Thursday, March 03, 2011

Saya & Kita-kita


Salam.....

Esok sekali lagi saya akan ke KL kembali...memandu sendiri..sekali lagi...hmmmm....aduhai...malasnya nak fikir. Siapa yang nak menawarkan diri menghantar saya ke KL? huhuhu...saya bermimpi sajalah ya...
Nak kemana saya pula kali ini ya? Awal pagi sabtu, saya dan 'kita-kita' akan terbang ke negeri Temasik itu...Dekat je..tak jauh pon...Tujuan...dahulu mungkin boleh dikatakan mahu jalan2 sambil shopping ya...tapi kini tujuannya masih lagi jalan-jalan tapi hanya boleh pandang-pandang...huwaaa...argh..sudah..jangan merungut....terima keadaan seadanya ya...
"Jangan berdukacita...ALLAH sentiasa bersama kita ( At-Taubah - 40)"
Dari Korea..ke Perth..akhirnya negeri di seberang tambak itu yang menerima kata putusnya...dengan alasan...zero fare...ya...peluang yang ada jangan dilepaskan. Doakan saya dan 'kita-kita' itu selamat pergi dan kembali ya...

Wednesday, March 02, 2011

cerita hujung minggu

Salam....

Hari sabtu lepas, saya ke KL untuk turut sama memeriahkan majlis dan sesi 'book signing' teman saya LYNN DAYANA di Subang Parade. 
Cadangnya, Jumaat lepas mahu singgah di tg. Malim sekejap sebelum terus ke rumah Lynn, namun oleh kerana saya ingat2 lupa jalan ke apartment lynn, lalu saya bermalam dulu di rumah kakak saya sebelum bertolak pada waktu pagi. Alhamdulillah...nasib baik jalan ke Bandar Puchong Jaya itu saya ingat...walaupun tersalah masuk sampai ke 101 Mall, tapi tidak mengapa sebab apartment Lynn sudah dekat sangat... Dalam jam 10.30 pagi saya tiba di apartment lynn. Emak dan dua orang anak saudara lynn turut ada bersama. Wah..ini kali pertama saya bersua muka dengan ibu lynn walaupun kami sudah saling mengenali lebih kurang 6 tahun sudah...saya dengan lynn keluar dahulu, dah emak dan anak saudara lynn akan datang kemudian..lunch di Kenny rogers...dan sedang makan2 tu, teman baik cum ofismate lynn datang join....wah...saya dengan SAS dua2 pakai baju purple ya...

Hezzy, aleya, ika dan ehem...
Pukul 2 majlis bermula...kami sangkakan ianya dibuat didalam MPH, namun rupanya di ruang legar kerana di situ juga MPH mengadakan sales untuk buku2nya....Ramai rakan penulis yang hadir memberi sokongan kepada lynn. Antaranya ialah, Hezzy Azra, Laila Kamilia, Aleya Aneesa, Shanika Latisha, Meen Zulaikha, Ayu Emelda, dan disertai juga staf dan editor Alaf 21. Geng kicap juga tidak ketinggalan...Pukul 4 majlis tamat, tapi rupanya lepas itu lebih ramai lagi pembaca membeli buku terbaru lynn..saya dengan the rest teman penulis minus Laila dan Ayu lepas tu lepak di pizza hut...n sesi sembang2 terus bersambung bila aleya n shanika lepak sekali di rumah lynn...Esoknya kuar sekejap ke 101 Mall sebelum saya kembali bertolak pulang...saya tak singgah di rumah kakak kerana masa saya ke KL., dia balik ke taiping...tapi saya singgah juga di tg malim untuk potong n cuci rambut kat Macy...terpaksa sebab saya dah ngantuk sangat. Saya sepanjang masa tu dok pejam mata saja..mmg tak larat nak bukak dah...( lepas subuh sampai pukul 11 saya berjaga dengan sebuah novel)..Sampai di r n r Tapah..saya stop utk solat...mata masih ngantuk, saya p makan n minum....pukul 7.30 sampai di bukit gantang..berhenti sekali lagi utk solat maghrib n isyak pula...seperti biasa shopping buah2 kat sana...kakak n adik mula telefon kenapa saya tak sampai2 lagi...hehehe..al maklumlah pit stop banyak sangat...lepas tol singgah kat kedai kt ayer puteh beli bihun tomyam...aduhai..pemalas betul adik saya yg dirumah. sanggup menunggu saya balik untuk belikan dinner...Lebik kurang pukul 9, saya sampai...Alhamdulillah...walaupun saya rasa saya bakal mendapat surat saman tak lagi..huhuhuuuu

Ayu, kak meen, geng kicap, lynn dan emaknya




Berhenti Merungut dan BERDOALAH....

