Salam...
Masih belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan salam Ramadhan untuk anda semua. Apa macam dah ada yang tinggal puasa sepanjang 6 hari kita menahan lapar dan dahaga ini? Kalau tinggal bersebab itu, tentu sahaja tidak mengapa..kalau sengaja tinggal...? hmmm..tepuk dada tanya iman ya....
Saya nak menyambung kembali cerita saya di Shah Alam 2 minggu lepas. Saya berkesempatan ke I-CITY. Malam sabtu tu, kami gamble saja pergi sebab tak sure i city tutup pukul berapa kan. cadangnya hanya nak ronda2 cari tempat sebab senang nak pergi keesokkan malamnya. Kami pergi lepas dinner kat Laman seri tu dan tiba kat sana kira2 jam 10.30 malam. Jalan kat sana agak jammed jugak tapi mujur tak lama. Mengenangkan orang masih tetap berpusu2 masuk ke dalam kawasan i city tu, kami memutuskan untuk pergi sahaja memandangkan dah sampai di tempatnya. Mengenangkan ramai yang cakap parking kat bahagian dalam agak mahal, ( saya tak sure pun berapa), kami putuskan untuk park kereta di kawasan perumahan seberang jalan. Tak jauh pun jalannya..dan yang penting free..hehehhe...Lagipun Mr K yang bersungguh-sungguh nak ajak saya berjalan sebab usahanya nak mengajak saya berjongging di taman tasek kamunting dan Taiping tak pernah berjaya.. Ada sahaja alasan saya..huhuh..jadi malam itu merupakan peluang yang cukup baik baginya untuk menyuruh saya berjalan beratus-ratus langkah.
Rupanya malam minggu tutup pukul satu, jadi memang banyak masa untuk kami berjimba di dalam tu. Nak masuk snow world, pakaian kami tak sesuai dan Mr K pula tak tahan sejuk..almaklumlah lemak tak berapa nak ada kat badan dia..jadi hasrat itu terpaksa dibatalkan. Jadi..yang kami buat hanyala berjalan2 sambil beberapa langkah berjalan berhenti untuk sesi menangkap gambar...
Kat sini nak buat drama ala2 cinderella tapi ramailah pulak makhluk. oleh kerana saya ni pemalu tangkap ajelah gambar kuda ni
Mr K yang kena duduk tenangkan perasaan sebab baru lepas naik Pirate Ship..Sungguh tak kusangka enche suami ini gayat rupanya. Aikkk..panjat pokok dan betulkan atap rumah rileks aje...
hahahaha..muka yang masih pening...cantikkan bangau kat belakang...
Bunga matahari yang sangat cantik dengan warna warni. masa nak gondola nampak pemandangan dari atas memang cantik
Ehem ehem..sila jangan muntah okeh...
Kalau sesiapa yang nak pergi sini, silakan..masuk percuma. Cuma kalau nak masuk tempat salji tu kena bayar RM 35 sorang. Kalau korang pergi sebelum pukul 6 petang harga dia murah sikit dalam RM 25. Nak murah datang petang tapi bahagian lampu warna warni ni tak cantik le sebab malam baru nampak cantik....
Nak naik gondola , pirate ship, carousel dan lain2 bayaran masuk utk dewasa rm 10 sorang. Kanal2 maybe rm 8 kot. Kalau korang ada kad member i city harga dia lebih murah. Kalau nak parking free sila park di kawasan perumahan area kedai dan berjalan kakilah anda. Park kat dalam pun tak adalah dekat sangat pun. Kitaorang habiskan masa dalam 2 jam lebih di sini. Balik hotel dah pukul satu lebih. Mandi2 dan terus tumbang..hahahahah