Friday, June 30, 2006
Tribute to my favourite novelist III
ANIS AYUNI
hah...aku nak sambung balik pasai citer bagaimana aku boleh minat dengan seseorang penulis tu. kali ni giliran Kak Anis lak...
Aku kenal dengan karya kak Anis pun baru setahun dua je.. masa tu first buku yang aku baca ialah Suara Hati. masa tu entah mungkin aku tak membaca denga betul atau tak concentrate, maka aku tak berape berkonan sket ngan novel tu.(hihihi..sowi kak Anis). aku anggap citer tu biasa2 saja but quite okay lah for 1ST novel kan.
tahun 2004 library membuat rombongan ke pesta buku. aku memang betul2 excited. yelah aku dapat bayangkan berapa banyak buku yang akan aku borong nanti. seperti biasa aku capai citer novelis2 lain. kawan aku mencapai buku MANISNYA CINTA. Staff alaf beria-ia memujuk aku membeli buku MC. banyak pujian yang aku terima tentang MC tapi entah kenapa hati aku tak terbukak langsung nak membaca MC. Aku kata kat kawan aku..." ko beli dulu..nanti kita tukar buku...aku takut tak best..." So kawan aku belilah...dia tanya aku kenapa aku rasa citer MC tak best...aku tanpa berfikir banyak terus aku cakap..." Aku tak suka nama Fredo dalam sinopsis itu. ntahlah kenapa membaca nama Fredo mematikan keinginan aku membeli buku MC. Itulah sebabnya tuan puan. Kerana nama Fredo aku tak nak baca buku MC. aku tak kenal sapa2 fredo dalam hidup aku. dia tak ada salah apa2 pada au tapi masa tu ntha kenapa aku tak suka nama fredo tu..hihihihi.
so...beberapa minggu lepas tu aku meminjam MC dari kawan. dan seperti aku terpegun dengan JAUH dan SATU JANJI, macam itulah aku terpegun dengan MANISNYA CINTA. aku tertarik dengan bahasa dan gaya penceritaan Kak Anis yang bisa membuai perasaan, dan kadang kala diselitkan dengan kelucuan. bagi aku cerita MC cukup sempurna untuk menghiburkan dan memuaskan hati aku. sekali lagi..penulis kesukaanku bertambah. sekarang ni semua cerita kak Anis aku ada kecuali Suara Hati. aku akan cuba membacanya sekali lagi. mana tahu pandangan aku tentang novel tu berubah pula selepas ni.
To Kak Anis, saya menantikan Karya yang seterusnya....tak sabar dah nih....
p/s....lepas ni sapa hah...tungguuuuuu...
Thursday, June 29, 2006
tribute to my favourite novelist II
Kali ni aku nak bercakap tentang Ramlee Awang Murshid pula. aku mula mendengar namanya pada tahun 2000. kalau tak silap akulah. aku ngan roomate aku ni memang antu buku. aku dengan creative dan dia dengan alaf 21. satu hari dia pegang buku Tombiruo.aku masih ingat lagi kata-katanya; " wei...ko baca buku ni. ramai cakap best....aku dh baca. memang best. cuba arr.." begitulah lebih kurang.
Aku capai buku itu dan aku tgk cover dia...mak aaii...seramnyer. aku kalih pada kawan aku
" Ni buku apa ni? cerita hantu ker?" Kawan aku hanya menggeleng sambil mendesak supaya aku membaca buku itu. Lalu aku memanjat ke atas katil. aku tidur bahagian atas. sambil berbaring aku sudah bersedia mahu memulakan pembacaan. tidak lama selepas tu aku menutup buku kembali. aku letak ke tepi. arghh..aku tak boleh baca. aku tak minat dengan cara penulisannya. aku tak memberi peluang langsung. masa tu aku berpendapat...dahlah nama tak kena..tulih citer apa ntah...(pendapat aku masa tu).
so. semenjak tu aku memang tak baca buku tulisan Ramlee. walaupun aku telah banyak mengenali tentang penulis alaf, aku masih belum terbuka hati untuk membaca novelnya. sehinggalah satu hari aku teramat bosan...dan SATU JANJI ada di depan mataku.aku kerja di library...so senanglah cari buku...hihihihi
aku cuba baca SATU JANJI...dan selepas itu aku jatuh cinta dengan Lokman. aku jatuh tangga dengan penulisnya. semenjak itu Ramlee Awang Mushid termasuk dalam novelis kesukaanku. aku beli Rahsia Perindu, Bagaikan Puteri, Hatiku di Harajuku..dan aku berniat mahu menyimpan semua koleksinya. RAMLEE dalam senarai mesti beli aku....hihihi. tombiruo yang aku tak habis baca tu pun aku dah abiskan semua trilogynya. bagi aku semangat hutan memang power. watak Ejim sangat2 menyakinkan. Ramlee memang bagus. ntahlah aku berbangga kita mempunyai penulis seperti Ramlee. aku sekarang ni tak sabar menunggu sambungan cerita bagaikan puteri...jangan mare, ramlee sendiri beritahu aku yg BP memang ada sambungannya.dalam semua novelnya watak kesukaan dan kegilaan aku ialah Ejim dan Laksamana Sunan. jatuh hari beb. cair aku kalau dapat jumpa dengan dua manusia ni...walaupun dalam mimpi....ahaks...macam tulah bagaimana aku boleh minat dengan karya RAM.
So..RAM, TERUSKAN DENGAN CERITA ANDA YANG POWERRRRRRRRRRR.
p/s..lepas ni Anis Ayuni lak
Wednesday, June 28, 2006
Happy 35th Anniversary Mak N Ayah....
Hari ini genaplah ulangtahun ke 35 pernikahan mak dan ayah aku. sebagai anak aku amat berbangga dapat menyambutnya dengan mereka. bermula 28hb Jun 1971 sehingga sekarang aku dan adik beradik dapat lihat yang kasih sayang antara mak dan ayah tidak berkurang walau sedikitpun, malah makin bertambah dari hari ke hari. mengenangkan pengorbanan mak dan ayah membesarkan kami 7 beradik memang menginsafkan. dari kakak sulung hingga adik yang bongsu mak n ayah sentiasa berada di sisi kami. walaupun dulu, ayah jarang bersama kami kerana tugas namun didikan mak dan tunjuk ajar ayah yang tidak putus-putus menjadikan kami seperti sekarang ni. walaupun kami bukan orang ternama, bukan Vip tapi mak n ayah boleh berbangga yang anak mereka menjadi 'orang'.hihihihihi...untuk mak n ayah, kami amat menghargai kasih sayang yang diberikan. semoga hubungan ini berkekalan hingga akhirnya...
Buat Mej(B)Hj Mohd Nor Hj Nordin dan Hjh Ramlah Hj Bakar, kami sayang mak n ayah....
dr....
kakak, kak cik, cek, abang,
ijat, dik ah, dan adik.....
