Salam....
Ya blog aku hampir sahaja dihinggapi sawang. Minggu ini langsung tidak berkesempatan menulis sebarang entri ataupun menyambung tentang perjalanan kami sekeluarga ke AS dan perlis dua minggu lepas. Awal tahun baru, kerja di library menimbun menunggu. Beratus-ratus buku yang harus diproses sampai aku sendiri tak ada masa nak berpoya-poya dalam talian. Cuma sekali-skala meninggalkan jejak di FB. Dan sekarang ini, setiap malam aku sendiri dok pulun menyiapkan manuskrip. Jadi setiap masa yang terluang memang dihabiskan di depan laptop untuk menulis..menulis...menulis....
Hampir saban malam juga menerima pertanyaan dari cik lynn berapa page yang berjaya aku tulis hari ini. Oleh kerana dalam sebulan ni cik lynn seperti mendapat kuasa supersonik, agak mustahillah aku nak berlumba dengan dia. Tapi aku sendiri tidak kisah kerana pertanyaan maut daripada cik lynn itulah yang membuatkan aku jadi lebih bersemangat untuk menulis. tq Lynn...
Hari ini aku bercuti kerana malam ini kami adakan tahlil untuk arwah ayah dan kenduri doa selamat sempena adik dan Sarah masing-masing masuk ke U dan bekerja tetap. Di rumah hanya ada aku, daiful dan emak sahaja. Jadi memang aku kena bercuti justeru tiada siapa yang boleh menolong emak memasak juadah untuk pakcik-pakcik surau malam ni.
Bukan tiada kawan emak yang menolong, namun kali ini emak mahu memasak sendiri. Mak masak dua juadah malam ini. Pulut kuning bersama rendang ayam. Nasi putih bersama ikan tongkol masak lemak cili padi, sayur campur dan ikan masin. Mak sengaja tidak mahu buat sambal belacan lalu masak lemak itu telah dipedaskan hingga bila aku rasa tadi..terasa pijar jugaklah bibir aku ni...emak..emak..abis pakcik-pakcik kat surau nanti.
Aku buat apa? heheheh..aku hanya menolong sahaja. emakkan the iron chef so dari awal lagi aku dah mengalah. aku tolong apa saja yang patut. Dan ketika aku menulis n3 ini, semuanya sudah siap di masak cuma menunggu sayur yang akan dimasak kemudian. Di rumah sekarang ni memang sunyi sepi je. adik dan Sarah dah tak ada. Jadi teman untuk bergaduh berebut remote astro tu dah semakin berkurangan. cuma sekarang ni aku dan mak asik bergaduh dengan daiful sebab dia nak conquer cartooon network tak abis2...esp citer ben 10 dia tu...jenuh...
Sarah pulak dah masuk dua minggu orientasi kat sekolah. Dia dapat posting kat trong. Kira-kira 45 minitlah dari rumah. Buat masa ni dia duduk di kuaters guru. tak adalah kelam kabut nak menghantar dan ambil dia pulang. Dah pergi tengok dan pinjamkan duit dia beli barang2...( jadi cikgu ni gaji memang lambat dua bulan, jadi buat masa ni aku dan maklah jadi bank dia sekejap) Dalam seminggu ni dia pinjam kereta mak. Hari pertama pinjam..baru 10 minit lepas dari rumah dia dah langgar tembok. Aduh...Hari tu adik kemekkan bahagian belakang. La ni Sarah kemekkan bahagian depan. Kelisa mak dah macam apa ntah rupanya. Mak pulak patah kaki sebab tak boleh ke mana2 tanpa aku sebab aku kena jadi drivernya. hehhe..emak tak suka bawak keta aku..tinggi sangat katanya. Tadi..emak kata..tak sabarnya nak tunggu Sarah balik sebab nak kereta dia. mak mak..bukan nak tunggu anak, tunggu kereta rupanya..hahaha
Adik pula...sepanjang minggu orientasi asyik tipon mak menangis. Sakit kaki kena jalan jauhlah. Penatlah berjalan kaki di uitm Arau tu..hmmm padan muka. Apa yang kami rasa masa belajar dulu, dia rasa pulak. Ala...adik tu memang manja. saja je nak mengadu dengan emak. Macam dia sorang aje yang kena jalan kan? hmmm..Adik..aku kutuk hang..hahhaha..jangan mare aaaa....
No comments:
Post a Comment