Salam,
Terima emel ini dari Siti Mahyunniza @ Yuni, minggu lepas namun dek kerana agak sibuk, baru berkesempatan untuk meletakkan komennya di dalam blog. Semalam buat kali pertama streamyx kat rumah buah hal. Saya langsung tak boleh online. Ini yang pagi2 dah check sama ada line dah ok...nasib baik ok...
Kepada Yuni, terima kasih banyak2 sebab begitu rajin menulis review yang panjang lebar ni.
Jauh Kau Pergi JKP ;
Novel pertama karya Dhiya Zafira yang aku baca.Dari stu kebetulan sbnrnya masa aku masuk blog sorg pengemar novel jgk( Shalbysalbina).Dalam banyak2 komen kak Shalby, aku tertarik nak baca post die utk JKP. Org kata penilaian setiap pembaca berbeza jadi aku nak puaskan hati sendiri, esoknya jgk aku pi kdi buku dan nasib baik lah ada novel JKP.Aku beli hari tu, baca hari tu n habis baca hari yg sama jgk.Hehe..
JKP ni berkisar tentang kembar seiras ( actually depa kembar tak seiras) Najmi & Afi yg kematian parents diorg n dibuang keluarga sndri(datuk ngn nenek). Kesian.Nasib baik lh Najmi & Afi ada bestfren Rif, Eddie, Luqman & Helmi. Diorg ni mmg rapat dr kecik smpi remaja smpi dewasa. Selain Najmi, Afi langsung lost contact dgn 4 yg lain tu terutamanya Rif sbb ade kisah y myebabkan Rif jauhkan diri dia ( kematian Nadia yg jdikan diri Rif mcm tu). Lepas kematian( yg sbnr nya hidup lagi) Najmi,bru lah diorg ber4 cari semula Afi & Rif lah yg paling bertggjwb utk jaga Afi sbb amanah Najmi.Peristiwa demi peristiwa, konflik demi konflik berlaku, yg selebihnya kena dapatkan JKP sndri lh. Hehe..
Ape yg aku suke dlm JKP ni iaitu gaya penyampaian penulis nya ; Dhiya Zafira. Rif dlm ni dgambarkan sbg seorg yg sgt2 protective kat Afi,sgt bertggjwb, penyayng n matang. Yelah diakan tentera komando lagi smpi aku rasa mcm jatuh cinta lah kt Rif ;p jangan mare my hubby..
Nasib baik lah aku dah kawin, klu x mmg cam rs nak cri suami komando jek lh.Haha.
Drp JKP ni jgk aku dpt byk info yg sblm ni aku xterdedah lgsung especially pasal dunia tentera komando, pangkat2 diorg, pastu peraturan sblm ni sesama anggota tentera xdgalakkan berkahwin..ooo cmtu oo cmtu dlm kepala aku ni. Hehe..n pasal dunia pustakawan mcm Afi.
Macam mane lh ek perasaannya dr kwn sejak kecik leh jd suami isteri plk.Mulut pn dh biasa beraku engkau. Tp tulah yg berlaku kt Rif & Afi. But lastly diorg pn saling mencintai jgk.
Sepanjang aku baca JKP ni, setiap part yg aksi2 skit mesti aku gambar kan dlm kpla mcm mane situasi masa tu. Contohnya masa part Afi kena panjat belakang Rif tuk buat rapelling turun bngunan 10 tingkat.takjub sekejap aku, mcm mana lah Rif boleh turun sambil belari bngunan yg tegak 90 darjah tu..Tp nama pun komando kan..
Sejujur nya aku mmg berpuasati sgt n berbaloi2 beli n miliki novel ni. Utk karya Dhiya Zafira yg ke-4 ni aku bg 5 bintang..
RBB plak
Selang 2 mggu aku habis baca JKP aku terus order RBB plk direct kat penulis nya Dhiya Zafira. Siap dpt autograf penulis lgi tu, melompat aku masa tgk, member2 skit pnya jeles.Haha. Aku nak bezakan ape kelainan novel ke-2 Dhiya ni wlpun sebenarnya aku dh ketinggalan lama sejak RBB ni terbit tp sbb karya Dhiya Zafira aku tetap beli jgk.
RBB; first karya Dhiya bergenre romance thriller. Bagi aku mmg takde kurangnya novel ni even 1st trial Dhiya. Pandai sungguh Dhiya mengarang, bukan senang aku rasa nak hasilkan novel thriller sbb klu salah gaya penyampaian mesti pembaca rasa mcm ade yg tak kena je cite tu, tak suspen pun? ataupun kite dah boleh buat kesimpulan dari awal cerita. Macam mane lah Dhiya boleh hasilkan cerita mcm ni yek luas sgguh imaginasi Dhiya. Lepas dh baca 2 novel karya Dhiya, aku mmg kagum rasa sbb biasanya penulisan ala2 aksi ni org lelaki yg lagi pakar tapi ni yg menunjukkan yg Dhiya buat bnyak homework n reference utk novel Dhiya. Tahniah!.
