shah alam dan satu lagi ke Melaka. Bungkusan yang saya kirimkan ke shah alam itu sudah diterima oleh pihak mereka, sedangkan Di Melaka, bungkusan saya masih tersekat di pejabat pos Alor gajah.
Selepas itu saya call editor balik dan dia mengatakan dia menerima bungkusan lain dan bukannya manuskrip saya. Aduhai...kepala saya sudah mula berpinar. Saya tahu pejabat pos Kamunting sudah melakukan kesilapan dalam menghantar 2 bungkusan saya itu. Bungkusan ke Melaka tiba di Shah alam dan Bungkusan yang sepatutnya tiba di Shah Alam..tersekat di Alor Gajah.
Saya menelefon kembali pejabat pos Taiping untuk menyelesaikan masalah itu dan mereka berjanji akan membantu saya menjejaki kembali manuskrip itu supaya dapat dihantar semula ke Shah Alam. Ya...Tetapi saya tidak suka duduk sahaja menunggu mereka menyelesaikan masalah yang tidak sepatutnya dilakukan. Saya cuba menjejaki sendiri manuskrip saya itu. Bila saya mengadu pada pejabat pos besar di Melaka..mereka kata akan menolong saya...Saya minta nombor telefon pej. pos Alor Gajah...saya telefon berulang kali...sama ada tak angkat ataupun enggage. Aduh...saya sudah naik darah. Geramnya saya apabila memikirkan mungkin staf di sana sengaja tidak mahu menjawab panggilan telefon. Buktinya..setiap kali saya menelefon dan ada nada dail..tetapi pihak disebelah sana akan cuba reject panggilan saya. Namun saya ni tidak kenal erti putus asa..saya telefon lagi..mereka tetap macam itu juga...angkat tetapi tak nak bercakap..dan mereka cuba memutuskan talian tetapi tidak berjaya apabila saya tetap memegang gagang.
Last sekali, saya bersuara..." jawablah..." dengan suara yang agak keras..dan seorang lelaki menjawab panggilan saya.
Kalau ikut kepala saya yang sudah hampir bertanduk masa tu, memang mahu saja saya meluahkan rasa marah saya...( saya tak pandai marah sambil maki..cuma kalau saya marah....suara saya akan menjadi keras dan tegang..hahahaha)...
Saya minta mereka mencari kembali manuskrip saya..dan confirm manuskrip saya terlantar jauh ke Melaka.
Saya call pejabat pos besar sekali lagi memandangkan pejabat di Alor Gajah tidak boleh membuat apa-apa tindakan tanpa kebenaran pej pos besar. Saya call dan meminta mereka menghantar manuskrip saya ke Shah Alam...mereka tanya adakah saya mahu membuat aduan...kerana kalau saya mahu membuat aduan..saya terpaksa membuat aduan bertulis kepada pihak mereka.
Kata saya...saya tak ada masa nak buat aduan..saya hanya nak manuskrip saya sampai dengan selamat ke Shah Alam. Walau apa pun yang terjadi..saya mahu mss sampai ke tangan editor saya.
Esok saya akan menelefon lagi untuk bertanyakan status...saya beri mereka peluang untuk membetulkan kesilapan mereka. kalau mereka masih belum bertindak....hahahaha...memang nak kenalah jawabnya....
Sya sendiri tak tahu macam mana kesilapan itu boleh berlaku...ya...saya faham..kesilapan kadang kala tidak disengajakan. tetapi manuskrip yang saya hantar itu tebal dan besar. Alamatnya pula saya tulis dengan marker pen di atas kertas a4...saya yang rabun inipun boleh membaca tulisan itu. Inikan pula kakitangan yang memang selalu menjalankan tugas berkenaan. Nak kata waktu tu ramai orang sampai dia sendiri kelam kabut..memang tak..cuba saya salahkan dia sebab tak berhati-hati membuat kerja. cuai...leka...aduh..bermacam-macam lagi saya kata sebab geramkan lelaki yang menguruskan kiriman saya itu....
Lepas ni saya dah taubat..malas nak ke pej pos kamunting lagi...lebih baik berurusan di pej pos taiping yang lebih mesra pelanggan....

p/s - kalau selepas ini..memang benar pej pos kamunting itu terbakar..itu hanya kebetulan sahaja ya...luahan ini sebagai alibi saya..sekiranya kebakaran itu benar2 berlaku..hahahahah

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...