Thursday, February 01, 2007

Sidney Sheldon Meninggal Dunia.... - THE MASTER OF STORYTELLER


Salam semua,
Semalam aku terbangun dari dari pembaringan apabila berita melaporkan penulis terkemuka Sidney sheldon meninggal dunia akibat penyakit pneunomia pada usia 89 tahun. Aku masih lagi terkejut dan merasa kehilangannya. Sidney merupakan salah seorang penulis yang aku kagumi. hampir keseluruhan bukunya aku baca dan ia membuatkan aku sedih kerana selepas ini, tiada lagi hasilnya yang dapat aku tatap lagi.
Siapa yang meminati hasil karya beliau pasti sependapat dengan aku. Dendam, konspirasi, pembunuhan, jenayah terancang dan apa sekalipun semuanya ditulis dengan begitu berkesan sekali.
antara karyanya yang paling aku minati sekali ialah Nothing lasts forever, if tomorrow comes, The sky is falling, Morning, noon and night, Master of the games...ish semualah nampaknya yang aku suka.
Aku mula membaca novel pada tahun 1998. Dengar nama dia dah lama, tapi start baca masa aku 1st year kat U. seorang member aku ada semua koleksi SS. Dan aku setiap malam akan membaca sebuah novel sehingga semua koleksinya habis. kadangkala aku sampai berjaga sampai pukul 4 sebab tak boleh nak letak buku dia. ada sekali tu bulan puasa, aku sampai terus pergi sahur sebab tak tidur...itulah penangan SS.
Tapi sayang, seribu kali sayang. Beliau sudah tiada....

7 comments:

karl Firdaus said...

Takziah Untuk mendiang Sheldon yang paling Una kagumi ... masa budak budak dulu selalu jugak baca buku beliau ................ Boleh dikatakan Semua buku Sheldon Una dah baca .... Master of the Games , The other side of midnight dan If tomorrow comes adalah antara yang paling diminati ... Dengan gugurnya mendiang Sheldon .. Dunia penulisan kehilangan satu lagi penulis yang tersohor, dikagumi dan disanjungi ....

Unknown said...

Really? Alahaiii... sedihnya Opah De rasa. Condolences dari Opah De. Hmm... teringat kembali Naked Face, Master of The Game,Rage of Angels, A Stranger in The Mirror,The Sand of Time, If Tomorrow Comes, Morning, Noon & Night dan The Best Laid Plans... Nampak gayanya, kena baca balik buku tu...errr.. kenapa yek? Entahlah. Mungkin untuk menghormatinya.
Kepada Violet, terima kasih menyiarkan berita ini.

dhiya zafira said...

Karl dan Opah...
hasil karyanya memang hebat...tetapi sayang kita tidak akan dapat membacanya lagi...yang tinggal hanya memori...

~inilah saya~ said...

Salam,

Patah tumbuh hilang berganti. Semoga generasi muda dapat memanfaatkan semua karyanya.

:-)

Anonymous said...

Violet! Aku selalu marah SS. Sebab buat buku lambat! Hehe, kalau boleh aku nak dia kuar buku seminggu satu! Skrg, bila sendiri yg menulis, BARU aku TAHU... payahnya.
Karya dia selalu BRUTAL kan? Kalau jahat, memang EVIL betul!

Abang Long said...

MESTI ada penggantinya ...

dhiya zafira said...

inilah saya...
Patah tumbul hilang berganti, tetapi tetap tidak sama dengan yang asalnya...


Lynn...
Itulah sebabnya novel2 dia bestseller...

Bang long...
Pasti ADA...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...