Lepas habis baca RBB, mcm biasalah sehari jgk aku habiskan, aku rasa sedih plk bkn sbb ape tp sbb nak berpisah n tamatkan kisah manis Izz n Dinie.Kalau dalam JKP permulaan kisah Rif n Afi agak formal n ada kelembutan skit tp utk RBB kisah Izz n Dinie lebih kasar.hehe.Ni yg aku rasa lah tapi aku suke cerita mcm ni..Yeaa akhirnya aku dpt jgk novelis yg leh aku jd kan favourite aku..Dhiya Zafira..
Izz Karami ( lg nama sedap yg aku cop selain Haiyan Rifqi tuk letak nama anak aku) Heeee..mgkin akn datang aku leh mintak tolong Dhiya tuk cari nama2 yg sedap utk bg kt anak..boleh kan kak? ;) Pandai Dhiya letak nama watak2 novel dia semua sedap2 belaka, makna pun elok, aku dah rujuk dah dlm buku nama2 Islam.
Izz wlpun dgambarkan sgt kasar selain ciri2 nya yg tinggi, sasa mcm Rif jgk lah cuma Izz ni bermata helang, Rif plk ada six pack..Hehe..istilah2 cmtu yg aku suke tu..nampak diorg ni sgt hebat perkasa.wahhh..Tp Izz jd mcm tu pn sbb ade sejarah dia sndiri.Ape yg aku rs, Izz sgt syg n cintakan Dinie. Itu pn slpas Izz nampak Dinie keluar dgn shahimi baru dia sedar yg dia sbnarnya suka kat Dinie. Biasa lah kita akan rasa kepentingan org yg kita suka bila org tu semakin jauh n hilang dr hidup kita. ehem ehem..Berlainan plk dgn Dinie, dia mmg dri awal2 jumpa lagi dh suka n jatuh cinta ngn Izz.
Dalam RBB ni aku plg suka part Dinie luahkan ketidak puashatian dia kat Izz sambil menjerit n menangis2 ms dlm hutan kat Bkt Jana. Ms tu Izz minta maaf sbb dia tak dapat terima Dinie wlupun dh bermacam alasan Dinie bg n bermacam cara Dinie pujuk. Sedih touching sgguh aku rs. Yelah Dinie mcm terhegeh2 sgt buru cinta dia dr Izz. Bukan sekejap2 dia tggu Izz 10 tahun + 3 tahun Izz dlm penjara = 13 tahun tp Izz ade konflik dlm diri dia sndri yg dia tak sggup nak hadapi hidup diorg akn dtg kalau dia teruskan bersama Dinie..
Mcm biasa jgk, standard lah ending mesti hepi ending pnya, cmtu jgk lah dgn RBB. Utk JKP aku sgt puas hati, suka hati tp utk RBB ada tambahan iaitu SEDIH..sbb nak tamatkan baca kisah manis pasangan sejoli Izz Dinie tu.Huhu..
Utk Baku hadiahkan 5 bintang jgk.
JKP n RBB ada kekuatan msg2 n ada punch time msg2. Kedua2 nya aku suka..
Kak Dhiya, tahniah sbb hasilkan novel mcm ni, saya mmg salah seorg peminat novel romance thriller. Sbb bg saya semua ada dlm novel mcm ni ; suka duka aksi cinta kasih syang fakta. Kalau novel cinta shja kebanyakanya meleret2. Maaf kan saya klu ada yg kurang suka dgn kenyataan sy ni.Hehe.Pandangan msg2 kan.
Hopefully akak terus bertahan hasilkan novel romance thriller mcm ni ok..Good Luck..Sy tunggu novel ke-5 akak.
p/s : Aku akan jadikan karya Dhiya Zafira selepas ni sbg karya yg mesti aku miliki. RUD n KDB blum baca lg,as soon..tggu budget..
p/s : Lepas baca JKP,RBB aku rs mcm nak sibuk2 plk amik tahu pasal ATM,RMC yg Rif and the gang join, pasal Cagiva yg Izz naik, pasal senjata Baretta yg Izz guna
n lpas baca sneak peek NBF aku sibuk nak tgk Nissan Fairlady yg Jan bwk..sume aku search kt intenet..hehehe