Salam....

Setiap pagi rutin yang suka saya lakukan setelah bangun tidur dan solat adalah menonton rancangan TV Tanyalah Ustaz di TV9. Sambil bersiap dan mengemas rumah, saya buka telinga saya luas-luas untuk mengikuti perbincangan yang tidak pernah tidak menarik pada pandangan saya. Mujurlah rumah saya dekat..jadi untuk mengikuti rancangan yang selama sejam itu tidaklah masalah kerana saya masuk kerja jam 8.30.
Pagi tadi, tepat jam 7 pagi, kakak di Tanjong Malim sudah siap menelefon menyuruh kami membuka tv. Iya..kalau tidak diingatkan pon, kami tetap akan menonton rancangan itu. Perkara yang dibincangkan pada pagi tadi ialah ' JANGAN MERUNGUT....BERDOALAH'. Tajuk yang begitu tepat dan kena kepada batang hidung kami...begitu tepat dengan situasi yang melanda hidup kami semenjak arwah adik saya meninggal dunia.
Tidak...jangan salah faham. Saya dan keluarga tidak pernah merungut kerana arwah yang pergi dahulu. Walaupun sedih...walaupun sukar melupakan, tetapi ALHAMDULILLAH, saya dan keluarga tetap reda dengan ketentuanNYA. Kami sedar bahawa hidup kita semua ini hanya pinjaman. Sampai masa Tuhan mahu mengambil semula hakNYA, apakah daya kita mahu menghalang? Setiap kali kami bersedih, kami akan ingatkan diri yang kesedihan itu normal..perasaan itu normal..tidaklah perlu meratap hiba kerana satu masa nanti kami juga akan kembali kepadaNYA juga.
Kata ustaz Kazim, untuk menenangkan hati kita, yang pertama....bersangka baiklah dengan ALLAH...jangan mengeluh sekiranya apa yang kita mahu tidak dimakbulkan...ALLAH tahu mana yang lebih baik untuk kita...Sekiranya diduga dengan musibah kematian, janganlah sekali2 kita menyalahkan takdir kerana kita semua tahu setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. Beliau juga berkata, bandingkan musibah yang melanda kita dengan musibah yang lebih besar ditanggung oleh orang lain...percayalah hati akan berasa tenang dan reda.
Iya..apa yang dikatakan beliau memang betul belaka. Itulah yang dipraktikkan oleh kami semenjak lama dahulu....Saya ingat lagi semasa arwah ayah menghadapi pembedahan pertamanya di Alor Setar...Kami menunggu dalam debar dari jam 7 pagi sehingga 4.30 petang dan barulah pembedahan ayat berakhir. Syukur kami ketika itu. Dan lebih lega lagi apabila doktor kata kanser ayah berjaya dikeluarkan...Tetapi semasa kami menunggu di bilik ICU untuk bergilir2 melawat ayah, kami berjumpa dengan sekeluarga yang turut sama melawat keluarga mereka yang kemalangan. Ayah mereka meninggal dunia dan adik mereka sedang koma di ICU. Dapat bayangkan bagaimana perasaan mereka? Ya..memang insaf mendengar musibah orang lain yang lebih teruk..bukan apa kalau hendak dibandingkan dengan keadaan kami ketika itu...
Begitu juga dengan kisah adik saya...saya pernah maklumkan di dalam n3 sebelum ini bagaimana dia digilis lori...Kami yang mendengar pertama kali dahulu..memang sukar nak percaya...dan tak dapat nak membayangkan bagaimana keadaan dia masa itu. Sampai sekarang, saya masih ngeri memandang lori dan motor..Malah tempat yang dia kemalangan itu juga, saya tidak sanggup lalu lagi. Saya lebih rela ikut jalan lain. Buat masa ini saya masih belum bersedia. Ya..saya tahu..bukan keluarga saya seorang yang dilanda musibah seperti ini. Malah beberapa hari lepas adik kemalangan, ada berita di akhbar mengatakan bahawa seorang lelaki terbunuh ketika membeli makanan untuk isterinya yang sedang pantang..Malah keadaan jenazah juga agak menyedihkan. Sudahlah pula sebelum ini mereka kehilangan ayah tercinta. Musibah keluarga ini lebih teruk. Semasa kami menguruskan motor arwah adik, kami mendengar cerita lagi dari pekerja kedai tersebut. Mereka pernah melihat jenazah yang sudah hilang bentuk rupa...akibat kemalangan dengan lori. Musibah keluarga ini juga lebih teruk kalau hendak dibandingkan dengan keluarga saya. Ya...Saya insaf mendengarnya. Iya..adik saya sudah meninggal dunia...Iya..saya sudah tidak mempunyai ayah lagi..tetapi kalau hendak dibandingkan musibah yang melanda keluarga saya dengan musibah yang dihadapi  oleh keluarga itu...kesedihan mereka lebih hebat. Dugaan mereka lebih berat. Jenazah abang tetap sempurna...Malah....menurut kata saksi ditempat kejadian, dia mendengar arwah adik sempat mengucap sebelum pergi...Mendengar khabar itu, kami sekeluarga merasa lega yang amat sangat. Saya tidak mengenali insan mulia yang membantu adik mengucap sebelum akhir hayatnya, tetapi saya tetap akan titipkan doa buat insan mulia itu. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas perbuatan baiknya itu. Memang benar....hati akan menjadi lebih tenang...kita akan bertambah reda...
Jadi...saya cuba tanamkan ke dalam hati dan jiwa saya ini, bahawa...tetaplah kental dan tabah dengan dugaan yang melanda...Selama ini....begitu banyaknya khilaf saya yang begitu kerap merungut...dengan apa yang berlaku ke atas hidup saya...saya kerap berasa tidak puas hati apabila merasakan diri saya tidak mendapat keadilan yang sewajarnya...Aduhai...Saya tidak mahu tergolong di dalam golongan orang yang sombong dan tidak tahu bersyukur.
Dalam seminggu dua ini, saya akui...saya sedikit terganggu dengan situasi yang melanda diri saya dan beberapa teman yang saya kasihi...Rasa marah...hampa..kecewa...stress...dan pelbagai rasa lagi saling berkecamuk di dalam jiwa...lantas rasa itu bertukar menjadi jauh hati...dan terkilan...Iya..sepanjang waktu itu saya mmg banyak merungut...jadi...sekarang ini...saya akan cuba mendiamkan diri...saya serahkan segala-galanya kepada ALLAH yang MAHA BESAR. Sesungguhnya hanya DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik buat saya...mungkin apa yang berlaku juga sebagai 'wake up call' untuk saya menjadi insan yang lebih baik...insan yang berhenti merungut dan banyakkan doa kepada NYA...ya...saya harap...saya mampu berubah menjadi insan yang lebih baik..untuk DIA yang MAHA ESA, untuk keluarga...untuk teman-teman..dan untuk diri saya sendiri....Aminnnn

