Salam...
Tadi semasa aku tengah buat paper cutting, ada seorang budak form 1 datang dengan kawan dia. budak ni memang rajin ke library buat homework...baca buku...kacau aku.hihihi. Pendek kata sejak budak ni datang aku terpaksa jadi kamus bergerak dia. sekejap-sekejap akak apa maksud ni...apa maksud ni? mcm mana nak buat ayat....? aku kat situ dah jadi macam konsultan maklumat dialah kononnya. sekali dua tu tak apa..kalau berhari2 aku pun kena preparelah kan. tak akan kerja kat lib pun aku sendiri tak berinformasi? jadi bila masa terluang kerja aku baca kamus...belek2 buku teks sekolah. baca buku peribahasa. haha...bagus jugak. sekurang2nya menambah pengetahuan aku juga. dalam hati aku bersyukur sebab bebudak ni tak keluarkan soalan matematik. kalau ada..tuh dia baru....aku setakat tambah darab tolak bahagi tu bolehlah. lebih pada tu...hmmmmm...?
Hari tu tengah aku dok key in data keahlian, budak ni datang tunjuk petikan jawi kat aku. dengan begitu selamba dan seolah2 aku ni pakar jawi, dia bertanyakan " akak ayat ni apa? akak tahu tak?" aku pucat sekejap. kus semangat. aku pun mengejalah ayat tu. dalam hati aku berkata nasib baiklah aku celik jawi sikit. kalau tak jatuhlah air muka aku dekat budak form 1 tu.
Sekarang ni aku rasa bersyukur bila Kekwa( kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan) sudi menaja akhbar jawi setiap hari isnin bagi Utusan Malaysia. at least...aku bolehlah melancarkan semula jawi aku yang hampir2 berkarat ni...kus semangat. dalam pada itu, aku tertanya2 apa lagi petikan yang budak tu akan suruh aku baca. aku takut esok2 aku baca, keluar pula bunyi syair dan arab. takpun tak berbunyi langsung...hihihiih...
2 comments:
Cucundaku Violet, teringat masa Opah De kat ITM dolu-dolu... tulis jawapan kertas agama Islam dalam jawi. Bolehlah sikit-sikit tapi ustaz kata berterabur dia membacanya.. keh keh keh.. tapi dia bagi A sebab daya usaha. Sayang kat ustaz bujang tuh.. huhu...
Elok, akhbar jawi tu dihidupkan semula... betul tak?
opah...memang bagus..kaau nak diikutkan berapa kerat je yang boleh baca jawi...kadang 2alu jugak tgk orang zaman dulu....sampai kaum cina pun lancar menulis n baca jawi...
Post a Comment