Friday, December 19, 2008

lagi emel pembaca

Assalamualaikum Dhiya,
I wish to congratulate you on your 1st novel! You have your own style in writing. Something new...different and unique,that i find lacking in some new writers.You have the potential of a good writer.I have just finished reading your novel and i find it very interesting and touching....
Its been a long time since i read a Malay novel that i do not want to stop reading.(rase nya macam dah bertahun) Mostly i read english novel.Reading your novel reminded me again how much i loved to read malay novels. Anyway,thank you so much for the wonderful novel...and for the wonderful time ive enjoyed with Taufik and Alia..Hopefully you will write more. Will be looking forward for your next book!!All the best to you!
Wassalam,
shahariah
p/s - Ya ALLAH pinjamkan aku sedikit kekuatan untuk menyudahkan manuskrip terbaru ini. Oh Tidak!!!!!

Wednesday, December 17, 2008

emel pembaca

Salam...

Aku terima emel ini sepuluh minit yang lalu.

Assalamualaikum...

Pertamanya tahniah sebab telah menghasilkan 2 buah novel yang sangat menarik dan seronok dibaca. Saya selesai membaca novel yang pertama KUDAMBA BAHAGIA. Penat saya menangis. sedih dan sendu... Saya bagi 5 stars untuk novel ini. Mulanya saya tidak pelik sangat kalau novel ini best, sebab kebanyakan novel pertama yang dihasilkan oleh penulis baru memang best...idea banyak lagi, mencurah-curah.

Saya baca pula novel kedua RINDU BELUM BERHENTI. Ada kelainan berbanding dengan novel yang pertama. Sangat bagus jalan ceritanya. Happy ending...Bukan nak memuji tapi betullah tu... Jangan terlebih sengih pulak... Novel inipun saya bagi 5 stars.

Kini saya menanti novel yang seterusnya... bila agaknya? Harap ada lagi kelainan dalam berkarya...

From:
SALBINA BINTI MOHAMAD@AWANG
p/s - Alahai Salbina, saya sudah senyum sampai ke telinga malah berlebih2 lagi. Inilah yang membuatkan azam saya semakin kuat. heheheh..terima kasih ya.

Tuesday, December 16, 2008

corat coret

Segala macam maklumat yang aku kumpul untuk menulis RINDU BELUM BERHENTI.


Aku teringin untuk menulis watak hero yang pandai bertukang.(kiri) tetapi sehingga sekarang masih belum ada. tetapi gambarnya juga sudah aku simpan. hahahah

Inilah lelaki yang kerap kali aku lihat apabila menulis watak Izz Karami@ Zack dalam RBB. Aku tidak kenal siapa dia. Aku menyimpan gambar ini dari tahun 2000 melalui kalender yang aku dapat semasa membeli t shirt. Gambar ini aku simpan rapi kerana aku memang berniat untuk menulis tentang watak hero yg pandai bermain senjata. kebetulan lelaki ini juga sedang memegang senjata. apamacam? hehehhe
Salam....
Semalam aku diserang rasa mengantuk yang keterlaluan. pukul 10 aku dah naik atas katil namun puas aku memejamkan mata namun mata ni tetap tidak mahu lelap. Hati memandang sahaja laptop tapi keinginan untuk menulis malam itu zero. Alahai nampak gaya kalau begini hasrat hati nak sudahkan mss dalam bulan Disember ni jugak tidak kesampaian. huhuhuu...

Oleh kerana mata tak mahu lelap aku mengambil keputusan membelek-belek segala khazanah yang aku simpan sepanjang aku menulis RINDU BELUM BERHENTI. oh dah berabuk kotak biru aku tu. iyalah tersimpan bawah katil. fail-fail n maklumat KUDAMBA BAHAGIA dan RBB memang aku simpan sebagai kenang-kenangan. Ialah macam semalam semasa membelek2, terkenang zaman kepayahan membuat kajian mengenai cerita dan yang penting sekali watak. heheheh...subjek favourite aku tu.
Setengah penulis suka mengambarkan karakter hero n heroinnya seperti bintang filem. Aku tidak suka dengan pendekatan itu sebenarnya. Sebab jika sesuatu karekter itu mengambarkan wajah pelakon yang aku kureng gemari jadi minat untuk membaca akan hilang. jadi kalau boleh aku akan elakkan cara ini. namun aku tidak menghalang jikalau ada mana-mana penulis menggemari cara ini. ya...masing-masing punya pendapat dan prinsip tersendiri. Apabila disuruh memandang keluar ada yang melihat langit. ada yang melihat tanah dan ada juga yang tidak nampak apa-apa. jadi masakan boleh aku merasa tidak puas hati sekiranya insan lain tidak melihat apa yang aku lihat kan...
Sebenarnya aku juga menggunakan pelakon2 kegemaran aku sebagai rujukan untuk watak dan perwatakan. cuma aku tidak nyatakan secara direct di dalam novel. Dalam KUDAMBA BAHAGIA aku mengambarkan Julia Ormond yang melakonkan watak Susannah Fincannon Ludlow dalam cerita LEGENDS OF THE FALL semasa menulis watak Alia. ( Aku bukan gambarkan bentuk wajah ya, aku cuma gambarkan karekter, cara lakonan, cara tangisan dan cara dia bercakap). Kalau anda turun meminati pelakon ini, anda akan tahu apa yang aku maksudkan.
Watak Adni dalam RBB pula aku aku tulis apabila melihat lakonan Julia Roberts dalam Erin Brokovich dan Jennifer Garner sebagai Sidney Bristow dalam siri ALIAS. walaupun Adni tak seganas dan selincah sidney namun aku pinjam sedikit ketegasan, tekad dan keazaman dua watak ini.
Untuk novel seterusnya, siapa agaknya watak aku ya...hmmmm....

