Posts

Showing posts from February, 2007

terima kasih

Salam semua...

Terima kasih kepada semua teman yang mengambil berat. Insyaallah dengan doa dan harapan semua, ayah bisa sembuh. untuk 2 3 hari ini aku mungkin tidak menulis apa-apa n3. Buat masa sekarang ayah sudah dipindahkan ke Hospital Lumut dan aku akan berkampung di sana pula...

tentang ayah

Salam...
Sehari dua ni aku rasa runsing dan bimbang. buat kali ke 4 dalam masa beberapa bulan, ayah masuk hospital lagi. Aku tak tahu sama ada penyakit lama ayah berulang tetapi hendak tak hendak aku tak dapat nafikan kemungkinan itu yang berlaku. setelah genap 2 bulan selepas operation, ayah masih lemah. kadang2 ayah bangun menyapu laman. kadang2 ayah subuh di surau seperti mana yang dilakukan sebelum sakit dulu. dalam sekelip mata ayah sihat dan dalam sekelip mata juga ayah terbaring di tilam. pertama kali ayah pergi surau, kami adik beradik memanjat kesyukuran. hari ke 2 ayah dah terima surat perlantikan kembali sebagai imam. ayah kata masakan dia mampu memimpin jemaah untuk solat dengan keadaannya yang lemah. setakat 2 rakaat dia masih mampu berjemaah. selebihnya ayah buat dirumah. lagipun, ayah kata dia tidak boleh jadi imam selagi sembahyang yang tertinggal sepanjang masa sakit dulu tidak habis diganti. Hati aku sebak masa pertama kali ayah dapat solat dengan sempurna. ayah menan…

aku kena tagged!!!

salam...

Haha...Opah de tagged aku. Kalau opah terkejut inilah saya Qaseh hati tagged dia, reaksi aku pun sama juga. yerla...selama berbulan aku membloging ni tak ada sesiapa pun yang sudi-sudi nak tag aku. last-last opah tag aku. siap abg long n pokcik mersik pun kena jugak. habis ajk alaf21 fc kena tag..hihihi.

6 PERKARA PELIK AKU :

1. Aku suka dengar lagu kuat2. kalau dalam bilik aku terpaksa letak kain bawah pintu tak nak kasi keluarga dengar. dengar pelan2 tak ada thrill...tak best...tak puas...tapi aku asyik kena marah jer...." hang pekak ke?" soalan lazim aku terima.
2. Cinta pertama aku masa aku form 3. dia rakan sekelas tapi tak pernah bercakap. hanya banyak menjeling...aku jadi tukang sampaikan salam dari kakak angkat dia. masa trial pmr, dia duduk sebelah aku. bila dia pinjam pensil 2b aku, aku terbang ke awan biru. 10 tahun aku suka dia. kami jarang bercakap, dia pula digosipkan pula dengan rakan perempuan yang aku tak suka, malah tiada apa yang boleh dijadikan kenan…

kus semangat

Salam... Tadi semasa aku tengah buat paper cutting, ada seorang budak form 1 datang dengan kawan dia. budak ni memang rajin ke library buat homework...baca buku...kacau aku.hihihi. Pendek kata sejak budak ni datang aku terpaksa jadi kamus bergerak dia. sekejap-sekejap akak apa maksud ni...apa maksud ni? mcm mana nak buat ayat....? aku kat situ dah jadi macam konsultan maklumat dialah kononnya. sekali dua tu tak apa..kalau berhari2 aku pun kena preparelah kan. tak akan kerja kat lib pun aku sendiri tak berinformasi? jadi bila masa terluang kerja aku baca kamus...belek2 buku teks sekolah. baca buku peribahasa. haha...bagus jugak. sekurang2nya menambah pengetahuan aku juga. dalam hati aku bersyukur sebab bebudak ni tak keluarkan soalan matematik. kalau ada..tuh dia baru....aku setakat tambah darab tolak bahagi tu bolehlah. lebih pada tu...hmmmmm...? Hari tu tengah aku dok key in data keahlian, budak ni datang tunjuk petikan jawi kat aku. dengan begitu selamba dan seolah2 aku ni pakar jawi,…

dah abis cuti!!!

Image
salam semua!!!


I'm back.
Inilah n3 aku yang ke 1oo. yippy...yup yup hoooray. ala kecoh je minah sorang ni. orang lain dah 2 3 ratus. awak 100 pun kecoh...hmmm...anak sapa la nih...hihihi. Aku nak tujukan n3 ni utk Opah de...opah saya dah beli SIEMPRE - IL DIVO. sekali lagi yipppyyyyy....best malam2 boleh feeling abis dengaq lagu depa. setelah habiskan CSR, aku tak membaca lagi buku baru. saja nak siapkan kerja yang terbengkalai. alhamdulillah, kerja tu berjaya aku siapkan petang tadi.
Aku juga nak ucapkan tahniah utk Lynn...no.2! not bad.

bestnya cuti...

Salam semua, SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DAN KEPADA MASYARAKAT CINA, GONG XI FA CAI...

dah baca....!!!