Buat Mej(B)Hj Mohd Nor Hj Nordin dan Hjh Ramlah Hj Bakar, kami sayang mak n ayah....
dr....
kakak, kak cik, cek, abang,
ijat, dik ah, dan adik.....
Tuesday, June 27, 2006
tribute to my favourite novelist....
Aku hendak menyentuh sket tentang penulis-penulis kesukaan aku. aku bukan mahu mengomen, mengkritik atau apa saja, tapi aku mahu berkongsi pengalaman bagaimana aku boleh kenal dan suka penulis ternama ini....
Aisya Sofea....
Aku kenal dengan nama Aisya Sofea ni pada tahun 1998. frankly aku memang tak pernah dengar nama alaf21 dan Aisya sebelum ni. aku dulu lebih gemar membaca buku2 dari creative. mungkin masa tu alaf pun baru nak bertatih dalam bidang penerbitan, so promosinya pun tak berapa gempak....hihihihi.
berbalik pada AS...aku kenalnya melalui novel 'JAUH'. Seorang rakan yang meminjamkan buku tersebut pada aku. pada mulanya aku agak skeptikal sket nak membaca. yelah...aku tak kenal dengan nama AS masa tu. tapi bila baca prolog dan sampai pada adegan Syafikah dan Fikri....aku jadi diam sekejap. aku tengok cover sekali lagi. aku bukak buku balik....aku pandang cover sekali lagi...aku habiskan membaca kat situ jugak dan hari tu jugak. masa tu aku cashier kedai kek. aku ada tulis dlm n3 aku sblm ni yg aku kerja masa tunggu result STPM.
bila khatam je JAUH, aku rasa kembang. aku rasa berbunga. aku rasa diri aku melayang sekejap. aku mula berangan....ahaks..kalau ikutkan nak je aku lari memeluk kawan aku yag memperkenalkan novel JAUH ni.
so, dapat je gaji, aku terus beli JAUH sebagai koleksi. terus nama AS termasuk dalam senarai novelis favourite aku. aku pernah rasa nak bergaduh ngan jiran bila dia hilangkan buku aku. dahlah pinjam. bila hilang tak ngaku pulak. aku betul2 sakt hati. tapi aku membeli semula JAUH. rasa kehilangan pulak kalau tak ada buku tgu...
walaupun AS dan menulis 6 buah novel tetapi JAUH tetap menduduki tempat yang istimewa dalam hati aku. walaupun nipis berbanding novel lain tapi aku tetap tak dapat lupakan Fikri dan Ika. sampai sekarang aku merasakan JAUH adalah hasil AS yang paling cemerlang...yang lain pun aku suka namun...aku memang bias sket ngan JAUH...so..apa pun JAUH IS THE BEST.....
macam itulah bermulanya aku menyukai karya AS....
P/S...lepas ni RAM pulak..
Monday, June 26, 2006
Gelisah jiwa
Kebelakangan ni aku rasa semangat aku down sikit. kalau ikutkan memang banyak perkara yang berlaku menyebabkan aku tak berapa nak gembira. dari segi kerjaya, peribadi...etc...semuanya tak berapa nak menjadi....kalau nak diikutkan perasaan memanglah...boleh jadik gila. tapi nasib baik aku ni waras. masih ingat diri. ketahanan emosi dan mental aku kuat..(hhihihhi...aku memang tak dapat lari dari perasan....)
aku ada sesuatu yang sedang aku nanti-nantikan....harap-harapkan...tapi sehingga kini masih belum menampakkan sinar yang benda tu akan terjadi. walaupun ada yang memeri jaminan tapi selagi benda itu tak bermula...aku anggap ia tetap belum berjaya.....
Entahlah...penantian memang satu penyeksaan. boleh sakit jiwa dibuatnya. kata orang BERSABARLAH....ya itu yang sedang aku lakukan...BERSABAR. walau selama mana aku akan bersabar kerana aku yakin kesabaran aku itu akan membuahkan hasil yang baik dan aku yakin penantian aku ni amat berbaloi...
biarlah aku susah sekarang tapi aku akan mencapai nikmatnya kemudian hari...
tapi...macam mana kalau penantian aku itu sebenarnya satu yang sia-sia? bagaimana kalau aku menanti benda yang sememangnya bukan ditakdirkan untuk aku? bagaimana kalau penantian aku ni umpama menanti buah yang tak akan gugur...seperti menunggu ayam jantan bertelur???
Alahullam...ALLAH yang tahu segala-galanya...

Tuesday, June 20, 2006
Untuk Wanita
Sampaikanlah kpd para wanita...Smoga bermanfaat.................
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang
jahat.
2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.
Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan mendapat pahala jihad
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesai kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih
awal dari pada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat dari pada yakut.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.
Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas
dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola
perak.
Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80
tahun ibadat.
Hadis nabi mengenai wanita:
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal
tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Wallahua'lam..
Ya Allah, adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurga Mu.
Tak berdaya rasanya menuju ke sana lantaran godaan syaitan & hawa nafsu.

Ujian Tuhan
THE CHOICE IS YOURS.....MAKE IT RIGHT!!!
Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih utk
menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam
perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas,
kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan
apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT.
Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yg sedang
berduka lara itu???
Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan
bacalah Al Quran...
sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yg tersingkap di
dalamnya......segala
jawapan ada di dalamnya....
KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?
“ Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216-
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286-
RASA FRUST?
Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu
bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya,
jika kamu org2 yg beriman.-
Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang
berkebajikan dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran
musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
- Surah Al-Imran ayat 200
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang
itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
- Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka....
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg
kafir.
- Surah Yusuf ayat12

Thursday, June 15, 2006
Pencil sketches
note* juga kiriman email dari seorang rakan yang mengetahui yang saya amat meminati cerita-cerita korea. foto di atas merupakan antara pelakon kegemaran saya...hai...alangkah bagus kalau saya pandai melukis seperti pelukis asalnya....
Wednesday, June 14, 2006
SURAT TERBUKA
Surat terbuka utk kaum Hawa
Untuk semua kaum Hawa(para isteri yg tersayang),
Ayang,
Seperti yang sedia maklum,abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besar nya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?
Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 9hb Jun 2006 hingga 9 Julai 2006. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan:-
1) Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2006 di Jerman. Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut.Oleh itu ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.
2) Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari.Ayang dilarang sama sekali mengerling ke arah remote control pada masa tersebut.
3) Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut,ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu kosentrasi abang.
4) Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.
5) Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada diambang kekalahan.
6) Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting.Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengatakan bahawa "gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?".
7) Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahawa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.
8) Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera?
9) Selepas period abang ini abis..ayang dilarang merungut,"nasib baik world cup 4 tahun sekali jer?" kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English Premier League,Italian League,Spain League, UEFA Champion League,Piala Malaysia dan lain-lain.
Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut atau bola emas..pandai-pandai la ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah? Jika sebaliknya? hendaklah ayang turut berduka...&...dilarang menganjing2 @ mengejek2...
Akhir kata. Majulah sukan untuk negara !!
