Monday, January 11, 2010

The 4 J's



Salam....
Weekend ni adik dan Sarah balik ke rumah. Sarah balik sebab nak pulangkan kereta mak. Jadi, ini bermakna lepas subuh hari ini, akulah yang kena antar di ke skolah semula...huwaaa...boring giler jalan ke Trong tu. Dahlah jalan tak elok...lori berlambak-lambak...Jalan kona-kona..kalau tersekat ikut bontot depa..memang tension betul. Memang tak sabarlah nak tunggu Sarah beli keta sendiri..adoi..makan masa jugak tu...Gaji pon lambat lagi...nak kumpul buat down payment lagi...lainlah kalau mak nak support dulu. tapi, tak payahlah...cari n simpan n usaha sendiri. Biar kenal erti susah dulu....Kadang-kala kalau dok asyik sua aja kat depa ni payah jugak..esok2 susah, dah tak reti nak usaha sendiri n dok harapkan orang lain nak tolong aja...er..apa kaitan citer aku dengan gambar di atas? heheheh...adalah...nih nak citer ni...
Semalam...lepas antar adik kat stesen bas, aku dan Sarah berpoya-poya kat kedai buku popular tu...kat taiping ni kedai buku yang besar sikit itulah dia si Popular tu n kedai buku dinamik.( org tepeng tau le).Salah satu yang aku suka ke kedai buku ni ialah melihat buku2 baru walaupun aku kerja di library..aku tetap suka tengok buku..tak pernah rasa bosan..kalau ada duit banyak..memang abislah duit aku dengan membeli buku2 ni suma. Selain dari tu, nak jugaklah usha buku sendiri kan..laku ke tak laku ke...hahahah...Kadang2 dengan mula tak malunya aku akan tanya staff berapa buku aku dah terjual dan berapa naskah yang mereka order...hmmm..apa salahnya kan...ambil berat tentang buku sendiri. Iyalah...penat2 cari idea nak menulis..bersengkang mata pulak nak menaip..jadi bila tengok buku kita terjual..rasa jugalah senang hati. Rasa puas sebab ada orang yang berminat nak baca hasil tulisan kita.
Jadi...semalam aku hanya berniat nak beli sebuah buku sahaja. HANYA SEBUAH NOVEL MELAYU. Di Dinamik, buku tu tak sampai lagi...di Popular haritu aku tengok ada, la ni dah tak ada pula. Jadi...setelah membelek2 buku sendiri yang hanya tinggal 3 naskah shj lagi...(orang tepeng apa lagi..p perabihkan baki tu so boleh order lain..hehhhehe), aku membelek2 buku yang ada...yang tak bestnya popular ni..buku inggeris dia tak banyak sangat mcm Mph atau kino...buku cina lak tak terkiralah banyaknya kan...Aku tetap hanya mahu membeli SATU buku sahaja memandangkan bulan ni roadtax n insurance mati..nak kena service keta lagi..n azam nak bayar ptptn dengan berdisiplinya...so...banyaklah nak pakai duitkan...Tapi...akhirnya Sarah p amik bakul n kata " Nah letak buku.".
Er..er..apa dah jadi dengan niat aku tadi? Masa nak bayar nampak pulak kamus dewan bahasa ed 4. Aku dah lama ngidam nak beli. nak2 pulak ada diskaun masa tu. Yang membuatkan aku tahan sebelum ni sebab kat library dah ada..so..tak adalah desperate sangat nak menjadikan kamus tu hak milik sendiri. Kat library tu bab2 kamus ni aku ajelah yang asik pinjam nya..( lagipun mana boleh pinjam buku rujukan kan)...so..Sarah kata amiklah beli kamus tu untuk dia. Diakan mengajar bahasa melayu..budak form 5 pulak tu, so..bahasa ni kenalah terer kan.. Aku belilah juga sebab tak rugi pun beli kamus ni. Aku sebenarnya mencari2 jugak kamus glosari ala2 ayat2 seerti ni sebab baru aje menulis nak masuk 4 buku, perbendaharaan kata aku pun dah habis..bahasa pun aku rasa dah jadi tak berapa sedap...so...untuk itu Dhiya...banyak2kan membaca buku..banyakkan membaca kamus...okeh?
Balik umah..Sarah tegur.." hang perasan tak semua novel hang beli, author dia punya 1st name start with letter J? hmmm..aahlah kan...wah..bila masa nak baca ni? Sebab seminggu dua ni disiplin aku menulis setiap malam agak baik kecuali malam semalam tgk Final Juara lagu...Tak apa...aku akan cari masa juga....happy reading utk semua...

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...