Wednesday, June 07, 2006

La....Isla

Kisah ini berlaku di sebuah pulau yang pemandangannya indah sekali. di pulau itu tinggal beberapa orang kawan iaitu, Kaya, Bangga, Gembira, Sedih dan Cinta. suatu hari terdapat berita yang mengatakan yang pulau mereka ini akan tenggelam. masing-masing semakin kalut dan bimbang kerana ingin menyelamatkan nyawa dan harta-benda masing-masing. dalam pada semua sedang sibuk membina kapal untuk menyelamatkan diri, hanya Cinta seorang yang masih leka dan enggan berbuat apa-apa.
Cinta berterusan membuat hal sendiri apabila satu hari pulau mereka benar-benar hendak tenggelam. perasaan cemas mulai timbul dalam diri Cinta. lalu dengan penuh pengharapan, Cinta berjumpa dengan Kaya. lalu Cinta berkata;
" Kaya...Kaya...bolehkah aku tumpang kapal kau? Aku tiada kapal untuk aku menyelamatkan diri?" lalu Kaya pun menjawab...
" Ahh...tak bolehlah Cinta. kapal aku ni dah penuh dengan harta-benda aku. mana cukup tempat untuk kau hendak tumpang." selepas berkata-kata, Kaya pun beredar dari situ. Cinta kemudiannya bertemu dengan Bangga.
" Bangga, bolehkah aku menumpang engkau?"
" Tak boleh Cinta. Kapal aku sudah cukup sempurna dan tidak memerlukan engkau."
Cinta merasa amat sedih dan kecewa. lalu dia berjumpa Sedih pula.
" Sedih....bolehkan aku menumpang kapal engkau?" Cinta melihat Sedih menangis sambil menggelengkan kepala.
" Oh...Cinta. aku tengah bersedih sekarang ini. aku hanya mahu bersendirian...minta maaf. aku tidak dapat menolong engkau." Sekali lagi Cinta hampa. sekarang hanya Gembira sajalah harapannnya untuk pergi dari situ.
" Gembira....bolehkah aku menumpang kapal engkau?" Namun...nasib Cinta lebih buruk apabila Gembira yang terlalu seronok hanya ketawa sehingga tidak mendengar kata-katanya. Dalam kesedihan dan meratapi penyesalan diri, tiba-tiba terdengar satu suara...
" Marilah Cinta...marilah, aku sanggup tumpangkan engkau. janganlah bersedih lagi." Cinta merasa gembira kerana ada yang sudi menolongnya sehingga dia terlupa untuk bertanya siapa yang telah menolongnya itu. Apabila tiba ditempat selamat, Cinta telah bertemu dengan Bijak dan bertanya;
" Bijak....siapakah yang telah menolong aku tadi? aku terlupa untuk mengucapkan terima kasih padanya." Dengan senyuman, Bijak pun memberitahu;
" Cinta...kalau engkau mahu tahu, yang menolong engkau tadi adalah MASA. Selama ini hanya Masa lah yang faham betapa pentingnya Cinta dalam hidup. Masa yang boleh mengubah segala-galanya....

3 comments:

mamajambu said...

Mcm pernah dgr lah kisah ni.Sebenar nya kita di suruh hargai masa. kalu terlepas susah nak berpatah balik.Bukan masa mengejar kita kita harus mengejar masa.

Mersik said...

Err..apa susah2 gii kat pulau tuu..gii pondok pokcik dah ler...bak kata pakcik Abbas tu.." Macam-macam adaaaa.. " hik hik

dhiya zafira said...

sobonar eh.....citer tu saya translatekan dari spanish....La Isla tu bermakna pulau.....

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...