Ikhlas dari: Abang yang sentiasa menyayangimu...
note* Surat terbuka ini adalah kiriman dari seorang rakan melalui email kepada saya. saya merasakan ianya amat menarik dan mahu berkongsi dengan semua
Monday, June 12, 2006
Terengganu
Assalamualaikum,
dah 2 hari aku tak update umah aku ni......al maklumlah weekend ari tu aku mengikuti rombongan tempat keje aku ke Terengganu. lebih tepat lagi kami melawat KUSTEM. kami bertolak malam Jumaat. aku memang excited. seumur idup aku yang ceria ni......hihihi, inilah pertama-tama kalinya aku ke sana. sekarang ni tinggal Kelantan aje aku tak sampai lagi....kalau ada peluang sampai kelantan, bermakna semua negeri di Malaysia ni aku dah sampai......harap2 aku berkesempatan menjejakkan kaki ke sana.....
Perjalanan ke Terengganu malam tu, kesian pun ada...kelakar pun ada dengan karenah office mate aku.
Kak Idah...otai bahagian aku kejang kaki pasai dok lama sgt dalam bus....so, dia taruklah minyak kuda...konon2 nak kurangkan sakit. tapi...apa yang dia tak tahu....Pak Itam....another otai ni tak tahan dengan bau2 minyak....so....nak dijadikan citer...pak itam pun raplah dalam bus.....(muntah)....rap pak itam memang power. tak payah pakai speaker, hailer.....etc. memang kuat. sampai satu bus dengar.....lepas tu...sorang2 berjangkit rap dalam bus....kah..kah...aku kesian dengan member aku yang kena tapi keadaan masa tu memang kelakar.....masa singgah kat Petronas...aku tengok muka masing2 pucat tak berdarah....lembik siut. em...nasib baik aku tak terjangkit sama.
kami singgah sembahyang subuh kat surau di Kuala Abang dalam kurang pukul 6.15. so...saat tu secara rasmi kakiku dah memijak bumi Terengganu. yes..yes...
Tapi....agak kesal jugak dengan keadaan tandas surau tersebut yang agak kureng dari segi kebersihannya. bagi aku kalau dah nama Surau/Masjid/rumah ALLAH, soal kebersihan bukan satu masalah lagi. wajib bersih.....tapi...aku tak biarkan perkara tu mematahkan mood aku. nampak je laut disepanjang laut cukup menyegarkan jiwa aku. ntah kenapa...aku bila tgk laut jadi sentimental sikit. mulalah nak termenung sana sini. fikir apa aku pun tak tahu....hihihihi...
kalau area pantai barat lautnya lebih kepada warna hijau...berdasarkan tempat yg aku pergi la....tapi kat trengganu...lautnya biru....cantik....kuasa Tuhan....kita boleh menjadi semakin kerdil dengan kebesaran KuasaNya.
aku berpeluang menaiki bot penambang dari jeti pasar payang...?(aku tak sure nama dia)..ke seberang takir. aku memang teringin nak naik. saja pengalaman. bila aku ajak member semua takut. macam2 depa kata. nanti tak balik la....karam tengah lautla....ehm...aku tak peduli...aku cuma nak rasa naik bot penambang tu walaupun jelas dengan keadaan bot yang agak uzur. aku tengok penumpang/rakyat trengganu selamba badak je...tak takut. last2 aku n sorang member je yang naik. tambang murah...pergi balik hanya 1.60. aku tak singgah di seberang takir cuma dapatlah merasa angin yang bertiup. tengok kapal.....macam orang jakun. aku cukup tenang dengan suasana macam ni....bunyi ombak mengalahkan semua bunyi yang indah dalam dunia ni...cuma..masa aku mintak nak pakai life jacket, pokcik yang jaga tu tersegih je....apa...salah ke aku fikirkan keselamatan diri? kita hanya beringat2...betul tak. lagipun aku tengok life jacket tu terperosok kat atas bumbung bos...sampai dah bersawang. bagi aku itu tak patut. walaupun tak ada apa-apa yang berlaku....aspek keselamatan kena jaga. buatlah sesuatu berlaku....bayangkan...dalam kelam kabut tu ..nak berpaut lagi....nak pakai life jacket...dan mana nak pegang anak lagi.....fikirkan....kalau itu yang berlaku.....nauzubillah...
banyak sebenarnya aku nak citer...tapi, aku penatlah....nantilah...aku cuma nak kata....terengganu punya pantai memang ada class. Aku harap2 dapat sampai Redang nanti. teringin nak scuba dan snorkeling kat sana.....
ciao...
Friday, June 09, 2006
Suffian Hayyat...end
" Suffian." Panggilku perlahan. Tiada sahutan. Aku cuba sekali lagi.
“Ada apa?” Tanyanya dingin tanpa memandang wajahku. Aku melihatnya membelek-belek dokumen di atas meja. Tapi aku perhatiannya tidak sedikitpun pada dokumen tersebut. Rasa sebak, kesal silih berganti dalam hati dengan sikap dinginnya. Terus saja aku meletakkan surat perletakan jawatan aku dihadapannya. Aktivitinya terhenti seketika. Aku melihat dia merenung surat yang aku letakkan di atas mejanya seolah-olah cuba membaca isi kandungannya.
“Apa ini..?” Soalnya terus memandang…bukan merenung aku dengan tajam. Pandangannya membuatkanku gugup lalu menundukkan muka. Mataku mulai terasa panas menandakan bila - bila masa saja air mataku akan gugur.
“ Awak nak berhenti?” Tanyanya tanpa membaca surat itu. Perlahan-lahan aku mengangguk.
“ Saya tak benarkan." Katanya tegas sambil mengoyakkan suratku.
" Tapi….tapi…" Kata-kataku terhenti apabila dia mengangkat tangannya. Menyuruh aku diam.
" Result awak keluar bulan depan. Saya mahu awak teruskan bekerja sehingga itu. Sekarang kerja tengah banyak. Kalau awak berhenti, beban kawan-kawan awak akan bertambah. Lagipun dulu awak pernah berkata yang awak tak akan berhenti selagi belum tiba masanya. Walaupun awak tidak menyain kontrak dengan saya tapi saya pegang kata-kata awak itu sebagai janji. Janji seorang umat Islam terhadap saudara seagamanya. Sebagai umat Islam awak tentu tidak mahu menipukan?" Terangnya cukup sinis.
" Saya akan benarkan awak berhenti kalau awak dapat cari pengganti awak dalam masa 24 jam ini. Bagaimana setuju?" Sahlah dia sudah membenci aku. Air mataku turun bagaikan hujan. Aku sudah tidak segan-segan lagi menangis di hadapannya. Biar dia tahu aku cukup menyesal atas perbuatanku.
" Suffian….biar saya terangkan...."
" Kalau tak ada apa-apa lagi awak boleh keluar." Katanya selamba memotong cakapku. Hatiku menyuruh aku beredar dari situ tetapi kakiku enggan melangkah.