Salam Semua, Tepat jam 6.30pm, dengan Ayat....
Sesungguhnya...cinta itu adalah hakikat Pelengkap nyawa dalam jasad Fitrah manusia sejagat. Aku menoktahkan pembacaan CINTA SANG RATU. Sehingga n3 ini ditulis, fikiran aku masih lagi berlegar-legar di kurun ke 15. Masih lagi dapat membayangkan pelayaran Laksamana Sunan menuju ke pulau Utara. masih terbayang kemunculan si ikan lumba-lumba dan si duyung derhaka. masih lagi gementar memikirkan pertarungan Sunan dengan manusia2 iblis. dan sehingga kini kesedihan masih meresap dalam jiwa mengenangkan Sunan yang kehilangan CINTAnya. Aku tidak menyangka begini pengakhirannya. tetapi Sunan, lelaki yang berduka itu nampaknya lebih tabah. lebih sabar menghadapi ujian ALLAH. lebih kental jiwanya. sedangkan aku, ketika Ratna menutup mata, sebak semakin menggila. Karya Ramlee Awang Murshid ini, apa yang perlu diperkatakan lagi? seperti biasa, Ramlee tidak pernah mengecewakan aku. Karekter Sunan digarap dengan begitu baik dan mengagumkan. ini tidak dapat di…

yang dinanti dah tiba

Image
haha aku lega hari ni. akhirnya dapat jugak aku membeli buku CINTA SANG RATU. jenuh mencari di kedai buku POPULAR tapi tak ada. akhirnya pencarian dalam hujan aku temui juga di kedai buku mamak...hmmmm...mcam mana ni. kenapa lambat sampai di kedai besar?
bila nak baca? tunggu...aku nak dapat feel dulu. buku RAM, ni kena dapatkan feel yang elok dan tenang, baru best baca. alamatnya nanti malam aku bertemankan Sunan lah pula....hihihi Aku juga sempat mencapai buku penulis kesukaan aku SAMSIAH MOHD NOR - SEJERNIH LAZUARDI. walaupun novel ini sudah lama diterbitkan namun akubaru kesempatan membeli. payah nak cari buku Samsiah sekarang ni.
Apa pun, aku memang tak sabar2 untuk membaca....

an inspector calls

Semasa aku di tingkatan 5, aku mengambil subjek Literature in English. salah satu drama yang aku belajar ialah AN INSPECTOR CALLS by JB PRIESTLY. Drama yang amat menarik dan suspen ini mengisahkan tentang kehadiran seorang inspektor yang berjumpa dengan sebuah keluarga bangsawan (keluarga Birling tak silap aku) untuk membongkar misteri kematian seorang gadis bernama Eva Smith. Inspektor ini menuduh setiap satu anggota keluarga terbabit terlibat di dalam kematian gadis ini. tentu sahaja ahli keluarga bangsawan ini menolak tuduhan tersebut. namun kebijaksanaan inspektor ini berjaya mengaitkan mereka yang secara tidak langsung memang terlibat sama. cara penulis mencipta setiap babak dan karekter memang hebat. dia pandai menampilkan unsur2 suspen dan mencipta suasana tegang antara keluarga Birling ini. Hanya dengan kehadiran seorang inspektor ini, kisah pembohongan, kecurangan, keangkuhan keluarga Birling ini terbongkar. rupanya setiap dari mereka mengenali si mati walaupun pada awalnya m…

cabaran aku

Salam, 4 hari lepas aku menerima bungkusan dari kak wan. kandungannya ialah manuskrip aku yang perlu di edit. kali ini kak wan siap print macam dalam bentuk buku. aku tgk pun dah rasa excited semacam. itu belum jadi bentuk buku betul. kalau dah terbit, gamaknya 7 hari 7 malam aku dok tersenyum. adakah novel aku akan diterbitkan? Insyaallah. adakah dalam masa terdekat? Aku tak tahu ttp aku amat berharap sangat. Kata kak wan, dia memberi aku sepenuh kebebasan untuk mengedit mana2 part yang dirasakan tidak ok sebelum proses edit sebenar bermula. bila dengar aku sedikit frust. entah berapa kali lah aku nak kena edit semula. tetapi bila membaca text kak wan, aku rasa lega. mungkin ada benarnya kenapa manuskrip aku terperap agak lama. seperti kata kak wan, dia nak nvl aku benar2 meletop. dia nak karya pertama aku sebuah karya yang baik. tak mengapa lambat asalkan nanti dapat memenuhi selera pembaca. itu ada benarnya. aku tak nafikan. Jadi kerja aku selama beberapa hari ni, mengedit naskah itu…

kena kursus...

Assalamualaikum... Maaf kerana aku tidak post apa-apa n3 dua tiga hari ni....mulai esok dan ari khamis, aku tiada di alam maya kerana aku akan berkursus. kita akan berjumpa lagi selepas ini...

Sidney Sheldon Meninggal Dunia.... - THE MASTER OF STORYTELLER

Image
Salam semua,
Semalam aku terbangun dari dari pembaringan apabila berita melaporkan penulis terkemuka Sidney sheldon meninggal dunia akibat penyakit pneunomia pada usia 89 tahun. Aku masih lagi terkejut dan merasa kehilangannya. Sidney merupakan salah seorang penulis yang aku kagumi. hampir keseluruhan bukunya aku baca dan ia membuatkan aku sedih kerana selepas ini, tiada lagi hasilnya yang dapat aku tatap lagi.
Siapa yang meminati hasil karya beliau pasti sependapat dengan aku. Dendam, konspirasi, pembunuhan, jenayah terancang dan apa sekalipun semuanya ditulis dengan begitu berkesan sekali.
antara karyanya yang paling aku minati sekali ialah Nothing lasts forever, if tomorrow comes, The sky is falling, Morning, noon and night, Master of the games...ish semualah nampaknya yang aku suka.
Aku mula membaca novel pada tahun 1998. Dengar nama dia dah lama, tapi start baca masa aku 1st year kat U. seorang member aku ada semua koleksi SS. Dan aku setiap malam akan membaca sebuah novel sehing…