Wednesday, December 10, 2008

oooo...i'm half way there....ooooo

Salam...
Sehari sebelum Hari raya Korban aku text editor aku untuk mengucapkan selamat hari Raya kat dia. Tup tup aku dapat soalan dari dia yang berbunyi " Novel terbaru ada tak?".
Tertelan air liur aku sekejap. Dengan konfidentnya aku reply ..." Tgh pulun ni. Insyaallah kalau siap hujung bulan ni akak antar. KALAU AJELAH ya....heheheheh..."
hmmm...seminggu diserang demam yang agak teruk menyebabkan seminggu itu jugalah mss aku tidak bersentuh. Cerita sudah aku tulis separuh dan tinggal separuh lagi untuk disiapkan. bermesej dengan lynn dan berym dengan laila selalunya bab inilah yang menjadi tajuk perbualan. seringkali aku cakap pd mereka yang kali ini mss aku hampir hendak siap n yet yang nak siap itulah terasa mcam banyak lagi yg hendak ditulis.
Disember sudah 10 hari berlalu. agak-agaknya sempat ke aku menghantar mss baru pada editor hujung bulan ni? hmmmmmmmm

Selamat Bertunang








Salam....

Sambutan Hari Raya korban tahun ini menyebabkan sesi rumah aku kelam kelibut dengan majlis pertunangan kakak aku. Walaupun tahun ini 6 ekor lembu dikorbankan di tempat tinggal aku namun kemeriahan untuk sama-sama terlibat dalam acara korban itu tidak dapat dirasai sepenuhnya lantaran kami sibuk dengan majlis ini.

Tarikh 8 Disember 2008 kakak aku selamat menjadi tunang orang. Emak pula kata, inilah hadiah hari jadi yang terbaik dalam hidupnya. (besday mak 7 Dis). Bagi aku dan adik beradik yang lain, kami hanya mampu menadah tangan memanjat kesyukuran kepada YANG MAHA ESA. Aku yakin setiap manusia berhak untuk berasa bahagia. Dan bahagia itu sendiri datang dalam pelbagai cara dan kejadian. dan bahagia kakak aku datang setelah banyak kali dikecewakan.

Kepada Metty & Mahazir, Tahniah.

Thursday, November 27, 2008

Padamu Aku Bersujud - Afghan

Kumenatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
~{}~
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
{}
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
{}
Ampuni aku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
{}
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
{}
Ampuni aku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud padaMu
ooOOOoo

Sunday, November 23, 2008

Hari Persandingan - 21 November 2008, Baling Kedah

Anak-anak dara dan mak dara Hj Mohd Nor dan Hajjah Ramlah. Menunggu masa untuk ke rumah pengantin. perjalanan yang memakan masa 3 jam menyebabkan masing2 keletihan.


Rombongan dari Taiping dan Alor Setar, dengan lima buah kereta dan sebuah van. hmmm...cukup gamat dan meriuhkan. bertambah lagi dengan keletah anak-anak kecil...bayangkanlah....

Apalah yang lucunya Husna? Ijat konon-kononnya control macho. Sememangnya panggilan yang diberikan oleh anak2 saudara padanya ialah pak cho ( Pak MACHO) atas permintaannya sendiri, rupanya kekal sehingga sekarang sehingga Husna turut dipanggil Mak Cho...hahahahah. boleh gitu?



Merpati dua sejoli. Hai mak...anak2 bujang mak semuanya dah jadi suami orang. Mujurlah adik lelaki aku hanya 2 orang sahaja. Kalau ramai sahih semunya kahwin dulu dari aku...huaaaa....isk....isk...



Friday, November 21, 2008

Felicidades ( Tahniah)




Salam...




Aku hendak mengucapkan tahniah kepada kakak aku Mariyati Hj Mohd Nor kerana telah dianugerahkan dengan ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2007.
Tahun ini aku anggap tahun yang terbaik untuk kakak aku, setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Iyalah bukan senang orang nak bagi sijil perghargaan kecemerlangan dan wang RM 1000 kalau memang kita tidak berkelayakan. Kalau diizinkan Allah, akan ada dua berita terbaik untuknya lagi selepas ini. Tetapi eloklah kalau aku umumkan kemudian.
Walau apa pun aku turut bergembira dengan segala pencapaiannya. Has eligido como una empleadora excelente para el ano de 2007


p/s - Gambar di atas diambil di Kensington Park & Kesington Palace London. Kalau anda ingat 2 ekor swan di cover Novel Kudamba bahagia, inilah dia. Tempat ini juga yang selalu dikunjungi oleh Adnan Taufik dan Sarah semasa mereka berada di sana. hehheeheh...