“ Saya …saya minta maaf. Saya tahu awak terluka dengan sikap saya. Maafkan saya." Ucapku sambil teresak-esak.
" Saya juga sesungguhnya kesal dengan apa yang berlaku…. Kalau…saya tahu beg..begini jadinya…” Tak mampu menahan tangisan yang kian hebat aku meluru keluar dari biliknya.
" Khaira." Langkahku kaku apabila terdengar dia memanggilku. Lembut sungguh diperdengaran telingaku. Aku menoleh dan melihat dia berada di belakangku. Bila masa dia bangun dari kerusinya aku tak tahu. Yang pastinya aku jadi kaget melihatnya senyum tiba-tiba.
“ Macam mana terror tak saya berlakon? Boleh dapat award tak awak rasa?” Tanyanya yang masih tersenyum. Lawa sungguh. Aku hanya terus memandangnya. Tak berapa faham apa maksudnya.
“ Kalau awak boleh berlakon, saya pun pandai jugak.” Terangnya lagi.
" Jadi tadi tu awak berpura-puralah?" Tanyaku meminta kepastian.
" Uh..uh. Memang pada mulanya saya kecil hati dengan tindakan awak tapi bila saya fikirkan kembali bagaimana sikap saya terhadap awak dulu, memang wajarlah saya kena. Tapi kalau saya seorang saja yang kena tak best juga kan?” Balasnya panjang lebar. Mendengar kata-katanya menyebabkan air mataku turun kembali. Bukannya apa kerana terlalu gembira. Syukurlah dia tidak marah padaku lagi.
“ Hey…sudahlah. Jangan nangis lagi. Saya tak marah dah.” Ujarnya cuba untuk memujukku.
" Betul ni?” Tanyaku ragu-ragu.
" Iyelah. Betul saya tak marah dah. Saya tak berniat nak buat awak menangis begini.”
“Saya minta maaf." Bisikku perlahan.
" Ya …saya pun minta maaf juga. Lagipun pujangga ada menyatakan bahawa manusia akan sentiasa dapat memaafkan orang yang mereka sayangi. Betul tak?" Soalnya lembut sambil memandangku penuh makna.

Suffian Hayyat.....samb
Hah! Terbelalak besar mataku mendengar kalimat yang keluar dari bibir Liza. Patutlah dua hari tak nampak muka. Cis! Bedebah sungguh. Sure dia gelak gila babi sebab berjaya kenakan aku. Rasa terperanjat segera aku sembunyikan apabila terdengar bunyi pintu ditolak. Aiseh bos datang. Sakit hati betul melihat mukanya yang sedang tersenyum sinis. Apa-apa senyum-senyum? Bisikku sambil memandang dengan rasa geram. Memang betul kata si Suffian. Kerja kat sini agak berat dan rumit sedikit. Aku ingatkan bila dah jadi jurujual tu, jual buku ajelah tapi banyak kerja yang terpaksa aku lakukan. Dari memesan buku, memeriksa stok, buat invoice, membalut, menyusun dan sebagainya. Yang hairan tu, aku dapat rasakan bagai tak cukup tangan nak kerja, sedangkan yang lain tu cool aje. Aku dapat rasakan yang Suffian tu seolah-olah mahu mencabar aku. Tak apa, kalau itu yang dia mahu, aku terima.
“ Macam mana kerja? Okay tak?” Tanya ayah sewaktu melihat aku melepaskan
lelah. “ Okaylah boleh tahan." Jawabku pendek. Sedar tak sedar hampir 2 bulan aku bekerja di situ. Kalau nak ikutkan hati dah lama aku berhenti, tetapi kesian dengan ayah yang tidak kenal penat lelah mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Walaupun gaji aku kecil tapi perasaan gembira dan bangga tidak dapat aku elakkan setiap kali aku menyerahkan sebahagian gajiku kepada emak. Kalau anak tak berbakti kepada orang tuannya, siapa lagi. Hubungan aku dengan pekerja lain juga semakin erat kecuali Suffian. Pening kepala aku memikirkan tingkah lakunya. Dengan pekerja yang lain senyum sampai ke telinga tapi dengan aku serius gile. Aargh.. lantaklah kau. Tak kuasa aku nak layan.
“ Khaira, awak ambil buku-buku ni, susun kat bahagian atas." Arah Suffian sebaik saja sampai. Tengok tu, baru sampai aje dah nak dera aku.
" Hah…awak nak saya susun macam mana? Tempat tu tinggi, saya tak sampai." Terperanjat katak aku melihat rak yang tinggi itu.
" Dah tinggi tu pakailah tangga. Itupun tak reti ke." Sindirnya sinis.
" Tapi...." Aku cuba memprotes.
" Shahkan ada, suruhlah dia, dia lelaki kan lebih senang. Saya susun yang bawah punya ya."
“Aik …kalau tak silap saya ada seorang umat tu yang mengaku semua kerja dia boleh buat. Perang pun sanggup. Takkan panjat tangga pun takut." Merah padam mukaku mendengar dia berkata begitu. Dengan rasa marah aku mengambil tangga. Kurang ajar sungguh dia ni. Tak habis-habis nak sakitkan hati aku. Ha …memang padan dengan muka aku. Dulu bukan main lagi bercakap. Kenalah sekarang. Memang kalau hendak membuat perkara tanpa rasa ikhlas ada sahaja halangan yang melanda. Takku sangka nasib aku sungguh malang hari tu. Mak …aku menjerit. Bagai nangka busuk aku terjatuh apabila terpijak kain sewaktu memanjat tangga. Kesakitan aku semakin bertambah apabila buku-buku turut jatuh menimpaku. “Ya Allah sakitnya....." Rasa nak pecah kepala pun ada. Menjerit Liza dan Ija melihat keadaanku. Suffian yang baru hendak melangkah keluar meluru laju menerpaku.
" Ira..Ira ..awak tak apa-apa ke?” Tanyanya cemas. Mak ai….dalam dok sakit tu, aku sempat melihat wajahnya. Gabra semacam. Kelakar sungguh. Tiba-tiba terdetik hatiku nak mengenakannya. Lalu aku pura-pura pengsan.
“ Eh….Ira pengsanlah. Macam mana ni Suffian?” Ija cemas. Si Liza siap menangis lagi. Nak pecah perut aku menahan tawa. Control-control, nanti lakonan aku tak menjadi.
"Shah .. kau pergi ambil kereta aku. Kita bawa dia ke hospital.” Pantas Suffian memberi arahan dan tanpa berfikir panjang dia terus mendukungku. Ya Allah, dalam dok pura-pura pengsan tu aku rasa betul-betul nak mati. Seumur hidup aku tak ada lelaki yang berani menyentuh aku apatah lagi mendukungku begitu. Nak tak nak terpaksa aku menahan sedangkan jantungku berdegup kencang. Shah ni mana? Lama benar nak ambil kereta. Kepalaku mula berpinar-pinar dan tiba-tiba aku rasa pandanganku semakin gelap perlahan-lahan.
