Dah sebulan lebih aku selesai menghabiskan baca RUD & KDB, baru sekarang berkesempatan nak mengulas karya Dhiya Zafira ini. Maaf ye kak, lambat ckit..( Thank U yuni..untuk komen-komen yang diberikan)
Rindu Untuk Dia
Novel ini mengisahkan impian percintaan terhalang antara Jad Imran( again; a nice name) dan Amie Najla’. Awal kisah bibit2 pkenalan antara Jad n Amie di Sepanyol sweet aku rasa. Jad boleh rasa dlm hati yg amie adlah jodohnya. Hubungan diorg yg dharapkan dapat dtamatkan dengan ikatan perkahwinan tidak tercapai dsbbkan satu tragedi tragis yg menimpa Amie..kesian Amie..yelah dekat nak khwin dh tup tup angkara si Zahim jahat tu Amie nekad batalkan pkahwinan dia ngn Jad pastu bawak diri ke Sepanyol..Selepas 5 tahun kt Spain, Amie baru ada kekuatan blik smla Malaysia..Lama jangka masa 5 tahun tu n bnyak perkara boleh berlaku n berubah termasuk lah pada Jad..rupanya dalam tempoh tu Jad berkahwin dgn Suraya ( wanita yg juga teraniaya angkara perbuatan jahat Zahim tapi beza nya Suraya tidak dirogol sepertimana yg Zahim buat pada Amie sebaliknya Suraya ni bekas kekasih Zahim yang dh ternoda sampai tinggalkan zuriat) .
Di awal kisah, setelah ape yg baerlaku pada Amie ( mengalami PTSD akibat dirogol Zahim) Amie akan mengalami mimpi buruk dalam tido dia pastu Amie akan bangun pkul 3 pagi n mandi kononnya dia rasa tindakanya tu dapat buang kekotoran hasil perbuatan Zahim pada dia dulu..Kesian Amie..Tapi tidak kurang hebatnya tekanan yg dialami Jad slpas Amie larikan diri.Sape yg x frust kan bakal pengantin pempuan hilangkan diri seminggu sblm majlis kahwin diorg..Kesian jgk kt Jad ..Taapi..setelah Amie blik ke Malaysia, setelah pertemuan demi pertemuan, peristiwa demi peristiwa yg Jad ngn Amie alami, belas kasihan aku skrg berlebih2 plk pada Suraya lah..serius ni..walaupun kt sini Suraya bkn lah watak utama, tapi aku lebih sayang kan hubungan Suraya ngn Jad..entah lah mungkin dsbbkan Suraya dgambarkan sbg seorg isteri yg sgt memahami, btolak ansur, x banyak karenah xde plk marah2 bila Jad bantu Amie selesaikan mslah Amie, padahal Jad tu suami dia( yg xboleh tahan bile Suraya suruh Jad bantu Amie dengan selambanya ibarat menyuruh beli gula kat kedai gamaknya)..actly ms baca part2 yg melibatkan Suraya ngn Jad lah yg buat airmata aku meleleh, terharu sgt aku..nape Kak Dhiya matikan watak Suraya..huhu..klu boleh aku nak Suraya terus hidup ngn Jad sbg suami isteri..(hehe emosi sgguh aku ni, sukahati penulis dia lah nak wat cmne skalipun,hehehe). Dan utk si Zahim ngn ayah dia plk mmg sama2 padan ngn muke diorg, bkn selamanya dpt telepas dr kezaliman.huh..
Kudamba Bahagia
Buah tangan pertama DZ yg kukira tiada kecacatan dalam gaya penulisannya seolah-olah penulis ini telah menghasilkan 3,4 buah novel gamaknya. Plot ceritanya yang mengasyikkan sepanjang membacanya.
Novel ini mengisahkan percintaan tidak direstui antara Alia & Taufik oleh pihak keluarga Alia. Ala2 filem Hindustan lah jgk. Bagi yang meminati novel genre sebegini, KDB adalah pilihan yang tepat. Kalau dah namanya cerita cinta terhalang, bab2 meleh airmata mesti wajib lah dan itu jugalah yg aku alami.Banyak kali juga lah airmata ni kuar sepnjg baca novel ni.Bayangkanlah,sudahlah banyak halangan sblm cinta Alia & Taufik bersatu,bila dah kecapi bahagia terpisah pulak lagi oleh takdir. Alia lebih menderita bg aku sbb hilang keluarga,suami & anak.Manalah tak hiba.huhu..Kalau part2 romantis Alia & Taufik, romantic sangat aku rasa dan mereka berdua memang adalah pasangan yg sangat sepadan. Apapun best sgt sbb hepi ending..yuhuu..