Happy Birthday...LYNN DAYANA

Happy Birthday Myspace Comments


MyNiceSpace.com

Thursday, November 20, 2008

Apa ada pada nama?

Salam...
Aku ada terbaca di dalam sebuah forum yang membincang mengenai penggunaan nama boombastik di dalam novel. Aku juga seorang pembaca. Sebelum menjadi penulis, aku terlebih dahulu membaca beratus atau mungkin beribu buah novel. Dan sebagai pembaca aku turut sama sependapat dengan pembaca-pembaca ini yang kelihatannya sedikit terganggu dengan penggunaan nama watak yang begitu canggih manggih dan moden. Aku juga berasa 'jelek', 'mengarut' , 'meluat' (sekadar meminjam istilah2 yg digunakan mereka) apabila membaca nama watak terutamanya hero dan heroin begitu boombastik. Nama yang begitu panjang dengan ejaan yang entah apa-apa dan ditambah lagi dengan gelaran ( sekiranya ada spt tengku, puteri, etc) menyebabkan penumpuan terhadap buku juga semakin berkurangan.
Tetapi sebagai penulis, mungkin mereka juga mempunyai alasan untuk menggunakan sesuatu nama itu. Aku tidak menyalahkan mereka seratus peratus. setiap apa yang berlaku pasti mempunyai alasan n sebab yang tertentu. Begitu juga dengan pemilihan nama seperti ini.
Secara peribadi, aku juga sukakan nama-nama yang sebutannya indah-indah. Yang mampu menggambarkan karekter yang dilukiskan. Aku cuba memilih nama yang cantik tetapi tidak keterlaluan untuk watak aku. Aku sukakan nama berangkai. mungkin kerana dilahirkan dengan nama yang agak pendek dengan 3 suku kata menyebabkan aku menyenangi nama-nama yang lebih panjang...( hahahahah)
Dalam Kudamba Bahagia, aku menggunakan Alia dan Adnan Taufik. Kebanyakkan nama yang aku guna, aku ambil dari orang2 yang aku kenali. Kecuali Alia, kerana aku tak dapat fikirkan nama lain untuk menggambarkan karekter Alia yang lembut, seperti namanya.
Adnan Taufik pula nama abang senior yang aku kenal masa di sekolah asrama di Sarawak. bezanya ejaan nama AT itu lain. cuma sebutan sahaja yg sama. Aku semenjak dari sekolah, dah aim nama abang ni. Akhirnya nama Adnan Taufik muncul juga. Azhar Ahmad yang menjadi peguam Alia merupakan nama abang ipar aku. manakala Sarah Nabilah pula nama anak saudara kawan aku.
Dalam RINDU BELUM BERHENTI pula wataknya Adni Zuhayra diambil sempena nama anak saudara aku Nurin Zuhayra dan Izz Karami pula nama adik Nurin iaitu Izz Zayyad Haqeemi.( aku yg beri nama ni pada dia).
Hadiff kawan baik si Adni juga nama anak saudara aku juga. Hadiff Najmi.( aku jugak yg beri nama ni).
Sebab itulah bila keluarga membaca novel aku semuanya komen " Tak ada nama lain ke yang hang nak guna? Semua nama anak beranak hang nak guna." hmmmm....apa salahnya kan? Bagi aku nama2 tu semuanya indah dan yang pentingnya berangkai. Dan aku tidak rasa nama watak yang aku gunakan ini terlalu boombastik. Biasa2 saja cuma indah kedengarannya. tak gitu?

Wednesday, November 19, 2008

jawab tagged hezzy

TAG - The face reveal -

1.take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now
2.don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture
3.post that picture with NO editing
4.post this instruction with your picture
5.tag 10 people to do this.


Ni gambar masa aku kursus kelmarin. gambar tak clear sebab ambil dengan camere phone. itupun aku cilok dari lela. hahahhah...yang clearnya gambar si lela.

Monday, November 17, 2008

apa-apa saja

Salam...

Di saat aku menulis n3 ni aku berada di Hotel Heritage Ipoh kerana ada kursus berkenaan dengan laman web. hmmmm....sepatutnya Isnin merupakan hari aku bercuti tetapi dah kena datang sini so...walaupun dalam keadaan terpaksa, hamba terpaksa menurut perintah.
Sekarang ni tengah break untuk lunch...aku dah selesai makan n solat so sementara menunggu sambung balik apalagi, aku ambil kesempatanlah memandangkan laptop disediakan dan kebetulan dah ada depan mata.
Esok aku akan ke USM nak ambil adik aku yang sudah hampir menamatkan pengajiannya. semester depan dia tidak akan berada di kampus memandangkan dia akan menjalani latihan praktikal. kalau tiada aral, dia akan bergelar pendidik satu hari nanti. Insyaallah. mengenangkan adik aku ni aku makin sedar dengan masa yang begitu pantas berlalu. sedar tak sedar hampir 4 tahun berlalu semenjak aku dan keluarga menghantar dia ke usm sebagai pelajar baru. dan 4 tahun itu juga bermakna usia aku juga bertambah sebanyak itu. hhuuhhuhu....Nak pitam mengenangkan perkara ini.
Apalah yang aku bebelkan ni ya...sebenarnya aku mengantuk. malas n berasa bosan dengan kursus ni. apa yang best kat sini ialah makanan dia best. hahahahah...
Semasa bukak blog ni aku tersenyum membaca komen di shoutbox sebelah. Buat Fauzan...salam perkenalan dari akak. n terima kasih kerana menyukai RINDU BELUM BERHENTI. Fauzan benar-benar membuatkan akak tersenyum. :)

Saturday, November 15, 2008

lagi suka-suka




You Belong in Amsterdam



A little old fashioned, a little modern - you're the best of both worlds. And so is Amsterdam.

Whether you want to be a squatter graffiti artist or a great novelist, Amsterdam has all that you want in Europe (in one small city).

suka-suka




You Are Picky When it Counts



Like most sane women, you want a great guy who will treat you well.

But you're also willing to put up with a few flaws in your Mr. Right

You should congratulate yourself on having a realistic approach to dating.

You probably have quite a few great guys you can date!

Tuesday, November 11, 2008

katak oh katak



Di bangunan inilah terletaknya objek katak bersama tengkorak itu. jenuh nak melangut memandang ke atas dan mencari. nasib baik nampak. hehehehe




Salam...
Gambar di atas itu merupakan antara fridge magnet yang berada dalam simpanan aku. Kenapa katak? aku bukannya penggemar makhluk ALLAH yang satu ini. Malah aku 'geli' dengan katak. Tapi aku beli juga. apakah sebabnya? heheheh...sebab kalau anda berada di Salamanca anda akan pasti terkejut dengan kebanjiran katak2 ini di sana. bukan bermakna bandar itu dipenuhi dengan katak hidup tetapi penuh dengan cenderahati yang berbentuk katak. kalau ada istilah teddybear...mungkin kita boleh pakai istilah teddyfrog. hahahah...
Fridge magnet yang dipanggil IMAN(singular) dalam spanish atau IMANES(plural) yang berbentuk katak memang popular habis di Salamanca. sana sini anda akan melihat katak2 ini tergantung di mana-mana. sebetulnya masyarakat di sini menganggap Katak sebagai pembawa tuah iaitu Suerte dalam hidup mereka.

Di salah satu bangunan Universiti Salamanca, ada satu objek iaitu seekor katak dengan tengkorak yang menghiasi dinding bangunan tersebut. tempatnya tinggi dan susah untuk diihat kerana tersorok dengan rekaan hiasan dinding yang lain. tetapi sekiranya kita dapat melihat katak dan tengkorak ini bermakna hidup kita akan bertuah.(ini kepercayaan mereka ya). dan jangan hairan kerana semua pelancong akan mengambil masa mencari dan mengambil gambar objek yg konon-kononnya membawa tuah ini. (kalau anda lihat di atas belah kiri, katak dengan skull..lebih kurang mcm tulah rupanya minus cap tu.

bagi aku kenapa aku beli imanes di atas...aku beli kerana katak tu nampak cute sesangat. tiada alasan lain. bagi anda yang sangat menggemari katak...silalah ke salamanca. anda pasti akan teruja dan bahagia.

Friday, November 07, 2008

nukilan hati...

Salam...
Semalam sewaktu aku hendak ke tempat kerja semula selepas lunch di rumah, ada orang memberi salam. Aku dengan emak terpinga-pinga sebab tidak mengenali tetamu yang datang itu. Selepas memperkenalkan diri, dan melihat dari jarak dekat barulah identiti sebenar tetamu itu terbongkar.
Aku masih tidak mengenali suami isteri yang datang bertandang itu. lantas emak bercerita, mereka adalah jiran kami semasa di N.9 hampir 20 tahun dulu. punya rapatnya mereka dengan emak dan arwah ayah sehingga emak menganggap mereka seperti adik sendiri. dan Pakcik Shafie dan isterinya makcik Fauziah beria-ia cuba membawa aku kembali ke zaman silam. oh...kepala aku buntu. nama mereka terasa seakan pernah didengar namun kenangan antara aku dan mereka masih pudar. cewah...aku memang tak ingat apa-apa.
" Sampai hati hang tak ingat pakcik Piee, Mardhiyah." Aduh...nama lengkap aku masih dingati sampai sekarang. Aku hanya tersenyum-senyum malu apabila keletah aku semasa kecil menjadi bahan bualan.