Thursday, February 24, 2011

Beramah mesra dengan Lynn Dayana



Salam...

Hari Sabtu ini marilah sama-sama kita meriahkan majlis bertemu novelis Lynn Dayana..Saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk memberi sokongan kepada sahabat saya ini. Kepada pembaca2 semua yang tidak tahu mahu berbuat apa masa hujung minggu ini, marilah kita ke majlis bertemu dan beramah mesra dengan Lynn ini...

Thursday, February 17, 2011

BAKAL TERBIT MAC NANTI - HATI BERGETAR RINDU






Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita.




Ari ~ Bersamamu aku memahami makna bahagia. Tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Sesungguhnya tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi oleh insan yang paling dipercayai.


Sid ~ Segala jerih perih yang kita lalui, semoga ada senyum di esok hari…percayalah...kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah bahawa...kebenaran hanya mampu dilihat oleh mata hati Dan Ari, yakinlah bahawa...ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita.


Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah perjuangan.

Wednesday, February 16, 2011

REVIEW RBB

Salam...sudah mahu terbit buku ke 5, saya bersyukur masih ada yang sudi membaca karya2 saya yang terdahulu...sekali lagi terima kasih kepada Airina yang sudi membaca dan mengulas novel ke 2 saya ini...Seperti kata Airina, hanya Rindu untuk dia dan yang latest ini sahaja yang belum dibacanya...bacalah ulasannya ya...


