Monday, June 05, 2006

Karnival Sukan Staff UPM

Akum,
Setelah beberapa bulan asyik training pagi dan petang, akhirnya karnival sukan staff di Upm, tamat juga....
walaupun pasukan aku tewas, namun aku cukup berpuas hati dengan prestasi kami kali ini. bak kata orang...biar tewas asalkan semangat juang tu terus membara. yelah...klau nak dibandingkan dengan pasukan lain, kami ni dikira junior. pasukan b.tampar kami baru lebih kurang 2 bulan ditubuhkan. dari segi pengalaman bertanding memang hampir tiada. balik-balik pun kami akan lawan dengan pasukan b.tampar lelaki.
pernah sekali lawan persahabatan dengan budak sekolah menengah......keputusannya??? jangan tanya beb....kalah....hihihihih. buat malu je....tapi aku tak kisah. kalah pun kalahlah asalkan pasukan kami ni dapat banyak pengalaman. tahun depan di KUKUM pula. aku n the geng akan cuba yang terbaik untuk menaikkan nama IPTA kami.
pertama kali menyertai Karnival sukan staff ni memang menarik. satu pengalaman yang amat indah. yelah....kita dapat menunjukkan ketereran yang tak terer mana.....hihihih. dan dapat pulak usha mamat-mamat hensem yang terer main volley ball. (malu....nak tulis. tapi aku nak tulis gak.....aku bujang lagi....tak pelah kan)
salah seorang pemain tu pemain negara. tengok dari jauh memang terserlah kekaguman daripada kami yang kalah ni bila tengok cara dia main. aku dan geng aku gelar di No. 5.(NO. JERSEY DIA)...
Mula-mula tu memang aku tertanya-tanya sapa jejaka yang begitu handal sekali. buat servis siap lompat lagi. pastu bola berpusing-pusing. memang meningatkan aku pada citer MOERO ATTACK. buat summersault berpusing lagi gitu....kah...kah...kah.
aku ni tak puas hatilah pasai tak tau nama dia. dok usha dari jauh aje tak bestlah kan....jadi satu hari tu...jeng...jeng...jeng....aku and the geng p la nak jadi pom-pom girls untuk pasukan lelaki kami...dari jauh aku nampak dia tengah melepaskan lelah...dia bru habis lawan. seperti biasa..mana boleh kalah kan...
entah apa punya gilernya aku petang tu. mata aku yang ayu ni bertembung dengan dia. tanpa sedar aku melambai...dan .....dan....dia membalas. aku ulang sekali lagi.....DIA MEMBALAS. bestnya waktu tu. dan akibat dari itu kegilaan aku bertambah lagi. tangan aku yang nakal ni memanggilnya. kalian...tahu apa yang terjadi seterusnya......???
Dia datang.....dia datang bila aku panggila dia. mak datuk. hampir rebah tubuh aku ni bila dia makin dekat dengan aku. aku dah mula gelabah. aku bisik pada kawan aku yang turut sama terkejut melihat aksi berani aku....
" gasak kau....apasal kau gatal sangat."
aah...kenapa tiba-tiba aku jadi gatal ari tu? adakah kerana cuaca yang amat panas menyebabkan aku berubah tingkah laku....tapi bak kata member aku...." takpelah....kita gatal kat sini je....balik keje esok jadi sopan balik...."
Boleh ke macam tu....apapun impian aku untuk mengetahui nama sebenar n0. 5 tercapai. aku bukannya apa...kagum dengan gaya permainannya yang sebenarnya. tapi apa yang pasti....aku akan lebih rajin membelek akhbar ruangan sukan mulai saat ini.....hihiihihih
wassalaam

1 comment:

Mersik said...

Kite pun lambai2..gak.
Yuu huu violet..amboi2..seronok nampak..tak sedor oang dtg aaa..ayukk tak tauu..ayukk tak tauu..ahaks hik hik

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...