" Dalam banyak2 adik beradik hang, hang paling rapat dengan pakcik. Pakcik ingat lagi hang...dengan seluar pendek hang, sikat kat poket dok kena ligan dengan pakcik. hang tomboy dulu tau dak?" Hmmm...sejarah ketomboian aku memang aku tak pernah lupa. berapa banyak budak menangis kena usik dengan aku. kalau main kahwin-kahwin, part suami aku yang pegang....hahahahha.
" Dulu hang besarq lidi ja..." katanya sambil menunjukkan kelingking. aduh....pakcik bab ni janganlah diingatkan. aku tahu zaman aku kanak2 dulu aku seperti budak tak cukup zat. kurus melidi tapi sekarang...ayo....hahahahaha...dan bermacam-macam kisah lagi yang terbongkar.
Sebenarnya kedatangan mereka ke rumah kerana mereka baru mengetahui yang arwah ayah telah pergi. Emak pun aku lihat serba salah kerana bukan tidak mahu beritahu tetapi setelah lebih 20 tahun, masing2 terputus hubungan. Entah macam mana mereka dapat alamat kami tetapi yang pasti selepas ini, hubungan akrab yang terputus itu kembali terjalin.
Ya...ramai teman2 rapat arwah ayah semasa menjadi tentera dulu datang melawat. Ada yang dapat berita. ada yang tidak. dan ada yang datang bertanyakan benarkah berita yang mereka dengar.Emak beritahu semua kawan2 yang rapat dengan arwah. mana yang dapat dikesan, tahulah beritanya, mana yang tidak seperti Pakcik Shafiee ini walaupun hampir 2 tahun namun mereka tetap datang mencari.
Dalam diam aku cukup kagum dengan persahabatan mereka. Jarak dan masa tidak pernah menjadi halangan. alangkah beruntungnya arwah ayah kerana mempunyai sahabat2 seperti ini. dan aku tatkala menghantar tetamu istimewa ini pulang, tersentap melihat pakcik Shafiee menangis tiba-tiba. tidak perlu bertanya...tidak perlu hairan kerana aku tahu apa maksud air matanya yang bergenang.
Ya...kami semua masih rindukan ayah. Al -Fatihah.

Wednesday, November 05, 2008

yieha....ariba...ariba....

Aku pilih poster Jose Tomas ni sebab dia nampak gagah perkasa. memang terserlah ciri2 keheroan dia. hahahaha...untuk makluman korang Jose Tomas ni seorang matador yang sangat terkenal di Spain. boleh dikatakan selalulah berita dia ni keluar kat paper.

Aku punya masih tersadai di ofis kakak aku. setiap kali datang tg. malim aku mesti terlupa nak bawak balik. Last2 kakak aku suh tinggal sebab senang dia nak buat pameran tentang kebudayaan bangsa Sepanyol ni. hah...apa pun aku akan tuntut balik nanti.



Bila dah Frame baru terasa besarnya lukisan ni. hehehe..frame sendirian berhad punya hah..




Salam...

Kalau korang berminat nak buat poster ni ( ada banyak pilihan sebenarnya), banyak tempat yang ada( di Spainlah ya). Harganya 6 euro. Kalau di Pasar kat Madrid 6 euro tu termasuk sekali dengan cover dia. Aku buat ni di Granada. kena 7 euro sebab harga cover jual asing, 1 euro. Tak lama nak buat benda ni pon. dalam 5 minit dah siap. kalau sesiapa yang banyak duit tu bolehlah buat untuk family atau kawan2 pon boleh. hehehe. tapi pulus hulur dulu la....hahahahha


Thursday, October 30, 2008

alahai kopi




Salam....






Hari ni aku diserang sakit kepala yang amat sangat gara-gara minum kopi. Entah mengapa minuman kesukaan aku boleh mendatangkan mudarat pulak. dari semalam membawa ke pagi ni kira hanya 2 gelas sahaja yang masuk dalam mulut aku tapi seksanya sakit kepala ni hanya Allah saja yang tahu.



Sejak bila aku sukakan air kopi ni. hmmmm...rasanya dah lama dah. cuma dekat rumah je amalan minum kopi ni jarang berlaku. kalau dulu masa aku sekolah rendah minuman utama keluarga aku nescafe. lepas tu...masing2 mengadu sakit kepala terus mak tukar pada teh. kalau nak merasa kopi pun kena balik kampung sebab tok n arwah tok wan aku minum kopi je. jadi bila masa kami balik kampung memang tok kena bancuh dua teko. kopi n teh. aku apalagi, bila balik kampung memang teh aku tak pandang. selain aku, arwah ayah pun hantu kopi juga. bila sekali dapat je...nikmatnya...aduh...tak boleh cakap.



Kalau siapa tengok citer Gilmore Girls tentu tahu betapa addictednya si Lorelai n Rory dengan kopi walaupn secara nyatanya Rory tidak menyukai langsung kopi. ( dia minum air coke semasa shooting tapi diletakkan dalam cup kopi). Entah mengapa...tgk dua pelakon feveret aku ni hantu kopi aku pun ikut sama menjadi hantu wpun sedar diri aku ni tak boleh hardcore kopi sangat.hehehehehhe
Masa belajar dulu kopilah yang banyak membantu aku berjaga malam untuk study. kopi juga yang memberi tenaga stay up tgh malam untuk menaip novel.(konon2nya). dan sekarang, aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada kopiku. huhuhuhh....aku terpaksa menerima kenyataan bahawa aku tidak boleh amalkan sangat budaya minum kopi ni. sekali sekala untuk lepaskan gian mungkin...tapi untuk sekarang...aku ucapkan adios....huhuhuhuh

Sunday, October 26, 2008

Satu catatan perjalanan - SALAMANCA


Plaza Mayor yang sentiasa penuh dengan manusia. Walaupun mentari terik atas kepalan pon manusia2 eropah ni memang akan tetap bahagia menjemurkan diri mereka. awek baju biru belah kiri tu budak Korea. belajar sama dengan kakak aku.

Antara makanan yang popular di Spain. 'churros'. dicicah dengan coklat. rasanya pon biasa-biasa saja. kalau kat m'sia mungkin ada yang panggil kuih cakoi kot. ntahlah sebenarnyaada nama lain tapi aku tak ingat. bezanya kuih cakoi ni kita makan dengan sambal tumis yang ini dengan coklat.