“Ira…Ira?" Dari jauh aku terdengar suara memanggil-manggil namaku. Aku cuba membuka mata namun cahaya yang terang memaksa aku menutup mataku semula. Seketika kemudian barulah aku dapat serasi dengan keadaan sekeliling. Aargh... dimana? Aku cuba bersuara. Pening dikepala masih lagi terasa.
" Eh….jangan banyak bergerak." Bisik suara itu lagi. Lembut, dan aku melihat Suffian tersenyum memandangku.
" Syukurlah awak dah sedar. Awak ada kat hospital sekarang ni. Sehari semalam awak tak sedarkan diri. Pengsan dekat kedai. Awak ingat lagi tak?" Tanyanya lembut. Aku memandang wajahnya. Terdapat garis-garis kepenatan dan penyesalan di situ. Menyesalkah dia dengan tindakannya dulu? Entah aku sendiri tak pasti. Serentak dengan air mataku menitis. Aku pun tak tahu mengapa. Yang pastinya rasa bersalah bersarang dihatiku. Kesal dengan sikapku yang menyusahkan orang.
“ Kenapa nie? Sudahlah tak ada apa-apa." Pujuknya perlahan.
" Mak?” Aku cuba bertanya tapi suaraku tak keluar. Seperti tahu apa yang bermain difikiranku Suffian menerangkan padaku.
" Pagi tadi mak dan ayah awak datang tapi awak masih tak sedar, jadi saya gantikan mereka sekejap. Petang ni mereka datang lagi." Terangnya sambil menghulurkan segelas air buatku. Aku melepaskan keluhan berat. Kesian dengan mak dan ayah. Tentu penat terpaksa berkejar ke sana ke sini. Mana nak uruskan adik-adik lagi lagi dan aku pulak terlantar di sini.
Suffian bagi aku cuti seminggu. Ceh bertuah badan. Gara-gara peristiwa itu hubungan aku dengan Suffian bertambah baik. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia datang melawatku di rumah. Selalunya dia tidak keseorangan. Pastinya Liza, Ija ataupun Shah ikut bersama. Aku amat menghargai sikap prihatinnya. Dia faham bahawa orang tuaku tidak berapa suka melihat anak gadis mereka bergaul rapat dengan lelaki yang bukan muhrim cuma kerana Suffian telah banyak berjasa kepada keluargaku maka ayah dan ibuku senang dengan kedatangannya.Walaupun Suffian belum pernah berterus terang tentang perasaannya, aku seolah-olah dapat memahami yang dia benar-benar mengambil berat terhadapku. Walaupun dalam diam aku turut menyukainya tapi aku lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat. Biarlah masa yang menentukannya. Bak kata orang putih “one step at a time”.
Suasana kedai agak sibuk pada hari pertama aku kembali bekerja. Suffian pula semakin jarang berada di kedai. Apabila kami bertembung dia hanya menganggukkan kepalanya dan senyum kepadaku. Saat-saat begini, kata-kata tidak perlu diucapkan lagi. Aku memahami perasaanya melalui pandangannya yang redup, senyumannya dan tingkah lakunya. Jelas dia menyanyangiku dan aku pun sedemikian.
“Mak oii…. Banyak sungguh customer datang hari ini. Penat aku melayan.” Keluh Ija.
" Dah. Jangan nak bersungut lagi. Ni ha buku baru sampai. Masukkan dalam rekod dan susun." Terang Amir macam bos pulak dia.
" Ala, lecehlah susun buku-buku ini." Sungut Ija tak henti-henti.
" Hei… Ija, rak yang tinggi tu bagi si Shah yang susun. Nanti tak pasal-pasal pengsan macam Ira pulak." Sampuk Liza.
" Ni apa ni, sebut-sebut nama aku." Tanyaku sambil menuju ke arah mereka.
" Tak ada apa-apa…. Aku cakap kat Ija jangan susun buku untuk rak atas sekali. Biarlah Shah yang buat. Nanti jadi macam kau. Kalau boleh kita elakkan perkara dulu daripada berlaku. Kau ni memang betul-betul risaukan orang tau tak? Kau tengok muka Suffian masa tu. Pucat sungguh. Tapi aku memanglah tak sangka kau boleh pengsan waktu itu." Terang Liza bersungguh-sungguh.
“ Sebenarnya aku pura-pura pengsan pada waktu itu." Aku mula membongkar rahsia memandangkan Shah, Amir dan Suffian tiada di situ.
“Hah… betul ke Ira? Baik kau cakap betul-betul.” Ija terperanjat beruk. Ish buruk sungguh.
“ Betul ….tapi aku tak sangkalah dari tipu-tipu itu aku pengsan betul-betul. Pada mulanya aku sengaja nak mengenakan si Suffian aje. Yelah korang bukan tak tahu macam mana dia layan aku dulu. Sikit punya garang. Tapi bila aku kenang-kenangkan balik perkara itu, terasa meyesal pulak aku. Tak sangka sungguh yang Suffian ni baik orangnya. Kalau dia tahu aku berniat nak tipu dia manalah aku nak sorok muka aku ini. Mesti dia ingat aku sengaja nak menggatal dengan dia. Aku pun nak minta maaf dengan korang." Balasku perlahan dengan perasaan yang menyesal teramat sangat.
“Oh….menipu yea. Cis buang air mata aku aje menangis untuk kau. Tapi tak mengapa, aku maafkan kau. No sweatlah. Lagipun dalam menipu pun kau benar-benar pengsan. Takpe aku faham." Lega hatiku mendengar kata-kata Liza.
" Tapi…bila kau nak beritahu Suffian?” Tanyanya lagi.
" Janganlah Ira. Biarlah benda ni kita bertiga aje yang tahu. Kalau Suffian
tahu…….” " Tak payah. Dia dah tahu." Tiba-tiba satu suara mencelah percakapan Ija. Kami bertiga tersentak lantas menoleh. Suffian !!! Terbelalak mata melihat dia di situ, di belakang kami. Berapa banyak dia mendengar aku tak pasti. Namun dari riak wajahnya aku tahu dia sudah mendengar segala-galanya. Saat itu aku rasakan biarlah bumi terbelah dua dan menelan aku hidup-hidup dari berhadapan dengan Suffian. Rasa malu dan bersalah bertimpa-timpa dalam hatiku. Matanya tidak lepas dari memandangku. Melalui pendangannya aku tahu segala-galanya. Marah, kesal, tertipu, kecewa semuanya dapat digambarkan. Tanpa berkata sepatahpun dia meninggalkan kami bertiga.
" Ya Allah, macam mana ni? Dari dia tidak tahu menjadi tahu." Bisik Ija cemas. Aku sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi. Pening kepala memikirkan masalah yang satu ini. Esoknya aku tidak lagi bertemu dengannya. Dari Shah aku mendapat tahu dia ke Kuala Lumpur untuk mengambil stok buku baru walaupun tugas itu sepatutnya dilakukan oleh Amir, namun aku faham benar-benar faham. Dia cuba menjauhkan dirinya dariku. Kalau itu yang dia mahu biarlah aku berundur. Lima hari kemudian barulah aku dapat peluang berbicara dengannya.

