Wednesday, January 20, 2010

nasib baik???

Salam...


Syukur. Semalam nasib baiklah bontot kereta aku tak disondol oleh pemandu Toyata Avanza. Ceritanya begini...Dalam pukul 12 tengahari semalam, aku keluar sekejap nak ke AMBANK sebab nak ambil roadtax n insurance. OTW tu, lepas lampu isyarat depan The Store Kamunting ( Orang tepeng tahulah ni), aku beri signal nak ke kanan tapi ada sorang driver ni ( Avanza) tu macam tak nak beri aku ruang nak masuk ke kanan. Depan aku lori, jadi faham-faham ajelah kelembapan yang dia bawak. Aku lepas dr lampu isyarat lagi dah beri signak awal2...tapi pemandu lelaki yang tak reti bahasa ni macam sengaja nak sakitkan hati aku. Dahlah bawak kanan..perlahan..lepas tu siap bersembang dengan penumpang lagi. Aku nak rasa je hon kat dia..tapi aku takut aku pulak yang terkejut..maklumlah hon aku tu memang kuat bunyinya.

Sebab dia kereta banyak berderet kat belakang...aku dah memang terkandas belakang lori...bila aku nampak ruang nak potong..dia tekan minyak..biar sebaris dengan aku..sikit punya hasad dengki betul mamat ni.

Aku dah naik hangin dah...biasalah bila dah naik rasa marah tu, syaitan memang suka mainkan peranan. Aku cuba sekali lagi...bila nampak aje ruang aku terus potong walaupun aku rasa dia kat sebelah aku aje...aku tekan minyak dan tup kereta aku beralih ke kanan. lepas tu memang panjanglah bunyi dia hon aku. Aku buat muka bodoh. Dalam hati aku mengucap panjang. Memang darah aku rasa keringlah sekejap melihat keberanian aku yang ntah apa-apa itu. dek termakan hasutan syaitan..aku meletakkan diri aku sama levelnya dengan mamat dungu tu. Aku sanggup mengambil risiko yang amatlah tak berbaloi sama sekali.

Sepanjang perjalanan ke bank tu, aku dok fikir..kalaulah jadi..kalaulah benda tu berlaku. Apa akan terjadi ya? sama ada kereta aku kemek atau aku yang tersepit? Ish..ngeri..ngeri...takut aku nak membayangkan.....dan sepanjang waktu selepas itu, aku menjadi seorang pemandu yang amat berhemah sekali. Aku tidak akan membiarkan diri aku diprovok sebegitu rupa. Tidak berbaloi mempertahankan sesuatu yang tidak wajar untuk dipertahankan. Dalam kes aku ini, rasa ego dan amarah aku. Anda semua...jangan ikut cara saya.

2 comments:

Eny Yusof said...

Me too. Aku benci pemandu tak berhemah ni but sometimes kerana marahkan diorang, aku pun jadi sama jugak macam diorang, especially bab-bab menekan minyak kuat-kuat tanda protes la tu. Tapi aku ni jenis yang tak penah hon orang punya. GEram tapi kerana geram jadi bodoh sama. Cis!

dhiya zafira said...

Eny...itulah tu
bila amalkan sikap mementingkan diri ni memang akan datangnya kesan pada orang lain...mungkin sebab dia ingat lady driver itu yang dia rasa nak membuli agaknya...geram ek..dgn orang mcm ni...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...