Universidad de Salamanca. Hari pendaftaran pelajar





Universiti ni memang dalam pekan. so...kalau nak p jalan2..mesti kena lintas foyer ni n belok ke kiri.

yey...yey..dah sampai




Salam...
Aku tiba-tiba dihembus satu kekuatan baru untuk terus menulis. Alhamdulillah...hari-hari yang dilalui bertambah produktif. Ternyata menghadiahkan sesuatu pada diri sendiri merupakan usaha yang sungguh berbaloi sekali. Harapan dan tekad aku pastinya akan menjadi kenyataan. Insyaallah.

Wednesday, October 22, 2008

satu catatan perjalanan

Hari Pertama di Salamanca. Depan Asrama kakak aku.

Sesi Berjalan-jalan di Salamanca yang merupakan bandar yang agak kecil kalau nak dibandingkan dengan Madrid dan Barcelona. Aku sukakan suasana kat sini. best je dengan jarak yang dekat antara asrama dengan pekan. kanan kiri penuh dengan kedai2 macam dalam gambar ni. ala...gaya yang selalu kita tengok dalam filem kat tv tu. lagi satu bangunan kat sini memang cantik. Nak jalan2 pon rasa selamat.


Universiti de Salamanca. Antara Universiti bahasa terbaik dan tertua di dunia.


Permandangan dari bilik Komputer.( Kat sini dipanggil Informatica)


Plaza Mayor yang ada di setiap tempat.



Salam...

Membaca kisah Laila di Jerman mengingatkan aku kembali pada Sepanyol. Ya, sudah agak lama aku meninggalkan catatan mengenai perjalanan aku ke sana. Melihat keindahan Berlin dengan bangunan sejarahnya mula mengamit memori aku.

N3 terakhir dahulu aku berhenti di Barcelona ( parc guiel). Selepas menghabiskan masa selama beberapa jam di Barcelona, aku, kakak dan kawan kembali semula ke Madrid. Kami menaiki bas pada pukul 3.30 petang. Di stesen bas, perjalanan kami teruji apabila menyedari sekeping tiket bas kami hilang. Aku dah mula mengelabah, memikirkan driver bas tidak akan percaya dengan alasan kami. tiket bas ke bracelona berharga 50 euro dan jikalau membeli tiket satu hala sahaja harganya akan berlipat ganda tinggi.


Oh...aku tak sanggup membayar kembali harga tiket yang hilang itu. lalu dengan penuh tawakal, kami bertiga berserah sahaja kepada Allah. Nasib baik kakak aku masih menyimpan tiket pergi yang turut tertera tiket itu untuk perjalanan 2 hala. Tapi, segala kegelisahan kami itu terpadam apabila driver bas itu hanya membiarkan aku naik ke dalam bas tanpa bertanya apa-apa dan tanpa meminta tiket aku untuk diperiksa. Alhamdulillah.

Perjalanan yang sepatutnya memakan masa selama 7 jam itu menjadi bertambah lambat apabila bas berhenti 2 kali di R&R. ( setiap kali berhenti akan mengambil masa setengah jam)Di sini, R&Rnya tidak sama macam di Malaysia. kalau di msia, bermacam kedai2 yang menjadi pilihan n suasananya agak meriah. tetapi di spain ini, hanya sebuah kedai sahaja yang ada dan semua bas akan berhenti di situ. memang tidak pernah nampak kereta yang berhenti di sana.


Dalam bas, aku n kakak kembali mengelisah kerana kami harus sampai di Madrid sebelum pukul 11 mlm kerana hendak mengejar tren ke Salamanca pula. Sememangnya kami tidak membeli tiket lebih awal kerana menjangkakan perkara begini akan terjadi.


Kami sampai Madrid dalam pukul 11 lebih. sekali lagi adegan turun naik tren Metro dilakukan oleh kami. memang kelam kabut mengenangkan kalau tidak sempat naik tren, kami terpaksa menyeludup ke rumah Sabrina sekali lagi. Sampai stesen ketapi, ada perjalanan pukul 11.45 tapi kaunter dah tutup pukul 11 rasanya. Kesimpulan, kami memang tidak dapat ke Salamanca pada malam itu. Kakak aku terpaksa ponteng kelas untuk keesokkan harinya. kerana tiket paling awal ke Salamanca pada jam 8.45 pagi dengan perjalanan selama 2 jam setengah. Dalam hati timbul rasa tak geram. kalau tahulah ini yang akan berlaku, lebih baik stay kat Barcelona lebih lama dan tidak perlulah kelam kabut bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain...tapi apa boleh buat....

sekali lagi kami berlari berpatah balik mengambil tren untuk ke rumah Sabrina pula. jam hampir ke pukul 12.30. kalau kami lambat ada yang terpaksa tidur kat stesen metro. kami bernasib baik apabila sempat mengejar tren. Seperti biasa, aku dan kakak sudah pro dalam bab seludup menyeludup ni. ( Aku sempat masak Spageti untuk sarapan kami.)
esoknya aku dan kakak bertolak ke Salamanca. Kami akan berada di sana untuk 2 hari 1 malam sebelum bertolak ke Valladolid.

Subhanallah....







Tempat : Penerbangan dari Doha, Qatar ke Kuala Lumpur
Ketinggian : 38 000 kaki
Suhu : -50'c
Masa : 4-5.30 pm

Thursday, October 16, 2008

TAHNIAH



Salam...


Tahniah, seribu kali tahniah untuk Sahabat2 penulis, Laila Kamilia dan Lily Haslina Nasir dengan kemunculan novel baru mereka di pasaran. Semoga novel2 yang best ini akan mendapat sambutan dari semua peminat di tanah air. Kepada anda semua, jangan lupa mendapatkan karya terbaru novelis ini. Semoga anda semua terhibur.

Aku Risau....Aku Nak....?




Salam....

Aku risau. Benar risau. Apa nak jadi dengan aku sekarang ni? Kenapa aku jadi macam ini? Disember bakal menjelma tidak berapa waktu lagi dan aku masih termanggu-manggu mengenangkan manuskrip yang langsung tidak bersentuh. Oh...Tidak!!! Aku kena tekadkan semangat. Kuatkan azam.


Untuk itu aku nak hadiahkan diri aku sesuatu sebagai pendorong dan peransang. Aku perlukan laptop baru. Aku berkenan dengan sony vaio. Laila pon dah merasa pakai. Iyalah dia ada cik abang yang belikan. Aku? huhuhuhu...sekarang ni aku offer pada korang semua. sapa yang nak belikan aku Vaio warna biru satu? heheheheheheheheheh.....




p/s - Aku baru order laptop baru dari Dell sebentar tadi, warna midnight blue. n next week akan sampai. so...oklah. tak dapat vaio pon dapat Dell ok jugak. hmmmm..kalau dah dapat laptop baru tapi still malas menulis lagi tak taulah apa nak jadi.....

Wednesday, October 15, 2008

hezzy tagged aku

Rules:1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog
Starting time: 3.48pm
Name : Mardhiyah @ violet@ dhiya zafira
Sisters : 2 kakak n 2 adik
Brothers : 2
Shoe size : 5,6,7 ( bergantung pada jenis kasut)
Height : 151cm ( hahahah hezzy aku 1cm tinggi dari ko)
Where do you live : Taiping Perak
Have you ever been on a plane : Yup
Swam in the ocean : boleh2 sket2. asal kaki boleh jejak pasir kira confidentlah tu.
Fallen asleep at school : always
Broken someone’s heart : hahahhah...ada sorang masa study dulu2.
Fell off your chair : kadang2. dolo2 je la
Sat by the phone all night waiting for someone to call : yup esp kalau melibat hal2 family ni
Saved e-mails : depends pada email2 yang penting n best saja
What is your room like : penuh dengan rak buku. tak tentu. kejap bilik depan. kejap bilik belakang. kejap depan tv. kejap dengan mak...hahahhahahha
What’s right beside you: culculator. nak kira bajet nak p german tahun depan. hahahhahahahah
What is the last thing you ate : Nasi n lauk yang mak masak.
Ever had...Chicken pox : Believe it or not… tak pernah langsung.
Sore throat : Kadang-kadang. kalau demam selalunya kena sekali.
Stitches : masa umur 6 tahun. kat kepala.
Broken nose : tak pernah dan tak nak
Do you believe in love at first sight : apa pon boleh berlaku
Like picnics : suka
Who was/were...The last person you danced with : tak ada.
Last made you smile : tadi tgh sembang dengan staff kt lib
You last yelled at : ntahlah rasa ramai orang kena jerit semalam sebab aku bad mood.
Today did you...Talk to someone you like : sudah tentu
Kissed anyone : banyak...semuanya dibawah umur 3 tahun. heheeheeh
Get sick : Setakat ni, alhamdulillah… masih sihat walafiat
Talk to an ex : apa ex je ke? y z tak mau ke? hhehehehehe
Miss someone : Arwah ayah...
Who do you really hate: hmmmm...tak payahlah mention nama kat sini.hehehehhe
Do you like your hand-writing : tidak langsung. tulisan saya mcam doktor ayam.
Are your toe nails painted : Insyaallah tak akan pernah
Whose bed other than yours would you rather sleep in : hahahhaha...tak mau jawab boleh x
What color shirt are you wearing now : baju kurung jelah. keja gomen mana leh pakai2 tshirt2 ni.
Are you a friendly person : tak berapa sangat. kecuali dengan orang yg dah memang kenal.
Do you have any pets : tak ada.
Do you sleep with the TV on : jarang2
What are you doing right now : Menjawab soalan 'tagged' yang terlalu banyak ni.
Can you handle the truth : hmmmm...depends
Are you closer to your mother or father : rapat dengan dua2.
Do you eat healthy : hmmm...payah nak jawab ni....
Do you still have pictures of you & your ex : tak de
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : my family
Are you loud or quiet most of the time : ikut mood.
Are you confident : yup
5 things I was doing 10 years ago
1) jadi cashier kedai kek ( tunggu panggilan U)
2) Mulakan aktiviti menulis cerpen dengan aktifnya di kedai kek ( bila customer tak ada)
3) Masuk U.
4) kenal kedai buku uncle kat CM( untuk 3 tahun yang seterusnya jadi regular customer)
5) belajar, belajar dan belajar dengan tidak bersunguh2nya. (huwaaaaa)
5 things I would do if I were a billionaire
1) insyaallah sedekah banyak2
2) bawak family p Haji n melancong
3)bayar hutang
4) dapatkan semua benda yang tak dapat sebelum ni.
5) nak bukak bisnes
5 of my bad habits
1) moody
2)moody
3)moody
4)moody
5)moody...heheheh rasanya kalau aku terkena sindrom ni, memang terkeluarlah perangai2 aku yang tak semenggah tu.
5 places I've lived/living
1) Sabah
2) Sarawak
3) N. Sembilan
4) Bukit Mertajam
5)Perak( tg. malim n taiping)
5 people I tag
Laila, kak lily, fad, aleeya, shanika

