Thursday, February 15, 2007

dah baca....!!!

Salam Semua,
Tepat jam 6.30pm, dengan Ayat....

Sesungguhnya...cinta itu adalah hakikat
Pelengkap nyawa dalam jasad
Fitrah manusia sejagat.
Aku menoktahkan pembacaan CINTA SANG RATU. Sehingga n3 ini ditulis, fikiran aku masih lagi berlegar-legar di kurun ke 15. Masih lagi dapat membayangkan pelayaran Laksamana Sunan menuju ke pulau Utara. masih terbayang kemunculan si ikan lumba-lumba dan si duyung derhaka. masih lagi gementar memikirkan pertarungan Sunan dengan manusia2 iblis. dan sehingga kini kesedihan masih meresap dalam jiwa mengenangkan Sunan yang kehilangan CINTAnya. Aku tidak menyangka begini pengakhirannya. tetapi Sunan, lelaki yang berduka itu nampaknya lebih tabah. lebih sabar menghadapi ujian ALLAH. lebih kental jiwanya. sedangkan aku, ketika Ratna menutup mata, sebak semakin menggila.
Karya Ramlee Awang Murshid ini, apa yang perlu diperkatakan lagi? seperti biasa, Ramlee tidak pernah mengecewakan aku. Karekter Sunan digarap dengan begitu baik dan mengagumkan. ini tidak dapat dinafikan. mungkin kerana penulis seorang lelaki, maka setiap watak dan perwatakan yang ditulis begitu sempurna sekali. Bukan setakat Sunan, Aku menggemari watak-watak seperti Ejim, Luqman, Hilman, Ryu watanabe. (dari pelbagai nvlnya yg lain). sebagai perempuan aku tidak malu menyatakan, aku jatuh hati dengan semua watak2 ini. dan Sunan, tetap ditangga teratas.
Ketika membaca bait terakhir, aku semakin sedih. selepas ini aku terpaksa menanti lagi. mungkin akan munculnya Sunan dalam ungu Karmila. dan mungkin juga tidak. Namun, yang pasti malam ini aku akan membayangkan aku adalah Ratna, si ratu yang mendapat cinta Sunan. walaupun hayatnya tidak panjang, sekurang2nya CINTA SANG RATU, milik SUNAN.
CINTA SANG RATU....LAKSANA LANGIT MENCENGKAM PURNAMA
IBARAT MUTIARA DI LAUTAN BIRU....
SAUJANA MATA MEMANDANG.....
SELUAS LANGIT TERBENTANG....
TATKALA CINTA BERBISIK....
SUARANYA MEMUJI TUHAN.....
APABILA RINDU TERUSIK.....
RASULNYA MENJADI PILIHAN....
SAMPAI MASANYA, CINTA JADI TARUHAN
SANG RATU MENJADI IMPIAN....
SERIBU TAHNIAH BUAT RAMLEE AWANG MURSHID. AKU MENANTI UNGU KARMILA...

4 comments:

karl Firdaus said...

sana sini orang cakap pasal buku nih.............mesti seronoh heh...

Una pun nak beli jugalah....

dhiya zafira said...

una...
beli jangan tak beli...memang besttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.....

~inilah saya~ said...

dah abis baca....Seronoknya.

:-)

dhiya zafira said...

inilah saya...
memang seronok...sampai sekarang masih terasa...hihihih

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...