minggu lepas aku check status aku di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam....dan seperti biasa....GAGAL yang aku terima.
kenapalah susah benor aku nak lepas untuk memasuki perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik ni.....?
ini kali ke 5 aku menduduki ujian bertulis dan for the 1st time, akhirnya aku lulus untuk ke peringkat kedua.....
mulanya aku bertekad tak nak p exam bertulis ni sebab aku dah cemuih...bak kata org utara. yelah...gagal kali pertama dan kedua mungkin boleh terima lagi.....ni kalau dah gagal kali ke 4....there's must be something wrong with me.....hihihihi. so...bila surat panggilan tu...aku buat bodoh je....sikit pun aku tak beri reaksi. malas....sebab aku tahu aku akan susahkan ayah aku yang terpaksa menjadi penunggu dan driver aku...aku pun tak sampai ati nak biar dia menunggu lama-lama. 2 hari lak tu.
tapi....ayah aku ni.....dia pulak yang beria-ia pujuk aku suruh p. seperti kata dia....mungkin ni rezeki hang....mana nak tau....kali ni lepas pulak....kerja TUHAN....mana hang tau....." begitulah kira2 pujukan ayah aku. aku pun cairlah.....aku tak sanggup nak hampakan harapan ayah....so dengan muka separuh cipan dan separuh angelina jolie...ahaks.....aku pun p la ujian bertulis tu.
tak macam ujian dulu....aku memang tak prepare langsung. aku jawap apa yang aku boleh jawap. aku buat esei dengan muka poyo.....aku memang tak bagi harapan untuk diri aku sendiri. tak macam ujian dulu.....buku pengajian am dan kenegaraan malaysia memang aku belek....konon study lak....tapi tak lepas2 pun....cis.....
kali ni memang aku tak prepare....tapi memang menakjubkan....aku luluslah pulak. aku antara 2000 lebih calon yang berjaya dari 30,000 calon yang menduduki ujian PTD tu. aku pun memang terkejut.....memang....kalau TUHAN nak kata...kun fayakunn..memang jadik. seperti kata ayah aku...kerja TUHAN ni memang kita tak tau.....
kira sejak check status aku yang dah melepasi tahap pertama tu menyebabkan aku melayang di udara sekejap. tidur malam pun senyum je.....pandang muka cipan pun aku senyum jugak......
maka....berangkatlah aku ke sg. petani untuk menjalani peringkat ke 2 selama 3 hari in INTURA.
Aku pergi dengan harapan yang tinggi. harapan diri sendiri dan mak dan ayah aku jugak....kat situ aspek komunikasi ditekankan. ada pengucapan awam; melayu n inggeris. debat ala parlimen, case study, ujian stamina 2.4 km...etc. keupayaan aku.....? aku cuba buat yang terbaik....aku cuba prepare sebaik mungkin. semua itu bergantung jugak pada penilai yg akan menilai aku sepanjang 3 hari tu.....aku yakin kalau ini memang rezeki aku.....macam mana pun aku akan dapat....
so....last 2 weeks masa aku tgh training volleyball utk sukan staff...aku dapat call dari roomate aku kat Intura. dia cakap result dah keluar....dia tak dapat. jadi dia tanya aku dapat tak.....masa tu jantung aku yang memang berdegup kencang kerana penat bertambah kencang ibarat taufan katrina...
balik dari training aku check......dan aku GAGAL......aku ulang sekali lagi....aku GAGAL. KECEWA??? memanglah aku kecewa. kita diberi harapan baru setelah kecewa tapi kini dikecewakan sekali lagi....aku sedih gak beberapa ari lepas tu...tapi untungnya tumpuan aku pada karnival sukan staff. dok asyik training sampai aku tak sempat nak layan kesedihan aku sendiri.
sekarang ni...aku dah terima kenyataan....dan aku tertanya-tanya...susah sangatke nak jadi seorang PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK???
1 comment:
kesian kat ko violet. dah bukan rezeki. tapi aku rasa takyahla cuba lagi. aku bukan apa...takut ko kecewa lagi...aku pun dah lama terima hakikat aku bukan dilahirkan sebagai PTD...
Post a Comment