Sunday, February 11, 2007

an inspector calls

Semasa aku di tingkatan 5, aku mengambil subjek Literature in English. salah satu drama yang aku belajar ialah AN INSPECTOR CALLS by JB PRIESTLY.
Drama yang amat menarik dan suspen ini mengisahkan tentang kehadiran seorang inspektor yang berjumpa dengan sebuah keluarga bangsawan (keluarga Birling tak silap aku) untuk membongkar misteri kematian seorang gadis bernama Eva Smith.
Inspektor ini menuduh setiap satu anggota keluarga terbabit terlibat di dalam kematian gadis ini. tentu sahaja ahli keluarga bangsawan ini menolak tuduhan tersebut. namun kebijaksanaan inspektor ini berjaya mengaitkan mereka yang secara tidak langsung memang terlibat sama.
cara penulis mencipta setiap babak dan karekter memang hebat. dia pandai menampilkan unsur2 suspen dan mencipta suasana tegang antara keluarga Birling ini. Hanya dengan kehadiran seorang inspektor ini, kisah pembohongan, kecurangan, keangkuhan keluarga Birling ini terbongkar. rupanya setiap dari mereka mengenali si mati walaupun pada awalnya mereka begitu menafikan.
Aku kesal sehingga sekarang kerana naskah yang aku ada telah dibakul sampahkan oleh kakak aku. entah macam mana buku tu terselit antara barang2 yang hendak dibuang, tahu2 saja lesap. puas aku mencari namun sehingga kini masih tidak berjumpa. kalau ada sesiapa tahu di mana naskah buku ini boleh diperolehi, bolehlah beritahu aku....

2 comments:

~inilah saya~ said...

Macam pernah baca.

:-)

dhiya zafira said...

iya? ada salinan naskahnya?

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...