Friday, June 09, 2006

Suffian Hayyat.....samb

Hah! Terbelalak besar mataku mendengar kalimat yang keluar dari bibir Liza. Patutlah dua hari tak nampak muka. Cis! Bedebah sungguh. Sure dia gelak gila babi sebab berjaya kenakan aku. Rasa terperanjat segera aku sembunyikan apabila terdengar bunyi pintu ditolak. Aiseh bos datang. Sakit hati betul melihat mukanya yang sedang tersenyum sinis. Apa-apa senyum-senyum? Bisikku sambil memandang dengan rasa geram. Memang betul kata si Suffian. Kerja kat sini agak berat dan rumit sedikit. Aku ingatkan bila dah jadi jurujual tu, jual buku ajelah tapi banyak kerja yang terpaksa aku lakukan. Dari memesan buku, memeriksa stok, buat invoice, membalut, menyusun dan sebagainya. Yang hairan tu, aku dapat rasakan bagai tak cukup tangan nak kerja, sedangkan yang lain tu cool aje. Aku dapat rasakan yang Suffian tu seolah-olah mahu mencabar aku. Tak apa, kalau itu yang dia mahu, aku terima.
“ Macam mana kerja? Okay tak?” Tanya ayah sewaktu melihat aku melepaskan
lelah. “ Okaylah boleh tahan." Jawabku pendek. Sedar tak sedar hampir 2 bulan aku bekerja di situ. Kalau nak ikutkan hati dah lama aku berhenti, tetapi kesian dengan ayah yang tidak kenal penat lelah mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Walaupun gaji aku kecil tapi perasaan gembira dan bangga tidak dapat aku elakkan setiap kali aku menyerahkan sebahagian gajiku kepada emak. Kalau anak tak berbakti kepada orang tuannya, siapa lagi. Hubungan aku dengan pekerja lain juga semakin erat kecuali Suffian. Pening kepala aku memikirkan tingkah lakunya. Dengan pekerja yang lain senyum sampai ke telinga tapi dengan aku serius gile. Aargh.. lantaklah kau. Tak kuasa aku nak layan.
“ Khaira, awak ambil buku-buku ni, susun kat bahagian atas." Arah Suffian sebaik saja sampai. Tengok tu, baru sampai aje dah nak dera aku.
" Hah…awak nak saya susun macam mana? Tempat tu tinggi, saya tak sampai." Terperanjat katak aku melihat rak yang tinggi itu.
" Dah tinggi tu pakailah tangga. Itupun tak reti ke." Sindirnya sinis.
" Tapi...." Aku cuba memprotes.
" Shahkan ada, suruhlah dia, dia lelaki kan lebih senang. Saya susun yang bawah punya ya."
“Aik …kalau tak silap saya ada seorang umat tu yang mengaku semua kerja dia boleh buat. Perang pun sanggup. Takkan panjat tangga pun takut." Merah padam mukaku mendengar dia berkata begitu. Dengan rasa marah aku mengambil tangga. Kurang ajar sungguh dia ni. Tak habis-habis nak sakitkan hati aku. Ha …memang padan dengan muka aku. Dulu bukan main lagi bercakap. Kenalah sekarang. Memang kalau hendak membuat perkara tanpa rasa ikhlas ada sahaja halangan yang melanda. Takku sangka nasib aku sungguh malang hari tu. Mak …aku menjerit. Bagai nangka busuk aku terjatuh apabila terpijak kain sewaktu memanjat tangga. Kesakitan aku semakin bertambah apabila buku-buku turut jatuh menimpaku. “Ya Allah sakitnya....." Rasa nak pecah kepala pun ada. Menjerit Liza dan Ija melihat keadaanku. Suffian yang baru hendak melangkah keluar meluru laju menerpaku.
" Ira..Ira ..awak tak apa-apa ke?” Tanyanya cemas. Mak ai….dalam dok sakit tu, aku sempat melihat wajahnya. Gabra semacam. Kelakar sungguh. Tiba-tiba terdetik hatiku nak mengenakannya. Lalu aku pura-pura pengsan.
