Monday, January 25, 2010

mengejar dateline.......

Salam....
Minggu yang sibuk dan memenatkan. Aku mc 2 hari kerana diserang demam. Waktu siang ok cuma bila malam badan mula rasa seram sejuk...Petang khamis selepas balik dr jumpa doktor, handset berbunyi. Nombor yang sangat familiar. Ya! editor aku telefon. Lalu aku ditanya soalan yang paling aku takut nak jawab. " Kak... dah siap dah? bila nak hantar (manuskrip)?"
Aku gelak aje dulu. sebab aku tahu aku tak boleh nak menjawab soalan esp yang ke 2 tu. Aduh...aku sedang berusaha sehabis daya. Tidak pernahnya aku menjadi sedisiplin ini. Balik saja dari kerja, aku solat..buat apa yang patut...on balik lappy. berhenti utk maghrib n makan n sambung balik. dah lebih 2 minggu aku begini. Tapi tak siap2 jugak...huwaaaaa.....mana tidaknya..orang lain kalau menaip sampai 50 page satu malam boleh dapat ..aku...hahahhaha...kadang2 1 bab je mampu. kadangnya satu perenggan walaupun lappy terpasang berjam2...
Lalu dengan konfidentnya aku memberi jawapan..." bulan 2 ni akak hantar." Bulan 2...ada 6 hari lagi...dan mujurlah aku tak cakap awal ke, tengah atau akhir bulan feb...paling latest aku target sebelum CNY...mampukah? bolehkah? berjayakah? Kita tengok nanti...untuk itu...aktiviti menonton tv, memblogging, berfacebook terpaksa dilimitkan penggunaannya. Kalau aku tak update blog..faham2 ajelah ya...wish me gud luck...

1 comment:

Kurma said...

All the best Dhiya!.. wah mencabarnya jadi penulis...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...