RBB kisah romantis yang disuntik elemen action. Mengisahkan Zack@Izz Karami [Izz]; seorang penjenayah yang sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Kesilapan lalunya tak perlu diceritakan, memang banyak… tak terkira kejahatannya. Tetapi Izz menyesali kerja-kerjanya dulu dan mula keluar daripada dunia kotornya.

Sayangnya dalam dia mencari dirinya kembali, dia dikejutkan dengan berita yang menggemparkan. Seorang gadis yang pernah singgah di hatinya kini menjadi buruan bekas kumpulannya. Disebabkan gadis itu dia kembali menentang. Cuba menyelamatkan gadis muda yang dipujanya dalam diam. Adni Zuhayra [Adni] adalah sang adik, bekas jirannya dulu. Ketika Izz masih menuntut di universiti, Adni baru mencecah 15 tahun.
Cinta tak mengenal usia. Tepat sekali ungkapan itu dalam kisah Izz-Adni. Adni yang masih budak sekolah itu jatuh cinta pada Izz tetapi Izz menolaknya. Dia tidak yakin yang dia sebenarnya juga sudah menyayangi Adni lebih daripada adiknya sendiri. Kisah mereka tamat ketika Izz melangkah pergi ke luar negara. 'Kematian' Izz menyebabkan Adni hilang punca. Dan waktu itulah Khairy Hashimi [Khairy], adik Izz menjadi tulang belakang Adni.

Kini bila dia bertemu Adni, pastinya cerita lama disingkap kembali. Kisah kematian palsunya, kisah jenayah hitamnya… semuanya menjadi satu. Hidup Adni yang pada mulanya tenang kian berkocak. Nyaris dibunuh tetapi diselamatkan oleh jejaka berjaket serba hitam membuatkan dunianya tunggang terbalik. Siapa sangka jejaka yang menyelamatkannya itu adalah Izz Karami; lelaki pertama yang dicintainya. Luka lama berdarah kembali tetapi dalam pada masa yang sama hatinya kini berwarna-warni. Cinta yang disangka sudah pergi rupanya masih wujud dalam hati.

Menjadi pelarian bukanlah mudah. Apatah lagi mereka bukan saja diburu oleh penjenayah tetapi juga pihak polis. Izz sehabis daya melindungi dengan bantuan Tony; teman sepenjenayah [ada ke frasa ni? :P] lama. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila mereka yang kita sayang, rupanya dalang kepada semua ini. Bila manusia diselebungi dendam kesumat, tak mustahil lagaknya tak ubah seperti binatang. Apa kisah pelarian ini? Dan apa pula kesudahan cinta Adni pada Izz, akan bersambutkah hulurannya kali ini? Ha, kenalah baca ok!

Novel kedua tulisan Kak Dhiya ini adalah cubaan pertamanya dalam genre thriller-romantic. Percubaan yang harus diberi pujian kerana ianya menjadi walaupun tidak perfect tetapi tak dapat dielakkan ia memang mendebarkan! Kredit pada penulisnya kerana berani meletakkan sisi hitam dalam watak sang heronya :D

Cuma aku tak berapa suka dengan scene Adni yang sewenangnya mengikuti langkah Izz. Maksud aku ketika dia dengan beraninya mendiami rumah Izz dalam prosesnya cuba memujuk Izz. Adni aku kira gadis yang santun, jadinya perbuatannya itu kelihatan kurang manis :P
 ( Ya..akak sebenarnya serba salah juga menulis part ini...insyaALLAH..perkara2 yang boleh mendatangkan dosa ni akan cuba dielak penulisannya kelak...)

Nilai seseorang itu sesuai dengan kadar tekadnya. Ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya. Keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kepekaannya terhadap kehormatan diri [page 454]

Ps: Tinggal satu lagi karya yang belum dibeli. Eh, akan masuk dua la sebab NBF bakal diterbitkan :D Congratulation sis!

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul


Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Monday, February 14, 2011

Jika masih ada...

Salam...