“ Eh….Ira pengsanlah. Macam mana ni Suffian?” Ija cemas. Si Liza siap menangis lagi. Nak pecah perut aku menahan tawa. Control-control, nanti lakonan aku tak menjadi.
"Shah .. kau pergi ambil kereta aku. Kita bawa dia ke hospital.” Pantas Suffian memberi arahan dan tanpa berfikir panjang dia terus mendukungku. Ya Allah, dalam dok pura-pura pengsan tu aku rasa betul-betul nak mati. Seumur hidup aku tak ada lelaki yang berani menyentuh aku apatah lagi mendukungku begitu. Nak tak nak terpaksa aku menahan sedangkan jantungku berdegup kencang. Shah ni mana? Lama benar nak ambil kereta. Kepalaku mula berpinar-pinar dan tiba-tiba aku rasa pandanganku semakin gelap perlahan-lahan.
“Ira…Ira?" Dari jauh aku terdengar suara memanggil-manggil namaku. Aku cuba membuka mata namun cahaya yang terang memaksa aku menutup mataku semula. Seketika kemudian barulah aku dapat serasi dengan keadaan sekeliling. Aargh... dimana? Aku cuba bersuara. Pening dikepala masih lagi terasa.
" Eh….jangan banyak bergerak." Bisik suara itu lagi. Lembut, dan aku melihat Suffian tersenyum memandangku.
" Syukurlah awak dah sedar. Awak ada kat hospital sekarang ni. Sehari semalam awak tak sedarkan diri. Pengsan dekat kedai. Awak ingat lagi tak?" Tanyanya lembut. Aku memandang wajahnya. Terdapat garis-garis kepenatan dan penyesalan di situ. Menyesalkah dia dengan tindakannya dulu? Entah aku sendiri tak pasti. Serentak dengan air mataku menitis. Aku pun tak tahu mengapa. Yang pastinya rasa bersalah bersarang dihatiku. Kesal dengan sikapku yang menyusahkan orang.
“ Kenapa nie? Sudahlah tak ada apa-apa." Pujuknya perlahan.
" Mak?” Aku cuba bertanya tapi suaraku tak keluar. Seperti tahu apa yang bermain difikiranku Suffian menerangkan padaku.
" Pagi tadi mak dan ayah awak datang tapi awak masih tak sedar, jadi saya gantikan mereka sekejap. Petang ni mereka datang lagi." Terangnya sambil menghulurkan segelas air buatku. Aku melepaskan keluhan berat. Kesian dengan mak dan ayah. Tentu penat terpaksa berkejar ke sana ke sini. Mana nak uruskan adik-adik lagi lagi dan aku pulak terlantar di sini.
Suffian bagi aku cuti seminggu. Ceh bertuah badan. Gara-gara peristiwa itu hubungan aku dengan Suffian bertambah baik. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia datang melawatku di rumah. Selalunya dia tidak keseorangan. Pastinya Liza, Ija ataupun Shah ikut bersama. Aku amat menghargai sikap prihatinnya. Dia faham bahawa orang tuaku tidak berapa suka melihat anak gadis mereka bergaul rapat dengan lelaki yang bukan muhrim cuma kerana Suffian telah banyak berjasa kepada keluargaku maka ayah dan ibuku senang dengan kedatangannya.Walaupun Suffian belum pernah berterus terang tentang perasaannya, aku seolah-olah dapat memahami yang dia benar-benar mengambil berat terhadapku. Walaupun dalam diam aku turut menyukainya tapi aku lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat. Biarlah masa yang menentukannya. Bak kata orang putih “one step at a time”.
Suasana kedai agak sibuk pada hari pertama aku kembali bekerja. Suffian pula semakin jarang berada di kedai. Apabila kami bertembung dia hanya menganggukkan kepalanya dan senyum kepadaku. Saat-saat begini, kata-kata tidak perlu diucapkan lagi. Aku memahami perasaanya melalui pandangannya yang redup, senyumannya dan tingkah lakunya. Jelas dia menyanyangiku dan aku pun sedemikian.
