Metty macam supervisor aje
Budak2 yang nakalnya memang membuatkan jantung boleh berdegup kencang..namun hidup tak bererti tanpa mereka....izz zayyad yang baju biru tu...melanyak katil asu depa...
Pn Hajjah Ramlah..tanda tangan anda diperlukan...
Dah macam nak berkelah pulak...bilik ni quite sempit utk 4 orang...tak mcm kat kolej kenanga aku kt shah alam dulu lebih besar n selesa.
Salam....
Bersambung balik pada kisah hujung tahun lalu..aiseh..dah hampir 2 minggu expired tapi sukahati akulah nak cerita ek...Pagi Ahad...seperti biasa lepas aje sembahyang subuh, jurujual kuih muih ni datang bertandang lagi. Kali ni kami memesan supaya dia membawa nasi lemak sahaja. Senang, kejap perut sikit sementara nak tunggu masa lunch. Macam semalam..kami keluar rumah dalam pukul 10.30 pagi jugak. Kali ini perjalanan tak adalah jauh. Cuma dalam setengah jam saja dari rumah kakak aku. Kat area Arau ni banyaklah jugak pusat2 pengajiannya. Dekat-dekat pulak tu. Adik dah cuak..lalu sini sikit dah teka tu ke uitm? lalu sana sikit dok main teka lagi. Ish..ghimaih betulkah budak sorang ni. Dah belum sampai ke tempat yang dituju, tentu jawapannya tidak kan? itupun nak main teka2 lagi.
Sampai kat pintu besar uitm ni...kami berhenti sekejap untuk mendapatkan nombor pass utk kereta ( Orang dapat sticker utk sebuah kereta aje, kami sampai 3 kereta..sebab semua nak ikut sekali). Kat situ adik dapat nama kolej untuk dia mendaftar, jadi senanglah nak mencari. jalan pula main lurus aje..sebab pihak sana dah sediakan laluan yang mudah diikuti. Rupanya kesemua pelajar baru ditempatkan di dalam satu kolej yang sama. Oklah tu...senang sikit nak uruskan budak2 ni masa minggu wawasan siswa ( er...ntah apa dia panggil ntah sekarang..MWS ni masa aku belajar dolo2)...
Adik dapat tingkat 2. Sebilik ada 4 orang. Dia orang terakhir yang sampai untuk bilik tu, jadi dia dapat katil, almari, meja belajar yang bertanda no. 4. hahahah..kelakar pulak..macam budak2 sekolah aje depa ni. Tapi...dr sudut positifnya..tak adalah sapa2 nak berebut nak katil atas bawah lah...nak meja itulah..kan..so...adik suka katil atas..n bila dpt kat atas..tak adalah kompelin dia.
Nak tolong dia berkemas pon..rasa macam tak best sebab bilik sempit. penuh dengan mak bapak n family orang lain. Kami aje dah 14 orang..bayangkan..hahahahaha...lepas tu sekor2 budak kecik buat perangai..nak airlah..laparlah..aduh...lepas tu bila dah pernah main..bergaduh dan nangis...Masa sampai tu..adik kena isi bermacam2 borang. Emak pun kena isi borang untuk buat pengesahan. Orientasi start pukul 4 petang, jadi kami kena balik sebelum tu. Tak adapun nak tunggu lama2...mahu meraung budak2 ni. Masa tengah nak turun tu, Kakak aku yang dh sampai bawah tanya nampak izz zayyad tak? dah...mana pulak budak tu pergi? Separuh dr kami turun kat bawah untuk cari..aku dan sarah cari kat atas....Aku sempat tanya salah seorang manusia yang kt atas tu " nampak tak budak kecil pakai baju biru, putih2..chubby2 sikit..? "Ada...dia lari ikut tangga sana..." - jawapan yang aku terima. Rupanya2 pelarian si izz zayyad ni menjadi saksi banyak pihak...masing2 tanya..nak cari budak baju biru tu ke? Aish...naik malu pun ada.
Aku pun cari ikut arah yang dituju..tengah mencari...dapat tahu dah jumpa. Ya ALLAH..budak ni...memang berderau darah dibuatnya. Mujurlah kat kolej itu aje..kalau kat shopping complex macam tu...tak ke naya. Izz zayyad ni memang hyper active sikit. patang lepa..memang lesaplah dia...masa kat GK pun jenuh pak cho berkejar dengan dia sebab sepanjang jalan nak berlari...laju pulak tu. memang menyirap darah sikit dengan budak ni. Dahlah masa dia lesap tu selamba badak aje dia muncul ikut jalan lain. bukannya ada orang dewasa yang bawak dia kat kami. Hairan bin ajaib pun ada...sebab setiap budak2 tu ditugaskan sorang dewasa menjaga depa...mungkin dalam dok kalut2...tu dia berjaya melesapkan diri. hahaaha...
Jadi...bila dah letak suma barang adik..kami bawak dia pergi lunch dulu..dalam kampus aje dan otw nak antar dia balik ke kolej balik aku salah jalan..( aku lead)..tersesat sampai ke pusat palapes..lepas tu kena pusing balik sebab jalan turun namun mujurlah Polis trafik yang berkawal tunjukkan kami jalan yang betul so..sampai jugaklah kami.
Sebelum balik tu...kami usik adik kata...hang nangis tak nanti dik..dia jawab mana ada adik nangis...buat apa nak nangis..cis...tengok2 bila dia bersalam dengan mak hujan turun dengan lebatnya..hahahah...tak nangis konon...Mak pun macam sebak aje...iyalah...she's the last one to go n the hardest to give away...dia mana pernah berpisah dengan mak. Masa form 1 masuk asrama pun setahun aje boleh tahan..lepas tu mintak tukar sekolah. Asrama dia pun 5 minit aje dr rumah. bukannya jauh pun tapi hari2 mengadu..mak, mailah tgk adik...mak, baju sekolah adik hilang...mak, adik tak lalu makan..aduh memang manja..bergaduh dengan mak pun dia jugaklah yang paling kerap pon..hahahah..abislah mak..regu dia dah duduk jauh...bila otw balik tu singgah pekan jitra sekali lagi (salah satu sebabnya..arumi n daiful pulak nak beli spender ben 10 sepaket 6 helai tu - masa mandi kat GK, sumanya pinjam izz zayyad punya) hahahahhaha...balik rehat jap n lepas asar bertolak ke Taiping semula...dan esoknya ke Ipoh pulak uruskan hal Sarah...penatnya..ceritanya nanti ya...
No comments:
Post a Comment