Saya tidak pernah menyambut valentine. Dan sepanjang hidup ini pun tidak pernah terfikir untuk menyambut perayaan yang sememangnya diharamkan untuk disambut ini. Tetapi tarikh 14 Februari ini sememangnya saya tunggu saban tahun kerana hari ini adalah hari lahir arwah ayah saya. Tahun ini kira sudah tahun ke 4, saya dan keluarga tidak pernah lagi merayakan hari ini. Tuan yang hendak diraikan juga sudah tidak ada di dunia ini. Kalau ayah masih ada...tahun ini usia ayah akan menginjak 60 tahun. 60 tahun...pasti rambut ayah sudah memutih dengan uban..mata ayah mungkin menjadi semakin rabun namun saya tahu minat membaca ayah tetap tidak akan pudar. Minat yang diturunkan kepada kami adik beradik.
Pagi tadi..saya dan emak ke pusara ayah. Kalau dulu kami menyambut hari lahir ini dengan memberi hadiah kepada ayah..kalau tidak pun sekurang-kurangnya kami akan membawa ayah makan di luar, namun kini...semenjak 4 tahun yang lalu...kami hanya mampu menghadiahkan doa dan rasa rindu yang tidak terkira kepada ayah. Ya..saat-saat begini...segalanya menjadi tidak penting...selain dari doa yang dititipkan tanda ingatan kami tidak pernah mati terhadap ayah.
Bagaikan rutin...saya pasti akan berkata kepada emak.." Mak...hari ni birthday ayah..." Mak hanya mengiakan sahaja. Saya tahu emak tidak akan lupa..tiada siapa pun antara kami yang lupa...namun tetap juga mahu menyebut kepada sesama sendiri. Hari ini ingatan terhadap ayah begitu kuat sekali...
Banyak yang hendak dikongsikan dengan ayah namun saya tahu..saya dan keluarga sudah tidak mendapat peluang itu lagi..Al-Fatihah...Moga Ayah tenang di sana...

Sunday, February 13, 2011

Untuk saya...dia..kita & mereka

Hidup ini penuh dgn ujian. Memang perit dan pedih utk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu??? Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, byklah sudah isi2 yg tersingkap di dalamnya......segala jawapan ada di dalamnya....


KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;

"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai se suatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?

Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.-Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
- Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
- Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..... –Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.- Surah Yusuf ayat 12

Family potret

Belakang dr kiri; Sarah, saya, Ijat, Abang Azhar, Abang wan (arwah), Kak Murni, Metty, Adik
Depan; Ayah (arwah), Nurin, & Emak




Salam....

Gambar di atas merupakan satu-satunya gambar yang berjaya mengumpul kami kesemua adik beradik beserta ayah dengan emak. Walaupun saya dan keluarga memang suka bergambar, namun cukup payah mahu mendapatkan gambar kami semua. Kalau ada pun pasti ada seorang dua yang tidak ada..Semenjak arwah ayah masih ada lagi kami selalu berbincang..bila nak ambil gambar keluarga ni...Selalunya macam itulah..masing-masing asyik bertanya namun kata putus tetap tidak ditemui juga. Jadi pada tahun 2004, arwah ayah yang mengajak. Raya tahun ini kita pergi studio...tangkap gambar keluarga. Lagipun sudah bertambah ahli keluarga yang baharu, kami masih belum punya potret keluarga. Jadi...pada malam raya ke empat...selepas sembahyang maghrib, kami semua ke bandar taiping untuk merealisasikan niat yang tertangguh sekian lama.
Ya...inilah hasilnya gambar pertama dan mungkin juga terakhir yang berjaya mengumpulkan kesemua ahli keluarga. Saya masih ingat perbualan saya dengan emak hujung tahun dulu...kata emak...raya tahun ni kita kena pergi ambil gambar sekali lagi..ahli keluarga kita sudah bertambah seramai 8 orang. Emak sudah bertambah 3 menantu dan 5 cucu...Jadi memang wajar kami mempunyai potret keluarga yang baharu. Saya kata kepada emak...nanti masa hendak menangkap gambar nanti ...sedihnya rasa sebab arwah ayah sudah tidak ada gambarnya. Ya...Walaupun sudah bertambah seramai 8 orang, tetapi ketiadaan yang satu itu begitu kuat efeknya....
Kini...satu yang hilang itu bertambah menjadi dua. Hasrat emak untuk mengumpulkan kami semua pada raya ini nampaknya tidak berjaya...Walaupun abang wan pergi namun insyaALLAH ahli keluarga kami bakal bertambah apabila Metty mengandung anak ke 2 nya...Sesungguhnya memang benar...apa yang kita rancangkan kadang-kala tidak akan menjadi kenyataan. Apa yang kita inginkan...belum tentu dapat memuaskan hati kita semua. Sudah namanya kita manusia ini..hanya mampu merancang sedangkan ALLAH yang MAHA MENGETAHUI segala-galanya...Akan adakah potret keluarga kami nanti? InsyaALLAH...mungkin ada..atau mungkin juga tiada...namun apa yang pasti, Sungguh pun ada insan yang kurang di dalam potret itu nanti, kenyataannya mereka itu tidak akan pernah hilang dari hati kami....

