Friday, June 09, 2006

Suffian Hayyat Part 1

Aku ni sebenarnya minat menulis. sejak dari zaman sekolah lagi aku memang berminat dengan bidang penulis dan bercita-cita untuk menjadi seorang penulis satu hati nanti....(Minta2lah dimakbulkan)....agaknya kalau aku serius dari dulu mesti dah lama sama taraf dengan Aisya Sofea ke, Anis Ayuni ker, Ramli Awang Mursyid ke...(kah...kah..kah.....perasan aku ni memang kritikal). jangan mara aaa....gurau jer....
Cerpen ni aku tulis pada tahun 1998, masa aku tengah tunggu result STPM. masa tu aku kerja sambilan dekat kedai kek sebagai cashier. sementara nak tunggu customer maka terhasillah Suffian Hayyat. so....aku harap korang semua suka ngan citer ni....maklumlah....citer masa tgh budak2. feel free untuk tinggalkan sebarang komen.....
SUFFIAN HAYYAT

“Ha …. Peluang ni." Bisikku perlahan apabila terbaca iklan jawatan kosong di kedai buku Impian di bandar Taiping. “ Baik aku cuba dulu, result keluar lama lagi." Ujarku bermonolog sendirian sambil kaki mula melangkah memasuki kedai berkenaan. Keadaan yang agak lenggang itu cukup menyenangkanku untuk menerangkan hasrat hati.
“ Er……. Assalamualaikum." Sapaku teragak-agak kepada seorang pekerja yang sedang khusyuk meneliti buku-buku yang bertimbun–timbun. Stok baru sampai agaknya..
" Waalaikumussalam… ya." Serentak dengan itu dia mendongak. Tajam anak matanya merenung membuatkanku serba salah. Aiseh ….hensem gile mamat ni. Takpe control-control.
" Er …. Aa..saya datang ni nak tanya mengenai iklan jawatan kosong kat luar tu. Ada lagikah?” Soalku tergagap-gagap. Ceh buat malu kaum aje.
“Oh! iklan tu. Ada lagi. Kenapa awak berminatke?” Soalnya tanpa matanya tidak beralih langsung dari memandangku.
“Ya”. Jawabku pendek.
“ Kenapa awak nak kerja di sini? Umur awak berapa? Sudah kahwin ke belum?” Bertalu-talu soalannya,cukup membuatkan aku terkedu. Apa ini….siap tanya aku dah kahwin ke belum. Melampau sungguh mamat sekor ni. Pertanyaannya aku biarkan tanpa jawapan. Tak kuasa aku nak melayan. Dari ekor mataku aku tahu dia cuba menahan senyum. Oh ….nak kenakan aku yea. Takpe..takpe… ini hari kau. Esok hari aku pulak. Itupun kalau aku hidup lagi la….
" Okaylah begini, awak tinggalkan nombor telefon awak kat sini. Nanti saya call awak kalau awak diterima bekerja." Katanya menyampuk lamunanku. Ala…. Nak kena bagi nombor telefonke? Aku bukannya apa, tapi bila teringatkan kejadian di rumah baru-baru ini menyebabkan aku malas mencanang nombor telefon aku pada orang. Mana taknya dalam masa sebulan dah tiga kali aku terpaksa menukar nombor. Entah hantu mana yang menggatal mendail rumah aku, lepas dail tak nak cakap pula. Siap ditekannya nombor-nombor tu. Menyakitkan hati betul mengenang sikap orang yang macam ni. Kut mamat ni buat juga pada aku tak ke naya.
“Awak jangan salah faham." Terangnya seolah-olah mengetahui apa yang bermain difikiranku.
" Buat masa sekarang bos keluar. Kalau awak tinggalkan no phone awak, senanglah saya nak contact kalau bos setuju nak ambil awak."
" Ha yelah.” Balasku pendek. Malas nak bertekak lalu aku berikan nombor telefonku kepadanya.
