Posts

Showing posts from June, 2006

Tribute to my favourite novelist III

ANIS AYUNI

hah...aku nak sambung balik pasai citer bagaimana aku boleh minat dengan seseorang penulis tu. kali ni giliran Kak Anis lak...
Aku kenal dengan karya kak Anis pun baru setahun dua je.. masa tu first buku yang aku baca ialah Suara Hati. masa tu entah mungkin aku tak membaca denga betul atau tak concentrate, maka aku tak berape berkonan sket ngan novel tu.(hihihi..sowi kak Anis). aku anggap citer tu biasa2 saja but quite okay lah for 1ST novel kan.
tahun 2004 library membuat rombongan ke pesta buku. aku memang betul2 excited. yelah aku dapat bayangkan berapa banyak buku yang akan aku borong nanti. seperti biasa aku capai citer novelis2 lain. kawan aku mencapai buku MANISNYA CINTA. Staff alaf beria-ia memujuk aku membeli buku MC. banyak pujian yang aku terima tentang MC tapi entah kenapa hati aku tak terbukak langsung nak membaca MC. Aku kata kat kawan aku..." ko beli dulu..nanti kita tukar buku...aku takut tak best..." So kawan aku belilah...dia tanya aku kenapa ak…

tribute to my favourite novelist II

Kali ni aku nak bercakap tentang Ramlee Awang Murshid pula. aku mula mendengar namanya pada tahun 2000. kalau tak silap akulah. aku ngan roomate aku ni memang antu buku. aku dengan creative dan dia dengan alaf 21. satu hari dia pegang buku Tombiruo.aku masih ingat lagi kata-katanya; " wei...ko baca buku ni. ramai cakap best....aku dh baca. memang best. cuba arr.." begitulah lebih kurang.
Aku capai buku itu dan aku tgk cover dia...mak aaii...seramnyer. aku kalih pada kawan aku
" Ni buku apa ni? cerita hantu ker?" Kawan aku hanya menggeleng sambil mendesak supaya aku membaca buku itu. Lalu aku memanjat ke atas katil. aku tidur bahagian atas. sambil berbaring aku sudah bersedia mahu memulakan pembacaan. tidak lama selepas tu aku menutup buku kembali. aku letak ke tepi. arghh..aku tak boleh baca. aku tak minat dengan cara penulisannya. aku tak memberi peluang langsung. masa tu aku berpendapat...dahlah nama tak kena..tulih citer apa ntah...(pendapat aku masa tu).
so. s…

Happy 35th Anniversary Mak N Ayah....

Hari ini genaplah ulangtahun ke 35 pernikahan mak dan ayah aku. sebagai anak aku amat berbangga dapat menyambutnya dengan mereka. bermula 28hb Jun 1971 sehingga sekarang aku dan adik beradik dapat lihat yang kasih sayang antara mak dan ayah tidak berkurang walau sedikitpun, malah makin bertambah dari hari ke hari. mengenangkan pengorbanan mak dan ayah membesarkan kami 7 beradik memang menginsafkan. dari kakak sulung hingga adik yang bongsu mak n ayah sentiasa berada di sisi kami. walaupun dulu, ayah jarang bersama kami kerana tugas namun didikan mak dan tunjuk ajar ayah yang tidak putus-putus menjadikan kami seperti sekarang ni. walaupun kami bukan orang ternama, bukan Vip tapi mak n ayah boleh berbangga yang anak mereka menjadi 'orang'.hihihihihi...untuk mak n ayah, kami amat menghargai kasih sayang yang diberikan. semoga hubungan ini berkekalan hingga akhirnya...

Buat Mej(B)Hj Mohd Nor Hj Nordin dan Hjh Ramlah Hj Bakar, kami sayang mak n ayah....



dr....
kakak, kak cik, cek, ab…

tribute to my favourite novelist....

Aku hendak menyentuh sket tentang penulis-penulis kesukaan aku. aku bukan mahu mengomen, mengkritik atau apa saja, tapi aku mahu berkongsi pengalaman bagaimana aku boleh kenal dan suka penulis ternama ini....

Aisya Sofea....