Tuesday, February 08, 2011

Dia sudah tiada...

Salam...

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa yang ingin saya cerita di dalam n3 kali ini. Sudah berhari-hari juga saya cuba mencoretkan sesuatu namun sepantas mana saya membuka blog ini sepantas itu juga saya memangkahnya. Saya ingin mencoret sesuatu namun saya seperti kehilangan kata-kata..kehilangan punca untuk menulis walau sebaris ayat...
Rasanya mungkin ada yang sudah tahu apa yang berlaku kepada keluarga saya baru-baru ini. Dan mungkin juga ada yang tidak tahu. Tanggal 25 jan 2011, di saat kakak sulung saya meraikan ulang tahunnya yang ke 37, adik lelaki saya yang dipanggil abang itu kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan ketika pulang dari kerja. Ya ALLAH...mati itu pasti...bahawa janji TUHAN itu benar..tetapi sungguh saya dan keluarga tidak menyangka sama sekali...dia pergi buat selama-lamanya. Kehilangannya benar-benar membuatkan kami tersentap..terkedu...terhenyak dan tentu sekali diiringi dengan rasa tidak mahu percaya...namun kenyataannya....sudah 14 hari dia sudah bersemadi di alam sana...di sebelah pusara arwah ayah saya.
Ya ALLAH...Betapa hebatnya dugaanMU buat kami...kehilangan ayah masih lagi dirasai sehingga kini...kesedihan kerana hilangnya tonggak kekuatan kami masih belum berhenti dan kini abang pula pergi...apatah lagi perginya abang meninggalkan ibu, adik beradik, isteri dan dua anak yang masih terlalu kecil untuk mengerti erti sebuah kematian.
Rasa baru semalam sahaja abang datang ke rumah menonton rerun pi mai pi mai tang tu dengan kami. dan esoknya pukul 12.30 pm emak telefon mengatakan dia kemalangan. Saya di tempat kerja ketika itu. Suara emak biasa2 saja. Walaupun bimbang, tapi saya tahu emak cuba melawan rasa takutnya mendengar abang kemalangan. Dulu, semasa abang berumur 17 tahun, abang pernah terlibat dalam kemalangan juga..saya yang menerima panggilan tersebut...bila saya tanya bagaimana keadaannya..mereka hanya mengatakan dia patah kaki... tetapi kali ini...apabila isterinya bertanya bagaimanakah keadaan dia...dr hanya menyuruh kami segera ke wad kecemasan tanpa memberitahu sedikitpun bagaimana keadaannya...Saya, emak dan isterinya sudah menyangka yang buruk2...namun masing2 hanya mendiamkan diri..tak berani menyuarakan apa yang kami rasa...takut kiranya semua itu menjadi kenyataan....
Apa yang kami takuti benar2 terjadi. " Kak...abang dah tak ada..." lima patah perkataan dari mulut dik ipar benar2 mengubah hidup saya. Ya ALLAH...luluh jiwa saya melihat jenazahnya yang terbaring itu. Saya sendiri tak tahu hendak tenangkan diri siapa..saya sendiri atau adik ipar saya...kami berdua sama-sama terkedu dan tidak tahu mahu berbuat apa. diluar pula emak sedang menunggu dengan anak2 arwah...macam mana hendak saya terangkan kepada emak? Macam mana saya perlu khabarkan kepada seorang ibu bahawa anaknya sudah tiada? Saya telefon adik lelaki saya kerana saya tidak sanggup beritahu kepada yang lain. saya tahu...apa kesannya berita yang saya khabarkan ini kepada mereka. Yang asyik saya ulang kepada adik ialah.." mcm mana nak cakap dengan mak..mcm mana nak cakap dengan mak?" 
Emak saya ada penyakit jantung...darah tinggi..lelah dan asma dan segala macam penyakit lagi...saya tidak tahu macam mana cara terbaik saya perlu saya gunakan. Saya tahu adik ipar saya sendiri tidak berani nak khabrkan berita tersebut. Jadi...walaupun payah..saya keluar juga..meminta emak duduk dan tenangkan diri..saya tahu..melalui reaksi emak..emak sudah tahu apa yg berlaku..cuma emak mahu mendengar sendiri dari mulut saya... Walaupun emak nampak lemah, tapi saya tahu emak kuat semangat...jiwa emak mmg kental..emak hanya menyebut nama ALLAH bertalu-talu apabila saya sampaikan berita buruk itu....
