Thursday, June 29, 2006
tribute to my favourite novelist II
Kali ni aku nak bercakap tentang Ramlee Awang Murshid pula. aku mula mendengar namanya pada tahun 2000. kalau tak silap akulah. aku ngan roomate aku ni memang antu buku. aku dengan creative dan dia dengan alaf 21. satu hari dia pegang buku Tombiruo.aku masih ingat lagi kata-katanya; " wei...ko baca buku ni. ramai cakap best....aku dh baca. memang best. cuba arr.." begitulah lebih kurang.
Aku capai buku itu dan aku tgk cover dia...mak aaii...seramnyer. aku kalih pada kawan aku
" Ni buku apa ni? cerita hantu ker?" Kawan aku hanya menggeleng sambil mendesak supaya aku membaca buku itu. Lalu aku memanjat ke atas katil. aku tidur bahagian atas. sambil berbaring aku sudah bersedia mahu memulakan pembacaan. tidak lama selepas tu aku menutup buku kembali. aku letak ke tepi. arghh..aku tak boleh baca. aku tak minat dengan cara penulisannya. aku tak memberi peluang langsung. masa tu aku berpendapat...dahlah nama tak kena..tulih citer apa ntah...(pendapat aku masa tu).
so. semenjak tu aku memang tak baca buku tulisan Ramlee. walaupun aku telah banyak mengenali tentang penulis alaf, aku masih belum terbuka hati untuk membaca novelnya. sehinggalah satu hari aku teramat bosan...dan SATU JANJI ada di depan mataku.aku kerja di library...so senanglah cari buku...hihihihi
aku cuba baca SATU JANJI...dan selepas itu aku jatuh cinta dengan Lokman. aku jatuh tangga dengan penulisnya. semenjak itu Ramlee Awang Mushid termasuk dalam novelis kesukaanku. aku beli Rahsia Perindu, Bagaikan Puteri, Hatiku di Harajuku..dan aku berniat mahu menyimpan semua koleksinya. RAMLEE dalam senarai mesti beli aku....hihihi. tombiruo yang aku tak habis baca tu pun aku dah abiskan semua trilogynya. bagi aku semangat hutan memang power. watak Ejim sangat2 menyakinkan. Ramlee memang bagus. ntahlah aku berbangga kita mempunyai penulis seperti Ramlee. aku sekarang ni tak sabar menunggu sambungan cerita bagaikan puteri...jangan mare, ramlee sendiri beritahu aku yg BP memang ada sambungannya.dalam semua novelnya watak kesukaan dan kegilaan aku ialah Ejim dan Laksamana Sunan. jatuh hari beb. cair aku kalau dapat jumpa dengan dua manusia ni...walaupun dalam mimpi....ahaks...macam tulah bagaimana aku boleh minat dengan karya RAM.
So..RAM, TERUSKAN DENGAN CERITA ANDA YANG POWERRRRRRRRRRR.
p/s..lepas ni Anis Ayuni lak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
OFFER HATI BERGETAR RINDU
OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss) termasuk pos throwback 🔙 novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...
-
Mutiara kata merupakan “ kata-kata yang terbaik, disusun dalam ayat yang terbaik, untuk melahirkan pemikiran yang terbaik. Dengan kata yang ...
-
# throwback 🔙 yang seterusnya ✌🏻 Kali ini tentang novel # jauhkaupergi Terbit Julai 2010. Saya masih ingat lagi masa ni saya dah...
No comments:
Post a Comment