Aku kenal dengan nama Aisya Sofea ni pada tahun 1998. frankly aku memang tak pernah dengar nama alaf21 dan Aisya sebelum ni. aku dulu lebih gemar membaca buku2 dari creative. mungkin masa tu alaf pun baru nak bertatih dalam bidang penerbitan, so promosinya pun tak berapa gempak....hihihihi.
berbalik pada AS...aku kenalnya melalui novel 'JAUH'. Seorang rakan yang meminjamkan buku tersebut pada aku. pada mulanya aku agak skeptikal sket nak membaca. yelah...aku tak kenal dengan nama AS masa tu. tapi bila baca prolog dan sampai pada adegan Syafikah dan Fikri....aku jadi diam sekejap. aku tengok cover sekali lagi. aku bukak buku balik....aku pandang cover sekali lagi...aku habiskan membaca kat situ jugak dan hari tu jugak. masa tu aku cashier kedai kek. aku ada…

Untuk hiburkan Hati

Image
note* Anak sapalah ni....comeyyyyy

Gelisah jiwa

Kebelakangan ni aku rasa semangat aku down sikit. kalau ikutkan memang banyak perkara yang berlaku menyebabkan aku tak berapa nak gembira. dari segi kerjaya, peribadi...etc...semuanya tak berapa nak menjadi....kalau nak diikutkan perasaan memanglah...boleh jadik gila. tapi nasib baik aku ni waras. masih ingat diri. ketahanan emosi dan mental aku kuat..(hhihihhi...aku memang tak dapat lari dari perasan....)
aku ada sesuatu yang sedang aku nanti-nantikan....harap-harapkan...tapi sehingga kini masih belum menampakkan sinar yang benda tu akan terjadi. walaupun ada yang memeri jaminan tapi selagi benda itu tak bermula...aku anggap ia tetap belum berjaya.....
Entahlah...penantian memang satu penyeksaan. boleh sakit jiwa dibuatnya. kata orang BERSABARLAH....ya itu yang sedang aku lakukan...BERSABAR. walau selama mana aku akan bersabar kerana aku yakin kesabaran aku itu akan membuahkan hasil yang baik dan aku yakin penantian aku ni amat berbaloi...
biarlah aku susah sekarang tapi aku akan mencap…

Untuk Wanita

Sampaikanlah kpd para wanita...Smoga bermanfaat.................

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang
jahat.

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.

Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan mendapat pahala jihad

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesai kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudia…

Ujian Tuhan

THE CHOICE IS YOURS.....MAKE IT RIGHT!!!

Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih utk
menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam
perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas,
kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan
apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT.
Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yg sedang
berduka lara itu???
Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan
bacalah Al Quran...
sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yg tersingkap di
dalamnya......segala
jawapan ada di dalamnya....


KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?
“ Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik

Pencil sketches

note* juga kiriman email dari seorang rakan yang mengetahui yang saya amat meminati cerita-cerita korea. foto di atas merupakan antara pelakon kegemaran saya...hai...alangkah bagus kalau saya pandai melukis seperti pelukis asalnya....

SURAT TERBUKA

Surat terbuka utk kaum Hawa
Untuk semua kaum Hawa(para isteri yg tersayang),

Ayang,

Seperti yang sedia maklum,abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besar nya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?



Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 9hb Jun 2006 hingga 9 Julai 2006. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cada…

Terengganu

Assalamualaikum, dah 2 hari aku tak update umah aku ni......al maklumlah weekend ari tu aku mengikuti rombongan tempat keje aku ke Terengganu. lebih tepat lagi kami melawat KUSTEM. kami bertolak malam Jumaat. aku memang excited. seumur idup aku yang ceria ni......hihihi, inilah pertama-tama kalinya aku ke sana. sekarang ni tinggal Kelantan aje aku tak sampai lagi....kalau ada peluang sampai kelantan, bermakna semua negeri di Malaysia ni aku dah sampai......harap2 aku berkesempatan menjejakkan kaki ke sana..... Perjalanan ke Terengganu malam tu, kesian pun ada...kelakar pun ada dengan karenah office mate aku. Kak Idah...otai bahagian aku kejang kaki pasai dok lama sgt dalam bus....so, dia taruklah minyak kuda...konon2 nak kurangkan sakit. tapi...apa yang dia tak tahu....Pak Itam....another otai ni tak tahan dengan bau2 minyak....so....nak dijadikan citer...pak itam pun raplah dalam bus.....(muntah)....rap pak itam memang power. tak payah pakai speaker, hailer.....etc. memang kuat. sampa…