“Mak oii…. Banyak sungguh customer datang hari ini. Penat aku melayan.” Keluh Ija.
" Dah. Jangan nak bersungut lagi. Ni ha buku baru sampai. Masukkan dalam rekod dan susun." Terang Amir macam bos pulak dia.
" Ala, lecehlah susun buku-buku ini." Sungut Ija tak henti-henti.
" Hei… Ija, rak yang tinggi tu bagi si Shah yang susun. Nanti tak pasal-pasal pengsan macam Ira pulak." Sampuk Liza.
" Ni apa ni, sebut-sebut nama aku." Tanyaku sambil menuju ke arah mereka.
" Tak ada apa-apa…. Aku cakap kat Ija jangan susun buku untuk rak atas sekali. Biarlah Shah yang buat. Nanti jadi macam kau. Kalau boleh kita elakkan perkara dulu daripada berlaku. Kau ni memang betul-betul risaukan orang tau tak? Kau tengok muka Suffian masa tu. Pucat sungguh. Tapi aku memanglah tak sangka kau boleh pengsan waktu itu." Terang Liza bersungguh-sungguh.
“ Sebenarnya aku pura-pura pengsan pada waktu itu." Aku mula membongkar rahsia memandangkan Shah, Amir dan Suffian tiada di situ.
“Hah… betul ke Ira? Baik kau cakap betul-betul.” Ija terperanjat beruk. Ish buruk sungguh.
“ Betul ….tapi aku tak sangkalah dari tipu-tipu itu aku pengsan betul-betul. Pada mulanya aku sengaja nak mengenakan si Suffian aje. Yelah korang bukan tak tahu macam mana dia layan aku dulu. Sikit punya garang. Tapi bila aku kenang-kenangkan balik perkara itu, terasa meyesal pulak aku. Tak sangka sungguh yang Suffian ni baik orangnya. Kalau dia tahu aku berniat nak tipu dia manalah aku nak sorok muka aku ini. Mesti dia ingat aku sengaja nak menggatal dengan dia. Aku pun nak minta maaf dengan korang." Balasku perlahan dengan perasaan yang menyesal teramat sangat.
“Oh….menipu yea. Cis buang air mata aku aje menangis untuk kau. Tapi tak mengapa, aku maafkan kau. No sweatlah. Lagipun dalam menipu pun kau benar-benar pengsan. Takpe aku faham." Lega hatiku mendengar kata-kata Liza.
" Tapi…bila kau nak beritahu Suffian?” Tanyanya lagi.
" Janganlah Ira. Biarlah benda ni kita bertiga aje yang tahu. Kalau Suffian
tahu…….” " Tak payah. Dia dah tahu." Tiba-tiba satu suara mencelah percakapan Ija. Kami bertiga tersentak lantas menoleh. Suffian !!! Terbelalak mata melihat dia di situ, di belakang kami. Berapa banyak dia mendengar aku tak pasti. Namun dari riak wajahnya aku tahu dia sudah mendengar segala-galanya. Saat itu aku rasakan biarlah bumi terbelah dua dan menelan aku hidup-hidup dari berhadapan dengan Suffian. Rasa malu dan bersalah bertimpa-timpa dalam hatiku. Matanya tidak lepas dari memandangku. Melalui pendangannya aku tahu segala-galanya. Marah, kesal, tertipu, kecewa semuanya dapat digambarkan. Tanpa berkata sepatahpun dia meninggalkan kami bertiga.
" Ya Allah, macam mana ni? Dari dia tidak tahu menjadi tahu." Bisik Ija cemas. Aku sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi. Pening kepala memikirkan masalah yang satu ini. Esoknya aku tidak lagi bertemu dengannya. Dari Shah aku mendapat tahu dia ke Kuala Lumpur untuk mengambil stok buku baru walaupun tugas itu sepatutnya dilakukan oleh Amir, namun aku faham benar-benar faham. Dia cuba menjauhkan dirinya dariku. Kalau itu yang dia mahu biarlah aku berundur. Lima hari kemudian barulah aku dapat peluang berbicara dengannya.

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...