Suffian Hayyat Part 1
Aku ni sebenarnya minat menulis. sejak dari zaman sekolah lagi aku memang berminat dengan bidang penulis dan bercita-cita untuk menjadi seorang penulis satu hati nanti....(Minta2lah dimakbulkan)....agaknya kalau aku serius dari dulu mesti dah lama sama taraf dengan Aisya Sofea ke, Anis Ayuni ker, Ramli Awang Mursyid ke...(kah...kah..kah.....perasan aku ni memang kritikal). jangan mara aaa....gurau jer....
Cerpen ni aku tulis pada tahun 1998, masa aku tengah tunggu result STPM. masa tu aku kerja sambilan dekat kedai kek sebagai cashier. sementara nak tunggu customer maka terhasillah Suffian Hayyat. so....aku harap korang semua suka ngan citer ni....maklumlah....citer masa tgh budak2. feel free untuk tinggalkan sebarang komen.....
SUFFIAN HAYYAT
“Ha …. Peluang ni." Bisikku perlahan apabila terbaca iklan jawatan kosong di kedai buku Impian di bandar Taiping. “ Baik aku cuba dulu, result keluar lama lagi." Ujarku bermonolog sendirian sambil kaki mula melangkah memasuki kedai berkenaan. Keadaan yang agak lenggang itu cukup menyenangkanku untuk menerangkan hasrat hati.
“ Er……. Assalamualaikum." Sapaku teragak-agak kepada seorang pekerja yang sedang khusyuk meneliti buku-buku yang bertimbun–timbun. Stok baru sampai agaknya..
" Waalaikumussalam… ya." Serentak dengan itu dia mendongak. Tajam anak matanya merenung membuatkanku serba salah. Aiseh ….hensem gile mamat ni. Takpe control-control.
" Er …. Aa..saya datang ni nak tanya mengenai iklan jawatan kosong kat luar tu. Ada lagikah?” Soalku tergagap-gagap. Ceh buat malu kaum aje.
“Oh! iklan tu. Ada lagi. Kenapa awak berminatke?” Soalnya tanpa matanya tidak beralih langsung dari memandangku.
“Ya”. Jawabku pendek.
“ Kenapa awak nak kerja di sini? Umur awak berapa? Sudah kahwin ke belum?” Bertalu-talu soalannya,cukup membuatkan aku terkedu. Apa ini….siap tanya aku dah kahwin ke belum. Melampau sungguh mamat sekor ni. Pertanyaannya aku biarkan tanpa jawapan. Tak kuasa aku nak melayan. Dari ekor mataku aku tahu dia cuba menahan senyum. Oh ….nak kenakan aku yea. Takpe..takpe… ini hari kau. Esok hari aku pulak. Itupun kalau aku hidup lagi la….
" Okaylah begini, awak tinggalkan nombor telefon awak kat sini. Nanti saya call awak kalau awak diterima bekerja." Katanya menyampuk lamunanku. Ala…. Nak kena bagi nombor telefonke? Aku bukannya apa, tapi bila teringatkan kejadian di rumah baru-baru ini menyebabkan aku malas mencanang nombor telefon aku pada orang. Mana taknya dalam masa sebulan dah tiga kali aku terpaksa menukar nombor. Entah hantu mana yang menggatal mendail rumah aku, lepas dail tak nak cakap pula. Siap ditekannya nombor-nombor tu. Menyakitkan hati betul mengenang sikap orang yang macam ni. Kut mamat ni buat juga pada aku tak ke naya.
“Awak jangan salah faham." Terangnya seolah-olah mengetahui apa yang bermain difikiranku.
" Buat masa sekarang bos keluar. Kalau awak tinggalkan no phone awak, senanglah saya nak contact kalau bos setuju nak ambil awak."
" Ha yelah.” Balasku pendek. Malas nak bertekak lalu aku berikan nombor telefonku kepadanya.
" Er…saudari." Panggilnya menghalang kakiku dari terus keluar dari kedai itu. “Boleh saya tanya sesuatu?" Eh ….eh…mamat ni. Tadi bukan main lagi selamba
tanya orang dah kahwin ke belum, sekarang main minta izin pulak.
" Khaira." Sahutku lantas menganggukkan kepala.
“Khaira?" Soalnya perlahan meminta kepastian.
" Iya. Nama saya Khaira."
" Andai kata awak diterima bekerja di sini, awak akan pakai begini jugakah?” Soalnya sambil memandangku dari kepala sampai ke hujung kasutku.
“ Iya ….kenapa?” Tanyaku agak hairan dengan pertanyaannya. Apa yang tak kena dengan pakaianku? Lantas aku turut sama membelek pakaianku sendiri. Tak ada apa-apa yang pelik dan tak kena. Cuma sepasang kurung biru dan sehelai tudung labuh yang menutup kepalaku.
“Bukan...." Balasnya teragak-agak.
" Bukankah payah nak bekerja dengan pakaian begini? Di sini kerjanya agak berat. Tak takut mengganggu kah?”
“ Oh!..hanya kerana saya bertudung labuh begini awak meragui keupayaan saya?” Balasku sinis. Kadang kala naik meluat aku dengan pertanyaan yang sama. Asal saja bertudung labuh mesti ditanya begini. Boleh ke buat itu, boleh ke buat ini. Bisikku jengkel dengan pertanyaan bodoh itu.
“Tak usah lah awak bimbang, apa yang saya pakai ini tak sedikit pun menyusahkan saya mahupun orang lain. Apa yang saya pakai ini, kerana saya mengikut syariat Islam. Itu saja. Lagipun awak tahukah? Wanita-wanita Islam zaman Rasullulah dan para sahabat juga bertudung litup tapi mampu mempertahankan Islam dan mampu menyertai perperangan. Hebat bukan wanita begini?” Jawabku panjang lebar dan tegas sambil berlalu meninggalkannya terkulat-kulat sendirian.
Ha…. Padan muka. Banyak sangat songel dia. Sia-sia saja aku bagi nombor telefon aku. Dah tentu lepas ini mamat ni takkan rekomen aku pada bos dia. Mati hidup balik pun aku sure, aku tidak dapat kerja kat situ. Hai mengganggur lagilah nampaknya aku. Tetapi sangkaanku meleset, baru sahaja kaki menjejak anak tangga, mak lantas bersuara menyatakan bahawa aku diterima bekerja di sana, Aik cepat sungguh. Tapi takpe… aku akan buktikan pada mamat yang aku tak tahu namanya itu keupayaan sebenar aku. Esoknya aku tiba setengah jam awal. Biasalah orang kalau dah excited nak mula bekerja macam tulah. Di situ aku mula mengenali Liza, Ija, Shah dan Amir. Tapi aku masih belum nampak kelibat mamat semalam itu. Esoknya juga aku tidak bersua lagi dengannya. Mana pergi si mamat nie? Ponteng kerja la tu. Ish .. tak boleh harap langsung. Kutukku tanpa mengetahui perkara yang sebenar.
