Thursday, January 07, 2010

Alor Setar - Gua Kelam perlis


Sebelum apa-apa amik pic dulu


budak2 tengah merenung air..bilalah boleh terjun ni..
Daiful : satgi abang nak pakai spender ben 1o
Izz zayyad : Adik pon nak pakai jugak...


acik dan asu...pantang ada kamera..

anjang pon tak lepas peluang nak gambar dengan budak2 ni

Pelbagai versi ghupe depa ni...yang hadiff, aku tgk dia mesti ingat upin ipin...

Salam...

Hari sabtu, kami semua bangun awal. 6.45 jiran kakak aku ketuk rumah menjual kuih muih dan nasi lemak. Amboi pucuk dicita ulam mendatang. Baik punya service sampai berniaga kuih muih rumah ke rumah. Lepas sarapan, kami masak dulu untuk dibawa berkelah kat GK nanti. Iyalah..dengan seramai 14 orang tu, nak makan kat luar sentiasa, boleh jadi kopaklah. so..bila masak n bawak bekal tengahari tu, kira bolehlah berjimat mana yang patut. Dalam 10.30, dengan 3 kereta kami memulakan perjalanan. Jalan nak ke GK ni tidaklah susah tapi bila masuk ke Perlis ni..hmmmm..rasa kontang je. panas dan er..er..jangan marah ek rakyat perlis...agak membosankan. Perjalanan memakan masa dalam sejam setengah kot..sebab jalan sibuk dan ditambah dengan abang ipar yang drive memang berhati-hati.

Sampai kat sana..orang dah memang sedia penuh. Sana sini semua port ada saja keluarga yang berkelah. Kali terakhir aku ke GK masa aku berumur 16 tahun tak silap aku..jadi sudah terlalu lama. Kali ini aku rasa teruja sikitlah nak sampai memikirkan mungkin jarak yang begitu lama itu menjadikan GK ini lebih seronok tapi.....???

Aku dan yang lain menjengah mana-mana port yang strategik untuk kami sekeluarga. Tempat yang sesuai untuk mandi manda. Dalam kes ini, bukan anak-anak yang teruja..mak-mak budak pun terlebih excited nak terjun dalam air. Lepas pilih port, mak dan kak murni tinggal sebab mak tak larat nak jalan meneroka dalam gua kelam tu...Kak murni pula baru minggu lepas datang jadi....dia malas nak join kami sekali.

Hari tu memang ramailah orang. gua kelam yang sedikit gelap tu pun bertambah kelam dengan kehadiran mamat-mamat kulit hitam..hahhaha...minah2 arab pon banyak jugak. hmmm...Ternyata GK tidak langsung berubah. Sama aje. Patutnya bila dah jadi tempat tumpuan pelancongan ni, haruslah fikirkan alternatif lain yang boleh memberi keseronokan pada yang datang dari jauh. Ini kalau tengok tandasnya pun....aku malas nak cerita...Aku tak masuk pun sebab tgk kat luar aje pon aku dah tahu kat dalam dia macam mana...tak taulah pula..luar hodoh, dalamnya bersih giler....

Berpeluhlah jugak berjalan ulang alik dalam gua tu..bila dah rasa panas tu..memang tak sabarlah nak menjunam dalam air. Tapi bila tengok2..kebanyakkan budak2 yang mandi..mak2 budaknya hanya turun menemani anak2 mandi. Hampir langsung tak ada orang dewasa yang turut mandi sama. Alah, itu bukan halangan bagi kami. Sebelum turun, kami makan dulu...hahahah...memasak punyalah lama...makan sekejap je licin. masing2 dah kebulur..so bila tengah lapar tu..masing2 khusyuk ke makan tak pandang kiri kanan.

Lepas makan..budak2 tukar pakaian. masing2 bergaya dengan spender ben 10 yang dibeli sepaket 6 helai..jadi masing2 mengayakan produk ben 10 lah hari tu...Hadiff pulak seluar bukan saiz dia..jenuh mencari getah nak ikat. hahahaha...Masa turn kami nak salin pakaian...mak kata..tak payah mandilah sebab tak ada pun orang dewasa yang mandi. mak siap tanya tak malu ke orang tgk hangpa aje yang mandi. Kami pantas menjawab..tak pun..ahahahah...abislah mak dapat anak2 yang kurang sikit rasa malunya...Aku kata..tak apa mak..mak tengok aje nanti..mesti orang2 yang tak mandi akan turun mandi sama bila tgk kami mandi..."

Kami semua mandi, tinggal mak dan ijat aka pak cho yang temankan mak. Ingatkan air kat sana cetek tapi ada jugak part yang dalam sampai ke paras dada. Kami apa lagi...dengan sorang budak ditangan, macam askar turun berperang aje gayanya....setengah jam kami mandi..sorang2 bapak2 dan mak2 budak turun ke kawasan kami. Aku ngan adik beradik hanya senyum menguntum ajelah...kan dah cakap....

Perjalanan balik sungguh menyiksakan. penat berendam, mata pun makin mengantuk. Beberapa kali jugaklah mata aku terlelap masa tgh drive.. bila dah tak tahan, aku kejut adik yang sedap aje tido mintak minyak cap kapak...hahahha..dengar aje aku minta minyak..masing2 yang terbongkang sumanya terjaga. langsung tak tidur2 dah...rasakan..mana boleh aku sorang2 je yang kena jagakan?

Sebelum sampai umah, sempat singgah kat pekan Jitra dan makan malam...lepas maghrib sumanya terbongkang...aduh esoknya nak arau sekali lagi untuk mendaftarkan adik di uitm arau...

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...