Friday, October 10, 2008

Selamat Jalan Laila Kamilia

Aku, Aleya aneesa, bikash, shanika, hezzy, metty( kakak aku), kak eka, lynn dan kak Lina siap berposing. Aku masa ni baru je sampai dan belum sempat bersalaman lagi bila masing2 nak berposing dulu.


Masa ni kak Aida Adriani, kak lily haslina, rose harissa dah sampai.

Bergambar ramai2. Lily Suriani dan yang diraikan Laila pun ada.

Rancangan telah dibuat semasa majlis aku hari tu lagi. Masing2 sepakat menjadikan rumah kak Eka sebagai markas untuk mengadakan majlis perpisahan untuk Laila Kamilia yang akan ke Jerman. Infact, dia telah pun berangkat ke sana malam tadi.

Buat Laila dan keluarga, semoga selamat di sana. Adios, Arriverdeci, Jaa ne, Auf Wiedersehen, Au Revoir dan hasta la vista. rajin2lah kirim berita untuk teman2 di Malaysia ni. Kalau ada rezeki, boleh juga kami terbang ke sana...hehehehehe

Selamat datang orang baru

Salam...
Syawal sudah masuk hari yang ke 10. Aku dah start keja sejak semalam setelah hampir 10 hari bercuti. Ya, aku cuti panjang kali ini. salah satu sebabnya seperti yang korang tengok pada gambar di bawah. Majlis pernikahan adik lelaki aku yang berlangsung pada raya ke 3. Sepanjang aku bercuti aku diserang demam yang agak teruk sehingga raya pun terasa kurang meriahnya. Demam yang sekejap elok dan sekejap pula menyerang menyebabkan suhu badan aku turun naik. Mood nak tengok adik aku bernikah pon jadi kurang. iyalah, ahli keluarga yang lain sibuk2 mainkan peranan masing2 sedangkan aku, terjelepok je atas sofa.
Kalau dkutkan rancangan, rombongan kami akan ke Baling dengan sebuah van dan 2 buah kereta. 3 buah kereta lagi akan menunggu di masjid tempat berlangsungnya majlis nikah. Adik lelaki aku akan pandu van, sementara aku akan bawak sebuah kereta dan kakak aku akan bawa sebuah lagi. dek kerana aku demam dan tak boleh memandu, terpaksalah adik aku yang jadi pengantin membawa kereta. Kalau jarak dekat mungkin mak aku boleh bawa tapi dah sampai ke Baling, jadi terpaksalah pengantin bawa kereta. sepanjang perjalanan memang berhati2, al maklumlah darah manis.
Dan mengikut plan juga, selepas majlis, hanya van sahaja yang akan pulang ke Taiping sementara aku dan kakak aku akan terus ke rumah kakak aku di Alor Setar. ( kakak sulung aku tak boleh memandu, jadi kami terpaksa menghantar dia balik ke AS. Entah macam mana masa nikah tu, demam aku beransur kebah jadi kami tetap pada plan asal iaitu aku akan drive keta kakak aku sampai ke AS.
Dengan 2 buah kereta yang kesemuanya perempuan kecuali 2 orang anak saudara lelaki yang berumur 3 tahun, kami menuju ke AS dalam malam yang hitam pekat. Dari Baling hingga ke Alor Setar sama jauhnya macam dari Taiping ke AS. memang memenatkan, lebih2 lagi jalan yang kami tidak biasa. suku perjalanan kami terpaksa berpatah balik sebab sesat. hahahhaha...memang berdebar2 waktu tu. Tapi Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai juga.

Ijat, berdebar2 menunggu untuk dinikahkan. Nasib baik sekali lafaz je...kalau tidak mahulah kena ejek dengan aku m adik2 yang lain.

Buat Husna, welcome to the Family. nanti2 jangan terkejut tau dengan karenah kami...hehheheheheh. SELAMAT PENGANTIN BARU

Hantaran yang mak aku buat sendiri. Dalam keluarga, tangan mak aku sorang sajalah yang berseni...yang lain hampeh......hehehhehe

Friday, September 26, 2008

SALAM LEBARAN


Salam...
Dikesempatan ini, aku ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut hari lebaran kepada umat Islam, tidak kira di mana jua anda berada. Kepada sesiapa yang mengenaliku, aku ingin memohon ampun dan maaf andai disepanjang perkenalan kita, ada yang terguris dan tercalar hatinya. Maaf zahir dan Batin. semoga anda semua bergembira di AIDILFITRI ini.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...