Hasil daripada risikan, akhirnya aku berjaya mengetahui namanya. Suffian Hayyat. Emm…boleh tahan cantik namanya macam orangnya juga.
“ Eh Ija, si Suffian tu tak kerja ke hari nie? Dahlah semalam tak datang kerja." Aku cuba merisik darinya perihal si Suffian tu.
“Oh …. Si Suffian tu. Dia nak kerja boleh tak kerja pun boleh." Balas Ija selamba.
"Ish…. Tak bolehlah macam tu. Bos bagi kepercayaan kepada dia tapi dia tak
amanah. Bos tak marahke?" Terkeluar rasa tak puas hati aku terhadapnya.
" Woi! Ira, bos nak marah apa, dia tu bos kat sini suka hatilah dia nak buat apa-apa pun." Sampuk Liza.

Thursday, June 08, 2006
LADY-KENNY ROGERS
Lady,
I'm your knight in shining armor and I love you.
You have made me what I am and I am yours.
You have made me what I am and I am yours.
My love, there's so many ways I want to say I love you.
Let me hold you in my arms forever more
You have gone and made me such a fool,
I'm so lost in your love.
And oh, we belong together. Won't you believe in my song?
Lady, for so many years I thought I'd never find you.
You have come into my life and made me whole.
Forever let me wake to see you each and every morning.
Let me hear you whisper softly in my ear.
In my eyes I see no one else but you.
There's no other love like our love.
And yes, oh yes, I'll always want you near me.
I've waited for you so long.Lady, your love's the only love I need and beside me is where I want you to be.
'Cause, my love, there's something I want you to know,
you're the love of my life,
you're my lady
- entah kenapa je aku dengar lagu ni...aku akan senyum sendiri.....
Wednesday, June 07, 2006
La....Isla
Kisah ini berlaku di sebuah pulau yang pemandangannya indah sekali. di pulau itu tinggal beberapa orang kawan iaitu, Kaya, Bangga, Gembira, Sedih dan Cinta. suatu hari terdapat berita yang mengatakan yang pulau mereka ini akan tenggelam. masing-masing semakin kalut dan bimbang kerana ingin menyelamatkan nyawa dan harta-benda masing-masing. dalam pada semua sedang sibuk membina kapal untuk menyelamatkan diri, hanya Cinta seorang yang masih leka dan enggan berbuat apa-apa.
Cinta berterusan membuat hal sendiri apabila satu hari pulau mereka benar-benar hendak tenggelam. perasaan cemas mulai timbul dalam diri Cinta. lalu dengan penuh pengharapan, Cinta berjumpa dengan Kaya. lalu Cinta berkata;
" Kaya...Kaya...bolehkah aku tumpang kapal kau? Aku tiada kapal untuk aku menyelamatkan diri?" lalu Kaya pun menjawab...
" Ahh...tak bolehlah Cinta. kapal aku ni dah penuh dengan harta-benda aku. mana cukup tempat untuk kau hendak tumpang." selepas berkata-kata, Kaya pun beredar dari situ. Cinta kemudiannya bertemu dengan Bangga.
" Bangga, bolehkah aku menumpang engkau?"
" Tak boleh Cinta. Kapal aku sudah cukup sempurna dan tidak memerlukan engkau."
Cinta merasa amat sedih dan kecewa. lalu dia berjumpa Sedih pula.
" Sedih....bolehkan aku menumpang kapal engkau?" Cinta melihat Sedih menangis sambil menggelengkan kepala.
" Oh...Cinta. aku tengah bersedih sekarang ini. aku hanya mahu bersendirian...minta maaf. aku tidak dapat menolong engkau." Sekali lagi Cinta hampa. sekarang hanya Gembira sajalah harapannnya untuk pergi dari situ.
" Gembira....bolehkah aku menumpang kapal engkau?" Namun...nasib Cinta lebih buruk apabila Gembira yang terlalu seronok hanya ketawa sehingga tidak mendengar kata-katanya. Dalam kesedihan dan meratapi penyesalan diri, tiba-tiba terdengar satu suara...
" Marilah Cinta...marilah, aku sanggup tumpangkan engkau. janganlah bersedih lagi." Cinta merasa gembira kerana ada yang sudi menolongnya sehingga dia terlupa untuk bertanya siapa yang telah menolongnya itu. Apabila tiba ditempat selamat, Cinta telah bertemu dengan Bijak dan bertanya;
" Bijak....siapakah yang telah menolong aku tadi? aku terlupa untuk mengucapkan terima kasih padanya." Dengan senyuman, Bijak pun memberitahu;
" Cinta...kalau engkau mahu tahu, yang menolong engkau tadi adalah MASA. Selama ini hanya Masa lah yang faham betapa pentingnya Cinta dalam hidup. Masa yang boleh mengubah segala-galanya....
Tuesday, June 06, 2006
Alahai.....PTD
minggu lepas aku check status aku di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam....dan seperti biasa....GAGAL yang aku terima.
kenapalah susah benor aku nak lepas untuk memasuki perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik ni.....?
ini kali ke 5 aku menduduki ujian bertulis dan for the 1st time, akhirnya aku lulus untuk ke peringkat kedua.....
mulanya aku bertekad tak nak p exam bertulis ni sebab aku dah cemuih...bak kata org utara. yelah...gagal kali pertama dan kedua mungkin boleh terima lagi.....ni kalau dah gagal kali ke 4....there's must be something wrong with me.....hihihihi. so...bila surat panggilan tu...aku buat bodoh je....sikit pun aku tak beri reaksi. malas....sebab aku tahu aku akan susahkan ayah aku yang terpaksa menjadi penunggu dan driver aku...aku pun tak sampai ati nak biar dia menunggu lama-lama. 2 hari lak tu.
tapi....ayah aku ni.....dia pulak yang beria-ia pujuk aku suruh p. seperti kata dia....mungkin ni rezeki hang....mana nak tau....kali ni lepas pulak....kerja TUHAN....mana hang tau....." begitulah kira2 pujukan ayah aku. aku pun cairlah.....aku tak sanggup nak hampakan harapan ayah....so dengan muka separuh cipan dan separuh angelina jolie...ahaks.....aku pun p la ujian bertulis tu.
tak macam ujian dulu....aku memang tak prepare langsung. aku jawap apa yang aku boleh jawap. aku buat esei dengan muka poyo.....aku memang tak bagi harapan untuk diri aku sendiri. tak macam ujian dulu.....buku pengajian am dan kenegaraan malaysia memang aku belek....konon study lak....tapi tak lepas2 pun....cis.....
kali ni memang aku tak prepare....tapi memang menakjubkan....aku luluslah pulak. aku antara 2000 lebih calon yang berjaya dari 30,000 calon yang menduduki ujian PTD tu. aku pun memang terkejut.....memang....kalau TUHAN nak kata...kun fayakunn..memang jadik. seperti kata ayah aku...kerja TUHAN ni memang kita tak tau.....
kira sejak check status aku yang dah melepasi tahap pertama tu menyebabkan aku melayang di udara sekejap. tidur malam pun senyum je.....pandang muka cipan pun aku senyum jugak......
maka....berangkatlah aku ke sg. petani untuk menjalani peringkat ke 2 selama 3 hari in INTURA.