" Er…saudari." Panggilnya menghalang kakiku dari terus keluar dari kedai itu. “Boleh saya tanya sesuatu?" Eh ….eh…mamat ni. Tadi bukan main lagi selamba
tanya orang dah kahwin ke belum, sekarang main minta izin pulak.
" Khaira." Sahutku lantas menganggukkan kepala.
“Khaira?" Soalnya perlahan meminta kepastian.
" Iya. Nama saya Khaira."
" Andai kata awak diterima bekerja di sini, awak akan pakai begini jugakah?” Soalnya sambil memandangku dari kepala sampai ke hujung kasutku.
“ Iya ….kenapa?” Tanyaku agak hairan dengan pertanyaannya. Apa yang tak kena dengan pakaianku? Lantas aku turut sama membelek pakaianku sendiri. Tak ada apa-apa yang pelik dan tak kena. Cuma sepasang kurung biru dan sehelai tudung labuh yang menutup kepalaku.
“Bukan...." Balasnya teragak-agak.
" Bukankah payah nak bekerja dengan pakaian begini? Di sini kerjanya agak berat. Tak takut mengganggu kah?”
“ Oh!..hanya kerana saya bertudung labuh begini awak meragui keupayaan saya?” Balasku sinis. Kadang kala naik meluat aku dengan pertanyaan yang sama. Asal saja bertudung labuh mesti ditanya begini. Boleh ke buat itu, boleh ke buat ini. Bisikku jengkel dengan pertanyaan bodoh itu.
“Tak usah lah awak bimbang, apa yang saya pakai ini tak sedikit pun menyusahkan saya mahupun orang lain. Apa yang saya pakai ini, kerana saya mengikut syariat Islam. Itu saja. Lagipun awak tahukah? Wanita-wanita Islam zaman Rasullulah dan para sahabat juga bertudung litup tapi mampu mempertahankan Islam dan mampu menyertai perperangan. Hebat bukan wanita begini?” Jawabku panjang lebar dan tegas sambil berlalu meninggalkannya terkulat-kulat sendirian.
Ha…. Padan muka. Banyak sangat songel dia. Sia-sia saja aku bagi nombor telefon aku. Dah tentu lepas ini mamat ni takkan rekomen aku pada bos dia. Mati hidup balik pun aku sure, aku tidak dapat kerja kat situ. Hai mengganggur lagilah nampaknya aku. Tetapi sangkaanku meleset, baru sahaja kaki menjejak anak tangga, mak lantas bersuara menyatakan bahawa aku diterima bekerja di sana, Aik cepat sungguh. Tapi takpe… aku akan buktikan pada mamat yang aku tak tahu namanya itu keupayaan sebenar aku. Esoknya aku tiba setengah jam awal. Biasalah orang kalau dah excited nak mula bekerja macam tulah. Di situ aku mula mengenali Liza, Ija, Shah dan Amir. Tapi aku masih belum nampak kelibat mamat semalam itu. Esoknya juga aku tidak bersua lagi dengannya. Mana pergi si mamat nie? Ponteng kerja la tu. Ish .. tak boleh harap langsung. Kutukku tanpa mengetahui perkara yang sebenar.
Hasil daripada risikan, akhirnya aku berjaya mengetahui namanya. Suffian Hayyat. Emm…boleh tahan cantik namanya macam orangnya juga.
“ Eh Ija, si Suffian tu tak kerja ke hari nie? Dahlah semalam tak datang kerja." Aku cuba merisik darinya perihal si Suffian tu.
“Oh …. Si Suffian tu. Dia nak kerja boleh tak kerja pun boleh." Balas Ija selamba.
"Ish…. Tak bolehlah macam tu. Bos bagi kepercayaan kepada dia tapi dia tak
amanah. Bos tak marahke?" Terkeluar rasa tak puas hati aku terhadapnya.
" Woi! Ira, bos nak marah apa, dia tu bos kat sini suka hatilah dia nak buat apa-apa pun." Sampuk Liza.

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...