Sunday, February 11, 2007

cabaran aku

Salam,
4 hari lepas aku menerima bungkusan dari kak wan. kandungannya ialah manuskrip aku yang perlu di edit. kali ini kak wan siap print macam dalam bentuk buku. aku tgk pun dah rasa excited semacam. itu belum jadi bentuk buku betul. kalau dah terbit, gamaknya 7 hari 7 malam aku dok tersenyum.
adakah novel aku akan diterbitkan? Insyaallah.
adakah dalam masa terdekat? Aku tak tahu ttp aku amat berharap sangat.
Kata kak wan, dia memberi aku sepenuh kebebasan untuk mengedit mana2 part yang dirasakan tidak ok sebelum proses edit sebenar bermula. bila dengar aku sedikit frust. entah berapa kali lah aku nak kena edit semula. tetapi bila membaca text kak wan, aku rasa lega. mungkin ada benarnya kenapa manuskrip aku terperap agak lama. seperti kata kak wan, dia nak nvl aku benar2 meletop. dia nak karya pertama aku sebuah karya yang baik. tak mengapa lambat asalkan nanti dapat memenuhi selera pembaca. itu ada benarnya. aku tak nafikan.
Jadi kerja aku selama beberapa hari ni, mengedit naskah itu kembali. betul kata kak wan, bila dah print mcm bentuk buku ni baru nampak mana kelemahan2 yang tidak disedari. baru nampak mana2 ayat yg tunggang langgang. baru nampak kesalahan asas dalam penulisan.
" baca sebagai seorang pembaca, bukan penulis.' pesan kak wan berkali-kali. itu yg aku lakukan. baca sbg pembaca. jadi mana2 ayat yang aku rasa tak best, tak logik, aku potong atau ubah menjadi lebih baik. tentu sekali ianya memakan masa. sekarang aku edit atas kertas, selepas ini nak diubah dalam komputer pula. tapi itu tidak mematahkan semangat aku. segala yang berlaku untuk kebaikan aku sendiri.
Aku menanti di mana harinya kak wan akan call dan berkata
" Ok Mardhiyah, kita akan start buat!"
Tetapi sebelum ini aku akan terus berusaha dan berdoa.

7 comments:

~inilah saya~ said...

iyer...semoga berjaya

dhiya zafira said...

inilah saya...
terima kasih...harap2 begitulah

Mersik said...

Violet - Nak wat cam mana? Bkn senang nak meraih kejayaan.. Biar lambat asal selamat. Mana tahu berkat dari kesabaran awak pd hari ini akan membuahkan hasil yg tak disangka2 di hari muka.

Pepe pun, jangan patah semangat. Teruskan usaha.. kejayaan sudah hampir dihujung2 nya.. tak lama lagi dah nye..

Dan pokcik akan menunggu2 masa ngeteh2 nye kekekek alahaii..

dhiya zafira said...

POKCIK,
terima kasih. kita un tak sabar nah ngeteh dengan pokcik...hihiihi

karl Firdaus said...

tahniah violet ...........
nanti kasi una edit heh ..... heeeeeeeeeeeeeeeee...

tahniah tahniah...

dhiya zafira said...

karl...
terlalu awal rasanya ucapan tahniah tu. belum buat apa2 pun lagi....tapi kira advance ler ni kan...hihiih

Unknown said...

Violet, Opah De doakan agar meletup dam dam dum... bunyi mercun... huhu...semoga berjaya dan tahniah gak.. tahniah ler dah diterima oleh Alaf21... mwah.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...