Aku pergi dengan harapan yang tinggi. harapan diri sendiri dan mak dan ayah aku jugak....kat situ aspek komunikasi ditekankan. ada pengucapan awam; melayu n inggeris. debat ala parlimen, case study, ujian stamina 2.4 km...etc. keupayaan aku.....? aku cuba buat yang terbaik....aku cuba prepare sebaik mungkin. semua itu bergantung jugak pada penilai yg akan menilai aku sepanjang 3 hari tu.....aku yakin kalau ini memang rezeki aku.....macam mana pun aku akan dapat....
so....last 2 weeks masa aku tgh training volleyball utk sukan staff...aku dapat call dari roomate aku kat Intura. dia cakap result dah keluar....dia tak dapat. jadi dia tanya aku dapat tak.....masa tu jantung aku yang memang berdegup kencang kerana penat bertambah kencang ibarat taufan katrina...
balik dari training aku check......dan aku GAGAL......aku ulang sekali lagi....aku GAGAL. KECEWA??? memanglah aku kecewa. kita diberi harapan baru setelah kecewa tapi kini dikecewakan sekali lagi....aku sedih gak beberapa ari lepas tu...tapi untungnya tumpuan aku pada karnival sukan staff. dok asyik training sampai aku tak sempat nak layan kesedihan aku sendiri.
sekarang ni...aku dah terima kenyataan....dan aku tertanya-tanya...susah sangatke nak jadi seorang PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK???
Monday, June 05, 2006
Karnival Sukan Staff UPM
Akum,
Setelah beberapa bulan asyik training pagi dan petang, akhirnya karnival sukan staff di Upm, tamat juga....
walaupun pasukan aku tewas, namun aku cukup berpuas hati dengan prestasi kami kali ini. bak kata orang...biar tewas asalkan semangat juang tu terus membara. yelah...klau nak dibandingkan dengan pasukan lain, kami ni dikira junior. pasukan b.tampar kami baru lebih kurang 2 bulan ditubuhkan. dari segi pengalaman bertanding memang hampir tiada. balik-balik pun kami akan lawan dengan pasukan b.tampar lelaki.
pernah sekali lawan persahabatan dengan budak sekolah menengah......keputusannya??? jangan tanya beb....kalah....hihihihih. buat malu je....tapi aku tak kisah. kalah pun kalahlah asalkan pasukan kami ni dapat banyak pengalaman. tahun depan di KUKUM pula. aku n the geng akan cuba yang terbaik untuk menaikkan nama IPTA kami.
pertama kali menyertai Karnival sukan staff ni memang menarik. satu pengalaman yang amat indah. yelah....kita dapat menunjukkan ketereran yang tak terer mana.....hihihih. dan dapat pulak usha mamat-mamat hensem yang terer main volley ball. (malu....nak tulis. tapi aku nak tulis gak.....aku bujang lagi....tak pelah kan)
salah seorang pemain tu pemain negara. tengok dari jauh memang terserlah kekaguman daripada kami yang kalah ni bila tengok cara dia main. aku dan geng aku gelar di No. 5.(NO. JERSEY DIA)...
Mula-mula tu memang aku tertanya-tanya sapa jejaka yang begitu handal sekali. buat servis siap lompat lagi. pastu bola berpusing-pusing. memang meningatkan aku pada citer MOERO ATTACK. buat summersault berpusing lagi gitu....kah...kah...kah.
aku ni tak puas hatilah pasai tak tau nama dia. dok usha dari jauh aje tak bestlah kan....jadi satu hari tu...jeng...jeng...jeng....aku and the geng p la nak jadi pom-pom girls untuk pasukan lelaki kami...dari jauh aku nampak dia tengah melepaskan lelah...dia bru habis lawan. seperti biasa..mana boleh kalah kan...
entah apa punya gilernya aku petang tu. mata aku yang ayu ni bertembung dengan dia. tanpa sedar aku melambai...dan .....dan....dia membalas. aku ulang sekali lagi.....DIA MEMBALAS. bestnya waktu tu. dan akibat dari itu kegilaan aku bertambah lagi. tangan aku yang nakal ni memanggilnya. kalian...tahu apa yang terjadi seterusnya......???
Dia datang.....dia datang bila aku panggila dia. mak datuk. hampir rebah tubuh aku ni bila dia makin dekat dengan aku. aku dah mula gelabah. aku bisik pada kawan aku yang turut sama terkejut melihat aksi berani aku....
" gasak kau....apasal kau gatal sangat."
aah...kenapa tiba-tiba aku jadi gatal ari tu? adakah kerana cuaca yang amat panas menyebabkan aku berubah tingkah laku....tapi bak kata member aku...." takpelah....kita gatal kat sini je....balik keje esok jadi sopan balik...."
Boleh ke macam tu....apapun impian aku untuk mengetahui nama sebenar n0. 5 tercapai. aku bukannya apa...kagum dengan gaya permainannya yang sebenarnya. tapi apa yang pasti....aku akan lebih rajin membelek akhbar ruangan sukan mulai saat ini.....hihiihihih
wassalaam
Pertama Kali
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga men 'create' blog aku sendiri. walaupun agak ketinggalan berbanding kawan-kawan yang lain, at least...better late than never....ye tak.
the truth is....aku sebenarnya tak terfikir pun nak buat umah sendiri tapi bila dok asyik bertandang ke umah-umah orang, keinginan itu pun muncul dalam jiwa aku yang tulus nih....kah...kah...kah.
sama ada aku berjaya menghiasi umah aku ni....kita tengoklah nanti. aku pun masih baru bertatih.....aku masih memerlukan tunjuk ajar suma mcm mana nak hasilkan satu ruang yang best...yg tak lepas dri kunjungan orang....
Apa pun, harap anda suma sudi melawat ke rumah aku yang tak seberapa ni. aku akn cuba buat yang terbaik....
wassalam.....
Violet-azure
Subscribe to:
Posts (Atom)
OFFER HATI BERGETAR RINDU
OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss) termasuk pos throwback 🔙 novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...
-
Mutiara kata merupakan “ kata-kata yang terbaik, disusun dalam ayat yang terbaik, untuk melahirkan pemikiran yang terbaik. Dengan kata yang ...
-
# throwback 🔙 yang seterusnya ✌🏻 Kali ini tentang novel # jauhkaupergi Terbit Julai 2010. Saya masih ingat lagi masa ni saya dah...