tribute to my favourite novelist....


Aku hendak menyentuh sket tentang penulis-penulis kesukaan aku. aku bukan mahu mengomen, mengkritik atau apa saja, tapi aku mahu berkongsi pengalaman bagaimana aku boleh kenal dan suka penulis ternama ini....

Aisya Sofea....

Aku kenal dengan nama Aisya Sofea ni pada tahun 1998. frankly aku memang tak pernah dengar nama alaf21 dan Aisya sebelum ni. aku dulu lebih gemar membaca buku2 dari creative. mungkin masa tu alaf pun baru nak bertatih dalam bidang penerbitan, so promosinya pun tak berapa gempak....hihihihi.
berbalik pada AS...aku kenalnya melalui novel 'JAUH'. Seorang rakan yang meminjamkan buku tersebut pada aku. pada mulanya aku agak skeptikal sket nak membaca. yelah...aku tak kenal dengan nama AS masa tu. tapi bila baca prolog dan sampai pada adegan Syafikah dan Fikri....aku jadi diam sekejap. aku tengok cover sekali lagi. aku bukak buku balik....aku pandang cover sekali lagi...aku habiskan membaca kat situ jugak dan hari tu jugak. masa tu aku cashier kedai kek. aku ada tulis dlm n3 aku sblm ni yg aku kerja masa tunggu result STPM.
bila khatam je JAUH, aku rasa kembang. aku rasa berbunga. aku rasa diri aku melayang sekejap. aku mula berangan....ahaks..kalau ikutkan nak je aku lari memeluk kawan aku yag memperkenalkan novel JAUH ni.
so, dapat je gaji, aku terus beli JAUH sebagai koleksi. terus nama AS termasuk dalam senarai novelis favourite aku. aku pernah rasa nak bergaduh ngan jiran bila dia hilangkan buku aku. dahlah pinjam. bila hilang tak ngaku pulak. aku betul2 sakt hati. tapi aku membeli semula JAUH. rasa kehilangan pulak kalau tak ada buku tgu...
walaupun AS dan menulis 6 buah novel tetapi JAUH tetap menduduki tempat yang istimewa dalam hati aku. walaupun nipis berbanding novel lain tapi aku tetap tak dapat lupakan Fikri dan Ika. sampai sekarang aku merasakan JAUH adalah hasil AS yang paling cemerlang...yang lain pun aku suka namun...aku memang bias sket ngan JAUH...so..apa pun JAUH IS THE BEST.....

macam itulah bermulanya aku menyukai karya AS....


P/S...lepas ni RAM pulak..

Comments

Mersik said…
Alahaii..gitu kisah nye..amboi2..membuatkan kite teringat pada seorang yg JAUHH gitu..mana ek ? oo dipondok buruk nun JAUHHH dihujung kg sana..hik hik alahaii

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

mutiara kata sasterawan negara

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI