Thursday, April 21, 2011

Jimmy & I

" Kenapa sampai jadi macam ni?" saya menegur dia yang sedang duduk menompang dagu. Wajahnya memang kelihatan suram dan mendung. Saya rasa sudah terlalu lama dia berkeadaan seperti itu. Bukan tidak ditegur dan dinasihatkan, namun reaksi yang diberikan tetap sama. Dia lebih senang mendiamkan diri dari berdepan dengan masalah yang melanda. Saya duduk di hadapannya. Ah..tiba-tiba sahaja saya seperti seorang pakar psikatri saja lagaknya. Dan seperti biasa, dia melarikan wajah. Mungkin malu..mungkin segan..atau mungkin juga seluruh pelosok hati dan jiwanya terbeban dengan rasa bersalah yang cukup tinggi. Saya tahu..saya tidak boleh membiarkan dia terseksa lebih lama begini.
" Jimmy...sampai bila? Sudah-sudahlah. Sampai bila nak terus salahkan diri sendiri? Pulanglah..semua orang tunggu awak kembali," pujuk saya separuh merayu. Mendengar kata-kata itu, saya lihat dia tersenyum sedikit. Senyuman yang tidak langsung terpancar di matanya.
" Rif...Afi...semua orang terluka dengan saya. Macam mana saya boleh balik? Nak pandang muka mereka pun saya tak sanggup." luahnya dengan penuh perasaan. Penuh derita. Saya hanya mampu mengeluh melihat dia yang tiba-tiba sahaja berubah menjadi manusia pesimis. Ini bukan Mejar Najmi Hariri yang saya kenali. Ini bukan juga lelaki yang saya tahu sanggup mempertahankan prinsipnya. Ya..semenjak kejadian itu, Jimmy berubah. Benar-benar berubah menjadi seorang lelaki yang lain. Lelaki yang tidak pernah saya kenali.
" Jimmy...percayalah...mereka semua sayangkan awak. Afi..Rif..Eddie, Luqman dan Helmi...tok dan tokwan...semuanya sayangkan awak..Ya...mereka juga terluka...bukan kerana apa yang telah awak lakukan tapi mereka terluka kerana mereka tidak mampu menolong awak. Mereka tidak mampu membawa awak keluar dari segala rasa yang awak alami sekarang. Jimmy...awak jangan lupa...kalau awak rasa derita di sini...mereka juga rasa perasaan yang sama. Mereka juga menderita. Jadi..awak jangan jadi manusia yang pentingkan diri sendiri. Jadilah lelaki sejati dan bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Awak kena betulkan kembali apa yang awak rosakkan." Nah..suara saya juga sudah semakin tinggi. Niat hati mahu berlembut dengannya nampaknya sudah tidak jalan lagi.
" Tapi..." Jimmy masih kelihatan serba salah.
" Awak sayangkan Afi?" Mendengar nama Afi untuk kesekian kalinya, saya lihat dia memejamkan mata. Dan dengan perlahan dia mengangguk.
" Cuba bayangkan kalau Afi ditempat awak sekarang? Awak rasa apa yang awak akan buat?" Matanya kembali terbuka dan wajahnya sedikit panik membayangkan keadaan itu. Dan saya hanya menahan senyum apabila dia bangun tiba-tiba. Ya...perangkap saya mengena umpannya. Senang sahaja mahu memujuk Jimmy dengan Rif rupanya. Sebut sahaja nama Afi..keduanya akan lembut seperti jeli. Sebelum melangkah keluar, Jimmy menoleh ke arah saya semula...
" Awak sengaja nak seksa saya, Dhiya. Awak buat pembaca akan bencikan saya sebab buat Afi dan Rif macam ni." Saya menggeleng. Saya tahu...pembaca akan tetap sukakan Jimmy seperti mana mereka sukakan Rif. Dan pembaca akan lebih sukakan Jimmy, sebaik sahaja Auni muncul.
" Auni..." Jimmy menyebut nama itu perlahan. Sekali lagi dia menggeleng.
" Dalam banyak-banyak konflik, kenapa perkara itu juga yang awak lemparkan pada saya?" soalnya dengan penuh kesal.
" Macam mana saya nak beritahu Auni yang saya...." kata-katanya mati di situ...Saya hanya tersenyum...Biarlah Jimmy berasa bimbang buat seketika. Saya ini pun bukannya kejam sangat orangnya...Walaupun derita..sungguhpun merana..yang pasti bahagia tetap milik mereka...dan Bahagia itu sudah Tertulis buat mereka...


p/s - Hahahahha..jangan tertipu ya..ini bukan n3 baru Jimmy sebenarnya...Seperti biasa...saya ni suka merepek meraban macam ini. Seronok pula menulis perbualan saya dengan hero-hero saya ini. Sebelum ini saya pernah menulis ini dan ini..harap-harap anda semua terhibur ya...Doakan saya semoga kisah Jimmy ini berjaya tiba ke noktahnya...

2 comments:

Unknown said...

Ahahaha!!!! Lawak betul kak dhiya ni.. Mahu pecah perut saya baca entry ni. Ye, ye, o je.. Macam watak2 tu hidup pulak.. Adoii...

Kak Aya said...

Kak aya tak nak baca sinopsis, nak tunggu novel betul2 keluar baru baca...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...