Wednesday, June 28, 2006

Happy 35th Anniversary Mak N Ayah....

Hari ini genaplah ulangtahun ke 35 pernikahan mak dan ayah aku. sebagai anak aku amat berbangga dapat menyambutnya dengan mereka. bermula 28hb Jun 1971 sehingga sekarang aku dan adik beradik dapat lihat yang kasih sayang antara mak dan ayah tidak berkurang walau sedikitpun, malah makin bertambah dari hari ke hari. mengenangkan pengorbanan mak dan ayah membesarkan kami 7 beradik memang menginsafkan. dari kakak sulung hingga adik yang bongsu mak n ayah sentiasa berada di sisi kami. walaupun dulu, ayah jarang bersama kami kerana tugas namun didikan mak dan tunjuk ajar ayah yang tidak putus-putus menjadikan kami seperti sekarang ni. walaupun kami bukan orang ternama, bukan Vip tapi mak n ayah boleh berbangga yang anak mereka menjadi 'orang'.hihihihihi...untuk mak n ayah, kami amat menghargai kasih sayang yang diberikan. semoga hubungan ini berkekalan hingga akhirnya...

Buat Mej(B)Hj Mohd Nor Hj Nordin dan Hjh Ramlah Hj Bakar, kami sayang mak n ayah....



dr....
kakak, kak cik, cek, abang,
ijat, dik ah, dan adik.....

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...