Suffian Hayyat...end

" Suffian." Panggilku perlahan. Tiada sahutan. Aku cuba sekali lagi.
“Ada apa?” Tanyanya dingin tanpa memandang wajahku. Aku melihatnya membelek-belek dokumen di atas meja. Tapi aku perhatiannya tidak sedikitpun pada dokumen tersebut. Rasa sebak, kesal silih berganti dalam hati dengan sikap dinginnya. Terus saja aku meletakkan surat perletakan jawatan aku dihadapannya. Aktivitinya terhenti seketika. Aku melihat dia merenung surat yang aku letakkan di atas mejanya seolah-olah cuba membaca isi kandungannya.
“Apa ini..?” Soalnya terus memandang…bukan merenung aku dengan tajam. Pandangannya membuatkanku gugup lalu menundukkan muka. Mataku mulai terasa panas menandakan bila - bila masa saja air mataku akan gugur.
“ Awak nak berhenti?” Tanyanya tanpa membaca surat itu. Perlahan-lahan aku mengangguk.
“ Saya tak benarkan." Katanya tegas sambil mengoyakkan suratku.
" Tapi….tapi…" Kata-kataku terhenti apabila dia mengangkat tangannya. Menyuruh aku diam.
" Result awak kel…

Suffian Hayyat.....samb

Hah! Terbelalak besar mataku mendengar kalimat yang keluar dari bibir Liza. Patutlah dua hari tak nampak muka. Cis! Bedebah sungguh. Sure dia gelak gila babi sebab berjaya kenakan aku. Rasa terperanjat segera aku sembunyikan apabila terdengar bunyi pintu ditolak. Aiseh bos datang. Sakit hati betul melihat mukanya yang sedang tersenyum sinis. Apa-apa senyum-senyum? Bisikku sambil memandang dengan rasa geram. Memang betul kata si Suffian. Kerja kat sini agak berat dan rumit sedikit. Aku ingatkan bila dah jadi jurujual tu, jual buku ajelah tapi banyak kerja yang terpaksa aku lakukan. Dari memesan buku, memeriksa stok, buat invoice, membalut, menyusun dan sebagainya. Yang hairan tu, aku dapat rasakan bagai tak cukup tangan nak kerja, sedangkan yang lain tu cool aje. Aku dapat rasakan yang Suffian tu seolah-olah mahu mencabar aku. Tak apa, kalau itu yang dia mahu, aku terima.
“ Macam mana kerja? Okay tak?” Tanya ayah sewaktu melihat aku melepaskan
lelah. “ Okaylah boleh tahan." Jawabku …

Suffian Hayyat Part 1

Aku ni sebenarnya minat menulis. sejak dari zaman sekolah lagi aku memang berminat dengan bidang penulis dan bercita-cita untuk menjadi seorang penulis satu hati nanti....(Minta2lah dimakbulkan)....agaknya kalau aku serius dari dulu mesti dah lama sama taraf dengan Aisya Sofea ke, Anis Ayuni ker, Ramli Awang Mursyid ke...(kah...kah..kah.....perasan aku ni memang kritikal). jangan mara aaa....gurau jer.... Cerpen ni aku tulis pada tahun 1998, masa aku tengah tunggu result STPM. masa tu aku kerja sambilan dekat kedai kek sebagai cashier. sementara nak tunggu customer maka terhasillah Suffian Hayyat. so....aku harap korang semua suka ngan citer ni....maklumlah....citer masa tgh budak2. feel free untuk tinggalkan sebarang komen..... SUFFIAN HAYYAT

“Ha …. Peluang ni." Bisikku perlahan apabila terbaca iklan jawatan kosong di kedai buku Impian di bandar Taiping. “ Baik aku cuba dulu, result keluar lama lagi." Ujarku bermonolog sendirian sambil kaki mula melangkah memasuki kedai berken…

LADY-KENNY ROGERS

Lady, I'm your knight in shining armor and I love you.
You have made me what I am and I am yours.
My love, there's so many ways I want to say I love you. Let me hold you in my arms forever more You have gone and made me such a fool, I'm so lost in your love. And oh, we belong together. Won't you believe in my song? Lady, for so many years I thought I'd never find you. You have come into my life and made me whole. Forever let me wake to see you each and every morning. Let me hear you whisper softly in my ear. In my eyes I see no one else but you. There's no other love like our love. And yes, oh yes, I'll always want you near me. I've waited for you so long.
Lady, your love's the only love I need and beside me is where I want you to be.
'Cause, my love, there's something I want you to know,
you're the love of my life,
you're my lady


entah kenapa je aku dengar lagu ni...aku akan senyum sendiri.....

