" Suffian." Panggilku perlahan. Tiada sahutan. Aku cuba sekali lagi.
“Ada apa?” Tanyanya dingin tanpa memandang wajahku. Aku melihatnya membelek-belek dokumen di atas meja. Tapi aku perhatiannya tidak sedikitpun pada dokumen tersebut. Rasa sebak, kesal silih berganti dalam hati dengan sikap dinginnya. Terus saja aku meletakkan surat perletakan jawatan aku dihadapannya. Aktivitinya terhenti seketika. Aku melihat dia merenung surat yang aku letakkan di atas mejanya seolah-olah cuba membaca isi kandungannya.
“Apa ini..?” Soalnya terus memandang…bukan merenung aku dengan tajam. Pandangannya membuatkanku gugup lalu menundukkan muka. Mataku mulai terasa panas menandakan bila - bila masa saja air mataku akan gugur.
“ Awak nak berhenti?” Tanyanya tanpa membaca surat itu. Perlahan-lahan aku mengangguk.
“ Saya tak benarkan." Katanya tegas sambil mengoyakkan suratku.
" Tapi….tapi…" Kata-kataku terhenti apabila dia mengangkat tangannya. Menyuruh aku diam.
" Result awak keluar bulan depan. Saya mahu awak teruskan bekerja sehingga itu. Sekarang kerja tengah banyak. Kalau awak berhenti, beban kawan-kawan awak akan bertambah. Lagipun dulu awak pernah berkata yang awak tak akan berhenti selagi belum tiba masanya. Walaupun awak tidak menyain kontrak dengan saya tapi saya pegang kata-kata awak itu sebagai janji. Janji seorang umat Islam terhadap saudara seagamanya. Sebagai umat Islam awak tentu tidak mahu menipukan?" Terangnya cukup sinis.
" Saya akan benarkan awak berhenti kalau awak dapat cari pengganti awak dalam masa 24 jam ini. Bagaimana setuju?" Sahlah dia sudah membenci aku. Air mataku turun bagaikan hujan. Aku sudah tidak segan-segan lagi menangis di hadapannya. Biar dia tahu aku cukup menyesal atas perbuatanku.
" Suffian….biar saya terangkan...."
" Kalau tak ada apa-apa lagi awak boleh keluar." Katanya selamba memotong cakapku. Hatiku menyuruh aku beredar dari situ tetapi kakiku enggan melangkah.
“ Saya …saya minta maaf. Saya tahu awak terluka dengan sikap saya. Maafkan saya." Ucapku sambil teresak-esak.
" Saya juga sesungguhnya kesal dengan apa yang berlaku…. Kalau…saya tahu beg..begini jadinya…” Tak mampu menahan tangisan yang kian hebat aku meluru keluar dari biliknya.
" Khaira." Langkahku kaku apabila terdengar dia memanggilku. Lembut sungguh diperdengaran telingaku. Aku menoleh dan melihat dia berada di belakangku. Bila masa dia bangun dari kerusinya aku tak tahu. Yang pastinya aku jadi kaget melihatnya senyum tiba-tiba.
“ Macam mana terror tak saya berlakon? Boleh dapat award tak awak rasa?” Tanyanya yang masih tersenyum. Lawa sungguh. Aku hanya terus memandangnya. Tak berapa faham apa maksudnya.
“ Kalau awak boleh berlakon, saya pun pandai jugak.” Terangnya lagi.
" Jadi tadi tu awak berpura-puralah?" Tanyaku meminta kepastian.
" Uh..uh. Memang pada mulanya saya kecil hati dengan tindakan awak tapi bila saya fikirkan kembali bagaimana sikap saya terhadap awak dulu, memang wajarlah saya kena. Tapi kalau saya seorang saja yang kena tak best juga kan?” Balasnya panjang lebar. Mendengar kata-katanya menyebabkan air mataku turun kembali. Bukannya apa kerana terlalu gembira. Syukurlah dia tidak marah padaku lagi.
“ Hey…sudahlah. Jangan nangis lagi. Saya tak marah dah.” Ujarnya cuba untuk memujukku.
" Betul ni?” Tanyaku ragu-ragu.
" Iyelah. Betul saya tak marah dah. Saya tak berniat nak buat awak menangis begini.”
“Saya minta maaf." Bisikku perlahan.
" Ya …saya pun minta maaf juga. Lagipun pujangga ada menyatakan bahawa manusia akan sentiasa dapat memaafkan orang yang mereka sayangi. Betul tak?" Soalnya lembut sambil memandangku penuh makna.

No comments:
Post a Comment