Ya..kami semua terperanjat...semuanya tidak mahu percaya dengan apa yang berlaku. adik dan akak saya mula menelefon...masing2 sudah menangis di talian...saya pula terpaksa kuatkan diri untuk mengurus semua ini...Hanya saya seorang kerana adik beradik yang lain tinggal di serata negeri.
...saya maklumkan kepada Haji Sohor...pakcik yang tinggal di taman perumahan kami..pakcik yang sama menguruskan jenazah ayah...saya maklumkan kepada dia...minta dia uruskan urusan di rumah..urusan penguburan dan sebagainya....Sedang saya uruskan bermacam perkara, emak sudah nampak tidak sihat...akhirnya emak juga terlantar di wad kecemasan..
dengan history jantung...dr memberikan sepenuh tumpuan kepada emak....Saya? Sudah tiada masa untuk bersedih...ada masanya saya buntu mana satu hendak diuruskan..adik ataupun emak? Aduhai...saya mengharapkan agar adik beradik yang lain boleh terbang ke sisi saya dnegan segera...rakan2 mula menefon..dan saya hanya mampu menangis.
Mujurlah kawan emak tiba..jadi saya serahkan tugas menemani emak kepada dia..kemudian adik saya sarah tiba...saya suruh dia balik utk uruskan hal rumah...dan bawa sekali anak2 arwah pulang. saya uruskan jenazah adik yang perlu dibawa ke bilik mayat...tiba di sana..Haji Sohor sudah menanti. Ya ALLAH leganya saya apabila pakcik yang cukup baik itu menenangkan saya supaya segalanya telah diuruskan...Saya hanya mampu bersyukur...saya hanya mahu pemergian abang dipermudahkan....tak lama kemudian adik lelaki saya tiba dari penang...pukul 4.30 jenazah sudah siap dimandikan dan dikafankan di hospital...kami bawa dia pulang ke rumah utk memberi peluang sanak saudara melihat dia buat kali terakhir dan selepas asar abang selamat dikebumikan...
ALHAMDULILLAH...syukur saya kerana urusan dia dipermudahkan tanpa ada sebarang masalah....Dalam masa tidak sampai 5 jam dia meninggal dunia, dia sudah bersemadi dengan tenang...
Arwah abang dilanggar / digelek oleh trailer semasa mahu pulang dari kerja...tempat kejadian berlaku di lampu isyarat...Kalau mendengar cerita yang diberitahu dr...saya sudah membayangkan bagaimana teruknya jenazahnya..namun ALLAH itu MAHA KUASA...jenazah masih tetap dalam keadaan sempurna...tiada yang pecah..yang bersepai atau apa sahaja yang berlaku kepada jenazah yang digilis lori trailer...Ya saya tahu kecederaan dalamannya yang teruk tetapi...saya cukup bersyukur kerana saya dan keluarga masih mampu melihat wajahnya yang terakhir..masih mampu mengucup wajahnya  yang tenang tetapi sejuk itu...
Aduhai..saya sudah tidak mampu menulis lagi...tetapi saya gagahkan diri kerana saya mahu bercerita ttg dia...kepada teman-teman terima kasih kerana sudi mendoakan dia...sekiranya anda membaca n3 saya ini...tolong sedekahkan AL FATIHAH untuk dia...Mudah-mudahan dia tenang di sana...Mudah-mudahan kehidupan dia di sana lebih membahagiakan dia dari kehidupan dia di dunia ini...

Abang...berbahagialah abang didalam perjalanan abadi..semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa abang..Semoga ALLAH mempermudahkan abang...semoga abang tergolong dalam golongan yang beriman...Antara kita semua, abang yang pergi dulu menemani ayah di sana...jangan bimbang...kami akan menjaga isteri dan anak-anak abang...kami sentiasa akan mendoakan abang...abang tak akan kami lupakan selagi ada hayat kami...InsyaALLAH...Tenanglah abang di sana...Al-Fatihah

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...