Entri ini khas untuk adik saya, JAHN yang ala2 brutal tapi comey dan cute...Jahn ini saya kenal lebih kurang 2 , 3 tahun kebelakangan ini. Dari hanya bermesej di chatbox sekali sekala, kini terus menjadi rutin apabila saya dan dia aktif dalam fb. Pagi tadi chat dalam fb dengan Jahn, saya tanya dia macam mana dia boleh terlintas mahu membaca buku saya. ( Buku pertama yang dia baca adalah RINDU BELUM BERHENTI). Saya ingat lagi saya sedang berkursus di Heritage Hotel, Ipoh. Sambil kursus, saya layan internet...hehehe..tup2 ada mesej dichatbox blog saya yang mengatakan 'dia minat sungguh dengan RBB..minat sungguh dengan Izz dan Dinie.." Saya yang mmg ala2 mengantuk tu terus jadi segar bugar dengan komen tu...Almaklumlah pembaca lelaki lagi pulak..kira mcam rasa terharu dan banggalah buku saya itu lelaki sanggup baca...
Iyalah..masa tu saya dalam arena penulisan ini pun baharu sangat lagi...pembaca pon tak kenal..hahahah..infact dah 5 buku ni pon ala2 ada jugak yg tak kenal..apatah lagi hanya 2 buku kan...pasrah sajalah..heheheh
Jahn cakap..macam suratan pula bila dia membaca buku saya...Cover RBB berwarna hijau (warna kesukaan dia...- saya baru tau hari ni)...dan masa tu duit dia pon ala2 tak berapa cukup..tapi sanggup berhabis kerana RBB...n the rest is history la....sampai sekarang ni...Sebenarnya...saya suka dan ternanti2 komen / review yang dibuat oleh jahn terhadap buku2 saya...( er jahn..akak tau jahn baca ni.....jahn masih hutang 2 review lagi ya...)...bukan sebab dia memuji..tapi ulasannya tak macam pembaca lain...panjangnya satu hal..tapi saya suka pada kesungguhan dia mengulas itu...mmg tak macam pembaca lain...kalau sesiapa yang tidak pernah membaca ulasan jahn..boleh ke sini dan sini.
Sesiapa yang mengenali Jahn, (walaupun secara alam maya) tahu bahawa dia agak obses dengan Izz dan Dinie..Hahah..walaupun Rif hero saya yang paling popular..dan Sid hero saya yang paling latest..tapi Izz tetap No. Wahid dalam list hero Jahn...hehehe.Cuma dalam 2 minggu lepas tak silap saya..Izz bakal dicurangi apabila Jimmy bakal mengambil tempat...Aduhai...tinggalkan Jimmy kejap...nanti akan ada pula yang bertanya..bila Jimmy nak siap...huhuhuh...
Sebenarnya saya nak cerita pasal projek terbaharu Jahn..tapi dah melalut panjang..tak apalah..sekali sekala saya bercerita tentang dia...lagipun dalam blog dia banyak apa nama saya..( cewah...perasan sekejap...)..Projek ini sebelum dia lakukan dia minta izin dulu daripada saya...Pada yang mengikuti..anda semua pasti tahu apakah ia..pada yang belum...inilah masanya anda mengenali adik saya yang amat berbakat ini....Jahn sedang menulis cerpan ( bukan cerpen ya..sebab cerita ni agak panjang tapi tak sepanjang novel) dengan memasukkan kesemua watak dalam novel2 saya dan juga watak utama dalam novel Jahn sendiri, yang ketika ini juga masih dalam penulisan...Cerita ini 100% rekaan dan idea Jahn. Saya tidak terlibat secara langsung ataupun tidak melainkan memberi keizinan kepada Jahn untuk mengggunakan nama watak2 saya sahaja. Kepada yang tidak pernah membaca karya2 saya..mungkin inilah masanya anda berbuat demikian kalau ingin mengetahui lebih lanjut pasal TCCOW ni...heheheh..tapi kalau tak baca sekalipun, anda tetap akan faham.jangan risau..hehehhe
Jadi,...sila klik pada link yang saya berikan di bawah ini..dan kenalilah Fauzan Abas yang namanya saya abadikan dalam salah seorang watak di dalam HBR ini....
Jadi,...sila klik pada link yang saya berikan di bawah ini..dan kenalilah Fauzan Abas yang namanya saya abadikan dalam salah seorang watak di dalam HBR ini....
Dengan bangganya....saya mempersembahkan THE CURIOUS CASE OF WHATEVER...hehehehhehe....
Ini semua lukisan Jahn mengambarkan kesemua watak hero n heroin dalam kelima2 buah buku saya |
1. http://jahnscar.blogspot.com/2011/04/novela-curious-case-of-whatever-1.html
2. http://jahnscar.blogspot.com/2011/04/novela-curious-case-of-whatever-2.html
3. http://jahnscar.blogspot.com/2011/04/novela-curious-case-of-whatever-3.html
4. http://jahnscar.blogspot.com/2011/04/novela-curious-case-of-whatever-4.html
5. http://jahnscar.blogspot.com/2011/04/novela-curious-case-of-whatever-5.html
p/s - Sila baca ya pada anda semua yang menyukai kesemua2 karya2 saya...tak tak suka pon...tak rugi kalau baca pon..heheheh
6 comments:
entry ni sangat sweet...penghargaan seorang penulis kepada peminat setia.hehe..setuju ngan akak.cara jahn ulas novel tak macam orang lain.dia memang ada bakat menulis. dalam TCCOW ni memang boleh nampak la bakat die tu. semoga satu hari nanti jan betul2 jadi penulis profesional.sama macam akak..amin.
tahniah jahn....
hehhe..itulah...jahn kan rajin sebut nama akak dalam blog dia..kira tribute untuk dia jugak ni...selain jahn, noor, kak intan, kak izan pon akak hargai sangat2 sebab menyokong akak selama ini...thank u ya noor..jasa baikmu hanya TUHAN saja yang balas.
saya tak buat apa2 pun kak.cuma mampu sokong karya2 akak je la.dan tolong promote dekat kawan-kawan gak..hehe
eera byk bagi semangat pada kak dhiya lah tu... mungkin sebab semangat eera, rif wujud... sebab eera obses ngn rif, kan...hehehe
jan..rif wujud sbb sy?wah..terasa hidup bermakna tiba2..hehe
Post a Comment