Rangkuman
Dpd kesemua 4 novel karya DZ,apa yang aku dapat simpulkan ialah :
1)Penulis ini gemar melibatkan tempoh masa dalam plot ceritanya.
Contohnya ; dalam JKP selepas 5 thun Rif muncul semula dalam hidup Afi. Dalam RUD juga sama, selepas 5 tahun Amie kembali semula ke M’sia dari Spain. Dalam RBB, slps 7 tahun Izz muncul semula dalam hidup Adni.( pembetulan, bukan 7 tahun. 10 tahun sebenarnya) Yang akhir untuk KDB sama juga selepas 7 thn baru berlaku pertemuan semula Taufik & Alia.
2) DZ, suka mggunakan pndkatan penceritaan flash back. Selepas suku cerita DZ akn mula dgn kisah imbas kembali smpilah dlm separuh cerita( berbeza antara satu-satu karya) barulah DZ akn kembali semula penceritaan ke masa kini..dan semestinya permulaan cerita mesti dimulakan dgn prolog..
3)JKP & RBB : Kisah yg menyesakkan dada aku dari awal hingga ke akhir lebih2 lagi setiap kali sampai pd part2 yg mengujakan. Banyak mbuat aku tepaksa stop sekejap baca sbb untuk berfikir, oo mcm ni oo mcm ni..Tp tetap ada part romantis, hiba, lucu, mendebarkan kiranya cukup rencah lah.( ***** )
4)RUD : Kisah percintaan penuh tragis, juga ketidakadilan dan kekejaman yg berlaku kpd watak utama. Kurang aksi berbanding JKP n RBB, akhir cerita baru diselitkan sedikit. Part2 hiba terutama part Suraya ngn Jad ). ( **** )
5)KDB : Kisah percintaan romantis, mengasyikkan , membuai perasaan n emosi ms baca. Terasa jgk cerita ni ala2 cerita Hindustan sbb dapat tentangan keluarga..hehe..betuahnya rasa menjadi wanita bernama Alia kerana dicintai seorg lelaki bernama Adnan Taufik. Plg bnyak part2 yg membuat airmata mengalir..Huhu.. ( ****1/2 )
Kesimpulan
Aku suka kesemua karya DZ ini, tapi, 3 karya yang terakhir iaitu JKP,RUD,RBB lebih ngam dgn citarasa aku sbb bukan semedang cerita pasal cinta tapi ada aksi dimana lebih mengujakan semasa membaca ( berbeza kpd setiap pembaca). Buat kak Dhiya, teruskan perjuangan akak dalam mnghasilkan karya2 romance thriller ye. Ternanti2 kemunculan Natural Born Fighter plak ni..
Soalan
Akak, saya ada 2 soalan untuk novel RUD (sbb saya terlalu obsess dengan watak Suraya sampai rasa nak tukar sndri jalan cerita part akhir.hehehe..)
1) Jad & Suraya tu hubungan suami isteri diorg cuma di atas kertas ye bukan seperti pasangan lain walaupun Jad terima Suraya bukan sbb cinta tapi tanggungjawab?
Itu akak serahkan pada penerimaan masing-masing. boleh memilih sama ada hubungan mereka seperti pasangan lain ataupun tidak. Tetapi secara dasarnya pendapat akak..tidak salah untuk mereka hidup seperti pasangan yang lain. sudah sah bukan. kalau Jad memang benar lelaki bertanggungjawab, dia pasti tahu apa yang harus dilakukannya.
2) Pada mukasurat 332, perenggan akhir..” Jad akur. Dia tahu masanya akan tiba untuk dia buat keputusan.” Persoalannya klu watak Suraya tak dimatikan di akhir kisah, apa keputusan Jad kak? Samada Jad pilih terus bersama dengan Suraya atau kembali kepada Amie?
Kalau Suraya hidup sekalipun, mereka tetap akan berpisah. Kalau pun Jad memutuskan untuk memilih Suraya, tetapi kalau Suraya hidup, dia tetap akan beralah kepada Amie, kerana dia tahu walau macam mana Jad bertanggungjawab terhadapnya, dia tahui Jad tetap sayangkan Amie.