La....Isla

Kisah ini berlaku di sebuah pulau yang pemandangannya indah sekali. di pulau itu tinggal beberapa orang kawan iaitu, Kaya, Bangga, Gembira, Sedih dan Cinta. suatu hari terdapat berita yang mengatakan yang pulau mereka ini akan tenggelam. masing-masing semakin kalut dan bimbang kerana ingin menyelamatkan nyawa dan harta-benda masing-masing. dalam pada semua sedang sibuk membina kapal untuk menyelamatkan diri, hanya Cinta seorang yang masih leka dan enggan berbuat apa-apa. Cinta berterusan membuat hal sendiri apabila satu hari pulau mereka benar-benar hendak tenggelam. perasaan cemas mulai timbul dalam diri Cinta. lalu dengan penuh pengharapan, Cinta berjumpa dengan Kaya. lalu Cinta berkata; " Kaya...Kaya...bolehkah aku tumpang kapal kau? Aku tiada kapal untuk aku menyelamatkan diri?" lalu Kaya pun menjawab... " Ahh...tak bolehlah Cinta. kapal aku ni dah penuh dengan harta-benda aku. mana cukup tempat untuk kau hendak tumpang." selepas berkata-kata, Kaya pun beredar da…

Alahai.....PTD

minggu lepas aku check status aku di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam....dan seperti biasa....GAGAL yang aku terima. kenapalah susah benor aku nak lepas untuk memasuki perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik ni.....? ini kali ke 5 aku menduduki ujian bertulis dan for the 1st time, akhirnya aku lulus untuk ke peringkat kedua..... mulanya aku bertekad tak nak p exam bertulis ni sebab aku dah cemuih...bak kata org utara. yelah...gagal kali pertama dan kedua mungkin boleh terima lagi.....ni kalau dah gagal kali ke 4....there's must be something wrong with me.....hihihihi. so...bila surat panggilan tu...aku buat bodoh je....sikit pun aku tak beri reaksi. malas....sebab aku tahu aku akan susahkan ayah aku yang terpaksa menjadi penunggu dan driver aku...aku pun tak sampai ati nak biar dia menunggu lama-lama. 2 hari lak tu. tapi....ayah aku ni.....dia pulak yang beria-ia pujuk aku suruh p. seperti kata dia....mungkin ni rezeki hang....mana nak tau....kali ni lepas pulak....kerja TUHAN....mana…

Karnival Sukan Staff UPM

Akum, Setelah beberapa bulan asyik training pagi dan petang, akhirnya karnival sukan staff di Upm, tamat juga.... walaupun pasukan aku tewas, namun aku cukup berpuas hati dengan prestasi kami kali ini. bak kata orang...biar tewas asalkan semangat juang tu terus membara. yelah...klau nak dibandingkan dengan pasukan lain, kami ni dikira junior. pasukan b.tampar kami baru lebih kurang 2 bulan ditubuhkan. dari segi pengalaman bertanding memang hampir tiada. balik-balik pun kami akan lawan dengan pasukan b.tampar lelaki. pernah sekali lawan persahabatan dengan budak sekolah menengah......keputusannya??? jangan tanya beb....kalah....hihihihih. buat malu je....tapi aku tak kisah. kalah pun kalahlah asalkan pasukan kami ni dapat banyak pengalaman. tahun depan di KUKUM pula. aku n the geng akan cuba yang terbaik untuk menaikkan nama IPTA kami. pertama kali menyertai Karnival sukan staff ni memang menarik. satu pengalaman yang amat indah. yelah....kita dapat menunjukkan ketereran yang tak terer ma…

Pertama Kali

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga men 'create' blog aku sendiri. walaupun agak ketinggalan berbanding kawan-kawan yang lain, at least...better late than never....ye tak. the truth is....aku sebenarnya tak terfikir pun nak buat umah sendiri tapi bila dok asyik bertandang ke umah-umah orang, keinginan itu pun muncul dalam jiwa aku yang tulus nih....kah...kah...kah. sama ada aku berjaya menghiasi umah aku ni....kita tengoklah nanti. aku pun masih baru bertatih.....aku masih memerlukan tunjuk ajar suma mcm mana nak hasilkan satu ruang yang best...yg tak lepas dri kunjungan orang.... Apa pun, harap anda suma sudi melawat ke rumah aku yang tak seberapa ni. aku akn cuba buat yang terbaik.... wassalam..... Violet-azure